𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”
Відкрити в Telegram
2 650
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів
Архів дописів
2 650
Sape nak bli topup blh pm
Semua jenis topup ada
Klau ada Emergency malam² tapi malas ke kedai
Boleh bli topup secara online dengan
@NurSyahmimiey
2 650
agama kami ini yang tidak ada
asalnya, maka perkara tersebut tertolak.”
(HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718).
Dalam riwayat lain disebutkan,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR. Muslim)
Status Ibadat dalam Islam [apabila dikatakan 'zikir' maka ia termasuk jenis 'ibadat'] ialah; "dilarang kecuali bila datang perintah".
Ada kaedah fiqih yang cukup ma’ruf di kalangan para ulama,
الأصل في العبادات التحريم
“Hukum asal ibadah adalah haram (sampai adanya dalil).”
Ulama Syafi’ie berkata mengenai kaedah ini,
اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف
“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf (diam sampai datang dalil).” Perkataan di atas disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari (5: 43).
Ibnu Hajar rahimahullah juga berkata,
أَنَّ التَّقْرِير فِي الْعِبَادَة إِنَّمَا يُؤْخَذ عَنْ تَوْقِيف
“Penetapan ibadah diambil dari tawqif (adanya dalil)” (Fathul Bari, 2: 80).
Imam Ahmad dan para fuqoha ahli hadits -Imam Syafi’i termasuk di dalamnya- berkata,
إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ
“Hukum asal ibadah adalah tauqif (menunggu sampai adanya dalil)” (Dinukil dari Majmu’ Al Fatawa karya Ibnu Taimiyah, 29: 17)
Di antara dalil kaedah adalah firman Allah Ta’ala,
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ
“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (QS. Asy-Syuraa: 21).
Islam telah sempurna.
Semua cara ibadat telah sempurna. Siapa lagi yg boleh menambah cara² dalam beribadat?
Agama Islam sudah sempurna, tidak boleh ditambah dan dikurangi. Kewajiban umat Islam adalah ittiba’.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
“… Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu …” [Al-Maa-idah: 3]
Antara sebab Rasulullah diwafatkan ialah wahyu sudah habis diturunkan dan syariat telah sempurna.
Kesimpulannya,
mengamalkan kalimah yang dikatakan sebagai "zikir taubat nasuha" untuk memohon keampunan dari Allah adalah sesuatu yang sia-sia dan merugikan, ia tidak lebih sebagai nyanyian atau qasidah² dan tidak sepatutnya diambil sebagai zikir sehingga menggantikannya dengan zikir yang warid dari Nabi seperti "saiyyidul istighfar" dan zikir-zikir kalimah istighfar yang dicontohkan dalam Al-Quran dan as sunnah.
Ganjaran atau fadhilat yang disebut oleh Rasul adalah benar dan lebih baik daripada fadhilat yang disebut oleh habib, kiyai, syeikh, ustaz dengan amalan rekaan² seperti 'zikir taubat nasuha di atas' walau dengan bait kata yang sangat indah sekalipun.
Pastilah lebih baik mengamalkan yang diajar Nabi sallallahu Alaihi Wasallam yang sahih.
Kerana ia mendapat jaminan dari Allah SWT atas apa yang diucapkan oleh Nabi seperti yang Allah firmankan dalam Al-Quran ;
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوٰىٓ
"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri."
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحٰى
"Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya."
(QS. An-Najm 53: Ayat 3-4)
Inilah contoh bagaimana syaitan telah berjaya memberikan ZIKIR ALTERNATIF kepada orang yang minat berzikir.
Mereka yakin sedang berzikir padahal lafaz zikirnya itu bukan diajarkan oleh Nabi SAW, tapi ajaran syaitan...
Kalau Nabi Adam as pun diajarkan kalimah istighfar oleh Allah SWT dalam permohonan ampunnya [Al-Baqarah:37, Al-A'raf:23] kerana melanggar larangan memakan pohon 'kekekalan' (syajaratul khuld'), siapa lah kita mahu memandai-mandai mereka-mencipta kalimah istighfar sendiri lalu menisbatkannya sebagai "zikir".
Allahu a'lam.
t.me//PenaTauhid
2 650
❎ZIKIR TAUBAT NASUHA VS SAIYYIDUL ISTIGHFAR.❎
Biasakah tuan² mendengar alunan "zikir" ini [saya memohon keampunan kepada Allah andai tersalah dengan menamainya sebagai 'zikir'].
