cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Ust Hj Omar Kassim

Рекламні дописи
340
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
-430 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Memetik Al-Jazeera, ribuan rakyat Gaza yang berlindung di zon paling selamat Rafah mula berpindah ke Bandar Deir El-Balah. Mereka dipaksa berpindah kerana Rafah mula dihujani oleh layangan surat amaran serta siri pengeboman yan kuat khususnya di bahagian timut bandar itu. Kesesakan yang berada di bandar Rafah mula berpindah ke Deir Al Balah dan lebih ramai orang ramai meluru masuk ke kawasan tengah bandar itu. Ada yang terpaksa membina semula khemah-khemah pelarian mereka di persisiran kawasan pantai bandar berkenaan. Terkini rekod menunjukkan sekurang-kurangnya 34,789 rakyat Palestin terbunuh manakala 78,204 lagi disahkan mengalami kecederaan sejak 7 Oktober lalu. Sumber: TV Pertiwi t.me/duniapalestin
Показати все...
Kehadiran pelancong dengan visa dipermudahkan boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada negara. Mereka boleh overstay menjadi PATI atau lebih dirisaukan diberikan sesuatu bukan hak seperti kerakyatan dll. Pantauan JIM ini baik sekalipun kita agak hairan mengapa serbuan sebegini terpaksa dilakukan oleh JIM, bukannya pihak PDRM. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1087195/imigresen-gempur-pusat-pelacuran-24-pati-ditahan Ipoh: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 24 pendatang tanpa izin disyaki menjalankan pelacuran di sebuah pusat hiburan dan pusat pelacuran dalam Ops Gegar di sekitar Ipoh awal pagi tadi. Pengarah JIM Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 18 wanita warga Thailand, lima wanita Vietnam, dan seorang lelaki warga Thailand. "Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun. Kesemua warga asing yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas dikeluarkan," katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata kesemua ditahan di Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan dan tindakan lanjut. Meor Hazbullah berkata tindakan tegas juga dikenakan terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji atau melindungi pendatang asing termasuk pendakwaan di mahkamah.
Показати все...
Imigresen gempur pusat pelacuran, 24 Pati ditahan | Harian Metro

Ipoh: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 24 pendatang tanpa izin disyaki menjalankan pelacuran di sebuah pusat hiburan dan pusat pelacuran dalam Ops Gegar di sekitar Ipoh awal pagi tadi.

