cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Ruang akal dan jiwa 🤍🎗

Your safe space 🫂 Be kind to your mind and soul. More description on pinned message 📌 Have a read there. Don't forget to share this channel with your loved ones. Thank you ! SHARE | FORWARD | PIN | ON NOTIFICATION

Більше
Малайзія29 704Індонезійська5 980Медицина11 466
Рекламні дописи
1 426
Підписники
+124 години
+17 днів
-330 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Фото недоступнеДивитись в Telegram
Nak berkongsi berita gembira ni dengan kalian 🫶🏻 Sebab tak berjaya sampai tahap ni tanpa doa orang-orang baik seperti kalian, dan sokongan kalian yang membeli. Walau di hujung carta, tak pernah pun terbayang dapat masuk senarai Weekly Bestsellers dari MPH ni. Selalu tengok buku orang lain je dalam ni dan rasa bangga dengan mereka sebab boleh ada dalam ni. Tapi bila buku sendiri masuk carta, it feels surreal! “And the best part, buku dari PutehPress, buku Aisyah sorang je bangga kita!!” —editor Makin bersemangat nak siapkan buku kedua 🤗 🤍 #bekindtoyourmind
Показати все...
6👏 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Disturbing, upsetting and infuriating! Kalau 👆🏻 masih gagal/tidak membuktikan betapa ‘gelapnya’ sisi kekeluargaan dalam negara kita, I don’t know orang masih mempertahankan apa. “Tapi tu kan mak kau, syurga tu” “Jahat jahat pun, dia tetap ibu kau” “Alah, jangan ambil hati sangat” “Mestilah dia nak didik kau kalau pukul tu” Err... no? Jangan jadi enabler! Beza ya antara : 😠 garang yang tegas (tak bagi pulang lewat malam, marah keluar dengan lain jantina, pesan jangan membazir duit, minta jangan selalu main game); dengan 🤬 garang yang mendera, mencaci maki, dan mengabaikan, malah hingga membunuh. Beza. Sangat beza. Memang kena tengok case by case basis. Si emak ada masalah kesihatan mental ke, si ibu ada bebanan tugas yang bertumpuk-tumpuk ke. Tapi itu bukan tiket yang menghalalkan perbuatan kejam dan zalim. Jenayah tetap jenayah. Sila bezakan aib dengan jenayah. Tolong reti beza mendidik dengan jenayah. —admin Penulisan pada keratan akhbar oleh Maszureen Hadzman UTUSAN 1 Mei 2023, 7:30 am
Показати все...
👍 9
Peringatan hari ini : Kalian tahu atau tak, yang 🦋 akan berehat bila tiba waktu hujan dan guruh kilat, kerana ⛈ akan merosakkan sayap mereka? Jadi, tak mengapa untuk berehat bila ada ‘storms of life’. Boleh kembali mengepakkan sayap bila keadaan kembalik reda dan membaik ⛅️ t.me/bekindtoyourmind
Показати все...
👍 10
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Masuk Shopee Live sekarang, harga jadi RM28. 11 saja untuk buku Be Kind to Your Mind 😮‍💨🤌🏻 https://my.shp.ee/cmmgAQu Untuk yang tak sempat masuk Shopee Live, ada voucher sempena PayDay Sales 13%, dari RM40 + RM 5.19 shipping fee → jadi RM 34.92 saja free shipping! Dapatkan dari pautan di bawah 😄👇🏻 https://s.shopee.com.my/6KjYyfTARg?share_channel_code=2
Показати все...
1
Anda atau individu terdekat mempunyai gejala kemurungan (depression) atau keresahan (anxiety) tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan rawatan? Kemurungan dan keresahan merupakan keadaan yang perlu diberi perhatian dan boleh dirawat. Untuk mendapatkan rawatan, anda bolehlah menggunakan panduan seperti yang dilampirkan: 1⃣ Lakukan ujian saringan kesihatan minda yang disediakan secara atas talian oleh MENTARI Malaysia di pautan https://mentari.moh.gov.my/malay/self-test/ . 2⃣ Bawa keputusan saringan ke klinik kesihatan atau klinik swasta yang berdekatan. Nyatakan gejala yang dihadapi. 3⃣ Jika perlu, doktor akan merujuk anda ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di hospital yang terdekat. 4⃣ Bawa surat tersebut untuk membuat temujanji bersama doktor di hospital berkenaan. ‼️Harus diingat: 1⃣ Ujian DASS dan PHQ merupakan satu saringan, BUKAN DIAGNOSIS. 2⃣ TIDAK semua pesakit kemurungan perlu memakan ubat. 3⃣ Mendapatkan RAWATAN dan mengadakan pertemuan berkala dengan doktor psikiatri, ahli klinikal psikologi, pakar psikologi atau kaunselor— BUKAN bererti anda kurang siuman, gila, tidak cukup iman, atau gagal dalam hidup. ⚠️ Namun, 1⃣ DASS merupakan saringan kesihatan mental, dan kesihatan mental sama penting untuk dilakukan ‘medical check-up’ setiap 6 bulan sekali. 2⃣ Jika anda perlu memakan ubat, teruskan dengan saranan doktor untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. 3⃣ Tidak mengapa untuk mendapatkan rawatan psikiatri kerana kesihatan mental juga sama penting dengan kesihatan fizikal. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesejahteraan mental dan fizikal 🤍 t.me/bekindtoyourmind
