cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

💀 Kisah Seram 💀

Contains a collection of scary stories that will accompany you in the dark of night . ' Beware all around you as you read ' 16/4/2016 #TeamKisahSeram Telegram.me/seramnyata @hanaraffays - creator

Більше
Країна не вказанаМова не вказанаКатегорія не вказана
Рекламні дописи
4 393
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Kalau dah bosan tengok filem hantu sampai takut solat seorang diri berdehem apa kata tengok #MaMovie lakonan mantap Octavia Spencer pula? Ingat tak pesan mak dan ayah dulu? Kalau kamu tak kenal orang tu: •Jangan cakap dengan dia. •Jangan ikut dia. Tapi...
Показати все...
KENALI HANTU ANDA: PENANGGAL Nama-nama lain: MALAYSIA: Penanggal / Balan-balan FILIPINA: Mananaggal BALI: Leyak DAYAK: Kuyang MINANGKABAU: Palasik / Pelesit THAILAND: Krasue LAOS: Kasu / Phi-Kasu KEMBOJA: Ap TIPS elak gangguan penanggal: Gantung daun mengkuang di bawah rumah
Показати все...
a dari terlekat di tanah namun semua percubaannya gagal. Berbagai cara dibuatnya namun semuanya tidak mendatangkan hasil. Dia menjerit sekuat-kuat hatinya namun jeritan itu tidak mendatangkan apa-apa hasil pun. Kakinya terus juga tersepit di permukaan bumi. "Waktumu untuk mati sudah sampai!" Kata datuk. Ratu iblis terus melolong kesakitan. Dia tidak menjawab lagi apa yang dierkatakan oleh datuk. Tidak lama kemudian awang pun sampai dengan tengkorak yang berwarna kuning keemasan. "Agghh..... tolongggggg!" Jerit ratu iblis. "Tok!" Awang menyerahkan tengkorak itu kepada datuk. Datuk membuka tengkorak yang berwarna kuning emas itu dan kelihatan seekor anak cicak merah menjelirkan lidah. Ratu iblis meronta-ronta minta dilepaskan. Datuk memegang tengkorak itu dan menghempaskan ke batu. Darah mengalir dari tengkorak tersebut dan anak cicak itu juga mati. Dengan serta merta ratu iblis yang cantik jelita bertukar menjadi hodoh. Wajahnya lebih hodoh dari perempuan yang berusia dua ratus tahun. Kulitnya bertukar menjadi hitam dan rambutnya putih. Senja hampir-hampir menjelma. Kami pun meneruskan kerja-kerja menggali lubang yang terhenti di tengah jalan tadi. Awang, jugra dan aku turun ke bawah. Kira-kira lima kaki kami gali, tiba-tiba mata cangkul terhentakkan satu benda keras. Awang berhenti dan memerhati ke arah aku. Begitu juga aku. "Tajau!" Katanya perlahan. "Barangkali" jawab aku perlahan. Awang melambai datuk yang berdiri di atas tebing lubang itu. Barangkali datuk faham dengan lambaian tersebit dan terus turun ke bawah. Kami terus menggali lagi dan akhirnya bertemu dengan sebiji tempayan besar. Diluarnya terukir gambar-gambar naga. Datuk mengeluarkan kapur yang disimpannya didalam simpul kainnya dan terus membuat tanda pangkah pada tempayan itu. Kami terus mengeluarkan tempayan itu dan kini barulah seluruh tempayan tersebut keluar. Datuk mengarahkan orang-orang di atas supayaenyediakan tali dan kayu untuk menaikkan tajau itu. Setelah segala-galanya siap, tajau itu ditarik perlahan-lahan naik ke atas. Kemudian kami pun naik ke atas dan berkumpul di satu kawasan lapang. Warana tajau itu kuning seperti warna tembaga. Ianya memang sebuah tempayan biasa sahaja. Datuk menghampirinya sambil membaca sesuatu. Lemudian dia mengetuk tajau itu dengan kapak dan mulutnya pecah. Emas berlian keluar bagaikan dicurah-curah berkilau-kilau cahayanya. Bertimbun bagaikan busut di hadapan kami. Aku hanya mampu mengucap sahaja. Datuk membahagikan dengan cara menggenggam. Seorang segenggam sehinggalah tiap-tiap orang mendapat lima puluh genggam termasuk aku. Setelah siap segala-galanya, datuk tidak mahu bahagiannya. Begitu juga dengan awang dan jugra. Maka aku terpaksalah berbuat demikian juga. Hanya lebai mat dan pembantu bomoh siam sahaja yang mengambil bahagian masing-masing. Kemudian datuk membaca lagi sesuatu dan merenjiskan air ke atas emas berlian yang berlonggok kepunyaan aku, awang, datuk dan jugra. Tiba-tiba emas tersebut bertukar menkadi pasir. Kami melihatnya dengan penuh tandatanya. "Mat" tiba-tiba datuk bersuaramecahkan keheningan senja. "Gunakan emas itu untuk membayar hutang dan jangan lupa untuk membayar zakat" pesan datuk. Lebai mat dan pbantu bomoh siam yang tidak pernah memperkenalkan namanya menganggukkan kepala tanda setuju. Kami pun bersiap dan bertolak pulang pada malam itu juga. Tinggallah lembah maut dan ratu iblis. "Dia masih belum mati" kata datuk sambil memuncungkan mulutnya ke arah ratu iblis yang terguling #tamat
Показати все...
