cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Akhi Riz Share

Saya X Baik Pon..Saya Cuma Berkongsi Apa Yang Saya Rasa Bermanfaat dan Boleh Jadi Saham Pahala untuk Saya kelak. Semoga ada Yg Bermanfaat insyaAllah. 😇 Klu Nk Order Al-Quran Tagging / Nak Jana Income 😊 📲Wasep je (013-302 4806 | Akhi Riz)

Більше
Рекламні дописи
210
Підписники
Немає даних24 години
-17 днів
-230 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Фото недоступнеДивитись в Telegram
Hakikat tenang dan bahagia itu mahal, di saat jiwa resah gelisah dengan urusan dunia, sering saja solat di akhir waktu, tiada masa untuk al-Quran dan Zikrullah, lalu membiarkan sahaja masa berharga berlalu begitu sahaja. Waktu itu baru sedar semua jadi serba tak kena, serba tak jadi dll. Duhai jiwa yang merindui ketenangan, Hayatilah FirmanNya dalam Surah al-Fath ayat 4. 😢 Tanda jiwa kita sedang merana kerana jauh dengan Pencipta Allah SWT. Tinggalkan dahulu semua, ambil whuduk, solat, baca dan fahami al-Quran. Moga dengannya Allah kurniakan rasa tenang dan bahagia yang berlipat ganda 🤲🏻 Yakinlah, tidak rugi insan yang hidupnya ditemani dengan Ibadah. Masanya menjadi berkah dan urusannya satu-persatu dipermudah lalu jiwanya sentiasa Tenang, Damai dan Bahagia. Asma' binti Harun 🌷 #UAHSahabatDuniaAkhirat
Показати все...
_Assalamu'alaikum_ _Bismillah………_ *REZEKI MILIK ALLAH..* 💰 *REZEKI itu hadir dengan rahmat Allah pada mereka yang berusaha,* *BUKAN untuk mereka yang berputus asa..* BANYAK dari kita selalu fokus melihat pada kehidupan orang lain, KITA anggap apa yang mereka miliki selalu indah.. S e m e n t a r a APA yang kita miliki serasa biasa-biasa saja.. *SUNGGUH !* hidup akan terasa susah, BILA yang kita miliki tidak pernah kita syukuri. D a n *SELALU melihat milik orang lain dengan tatapan IRI, DENGKI..* REZEKI itu bukan hanya berupa kekayaan.. REZEKI bisa saja berupa; ▪️ *KESEHATAN yang baik,* ▪️ *PASANGAN yang baik,* ▪️ *ANAK-ANAK yang baik,* dan sebagainya.. 💰 *MINTALAH rezeki pada-NYA* dan.. BERSYUKURLAH atas semua yang telah diberikan untuk kita.. 💞 Abgis 🌹
Показати все...
Kalau ada masalah duit, cuba amalkan sedekah. Buat je. . Lepas tu amal istighfar. . Hati kena betul-betul bersih dan iman mesti meyakini rezeki itu dari Allah. . Pegang tauhid tu sungguh-sungguh. Jangan mintak dengan manusia. Doa sungguh-sungguh mintak pada Allah terdesak macam mana pun. Sabar bila Allah uji... Yakin dan tawakal betul-betul. . Bila kita dipuncak tawakkal, pasti ada keajaiban buat mereka yang beriman. . Seperti Nabi Musa dikejar Firaun dilaut merah. Tidak pernah baginda membayangkan bahawasanya laut itu akan terbelah dan beri laluan kepada mereka untuk diselamatkan daripada Firaun. Pertolongan Allah itu tidak tercapai akal manusia. . Via: FB Nora Yusof Penulis Buku Formula Tarik Rezeki
Показати все...