۞۞۞
Astagfirullah, rabbal baraya
Astagfirullah, minal khothoya
Rabbi zidni, 'ilman nafi'a
Wawafiqli, 'amalan maqbula
Wa habli, rizqan wasi'aa
Watub 'alaina, taubatan nasooha
Terjemahannya :
Ampuni aku ya Allah, Tuhan kepada Makhluk-makhluk
Ampuni aku ya Allah, daripada segala kesalahan
Ya Tuhanku, tambahkan daku, ilmu yang berguna
Dan taufiqkan, dengan amalan yang diterima (dimakbulkan)
Dan berikan aku, rezeki yang luas
Dan terimalah ke atas kami, taubat yang suci (taubat nasuha)
۞۞۞
Ini dikatakan sebagai 'zikir taubat nasuha'.
Bait-bait di atas sebenarnya bukanlah zikir yang thabit daripada zikir Rasulullah s.a.w.
[Kecuali kalimah "Astaghfirullah" dan "Rabbi zidni ilma (ToHa:114)"].
Tidak ditemukan di dalam mana-mana kitab hadith sama ada khutub sittah (kitab hadith yang enam) seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi,dan Sunan an-Nasai'e mahupun kitab hadith yang lainnya seperti Al-Muwaththa' Al- Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sunan ad-Darimi, Sahih Ibnu Khuzaimah, Sahih Ibnu Hibban, Mu'jam Al-Kabir, Mu'jam Al-Ausath, Mu'jam As-Saghir (at-Thabarani), Sunan ad-Daruquthni, Mustadrak Al-Hakim mahupun Sunan al-Kubra al-Baihaqi.
Jika anda menyemak dan menemukan bait ini di dalam kitab di atas maka penulis sedia menerimanya dan penulisan ini mansukh dengan sendirinya.
Jadi dari mana sebenarnya asal bait² "zikir" di atas tidaklah diketahui.
Jadi, adakah boleh menyandarkannya sebagai zikir taubat?.
Bagi menjawab soalan ini, mari kita semak 'apakah' Nabi sallallahu Alaihi Wasallam ada meninggalkan dan mengajarkan kalimah tertentu sebagai solusi memohon taubat kepada Allah atas segala dosa-dosa kita?.
Jawapannya ; Ya, ada. Yaitu yang disebut sebagai "Saiyyidul Istighfar".
Dari Syaddad bin Aus Radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , “Sesungguhnya Istighfâr yang paling baik adalah seseorang hamba mengucapkan :
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ ، لَا إِلٰـهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ya Allâh, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).
(Baginda bersabda) “Barangsiapa mengucapkannya di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka ia termasuk penghuni surga. Barangsiapa membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk penghuni surga.
TAKHRIJ HADITS
-----------------------------
Hadits ini shahih. Diriwayatkan oleh:
~Imam al-Bukhari dalam shahîhnya (no. 6306, 6323) dan al-Adabul Mufrad (no. 617, 620)
~Imam an-Nasâ-i (VIII/279), as-Sunanul Kubra (no. 9763, 10225), dan dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 19, 468, dan 587)
~Imam Ibnu Hibbân (no. 928-929-at-Ta’lîqâtul Hisân ‘ala Shahih Ibni Hibbân)
~Imam ath-Thabarani dalam al-Mu’jamul Kabîr (no. 7172), al-Mu’jamul Ausath (no. 1018), dan dalam kitab ad-Du’aa (no. 312-313)
al-Hâkim (II/458)
~Imam Ahmad dalam musnadnya (IV/122, 124-125)
~Imam al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah (no. 1308), dan lainnya dari Shahabat Syaddad bin Aus Radhiyallahu anhu.
Lalu apakah statusnya melazimkan kalimah di atas sebagai zikir taubat nasuha?
Perkara ini kita rujukkan kepada
hadits ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam
2 650
Cubaan seludup 1,060 karton rokok gagal
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/625939/cubaan-seludup-1060-karton-rokok-gagal
TAWAU: Kecekapan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 1,060 karton rokok bernilai RM179,000 di Perairan Ice Box, di sini malam semalam.
2 650
Bila balik rumah sahaja terus dia lari naik atas katil berpura tidur 🤣. Manja sungguh perangai.
