cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

🅽︎🅴︎🅽︎🅴︎🅺︎ 🅺︎🅴︎🅱︎🅰︎🆈︎🅰︎🅽︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓐ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ 1

Selamat Datang ke Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓚ︎ Ⓚ︎Ⓔ︎Ⓑ︎Ⓐ︎Ⓨ︎Ⓐ︎Ⓝ︎ Ⓒ︎Ⓗ︎Ⓔ︎Ⓝ︎Ⓝ︎Ⓔ︎Ⓛ︎ (1)... Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI.. 🔍👨👧👴💎💍🚗KEHILANGAN ORANG&HARTA BENDA 🔍KHIDMAT MASYARAKAT 🔍☔⚡☁INFO CUACA 🔍DAN LAIN2

Більше
Рекламні дописи
3 392
Підписники
-224 години
+17 днів
-730 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Beri ayam percuma dapat pujian netizen Oleh FATIN FILZATI BADRUL 2 Mei 2024, 4:30 pm PETALING JAYA – Tindakan dua lelaki bertopeng yang mengagihkan ayam percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang, Kuala Lumpur mendapat pujian ramai. Menerusi perkongsian video oleh @baymzn di laman X, mereka meletakkan plastik yang berisi ayam dalam sebuah but kereta dan menghulurkan kepada sesiapa saja yang datang untuk mengambilnya. Berdasarkan video, salah seorang lelaki itu memegang sepanduk kertas bertulis ‘ayam free’ dan kenyataan lain yang menyatakan mereka hanyalah orang biasa. “We are not influencer (kami bukan pempengaruh), we are not celebrity (kami bukan selebriti, we are nobody (kami bukanlah sesiapa)”. Meninjau ke ruang komen, terdapat pengguna media sosial yang was-was dengan kegiatan dua orang yang tidak dikenali itu, namun ada juga yang mengambil positif terhadap perbuatan tersebut. “Baiknya orang Malaysia, banyak pahala dia sedekah bagi orang makan,” komen @faii_musics. “Alhamdulilah, terbaik. Bagusnya mereka, semoga murah rezeki,” komen @vokalproduction. “Niat dah baik, tapi mungkin boleh buka topeng untuk buat orang lebih percaya. Sekurang-kurangnya orang muslim boleh tahu siapa pemberi,” komen @nadhirah. “Macam mana kalau ayam tu tercemar? Kita tak boleh nak jejak mereka sebab pemberi tak dikenali, komen @iamnotreiko. Sehingga kini video itu mendapat 281,000 tontonan, 2,600 tanda suka dan 964 perkongsian. – KOSMO! ONLINE #Kosmo
Показати все...
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu.
Показати все...
#Repost @vocket Warga asing sorok minyak masak paket? Mengikut serbuan Ops Samar yang dibuat oleh KPDN Perak, sebuah premis di Ipoh telah menyorok 1248 kg minyak paket di dalam stor berkenaan. 🎥 // kpdn_perak #vocket #vocketnews #vocketrepost
Показати все...
Assalamuaikum Mintak Tolong kalau ada Ternampak Dia Mintak Serah dekat Balai polis berdekatan atau Tolong Inform No ini , Kami sekeluarga sudah buat report di Balai Polis Tiram dan IPD Seri Alam Pergi Sekolah Tak balik² .. Bersekolah di SMKUT Dia ramai kawan area Tiram Kota Tinggi Dan Pasir Gudang . Nama : NAILATUL FARAFASHA BINTI QAMARUDDIN Umur : 16 Tahun Asheeq ( Abang ) 017-9936822
Показати все...
Foto : Farizul Hafiz Awang RAUB, 30 APRIL 2024 : Sekitar Ops Sekat yang dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pejabat Perhutanan Negeri Pahang di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Benom di Raub. Dalam operasi berkenaan, dua individu dipercayai pekebun haram Musang King ditahan selepas disyaki menceroboh tanah HSK bagi mengusahakan kebun durian secara haram. - PAHANGMEDIA
Показати все...