unuh aku. Lihatlah!" kata ratu iblis sambil ketawa terbahak-bahak. Datuk hanya tersenyum melihat gelagat ratu iblis itu. Kemudian ratu iblis mencabut segumpal rambut dari kepalanya dan membalingkan ke arah datuk, dengan serta merta menjadi anak panah mengelilingi tubuh datuk untuk cuba membunuhnya namun gagal. "Celaka kau manusia!" Kata ratu iblis menerkam datuk. Terkaman tersebut dapat dielakkan dan datuk dapat menyentak tangannya dan menikam perut ratu iblis dengan tapak tangannya dan tembus dari dada ke perut. Darah mengalir dan ratu iblis tersungkur ke bumi. "Mati!.." kata hati kecilku. Kemudiannya ratu iblis bangun semula dan ketawa terbahak-bahak. Perutnya luka namun dia tetap hidup seperti sediakala. Datuk lelihatan hairan bercampur cemas melihat ratu iblis yang masih hidup dan ketawa. Datuk berundur dua tapak ke belakang. Matanya bersinar. Merah dan menggerunkan. Aku juga bimbang melihat kejadian ini. Nampaknya ratu iblis lebih hebat dari datuk. Kini ratu iblis memperlihatkan wajahnya yang sebenar. Dia bertukar menjadi garang. Kukunya panjang runcing dan matanya bercahaya seperti lampu picit. Dia terus berjalan mengelilingi datuk. Dia juga ketawa terbahak-bahak melihat datuk yang agak gelisah sedikit kerana memikirkan apakah cara yang perlu dilakukan untuk menumbangkan ratu iblis yang tidak kurang juga hebatnya. "Bukankah telah ku katakan tidak ada manusia yang dapat membunuh aku!" pekik ratu iblis sambil ketawa terbahak-bahak melihat datuk. "Ratu iblis, tiap-tiap yang hidup akan mati. Engkau juga tidak akan terkecuali" sahut datuk. "Aku terkecuali dari mati" jawab ratu iblis. "Aku tidak yakin dengan kenyataanmu" datuk cuba memancing ratu iblis. "Hai manusia bagaimana aku boleh mati kerana nyawaku, tidak berada bersama dengan jasad" kata ratu iblis demgan hilai tawa berpanjangan. "Bukan di badan!" Laung awang geram. Dia tiba-tiba membetulkan duduknya lalu bersila dan membaca sesuatu yang aku tidak faham. Kemudian dia merapatkan kedua belah telapak tangannya. Dia menekan telapak tangannya rapat-rapat dan kemudian keluar cermin sebesar telapak tangannya. Berbagai-bagai gambar dapat dilihat dan gambar-gambar itu terus bertukar-tukar sehinggalah muncul gambar tengkorak yang berwarna kuning emas terapung di satu air terjun tidak berapa jauh dari tempat kami duduk itu. Tidak ada tali yang mengikatnya tetapi dia terapung-apung. Awang menganggukkan kepalanya. Dia membaca lagi sesuatu. Kali ini agak pendek sahaja dan selepas dibacanya cermin yang ditelapak tangannya dengan serta merta hilang. "Aneh!" Dengus hatiku. Di luar datuk masih cabar-mencabar dengan ratu iblis. Belum ada serangan yang dilakukan oleh sesiapa pun antara mereka berdua. Awang bangun meninggalkan aku, dia menghilangkan diri di celah-celah belukar. Ratu iblis terus ketawa terbahak-bahak kerana datuk kelihatan terus berundur untuk mempertahankan diri. "Bagaimana?" Aku minta pendapat lebai mat. "Aku rasa kita jangan campur. Ini bukannya taraf kita. Pertarungan antara ilmu ghaib dengan ilmu ghaib, biarkan mereka" jawab lebai mat yakin. "Tapi