Hasbunallahu wanikmal wakeel... mereka mungkin akan meneruskan perancangan mereka. Namun Allah adalah sebaik perancang. Moga Allah lindungi Rafah dan warganya.
Показати все...
Repost from Ismaweb.net
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa selain mendesak penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza diteruskan, lapor Agensi Anadolu. "Ketakutan terburuk kami - mimpi ngeri penduduk Gaza - nampaknya menjadi kenyataan," kata jurucakap agensi PBB itu, James Elder. Elder menyatakan bahawa setiap amaran dan setiap "data yang mengejutkan" mengenai bilangan kanak-kanak dan ibu yang terbunuh serta rumah dan hospital yang musnah" semuanya diabaikan. #ismaweb #taufanalaqsa #freepalestine Ikuti berita terkini di https://t.me/ismaweb
Показати все...
Repost from Ismaweb.net
Kanak-kanak ini menangis kehilangan satu-satunya adik yang masih ada akibat serangan udara Israel di Gaza. Ikuti berita terkini https://t.me/ismaweb
Показати все...
Repost from Ismaweb.net
Doktor terkenal Gaza meninggal dunia di penjara Israel Israel sahkan kematian Dr Adnan berlaku pada 19 April tanpa dedah punca GAZA, 24 Syawal 1445H, Jumaat - Pihak Berkuasa Hal Ehwal Banduan dan Persatuan Tahanan Palestin menyalahkan Israel di atas kematian seorang doktor kanan Palestin, Dr Adnan Al-Bursh. Ketua Ortopedik di Hospital Al-Shifa itu disahkan meninggal dunia di penjara Israel selepas lebih empat bulan ditahan. Menurut dua persatuan itu, Dr Adnan telah ditahan oleh tentera Israel ketika berkhidmat sementara di Hospital Al-Awda di utara Gaza. Kematian Dr Adnan disifatkan sebagai 'pembunuhan' dan jenazahnya didakwa kekal dalam tahanan Israel. Jurucakap tentera Israel berkata, perkhidmatan penjara mengesahkan Dr Adnan meninggal dunia pada 19 April, ketika ditahan di penjara Ofer kononnya atas sebab keselamatan negara. Bagaimanapun, Israel tidak mendedahkan punca kematian. Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan berkata, kematian Dr Adnan meningkatkan korban membabitkan pekerja kesihatan kepada 496 orang sejak Oktober. Sebelum ini, Israel menuduh Hamas menggunakan hospital untuk tujuan ketenteraan, namun dakwaan itu dinafikan kumpulan pejuang dan kakitangan perubatan.- Agensi Ikuti berita terkini di https://t.me/ismaweb
Показати все...
Repost from Ismaweb.net
Wajibkan fasih bahasa Melayu asas dapat kewarganegaraan Kita perlu lahirkan rakyat yang sanggup mati demi agama, bangsa dan negara BANGI, 21 Syawal 1445H, Selasa - Sudah sampai masanya kerajaan mewajibkan syarat, penguasaan dan kemahiran berbahasa sebagai syarat untuk mendapat kewarganegaraan. Penganalisis politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, isu bahasa, warganegara dan keselamatan tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, kita mahu melahirkan rakyat Malaysia yang setia, sanggup hidup mati bersama, bukan pembelot. "Apabila lahir ramai rakyat yang tidak cintakan agenda negara seperti bahasa, semangat patriotik mereka semakin luntur. "Mereka lebih cintakan bangsa dari negara. Mereka lebih mempertahankan bangsa dari negara. Banyak bukti sedia ada," katanya. Ridhuan Tee berkata, kita semua tinggal di Malaysia yang mana bahasa utama atau bahasa negara adalah bahasa Melayu, termaktub dalam perlembagaan. Katanya, jika tiada sebarang tindakan tegas diambil, sampai bila pun akan ada rakyat Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik, lebih-lebih dengan wujudnya sekolah vernakular. "Percayalah, isu ini nampak kecil, tetapi jika dianalisis secara mendalam, ia melibatkan isu keselamatan negara. "Kita perlu lahirkan rakyat atau warga yang setia, sanggup mati demi agama, bangsa dan negara, bukan pembelot, yang tidak ada taat setia," katanya.
Показати все...
https://t.me/FauziAsmuni Penutupan KFC: Mari Berkongsi Keperitan 1. Berita penutupan 108 cawangan KFC saya sambut dengan perasaan bercampur baur. Ada kegembiraan kerana nampaknya rakyat Malaysia makin menolak produk yang ada kaitan dengan AS. Ada sedikit rasa kurang selesa kerana penutupan itu sudah tentu menyebabkan ramai pekerjanya dari rakyat negara ini yang majoritinya orang Melayu Islam akan hilang pekerjaan. Dengan suasana ekonomi yang meruncing sekarang, sudah tentu kehilangan pekerjaan adalah satu yang sukar buat mereka semua. 2. Tapi begitulah harga perjuangan yang kita perlu tanggung jika kita serius ingin terlibat merasai sekali keperitan saudara kita di Palestin dan terlibat di dalam mengaut pahala jihad bersama mereka. 3. Tidak ada siapa yang boleh menafikan boikot memberi kesan kepada Israel dan pembela kuatnya iaitu AS. Mereka perlukan bantuan kewangan yang banyak untuk membunuh rakyat Palestin. Setiap sen yang berjaya dihalang dari sampai ke Israel adalah rahmat dan keringanan kepada warga Palestin. Sen dan ringgit yang berjaya dihalang akan memeritkan Israel ... dan itu adalah jihad kerana ia termasuk di dalam menjejak tempat yang menimbulkan kemarahan musuh. Firman Allah: ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَّيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ ".... demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh..." (At Taubah: 120) 4. Palestin tidak akan merdeka selagi umat keseluruhannya tidak merasai keperitan yang dirasai oleh warga Palestin. Mereka di sana syahid, kehilangan keluarga, kehilangan rumah, tiada makanan, tiada rawatan, tidak cukup tidur, sentiasa kebimbangan, air mata sentiasa mengalir, masa depan masih kelam dan segala macam kesengsaraan yang sukar untuk kita gambarkan. Jika keperitan itu tidak ditanggung seorang sedikit oleh umat yang lain secara kolektif, bagaimana mampu Israel yang dibangun dan dipertahankan oleh sekutu mereka dari seluruh dunia akan jatuh? 5. Ketika saya dan rakan-rakan dari GSPP bertemu dengan pengurusan McDonald, kami nyatakan bahawa kami yakin bahawa hati dan jiwa pengurusan McDonald bersama Palestin. Kepada pengurusan dan pekerja KFC, saya nyatakan perkara yang sama; jiwa dan hati anda semua saya yakin bersama Palestin. Jadi marilah kita sama-sama melakukan sesuatu untuk Palestin dan bersama menanggung keperitan itu. 6. Saya yakin ada banyak alternatif yang boleh dilakukan oleh pengurusan dan pekerja KFC berdepan suasana ini. Di mana ada kemahuan, di situ sudah pasti ada jalan. 7. Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar tidak menjadikan isu boikot ini sebagai faktor perpecahan kita. Tidak perlu memprovokasi. Tidak perlu mengejek dan menyindir. Jika ada cadangan yang lebih baik bagaimana isu boikot ini dapat dikurangkan mudharatnya kepada warga Malaysia, cadang dan bincangkanlah dengan baik melalui saluran yang betul. Amat rugi jika gerakerja boikot yang disambut baik dan menyatukan sebahagian warga Barat, tetapi di negara kita ianya menjadi faktor perpecahan. Wallahu a'lam Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Показати все...
Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Satu perkongsian ....

World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WCK, Erin Gore, keadaan kemanusiaan di Gaza kekal kritikal dan pihaknya akan memulakan semula operasi dengan tenaga, maruah dan tumpuan untuk memberi makan kepada orang ramai. Operasi agensi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu terbunuh dalam serangan udara Israel pada 1 April. Sebelum menghentikan operasi, WCK telah mengagihkan lebih daripada 43 juta makanan di Gaza sejak Oktober, mewakili 62 peratus daripada semua bantuan NGO antarabangsa. Badan amal itu berkata, ia mempunyai 276 trak bersamaan dengan hampir 8 juta hidangan sedia untuk memasuki Gaza melalui Rafah dan juga akan menghantar trak ke Gaza dari Jordan. Sumber: TV Pertiwi t.me/duniapalestin
Показати все...