Показати все...
👍 2 2
00:08
Відео недоступнеДивитись в Telegram
Peringatan, untuk kita sentiasa peka dengan keadaan emosi dan kebutuhan diri.
Показати все...
4.73 KB
9
Sama ada bapa kita tu tak pernah muncul di sepanjang hayat kita, atau sama ada dia menyebabkan direct pain ke atas diri kita— ia adalah pengalaman peribadi setiap seorang dari kita yang perlu difahami sebaiknya dan memilih untuk sembuhkan ia, I hope 🙂 Ambillah seberapa banyak masa + ruang yang kita perlukan, dan bercakaplah dengan seberapa ramai orang yang kita perlukan. Andai tiba saatnya kita ingin memaafkan dan move forward— saya berdoa agar kita bertemu dengan kelapangan jiwa, keberanian hati dan ketenangan fikiran untuk melakukannya suatu hari nanti. 🤍
Показати все...
4
Ayah— sesetengahnya figura hebat, sebahagian lagi tidak. Ada yang sentiasa hadir, ada juga yang seringkali tiada. Ada yang jenis meluahkan, ada pula yang jenis diam. Segelintirnya sangat memberi komitmen, namun sebahagian lainnya langsung gagal memainkan peranan. Wujud yang mahu mencuba, namun terdapat juga yang lari dari tanggungjawab. Bapa— di sebalik cerita manis dan indah yang dipaparkan sebahagian individu saat meraikan hari ini, ada beberapa sudut bumi yang memegang hikayat melukakan dan terlalu perit untuk dipertontonkan. Untuk setiap anak yang sedang membebat luka dan merawat derita kesan daripada zaman kanak-kanak seperti pengabaian, penderaan, menelan kemarahan, menyaksikan jenayah yang dilakukan, mendepani ketagihan si bapa— saya mendoakan kesejahteraan untuk setiap apa yang terpaksa kalian telan dan sembunyikan. Dan buat si anak yang merindui bapa mereka yang telah tiada buat selamanya— moga beberapa gambar, video, kata-kata kenangan antara kalian dapat sedikit sebanyak memeluk hangat tiap relung kerinduan. Selamat hari bapa :)
Показати все...
2😢 1
Sama ada bapa kita tu tak pernah muncul di sepanjang hayat kita, atau sama ada dia menyebabkan direct pain ke atas diri kita— ia adalah pengalaman peribadi setiap seorang dari kita yang perlu difahami sebaiknya dan memilih untuk sembuhkan ia, I hope 🙂 Ambillah seberapa banyak masa + ruang yang kita perlukan, dan bercakaplah dengan seberapa ramai orang yang kita perlukan. Andai tiba saatnya kita ingin memaafkan dan move forward— saya berdoa agar kita bertemu dengan kelapangan jiwa, keberanian hati dan ketenangan fikiran untuk melakukannya suatu hari nanti. 🤍
Показати все...
Kalau tak silap admin, esok 16 Jun 2024 (Ahad) adalah Hari Bapa 👨🏻👱🏻‍♂👨🏼‍🦱🧔🏾‍♂👳🏽‍♂👨🏽‍🦲👨🏼‍🦳 Hari Bapa mungkin sukar pada sesetengah orang kerana : • anda seorang anak yang berasa kosong, sunyi dan ‘hilang’ kerana ketiadaan father figure • anda seorang anak yang ada hubungan yang ‘complicated’ dengan ayah anda • anda seorang anak yang tidak berhubung/terputus hubungan dengan ayah anda • ayah anda tiada di sisi atau ada tetapi beliau emotionally absent • ayah anda telah pergi buat selamanya • tidak berkesempatan untuk bertemu dengan ayah anda sejak belakangan ini • ayah anda sedang sakit • ada yang ingin menjadi ayah tapi masih belum berkesempatan • anda seorang ayah yang pernah mengalami kehilangan anak • anda seorang ibu yang sedang ada masalah hubungan dengan ayah kepada anak anda • anda seorang ibu kepada anak anda yang ayahnya telah meninggal dunia/sedang sakit • anda seorang ibu kepada anak anda yang ayahnya tidak mengambil berat dan mengabaikan tanggungjawabnya • anda seorang ‘single parent’ (si ibu atau si bapa) Mari kita cuba untuk menjadi lebih memahami dan lebih empati kerana hari bapa datang dengan emosi dan perasaan yang berbagai. Sebab tak semua melaluinya dengan baik dan mudah 🥺 Saya memahaminya. Peluk hangat dari kejauhan dan didoakan agar kita semua sembuh dari luka yang terlihat dan tidak terlihat. I see you, I feel you, I hear you 🤍 — admin 🧣 t.me/bekindtoyourmind
Показати все...
Ruang akal dan jiwa 🤍🎗

Your safe space 🫂 Be kind to your mind and soul. More description on pinned message 📌 Have a read there. Don't forget to share this channel with your loved ones. Thank you ! SHARE | FORWARD | PIN | ON NOTIFICATION

8👍 1
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.