datuk dalam bahaya" kata aku lagi. "Aku yakin dengan kemampuan datukmu" balas lebai mat pantas. Aku hanya mendiamkan diri dan ratu iblis terus merapati datuk. Dia mengangakan mulutnya dan menghembuskan api dan terus membakar datuk. Aku tersentak melihat datuk hangus. "Bagaimana wahai orang muda?" Tanya ratu iblis separuh menyindir. Datuk terus berdiri tegak dan api yang membakarnya perlahan-lahan padam. Akhirnya datuk tidak terjejas sedikit pun dan dia terus menghampiri ratu iblis. "Bagaimana?" Soal datuk kepada ratu iblis pula. Dia terus ketawa. "Kalau engkau menyimpan nyawamu di tempat lain, nyawa aku disimpan oleh tuhan" kata datuk. "Pergi jahanam dengan tuhanmu!" Tengking ratu iblis. Sepantas kilat dia melompat dan sepantas kilat juga datuk menghentakkan kakinya ke tanah. Ratu iblis pun terlekat di bumi. Dia cuba menyentak kakinya beberapa kali namun gagal. "Pasung bumi" bisik lebai mat kepadaku. Aku hanya menganggukkan kepala mengiakan. Ratu iblis terus cuba untuk melepaskan kakiny
Показати все...
" kata datuk. "Belum ada manusia yang dapat memusnahkan aku! Apa lagi engkau seorang yang baru mengenal ilmu ghaib. Engkau akan tahu siapa aku" kata ratu iblis. Dia terus berjalan mengelilingi datuk sambil ketawa terbahak-bahak. Kadang-kadang ketawanya itu sengaja dibuat-buat dan bukannya benar-benar ketawa kerana mahu ketawa. Awang memerhatikan pertarungan besar ini dengan penuh minat. Dia tidak menghiraukan apa yang berlaku disekelilingnya. Ratu iblis terus memegang kain selendangnya. Tiba-tiba dia melambungkan kain tersebut dan kain itu hilang. Dia berjalan mengelilingi datuk. "Bersiaplah untuk menemui maut. Engkau akan ku jadikan sebagai hamba yang paling setia. Jangan khuatir" kata ratu iblis. Datuk ketawa perlahan. Ketawa yang memang dibuat-buat. "Aku dan orang-orangku tidak akan mati ditanganmu" kata datuk. Ratu iblis geram melihat datuk yang berkata demikian. Dia merenung datuk dan kemudiannya tersenyum. "Hanya tuhan sahaja yang boleh mencabut nyawa kami. Bukannya engkau" kata datuk lagi. Ratu iblis ketawa terbahak-bahak. Kain selendang yang dilambungnya tadi tiba-tiba menerkam datuk dari atas dan menjadi seekor ular tedung senduk. Sepantas kilat datuk menyambutnya dengan tangan. Ular tersebut menjadi kain selendang semula. Datuk membaling kain tersebut ke arah ratu iblis dan dia menyambutnya dengan pantas kain tersebut bertukar menjadi api. Ratu iblis menjerit sekuat-kuat hatinya kerana kepanasan. "Hai! Takkanlah api begini pun tidak dapat ditahan dengan tangan" tempelak datuk. Ratu iblis terus berjalan mengelilingi datuk. Kali ini dia benar-benar marah. Dia memusing-musingkan kepalanya dengan lugat sekali dan tiba-tiba kepalanya tercabut dan terbang menerkam ke arah datuk. Terkaman itu dapat dielakkan. Kepala itu terus terbang lagi mencari datuk dan setiap terkaman dapat dielakkkan oleh datuk. Tali perutnya terjurai cuba membelit datuk namun dapat dielakkan. Kemudian, digugurkannya sejenis habuk beracun tetapi habuk itu jatuh ke bawah bertukar menjadi tepung biasa. Ratu iblis terus terbang dan