uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

Відкрити в Telegram

when you're sad, find Him. ”

Показати більше
2 650
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів
Архів дописів
Biarlah kau sentiasa menjadi irama kegemaranku.. Bermain rentak bersama nafas rinduku padamu.. @HatimilikAllah
05 лип 2019, 03:36

Bila rindu kamu, akan aku kunjungi laut biru, menatapnya lama-lama, merasakan ribuan ombak mengempas dada, agar bisa merasakan kehadiranmu yang sering ku puja.. @HatimilikAllah
05 лип 2019, 03:26

Mengingatmu, nafasku menerbangkan selembar kertas, sebuah puisi mengapung di udara, sekalipun tak menjelma kupu-kupu, siapa tahu itu akan sampai padamu.. @HatimilikAllah
05 лип 2019, 03:14

Pada pekat kabut kugambar garis partitur, barangkali akan terdengar olehmu debar jantungku.. @HatimilikAllah
05 лип 2019, 03:11

Sepasang matamu dan spasi di antaranya adalah kalimat yang membuat seseorang berhenti bicara, lalu menulis rindu hingga akhir hayatnyaa.. @HatimilikAllah
05 лип 2019, 03:07

Ajari aku untuk terus melangkah bersama rindumu.
05 лип 2019, 03:05

Ajari aku membaca askara yang tak terjangkau rindu. Mataku rabun, tetapi suaramu terdengar dalam gema yang merdu.. @HatimilikAllah
05 лип 2019, 03:03

Siapa nak tengok list denda??
Anonymous voting
05 лип 2019, 03:00

Tak cukup daun-daun mewakili hembusan angin senja, tak cukup awan lembayung mewakili teduhnya cuaca,ada guruh tak ada hujan, siapakah yang dapat mewakili pelukan selain engkau?.. @HatimilikAllah
05 лип 2019, 02:59

Cukup 50 votes. Tambah denda.
05 лип 2019, 02:58

Tambah lagi kaa alamakk😂
05 лип 2019, 02:56

Sudah janji tidak mahu menangis.. Tetapi menangis juga.. Adakah perlu didenda??? Sedangkan denda lepas pun banyak.🤣
Anonymous voting
05 лип 2019, 02:55

Bulan tenggelam di teluk matamu,aku tak mampu mencegah hatiku terhanyut ombaknya ke dalam rindu.. @HatimilikAllah
05 лип 2019, 02:55

Prasasti tu apa?
05 лип 2019, 02:51

Telah kubisikkan namamu pada angin, Semoga saja hujan mendengar dan lahir sungai abadi dari rintiknya,mengikis batu batu dan seribu prasasti tercipta untukmu.. @HatimilikAllah
05 лип 2019, 02:50

