uk
Feedback

Не попадись на ботовода! Telemetrio знаходить і позначає такі канали мітками 👉 Хочеш бачити мітку, оформляй підписку

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

Відкрити в Telegram

when you're sad, find Him. ”

Показати більше
2 650
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів
Архів дописів
Perempuan kalau dah mula sayang memang nampak dia tergedik-gedik. Tapi bila dia dah move on kau letak effort banyak manapun dia takkan pandang kau dah. @HatiMilikAllah 🌸
19 лют 2019, 07:59

Mohon sangat agar sahabat aku baik semula, aku gembira borak dgn kau sahabat 😌 @HatiMilikAllah
19 лют 2019, 03:23

Semoga perbalahan ni terlerai . @HatiMilikAllah
19 лют 2019, 03:23

Hijrah yang tertangguh 04 Aku suka orang yang ingin berubah Aku bangga mereka akhirnya berjaya melarikan diri dari dosa Namun aku? Masih mendahagakan dosa Diperhambakan nafsu Dikawal godaan Adakah aku masih ada peluang untuk berubah kembali? 😔 @HatiMilikAllah
18 лют 2019, 18:08

📌Tazkirah Ringkas 📑BERTAWAKKALLAH KEPADA ALLAH. BOLEH JADI APA YANG KITA SUKA TETAPI IA BURUK BAGI KITA Firman Allah SWT : وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ [Surat Al-Baqarah 216] ‎Terjemahan : "dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
18 лют 2019, 17:13

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Miliki Sifat Santun dan Malu حَدَّثَنَا يُونُسُ قَالَ زَعَمَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ أَشَجُّ بْنُ عَصَرٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِيكَ خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْتُ مَا هُمَا قَالَ الْحِلْمُ وَالْحَيَاءُ قُلْتُ أَقَدِيمًا كَانَ فِيَّ أَمْ حَدِيثًا قَالَ بَلْ قَدِيمًا قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَبَلَنِي عَلَى خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا Telah menceritakan kepada kami Yunus ia berkata, Abdurrahman bin Ubay berkata, Asyajj bin Ashr berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang keduanya dicintai oleh Allah 'azza wajalla." Saya bertanya, "Sifat apakah itu?" baginda menjawab, "Al Hilm (santun / tidak mudah marah) dan rasa malu." Saya bertanya lagi, "Apakah kedua sifat itu telah ada padaku sejak lama atau baru melekat?" baginda menjawab: "Sejak lama." Saya berkata, "Segala puji Allah yang telah memberiku dua sifat yang dicintai-Nya." (HR Ahmad No: 17160) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Dua sifat yang dicintai Allah kepada pemiliknya: a. Al-Hilm – santun (tidak mudah marah) b. Malu 2. Ibnu Allan: Malu adalah sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan segala keburukan sama ada perkataan, perbuatan dan sikap yang dapat mencegah dirinya dari kelalaian. 3. Antara bentuk malu: a. Malu melakukan kejahatan b. Malu kerana merasa lemah c. Malu kepada diri sendiri 4. Malu itu punca dari iman. Hadis Rasulullah SAW: اَلحَيَاءُ والإِيمَانِ قُرَنَاءُجَمِيعًا فَإِذَا رَفَعَ أَحَدَهُمَارَفَعَ الآخَرَ Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lain akan hilang juga (HR al-Hakim dan Tabrani) Marilah kita miliki sifat hilm (santun/tidak mudah marah) dan malu yang dicintai Allah. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 19hb Februari 2019 14hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
18 лют 2019, 17:13

Hati akhirat adalah hari di mana semua manusia menyesal. Antara penyesalan manusia ketika berada di alam akhirat adalah disebabkan tidak hidup dengan cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Firman Allah, ‎(وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا) Dan (ingatkanlah) perihal hari di mana orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul." -Surah Al Furqan, ayat 27- (Dipetik daripada facebook Zonkuliah) 📮Join Telegram Taman Orang Soleh telegram.me/RiyadusShaliheen
18 лют 2019, 05:30

SUBUH LEWAT & TAHAJJUD Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:08 ketika status ini ditulis - waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 6 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur - tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam) Waktu solat TAHAJJUD bermula selepas isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir. Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis :- إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر Ertinya : Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi) Justeru, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya. JANGAN niat solat Tahajjud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redhanNya. Insha Allah. JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajjud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus. Tahajjud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain. #DrZaharuddinAbdRahman
17 лют 2019, 21:28