menghilai terbahak-bahak melihatkan datuk yang kelam kabut dibuatnya. Nampaknya datuk benar-benar marah kali ini. Dia mengerutkan dahinya sambil menggerakkan pangkal dagunya. Aku tahu datuk akan bertindak dahsyat kali ini. Kepala yang terbang tadi kembali semula ke badannya. Kemudian dia ketawa dan berjalan seperti biasa ke arah datuk. Datuk memusarkan kedua belah tangannya dan terus menghampiri ratu iblis yang tengah ketawa. Kelakuannya benar-benar macam syaitan. Kini wajahnya yang tadi kelihatan jelita perlahan-lahan bertukar menjadi buruk dan hodoh. Rambutnya yang hitam berkilat kini menjadi putih dan tidak terurus. Wajahnya kecut dan pakaiannya tidak senonoh lagi. Ratu iblis terus ketawa dan ketawa lagi sambil berjalan mengelilingi datuk. Dia meraba satu bocong yang diperbuat dari kulit dan menuangkan ke dalam mulut. Darah! Ratu iblis minum darah. Beberapa minit kemudian, wajahnya bertukar semula menjadi sungguh ayu dan jelita. Mengasyikkan apabila merenung matanya yang bersinar tajam. "Engkau lihat kehebatan aku" katanya bersuara perlahan. Datuk diam. Dia memerhatikan sahaja pergerakkan ratu iblis itu. "Aku tidak akan tua dan mati selagi manusia hidup di dunia ini. Darahnya aku boleh dapat bila-bila masa aku mahu" katanya dengan derai ketawa yang memanjang. Kini ratu iblis benar-benar muda seperti gadis yang berusia belasan tahun. Bau wangi mayam pinang kembali memenuhi kawasan itu. Ratu iblis mencabut sehelai rambutnya dan dibalingnya ke arah datuk. Dengan tiba-tiba sahaja rambut itu menjadi jarum terbang. Mujurlah jarum tersebut dapat dielakkan oleh datuk dan terbabas menikam banir pokok. "Engkau akan mati ditanganku sekali ini wahai ratu iblis! Kau lihat nanti betapa hinanya kematianmu!" Sindir datuk. Datuk membongkok dan mengambil segenggam pasir lalu membalingkannya ke arah ratu iblis. Pasir tersebut menjadi lebah yang berapi. Malangnya lebah tersebut tidak dapat menggigit dan membinasakan ratu iblis kerana dia sempat melindungi tubuhnya dengan kain selindang. "Engkau belum boleh memb
Показати все...
Dendam Ratu Iblis {12} Tok Peran "Darah" kata aku. Awang mencebuk cangkulnya lagi dan kali ini darah juga yang keluar bagaikan mata air. Serentak dengan itu juga hujan darah mencurah-curah. Darah hidup. Aku panik. Awang juga cemas. "Hebat benar puaka ni" giat awang sambil melindungi muka dengan telapak tangan. Kilat dan petir juga sabung menyabung dan datuk mengarahkan kami naik. Dengan tidak membuang masa lagi, kami bertiga bergegas naik ke atas. "Apa hal ni tuk!" Kata awang berlari-lari anak ke arah datuk. "Biarkan, ini perbuatan ratu iblis!" Jawab datuk. Kami terpaksa mencari pangkal pokok untuk berlindung. Sementara datuk tidak berganjak. Dia berdiri di tengah-tengah hujan darah. Ngeri melihat darah berbuih-buih mengalir di seluruh kawasan itu. Semua kami berlindung kecuali datuk. "Ratu iblis! Turun engkau!" Jerit datuk sekuat-kuatnya. Suara datuk disambut oleh lolongan petir dan kilat sabung menyabung. Dalam cahaya kilat itu ada satu cahaya yang terlalu pantas betul-betul memancar ke arah