Gaji RM 2,000 tapi hidup gembira macam gaji RM10,000. Nampak macam tak logik. Tapi ya, ini real. Dulu, saya teringin sangat nak gaji RM 5,000. Dalam hati cakap, kalau dapat gaji macam itu mesti seronok. Bila Allah izin untuk merasa pendapatan RM 5,000 , kita mula rasa tak cukup. Kita nak gaji lebih tinggi. Kita target gaji RM 10,000 pula. Bila Allah beri pendapatan RM 10, 000, sekali lagi kita rasa makin tak cukup. Kita naikkan lagi gaji sampai RM 20,000. Lama kelamaan, kita rasa makin tak cukup. Kemudian saya ditegur oleh guru saya; "Bukan nilai ringgit itu yang buat kita rasa cukup tapi keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat. Itu yang menentukan kecukupan hidup kita." Ada salah seorang pasukan saya tanya; "Seronok yek jadi macam Tuan Basit, gaji besar, boleh pergi ke merata tempat." Saya kata pada dia sambil berseloroh; "Kamu nak jadi macam saya tak? Apa kata kamu ganti tempat saya. Berdiri straight 8 pagi - 5 petang selama 4 hari plus tido cuma 2-3jam sahaja sehari. Nak cuba?" Saya pegang kemas teguran guru saya tadi. Bukan nilai ringgit itu yang jadi ukuran dalam kecukupan rezeki. Ada orang gaji RM 2,000 sahaja, tapi dia kerja macam gaji dia RM 10,000. Sungguh- sungguh dia buat. Tak berkira. Siang malam bekerja walaupun gaji dia hanya RM 2,000. Walaupun gaji RM 2,000, dia punya bahagia kalah orang yang gaji RM 10,000. Allah mudahkan urusan dia. Allah lindung dia dari bencana dan kesusahan. Ada orang gaji RM 10,000 tapi dalam urusan kerja tak pernah jujur. Culas dalam menjalankan amanah. Suka curi tulang. Belanja sakan macam esok sudah tiada. Allah uji dia. Kereta rosak. Superbike excident. Investment rugi. Gaduh dengan family dan macam-macam lagi. Ini real. Saya bercakap atas kapasiti pengalaman. Saya buat bisnes dari jalanan. Saya bukan lahir-lahir terus mewarisi kekayaan keluarga. Dulu sebiji telur saya boleh goreng dan bahagi empat. Satu hari makan satu slice. Settle menu untuk empat hari punya makan. Saya ingat lagi bagaimana rasanya tak ada duit. Saya juga ingat lagi bagaimana rasanya ada berjuta dalam akaun. Dari sekecil-kecil sampailah sebesar-besar ego saya pernah bela. Dari senipis dan setebal- tebal tembok rasa hebat dan rasa tahu sudah saya langgar. “Bukan duit banyak jadi ukuran,tapi rezeki yang berkat menjadi sandaran” Rezeki yang berkat bermaksud,ada sedikit cukup . Ada banyak boleh berkongsi dengan orang lain.Keyakinan kita terhadap rezeki tidak berbelah bahagi. Kita tidak risau duit dalam akaun tidak cukup. Yang kita risau rezeki yang dapat tiada keberkatan didalamnya. Kalau kita nak rasa sentiasa cukup dan berkat dalam hidup, pastikan kita tak abai perkara-perkara ini. 1. Amanah dan suruhan Allah. 2. Amanah kebajikan isteri dan anak. 3. Amanah kebajikan mak ayah. 4. Amanah kebajikan adik-beradik. 5. Amanah kebajikan pekerja “Level kehidupan kita ditentukan oleh apa yang kita TAHU dan yang kita AMBIL TAHU” Abdul Basit, Guru Pengurusan Bisnes.
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Saya sempat merespons pada komen ini di posting berkaitan ‘First day as a 30-year-old man’ semalam. Saya kongsikan di sini ya? Buat adik-adik, Kita akan lebih tenang dengan hidup yang beriman dengan Tuhan. Jika kita percaya yang kita ini hamba yang telah diatur dengan terbaik jalan hidup kita, kita akan sentiasa sedar yang pada setiap perancangan dan kegagalan yang kita lalui, semua itu sebenarnya adalah simpangan oleh Allah untuk sesuatu yang lebih baik. “… Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah: 216 Elok untuk kita merancang jalan hidup. Kita akan ada panduan dan motivasi untuk memperbaiki diri kita. Tetapi biarlah sebatas manusia. Selalulah ingat bahawa hidup ini bukan milik kita. Lebih tenang dan damai begitu. Allah berhak pinjamkan sesuatu untuk menguji kita. Dia juga berhak mengambil kembali sesuatu, juga untuk menguji kita. Maka gunakanlah kedua-dua keadaan dengan sebaik mungkin untuk mengejar redhaNya. Tidaklah salah sebagai manusia untuk kadangkala bersedih kerana sesuatu yang berlaku tidak seperti yang kita jangka. Duka itu juga sebahagian lumrah kehidupan. Namun di setiap yang kita sangkakan ‘tidak jadi’, ‘gagal’, dan ’tidak macam yang kita bayangkan’, cepat-cepat ingatkan diri sendiri kembali bahawa semua itu kerja Tuhan yang bukanlah untuk menzalimi kita. Ucaplah alhamdulillah kerana Dia ‘campur tangan’ dalam perancangan hidup kita. Kemudian bersabar dan yakinlah dengan ketentuanNya. Senyum kembali, dan tetaplah lakukan yang terbaik! Kita semua, adalah watak utama dalam hidup kita! Dan yang paling seronok, ia disusun oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Via: FB Teme Abdullah
Показати все...