Beriya tunggu chat. At the end macam ni.😂 @hatimilikAllah
05 лип 2019, 01:57

Sarapan minda. @hatimilikAllah
Sarapan minda. @hatimilikAllah
04 лип 2019, 18:47

Here comes July. 1. Kita tak boleh dapat kembali masa yang telah berlalu jadi jangan bazirkan ia untuk benda yang tak penting. 2. Belajarlah untuk melepaskan hal-hal yang dah telah berlalu, mengucapkan selamat tinggal kepada perkara-perkara yang tak betul, dan redha tentang apa-apa yang tak dapat dimiliki. 3. Masa terus berlalu. Apa yang ditakdirkan untuk kita pasti terjadi. Baik atau buruk, kita kena terima. Berhenti menyesal. Belajar menerima. Teruskan redha. Tetaplah yakin pada Allah. 4. Mengejar masa lalu takkan menyelesaikan apa-apa. 5. Semua orang takut akan ketidakpastian masa hadapan. Tapi kalau kita asyik berpegang pada masa lalu, itu takkan membaikkan apa-apa. Lebih baik lupakan apa yang dah berlalu dan terus mencari redha Tuhan. 6. Kadang kita dah berusaha sehabis baik untuk sesuatu, tapi tetap gagal. Dunia memang tak adil, sebab yang adil tu Tuhan. Inshaallah jika terus sabar, Dia akan berikan habuan lebih baik di masa hadapan. 7. Terima kebenaran. Terima apa yang telah takdir tentukan. Ego akan buat hati kita rosak. Hati yang rosak takkan dapat melihat dan merasa kasih sayang Tuhan. 8. Apa yang kita fikir dan rasa tentang diri boleh melemahkan kita. Maka silalah berdoa yang baik-baik untuk diri sendiri. 9. Jangan jadi orang yang tahu kesalahan diri sendiri, tapi tak mahu berubah untuk betulkan kesalahan tu. 10. Tanpa hati yang baik, kita akan sentiasa ulang kesalahan yang sama, rasa perasaan yang sama. Baikkan hati sendiri. Fikir yang baik-baik tentang orang, tentang Tuhan. Inshallah kita akan dapat lihat banyak kebaikan di dunia ini. 11. Masa boleh mengubah apa pun, kebaikan mahupun keburukan. Apa-apa pun yang berubah seiring masa, marilah berdoa agar ia membawa kebaikan buat kita. 12. Memang betul tak ada cinta yang abadi. Tapi jangan lupa hati boleh sembuh seiring masa dan doa dan sabar. Mungkin kita perlu terima kebenaran bahawa kehilangan itu pasti terjadi pada setiap orang. 13. Berhenti merindui dan menginginkan sesuatu yang bukan milik kita lagi. 14. Apa-apa yang dah menjadi memori takkan boleh kembali menjadi realiti. Lepaskanlah. 15. Kita semua ada kegembiraan dan kebahagiaan diri sendiri yang perlu kita fikirkan. Berhentilah dari terlalu bergantung kepada orang lain untuk gembira dan bahagia. 16. Ditolak oleh orang lain tak bermakna awak kena tolak diri sendiri juga. Awak pun ada harga diri, jadi hargailah diri awak sendiri. 17. Buat dan cakaplah yang baik-baik pada orang lain, seperti mana kita nak orang buat dan cakap yang baik-baik kepada kita. Jangan buat dan cakap benda tak baik pada orang sebab nanti kalau orang buat macam tu dekat kita, kita akan marah. 18. Semua cinta itu indah, tapi tak semua yang indah itu bahagia. Kerana bahagia bukan terletak pada keindahan semata, sebaliknya pada keredhaan DIA. 19. Memori, betapa pahit pun, hendak atau tak hendak pun, mesti terkenang juga. Tapi jangan dibuat idaman, sebaliknya jadikan pedoman. 20. Kadang-kadang melepaskan sesuatu tu tak susah pun. Yang buat hal tu susah ialah kita selalu rasa kita masih ada peluang, atau kita selalu rasa tak ada yang lebih baik di masa hadapan. Jangan macam tu. Tuhan kan ada? Yakinlah Dia akan bagi yang terbaik untuk kita. - sederhanaindah @hatimilikAllah.
04 лип 2019, 16:27

Kadang-kadang kita seronok bercinta TAPI tahu atau tidak makna cinta? Cinta adalah sesuatu yang mudah tetapi jangan di permudahkan Cinta adalah sebuah pasangan yang bersatu hati untuk membangunkan sesuatu masjid dengan persetujuan ibu bapa Cinta itu mestilah ikhlas menerima pasangan dengan hati yang redha untuk menerima kekurangan dan kelemahan masing-masing Cinta itu juga mestilah jujur dalam setiap kata yang kita hendak di perkatakan dengan niat untuk menghalalkan pasangan Yang paling penting cinta pada sang pencipta (Allah) kerana tiada sang pencipta(Allah) maka tak geraklah hati untuk bersatu Akhir sekali CINTA ITU MUDAH TAPI JANGAN DI PERMUDAHKAN @HatiMilikAllah
04 лип 2019, 10:20

10 budak hitam main tepi jalan. 1 kena langgar tinggallah 9.... Sila sambung @seroja_Bot @hatimilikAllah
04 лип 2019, 10:06