Hijrah yang tertangguh 03 Semakin aku ingin berubah Semakin banyak dugaan yang ku lalui Terkadang Aku jatuh tanpa bangun Aku penat untuk lalui semua ini Dan Akhirnya Aku tewas dengan dosa @HatiMilikAllah
17 лют 2019, 18:21

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Hiasi Diri Dengan Sifat Malu عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ Dari Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah sifat buruk berada dalam sesuatu (pada seseorang) melainkan akan memburukannya, dan tidaklah sifat malu ada dalam sesuatu (pada seseorang) kecuali ia akan menghiasinya.". (HR Tirmizi No: 1897) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1. Sifat malu yang ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak dan membentuk sifat terpuji. 2. Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhluk. 3. Sifat malu diganjari Syurga, sifat buruk diganjari neraka: اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ “Rasa malu adalah sebahagian dari keimanan dan keimanan berada disyurga. Sedangkan tindakan kotor adalah sebahagian dari perangai yang kasar dan perangai kasar tempatnya di neraka” (HR Tirmizi No: 1932) Hiasilah diri kita dengan mulia dan terpuji seperti sifat malu. Moga sifat malu yang ada sebagai ganjaran ke syurga. Jauhi sifat dan perangai buruk seperti menghina, mengeji, memfitnah kerana balasannya adalah neraka. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 18hb Februari 2019 13hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
17 лют 2019, 17:59

📌Tazkirah Ringkas 📑YANG KAMU BENCI BOLEH JADI IA BAIK BAGI KAMU Firman Allah SWT : وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ [Surat Al-Baqarah 216] ‎Terjemahan : "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
17 лют 2019, 17:58

In shaa Allah... doakan aku 🤧 @HatiMilikAllah
In shaa Allah... doakan aku 🤧 @HatiMilikAllah
17 лют 2019, 08:29

Appreciate every little thing 💞 @HatiMilikAllah
17 лют 2019, 06:49

Not everyone gets the same version of me. One person might tell you I have an amazing beautiful soul. Another might tell you I'm could hearted asshole. Believe them both. I dont treat people badly, I treat them accordingly. @HatiMilikAllah 🌸
17 лют 2019, 05:59

Keep on praying for faith, it is through prayer that you develop all your wonderful qualities of soul. @HatiMilikAllah 🌸
17 лют 2019, 01:59

17.2.19 The truth is, not everyone will appreciate what you do for them. You have to figure out who's worth your kindness and who's just taking advantage of you. @HatiMilikAllah 🌸
17 лют 2019, 01:10

"cuba belajar dari setiap tempat yang kau pergi,even nampak macam remeh" 😊 @HatiMilikAllah
16 лют 2019, 20:47

📌Tazkirah Ringkas 📑ALLAH BALAS SETIAP KEBAIKAN YANG KITA LAKUKAN Firman Allah SWT : وَمَا تَفۡعَلُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ [Surat Al-Baqarah 215] ‎Terjemahan : "Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
16 лют 2019, 17:09

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Malu Itu Iman عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ Dari Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh tiga sampai tujuh puluh sembilan, atau enam puluh tiga sampai enam puluh sembilan cabang. Yang paling utama adalah kalimah, LAA ILAAHA ILLALLAH (Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah). dan yang paling rendah adalah membuang sesuatu gangguan dari jalan. Malu itu adalah sebahagian dari iman." (HR Muslim No: 51) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Iman itu memiliki lebih 60 cabang 2. Cabang Iman yang paling utama ialah ucapan kalimah syahadah 3. Iman yang paling rendah ialah membuang sesuatu dari jalan raya yang boleh menjadi gangguan atau mudarat kepada orang lain 4. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. إِنَّ لِكُلِّ دِينِ خُلُقًا وَخُلُقُ الإِسْلاَمِ الْحَيَاءُ “Setiap agama memiliki etika (akhlak) dan akhlak utama Islam adalah sifat malu” Riwayat Ibn Majah Semoga kita memiliki sifat malu yang merupakan satu daripada cabang Iman. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 17hb Februari 2019 12hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
16 лют 2019, 17:06

I hate myself when I get mad, cause I always end up hurting those around me with my words and actions. Like even though I apologise for it, I still hate the fact that I did all those things. @HatiMilikAllah 🌸
16 лют 2019, 10:07