tubuh datuk. Kami melihatnya dengan penuh debaran. Namun cahaya itu tidak berjaya membakar datuk sebaliknya bertukar menjadi manusia. Seorang perempuan cantik dalam lingkungan umur lapan belas tahun. "Ratu iblis" bisik jugra perlahan ke cuping telinga aku. Aku tersentak mendengarnya kerana wajah yang aku lihat sekarang pernah aku lihat di pekan maran, semasa aku minum dengan datuk dulu. "Dia boleh menjelma berbagai-bagai rupa dan gaya" kata jugra lagi. Aku menganggukkan kepala tanda faham dengan apa yang dimaksudkan oleh jugra. "Dia boleh lebih cantik lagi" kata jugra perlahan. Peremuan muda yang cantik jelita itu terus berjalan ke arah datuk. Hujan darah pun berhenti dengan serta merta. Datuk kuyup dengan darah. Perempuan jelita itu menghampiri datuk dan terus menjilat tubuhnya sehingga darah yang kuyup di tubuh datuk itu habis kering. Aku perhatikan betul-betul, tidak ada taring atau siung. Kukunya juga tidak terlalu panjang seperti yang digambarkan oleh setengah-tengah pencerita dongeng. Yang pasti, ada bau mayang pinang. Kemudian gadis itu terus memeluk datuk dengan erat dan penuh berahi. "Sudikah abang menjadi pasangan saya" bisiknya perlahan. Namun , kami dapat menangkap apa yang diperkatakan itu dengan jelas. Aku berdoa muga-muga datuk tidak akan dipermainkan oleh ratu iblis. "Ratu iblis, aku datang ke sini hanya untuk satu tujuan. Bukan untuk mengahwinimu" kata datuk keras. "Kekanda, jangan terlalu angkuh nanti merbahaya" kata ratu iblis separuh menyindir. Aku kecut juga melihat datuk yang dirayu dan dipujuk oleh ratu iblis. Namun kami berdoa agar datuk tidak akan tewas dengan pujukan begitu. Ratu iblis terus juga memeluk datuk dengan erat, datuk membiarlan sahaja. "Aku ada kekayaan. Tajau semuanya kepunyaanku. Aku ada hamba abdi. Apa lagi yang kita mahu" kata ratu iblis. "Hambamu telah aku lepaskan. Aku pulihkan mereka" "Bohong!" Katanya sambil menolak datuk ke belakang. Datuk terundur sedikit. "Belum ada manusia yang boleh memulihkan permainan ratu iblis!" "Belum tahu" jawab datuk. "Engkau jangan cuba menipu aku" kata ratu iblis. "Mahu bukti" "Mahu" "Jugra" laung datuk. Jugra keluar dari tempat kami bersembunyi kerana hujan. Ratu iblis memerhati dengan penuh marah. Dadanya berombak. Nafasnya kencang. Dia kelihatanerapatlan bibirnya. Geram sungguh dia melihat kemampuan datuk memulihkan orang-orang yang disihir olehnya. "Engkau jangan mempermainkan aku dengan orang palsu" katanya kepada datuk. "Apakah jugra ini palsu?" Soal datuk. Ratu iblis benar-benar marah. Dia memalingkan mukanya ke arah lain. Datuk menanti, tiba-tiba ratu iblis berpaling dan menghalakan jarinya ke arah datuk. Namun begitu datuk sedikit pun tidak berganjak tetapi semua kukunya yang tajam seperti pisau itu tidak dapat merapati datuk. Hanya kira-kira setengah kaki dari tubuh datuk. Ianya berputar dan hancur. "Engkau hebat! Dapat mematahkan panah beracunku" Datuk hanya mendiamkan diri dan dia terus memerhatikan gerak geri ratu iblis. "Engkau belum cukup hebat ratu iblis dan pasti kematianmu kali ini di tangan aku
Показати все...
Dendam Ratu Iblis {11} Tok Peran "Bang!" jerit aku perlahan. Awang mendengarnya. Awang memerhati ke arah aku. "Tuuu!" Aku menunjukkan dengan bibir ke arah dua orang lelaki itu. Awang yang telah turun separuh jalan naik semula ke atas. Orang itu berdua dan aku tidak pernah menemuinya. Seorang berpakaian serba hitam dengan lilitan di kepala dan seorang lagi berseluar jeans biru tua dengan jaket warna hitam kelabu. Awang terus menghampirinya. Aku mengekorinya. Kedua-dua lelaki tersebut bangun dan melihat ke arah awang dengan pandangan yang menakutkan. Matanya merenung tajam ke muka awang. Misainya bergerak-gerak seolah-olah hendak menerkam awang. Sukar aku mengagaknya dariana mereka berdua ini. "Saudara dari mana?" Soal awang bersahaja. Tidak ada jawapan, keduanya saling pandang memandang antara satu sama lain. Mereka seolah-olah bisu. Tidak ada gaya atau gerak untuk menjawab soalan awang itu. "Saudara berdua dari mana?" Ulang awang dengan nada uang sama tetapi keras sedikit bunyinya. Aku juga hairan melihat kedua-duanya. Bisu ke? Atau apa? Tidak dapatdijawab persoalan itu. Awang bergerak menghampiri kedua-dua orang itu. Kali ini langkahnya lebih keras lagi. "Saudara tidak ada mulut ke? Soalan saya tidak dijawab?" Tekan awang dengan nada suara yang lebih keras. Seorang dari mereka bangun. Yang berbaju biru tua dan dia bercekak pinggang menghadap awang. "Kawasan ini, tidak ada siapa yang boleh masuk melainkan dengan kebenaran kami" katanya keras. "Awak siapa?" Balas awang dengan nada yang sama. "Saya anak buah bomoh siam" "Saya peduli apa awak anak buah bomoh siam" sergah awang dengan nada lebih keras. "Barang siapa yang tidak mendapat kebenaran, terimalah akibatnya" ujarnya sambil merapati awang. "Kalau begitu kehendak saudara, terpulanglah" jawab awang sambil membetulkan kedudukannya. Datuk, lebai mat dan jugra masih di belakang. Tadi jugra bersama kami. Entah bagaimana dia ke belakang di seberang sungai. Aku memerhatikan orang itu membuka langkah. Awang pun membuka langkah juga. Pertarungan hebat, kata hati kecil aku. Orang itu berjalan ke kiri membentuk satu bulatan. Awang hanya menanti sebarang kemungkinan. "Engkau belum tahu, semua harta karun di sini, adalah di bawah jagaan bomoh siam" jerkah orang itu. Awang hanya tersenyum memerhatikan gelagatnya. "Aku belum pernah mendengar nama itu. Mat siam atau malam itu soal lain. Setahu aku, semua harta ini milik tuhan" jawabnya selamba. Jawapan awang menaikkan darah orang itu lalu dia menyentak anak-anak kayu sebesar betis dan memusarnya dengan tangan sehingga hancur. Awang merenung orang itu dengan wajah yang marah. Dia memerhatikan sekitar kawasan tersebut lalu menghampiri sebatang tunggul kayu yang telah mati. Tunggul itu, yang ada hanyalah terasnya sahaja. Aku kira itu pasti banir kayu kempas atau tualang yang terlalu keras. Kalau ianya tidak cukup keras masakan anai-anai pun tidak berupaya menggigitnya. Awang teris menghampirinya. Dia pun terus mengorek tunggul tersebut dengan jari telunjuknya hingga ke pangkal lengan. "Tunjuk handal?" Kata orang itu kepada awang. "Tidak! Memang dah biasa dengan kerja-kerja begini!" jawab awang selamba. Jawapan awang itu nampaknya membakar perasaan orang itu. Dia kelihatan benar-benar marah dan tubuhnya menggeletar melihat awang terus mengorek tunggul kayu itu hingga ke pangkal lengan. "Awak nak tunjuk jantan ya!" Kata oramg itu. "Tidak! Soal jantan atau betina tidak perlu ditunjukkan lagi kerana semua orang tahu saya mang jantan" jawab awang selamba dan separuh mengejek. Orang itu benar-benar naik berang, dia pun mengangkat batu sebesar guni beras. Malangnya batu tersebut terangkat hanya separas lutut sahaja. Awang tertawa melihatnya lalu menghampiri orang itu. Sementara kawannya yang seorang lagi bangun melihat ke arah temannya yang cuba mengangkatnya. "Biar saya tolong" pinta awang menyindir. Orang itu menghempaskan batu tersebut ke arah awang dan awang menyambutnya dengan sebelah tangan sahaja dan membaling ke dalam sungai. Aku melihat awang membalingnya seperti membaling bola mainan kanak-kanak s
Показати все...