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Фото недоступнеДивитись в Telegram
THINK QURAN BUSINESS PREVIEW Join Kelas di telegram : https://t.me/+3-qT_hsVwrczNTQ9 Tarikh : 29.4.2023 (SABTU) Masa : 9.15 malam Presenter : BOSS BOB **** Jumpa Anda di TELEGRAM ENUUR x THINKQURAN Jom bantu Umat Islam belajar Al Quran bersama eNUUR ❤️
Показати все...
Sekiranya korang ada ujian dan masalah rezeki sekarang ni jom amalkan amalan ni sesambil beraya tu. . Sangat luar biasa impak. . Barangkali rezeki kita bermasalah kerana dosa-dosa kita sendiri. . 1. Istighfar 100x lagi banyak lagi bagus. Dalil: " Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia maha pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu" (Surah Nuh 10-12) . "Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka" (Sahih HR Ahmad) . NY selalu amalkan ini. Jadi NY nak ajak anda beramal sama-sama. Makin banyak ilmu kita hadam dan amal makin tinggi darjat (rezeki kita ditambah). . Nora Yusof #PenulisFTR
Показати все...
Seorang wanita menghampiri peniaga telur dan bertanya " Pak cik , Berapakah harga telur? " Dijawab " 4 biji RM 2" "Mahal yaaa , Bagilah 6 biji RM 2" ujar perempuan tadi. "Maaf nak, tak boleh . pak cik untung tipis". Jawap perlahan peniaga tua ini. Ok lahhh pakcik , last daripada saya, 5 biji RM 2. Kalau tak boleh jugak saya pergi beli tempat lain. Boleh ke tak ? dengan nada keras. Lelaki tua ini akur dan berkata " boleh nak, asalkan perniagaan pak cik laku ". wanita ini gembira kerana berjaya membeli dengan harga murah. telefon wanita tadi berdering, rakannya menelefon. " You, ada mana tu ?" " Ada kat pasar ni " " jom kita ke restoren biasa kita" " ok-ok, tunggu i kat sana k, jangan lupa chop meja biasa kita duduk" Mereka bertemu di restoren 4 bintang tempat biasa mereka minum pagi setelah penat membeli belah dipasar. setelah memesan menu biasa, mereka akan bersantai sehingga tengahari. Mereka hanya akan pulang kerumah masing-masing untuk makan tengahari bersama suami. Jam terlihat sudah 11.30 pagi dan mereka sepakat ingin pulang. Mereka memanggil pelayan dan meminta bil. Ehhh berebut pula nak bayar. "Youuu, bagi laa i bayar kali ini " " Halahhh biar i je laaa " Pelayan tetamu datang membawa bil dan tertera RM 90. Seperti biasa wanita yang membeli telur pagi tadi akan membayar RM 100 dan dengan bangga berkata " keep the change" sudah dapat apakah isi cerita diatas? Apa yang kita boleh belajar daripada kisah ini? Sikap dan Pemikiran kita ! Mengapa kita sanggup "bersedekah pada orang yang tidak perlu dan menekan orang yang lebih memerlukan ? " Peniaga kecil berniaga untuk hidup sedangkan peniaga kaya berniaga untuk lebih kaya. Tidak salah menawar di pasar kerana ia adalah hak kita tetapi tidak bolehkah kita yang sememangnya mampu , cuba untuk berlembut dengan peniaga kecil . Mengapa kita boleh akur dengan harga tetap di pasaraya milik taikun ? Mengapa kita tidak boleh akur juga dengan peniaga kecil-kecilan? Saya ulang tiada salah menawar hanya yang salah sikap kita yang keterlaluan menekan peniaga kecil yang memerlukan. Teringat ayah kami yang tiap kali membeli daripada peniaga jalanan sengaja melebihkan bayaran dalam seringgit dua. Apabila kami tanya kenapa perlu bayar lebih seringgit dua ? Jawap ayah lembut, Nak , itulah cara kita bersedekah dalam pada masa sama kita menjaga air muka mereka. Percayalah mereka malu meminta-minta tetapi mereka sangat gembira apabila diberikan lebih daripada harga dipinta. Seringkali saya ulang dalam diri. Memberi tanpa perlu mengaibkan si penerima kerana mereka juga ada harga diri, mereka tidak pernah minta jadi begini. *Terjemahan dan olahan oleh rahmat ikhsan daripada posting Syeikh Ancan Sulaiman
Показати все...