ProKIT JKM,PSMZA
Відкрити в Telegram
ProKIT - PROJEK KREATIF, INOVATIF & TEKNOLOGI Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Segala berita, info dan keperluan PROJECT 1 & 2 dikongsikan disini.
Показати більше930
Підписники
-124 години
-17 днів
-930 днів
Архів дописів
Assalamualaikum &Salam sejahtera.. berikut adalah senarai Kumpulan yg berjaya ke ProKIT. Tahniah ☺️
Panduan soalan pembentangan projek
1. Kenapa pilih tajuk ini?
2. Cer Ringkaskan apa yg nak sampaikan.
3. Ringkaskan report ni dalam satu ayat.
4. Apakah pandangan awak kalau saya kata tajuk ni dah tak relevan?
5. Apakah idea projek ini secara keseluruhan?
6. Apakah motivasi dan inspirasi awak untuk buat ini?
7. Apakah isu utama projek ni?
8. Mengapa penyataan masalah (problem statement) projek ni penting sangat
9. Apakah objektif projek awak?
10. Mengapakah pilih objektif ini dalam projek awak?
11. Apakah pengaruh kuat yang menyumbangkan kepada idea projek ni?
12. Kenapakah teori ini dipilih dalam projek awak?
13. Adakah teori ini sesuai digunakan dalam projek ini?
14. Kemukakan tiga projek lepas berkaitan dengan projek awak.
15. Ada tak projek lain yg hampir dengan projek awak?
16. Bagaimana projek lain tu berbeza dengan projek awak?
17. Apakah sejarah yang menjadi latar belakang kpd projek awak?
18. Bagaimana projek awak mempunyai kaitan dengan sejarah tu?
19. Apakah perkembangan terkini projek awak?
20. Bagaimana persoalan projek awak boleh muncul?
21. Apakah keputusan penting awak dalam melakukan projek ini?
22. Apa kaedah yg awak guna utk hasilkan projek ini?
23. Tunjukkan gantt chart?
24. Tunjukkan carta alir?
25. Tunjukkan lukisan isometri berukuran penuh?
26. Bagaimana awak bahagikan tugas buat projek ni?
27. Bagaimanakah awak menilai projek awak?
28. Bagaimana awak tahu bahawa analisis projek awak adalah betul?
29. Apakah aspek yang paling kuat dan/atau bahagian paling lemah dalam projek awak?
30. Apa tools yg awak guna utk buat analisis?
31. Sejauh manakah sumbangan projek awak kepada masyarakat?
32. Siapakah yang akan berminat dengan projek awak?
33. Apakah hubungan projek awak dengan para penyelidik yang lain?
34. Apakah perkaitan projek awak dengan komuniti?
35. Ada tak bahagian projek yang awak bercadang untuk patenkan?
36. Ada rancangan nak komersilkan?
37. Ringkaskan hasil perbincangan projek awak.
38. Antara hasil perbincangan projek ini, yang manakah paling menarik bagi awak?
39. Mengapakah hasil perbincangan projek tersebut menarik bagi awak?
40. Apakah implikasi penemuan projek terhadap diploma awak?
41. Bagaimanakah hasil projek awak turut berkait rapat dengan bidang awak ni?
42. Bagaimanakah hasil projek awak memberi kesan kepada kemahiran awak?
43. Apakah sumbangan projek awak kepada teknologi sedia ada?
44. Cuba buat demo projek awak.
45. Berapa kali awak perbaiki projek ni
46. Berapa kali jumpa penyelia
47. Buku log seiring dengan kerja buat awak?
48. Apa bukti projek awak dah capai objektif
49. Berapa kali penyelia tengok projek awak?
50. Akhir skali, apakah projek ini mewajarkan awak layak dapat diploma?
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
PEMBENTANGAN AKHIR PROJEK 2 SESI I 2021/2022 akan diadakan secara BERSEMUKA seperti berikut:
Tarikh : 15 NOVEMBER 2022 (SELASA)
Masa : 2.00 – 5.00 pm
Tempat : Rujuk LAMPIRAN
Oleh itu, mohon setiap kumpulan menyediakan dokumen yang lengkap
(telah DISEMAK dan DILULUSKAN oleh PENYELIA) sebelum pembentangan seperti berikut:
a) Laporan Akhir (Chapter 1-5) - Dibentangkan kepada Panel*
b) Poster - Dibentangkan kepada Panel* 📌
c) Projek/Produk - Dibentangkan kepada Panel
d) Video Projek/produk – (demonstrates how your products work – Durasi <10 Minit) -Dibentangkan kepada Panel
e) Log Book yg telah DISAHKAN oleh Penyelia (M1-M12)
f) Surat sokongan industri/Kolaborasi**
g) Borang Inventori 📌
📌Sila Ikut TEMPLETE yang diberikan
** kalau ada, BONUS
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Berikut adalah jadual pembentangan Kemajuan 50% Projek 2
