uk
Feedback
𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

Відкрити в Telegram

when you're sad, find Him. ”

Показати більше
2 650
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 день
Архів дописів
photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Harini ada aesthetic wallpaper lagi nak send, korg nak takk??
Anonymous voting

Dalam sebuah hadis yang driwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ Maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.” Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.” Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. Riwayat al-Bukhari (7507)

Sentiasa rendah kan hati 🤍 Langitkan Doa 🤲 Jgn lupa berdoa Dan memohon ampun, sebelum melelapkan mata meninggalkan hari ini, Kerana belum tentu esok masih ada lagi buat kita 🍂 Laila Saedah Sahabat Syurga yang dicintai 🕊 Semoga Aku Dan kamu bersatu di Syurga Firdausnyaa nanti 🌹

Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, faedahnya ialah diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman serta diangkat darjatnya kepada
Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, faedahnya ialah diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman serta diangkat darjatnya kepada darjat para auliya', kemudian dijadikannya sebagai wanita yang solehah. 🤲🏻 -Wasiat Al Habib Musa Al Kadzim Assagaf

Don't let anyone steal your dreams. Follow your heart, no matter what. No Dream is too big or too small when one works hard to live it. One should always try making dreams come true no matter what. 💙 @marcsadique_mq

Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa 1. Kesibukan adalah keperluan manusia. Kita kena sibuk sama macam kita kena makan, minum dan sebagainya. Kesibukan adalah bukti kita wujud dan hidup. 2. Yang menjadikan kita maju adalah kesibukan. Yang menjadikan kita cergas juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita berjiwa besar juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita sentiasa optimis juga adalah kesibukan. Dan yang paling penting, yang menjadikan kita manusia yang ada harga dan nilai juga adalah kesibukan. 3. Sibuk atau tidak, kita yang akan tentukan dan pilih. Dalam setiap fasa hidup kita, kita sentiasa ada peluang untuk menyibukkan diri. Masa muda, kita boleh buat macam-macam sebab kita masih kuat dan ada kecukupan. Masa tua, kita boleh sibukkan diri dengan komuniti setempat. Masa sakit, kita mungkin masih boleh sibukkan diri dengan rawatan dan terapi kesihatan. Masa tak da duit, kita mungkin boleh sibukkan diri dengan berniaga kecil-kecilan. Dan begitulah seterusnya. 4. Kenapa kita perlu sentiasa sibukkan diri? Kerana bila kita kosong, macam-macam masalah akan timbul. Akhirnya kita menjadi manusia yang sentiasa bersikap negatif dan pesimis. 5. Bila masa kosong, kita akan mula tenggelam dalam perkara harus. Kita akan mula menonton tv secara berlebihan. Layan movie (walaupun movie Islamic) secara berlebihan. Layan media sosial secara berlebihan. Tenggelam di dalam perkara harus termasuk di dalam sifat yang dikeji menurut sebahagian ulamak. 6. Bila banyak masa kosong, badan kita tak cukup penat kerana kurang aktiviti. Tidur pun tidak akan lena kerana badan sentiasa dalam keadaan rehat yang panjang. Jiwa jadi gelisah tidak ketahuan kerana jemu dengan aktiviti rutin ringan. 7. Bila kita banyak masa kosong, kita akan banyak bermonolog, mengenang nasib diri, mengandai itu dan ini. Kita akan mula berkhayal dan hidup dalam imaginasi yang tidak membawa kita ke mana-mana. 8. Bila masa kosong terlalu banyak, otak kita akan berhenti berkembang sebab tak banyak digunakan. Otak tidak diasak untuk berfikir. Dengan itu potensi untuk menjadi nyanyuk akan meningkat. 9. Bila kita mula banyak masa kosong, kita akan jadi manusia yang sensitif. Ini kerana kita mula melayan semua benda kecil yang berlaku di sekeliling kita. Orang yang sibuk tak sempat untuk melihat semua benda yang lalu depan matanya. 10. Bila banyak masa kosong, kita mungkin akan kehilangan pandangan hormat dari rakan-rakan. Mereka akan melihat kita sebagai manusia pasif yang tidak ada matlamat hidup. Hidup hari-hari ikut sahaja apa yang berlaku. 11. Masa kosong yang banyak juga akan menjadikan kita tidak lasak. Terlalu terperangkap dengan rutin dan tak mudah untuk menerima perubahan mendadak pada jadual hidup. Sedangkan hidup sebenarnya penuh dengan kejutan. 12. Kelazatan sibuk melebihi kelazatan masa kosong. Imam Syafie pernah menasihatkan: وانصب فان لذيذ العيش في النصب “Berpenat-penatlah kamu kerana sesungguhnya kelazatan hidup terdapat pada kepenatan.”. 13. Berehatlah semata-mata untuk mencari tenaga bagi melakukan aktiviti seterusnya. Al-Quran memberi panduan bahawa sesudah selesai dari satu pekerjaan mestilah dituruti dengan melakukan pekerjaan lain. فإذا فرغت فانصب “Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).” (Asy-Syarh: 7) Wallahu a’lam - Ustaz Fauzi Asmuni -

START WITH Bismillah END WITH Alhamdulillah APREACIATE WITH Subhanallah HOPE WITH Insha allah AND LIFE WILL BE BLESS BY Allah

Morningg everyone!! Have a great day 🤍

photo content
+1

Terus Semangatt yaa!! <3

photo content

[Checklist Hari Jumaat] 1. Baca Surah Al kahfi, at least baca 10 awal and 10 akhir surah. (tak dapat buat semua, jangan tinggalkann semua) 😉 2. Perbanyakkan selawat at least 100x 3. Perbanyakkan baca Al-Quran 4. Memotong kuku 5. Perbanyakkan ذكرالله 6. Perbanyakkan sedeqah 7. Memakai pakaian yang terbaik Act banyakk lagi tauu amalan yg kita boleh buat, but kita share yg penting ni dulu kayy 🌹✨

It's Friday!! Salam Sayyidul Ayyam 🤍✨

Surah Kahfi dan Fitnah Dunia ========== 1. Dalam zaman yang penuh dengan tipu daya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran daripada Surah al-Kahfi. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mempunyai simbol kepada mesej yang ingin disampaikan. 2. Kisah Pemuda Kahfi pada permulaan surah ini menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari berusaha menyelamatkan agama mereka. 3. Kisah kedua pula mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia kufur dan jauh daripada Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Firman Allah: وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا “Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34) 4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh daripada bimbingan Allah. 5. Kemudian Allah mendatangkan kisah Nabi Musa pula, yang menceritakan tentang ujian ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit daripada dirinya. Lalu Allah wahyukan kepadanya tentang Nabi Khidir. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong. 6. Manakala kisah yang terakhir mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong kepadanya. 7. Menariknya di penghujung surah ini Allah menegaskan dengan satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah: “قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا” Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". 8. Ia pengajaran buat kita semua bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dan daripada petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara. Semoga Allah membimbing kita. Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi