cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

C€rp€n & Nov€£

Більше
Країна не вказанаМова не вказанаКатегорія не вказана
Рекламні дописи
4 222
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

PART 12 (Akhir) Fattah mencerita semua tentang Aisyah. Dengan apa yang Fattah ceritakan, Farhah sudah tertarik dengan Aisyah. Baik orangnya. Mungkin sesuai dengan Farhan. Setelah mendengar peribadi luaran Aisyah. Dia akan meminang Aisyah untuk Farhan minggu depan. Alhamdulillah. Segala yang Farhah rancang berjalan dengan baik. Farhan tidak dapat mengikut kerana dia ada urusan kerja yang perlu di selesaikan. Farhah pergi ke rumah Aisyah dengan mak long dan pak long. Jelas kelihatan Aisyah terkejut dengan pinangan itu. Dia memang sudah jatuh hati dengan Farhan. Tapi dia melupakan hasratnya kerana dia pernah ternampak Farhan bermesra dengan Farhah. Dia juga tekejut apabila melihat Farhah yang masuk meminang dia untuk Farhan. “bukan akak..” Aisyah teragak-agak untuk mengatakan apa yang ada dalam lubuk hatinya. Farhah tersenyum. Dia memang pernah melihat Aisyah. Ketika itu dia ada di pantai dengan Farhan. Dia juga tahu yang Aisyah memandang mereka ketika itu. Memang tidak dinafikan. Jika orang yang tidak kenal mereka, pasti akan mengatakan mereka suami isteri. “Akak Farhah. Akak bukan isteri Farhan tapi kakak dia. Kakak susuan dia. Kami rapat dari kecil. Kami memang sentiasa berdua.” Aisyah mengangguk tanda mengerti. Dia meminta masa untuk memberi jawapan kepada mereka. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru. Kejutan. Itu yang Farhah rasakan ketika itu. Dia baru sahaja habis meminang Raisya untuk Farhan. Pulang sahaja di rumah. Diri dia pula di pinang orang dan paling mengejutkan dia di pinang bekas suaminya sendiri. Mahu tidak terkejut. Untung sahaja dia tidak ada sakit jantung. Farhah meminta masa untuk memberi jawapan. Kalau dulu, dia tidak ada waktu untuk memikirkan itu. Tiga bulan kemudian,… “Farhan ni banyak songellah. Masa Farhah tanya okey ke tak baju ni. Farhan kata okey. Sekarang kata tak pula. Nak je Farhah hempuk kepala Farhan. Menyakitkan hati je kerjanya.” Farhah memarahi Farhan. Tangannya masih ligat mendandani Farhan agar tetap kelihatan segak. Dia sudah berpeluh dengan baju yang dia pakai. Sampai sahaja di hadapan masjid. Farhan tidak keluar kereta. Mahu sahaja Farhah menjerit dengan tindak tanduk Farhan. Dari dekat rumah sampai dekat masjid masih buat hal. Farhan mendongakkan kepala. Farhah mengangkat kening melihat Farhan yang masih statik pada kedudukannya. Farhan menarik tangan Farhah. Dia mengengam tangan yang sudah ada inai itu. Sejuk. Itu yang dirasakan Farhah. “keep calm my brother. Allah with us. Come on. Farhah always with you. Farhah support Farhan, ya?” kata Farhah untuk menenangkan Farhan. Farhan akur dengan Farhah. Dia segera keluar dari kereta. Setelah itu mereka melangkah masuk kedalam masjid. Al-fatihah dan selawat dibaca agar semua urusannya dipermudahkan. Alhamdulillah. Selesai akad nikah. Ya, Farhah dan Farhan sudah sah menjadi isteri dan suami kepada pasangan masing-masing. Setelah itu mereka mengikut haluan masing-masing. Pantai destinasi mereka selepas akad nikah. Farhan sudah kelihatan lebih tenang berbanding tadi. Maklumlah dia dah sah jadi suami Aisyah. Senyum sampai ke telinga. “kenapa terima abang lagi?” soal Aizzudin. “Allah dah tetapkan.” Itu sahaja yang terpancul dari mulut Farhah. Kenapa dia terima? Sebab dia mahu merialisasikan impiannya dulu. Dia mahu Aizzudin tetap menjadi lelaki yang dia cintai. Menjadi suami pertama dan terakhir untuk dia. Bukan orang lain. “Farhah cintakan abang. dari dulu sampai sekarang. Farhah buat solat istikharah dan jawapannya abang.” tambah Farhah lagi. Benar solat istikharah menjadi peneman untuk dia membuat segala keputusan. Allah sudah tetapkan bahawa Aizzudin jodoh dia. Istikharah.
Показати все...
PART 11 Mereka keluar dari kereta. Farhah berjalan ke arah pantai. Pandai Farhan membawa dia ke situ. Setitis demi setitis air mata jatuh. Dia menangis lagi. Sudah sekian lama dia tidak menangis. Sungguh dia sangat lemah untuk berhadapan dengan lelaki itu. Rindu. Dia memang rindu. Tapi dia masih terluka dengan Aizzudin. Hatinya sakit apabila mengenang apa yang pernah terjadi. Sakit melihat kecurangan Aizzudin dulu dihadapan matanya. “Farhan faham. Tapi Farhah kena kuat. Farhan tahu Farhah masih cintakan dia. Comotlah kakak Farhan ni kalau nangis.” Itulah Farhan. Ayat pertama memang memujuk tapi bila ayat penghabisan mesti mahu memerli. “kenapa dia datang? Kenapa Farhah masih cintakan dia? Sungguh Farhah tak kuat berhadapan dengan dia.” Farhah kembali menangis. Apa yang dikatakan itu adalah hakikatnya. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Farhan. Farhan mengusap lembut kepalanya. Farhan sudah tiada kata mahu berbicara. Dia lemah apabila melihat Farhah menangis. Dia sayang Farhah. Dia tak nak Farhah kecewa. Itu janji dia pada arwah umi dahulu. Dia janji dia akan jaga Farhah sebaik-baiknya. Farhan yang sedang bermain gitar dengan rakannya tiba-tiba mengadu sakit. Baju yang baru sahaja dia pakai tadi dilemparkan ke arah dia. Dia menoleh ke arah Fattah. Kawanya itu sudak mengekek ketawakan dia. Dia melemparkan kembali bajunya ke arah Farhah. Dia merasa terganggu dengan perilaku Farhah. Kacau mood dia nak berfeeling sahaja. Farhah berjalan ke arah Farhan. Baju yang Farhan baling tadi dia tekupkan ke muka Farhan. Fattah sudah ketawa berdekah-dekah. “sedap baunya wahai adik ku Farhan. Farhan ni, Farhah kan dah cakap baju kotor letak dekat bakul bukan dicampak-campak. Yang Farhan dok feeling ni kenapa? Dah ada calon adik ipar untuk Farhah ke?” Farhan yang baru sahaja mahu minum air yang dibawa Farhah tetiba tersedak dengan ayat terakhir Farhah. Pandai Farhah meneka. Fat tah sudah tersenyum melihat Farhan. “memang pun dia dah ada calon adik ipar untuk Farhah. Cantik orangnya. Nama dia Aisyah. Kawan kerja aku. Kebetulan tadi pagi aku keluar dengan dia. Tiba-tiba terserempak dengan adik kau ni ha. Tak berkelip mata dia tau.” Laju sahaja Fattah menceritakan. Farhan sudah menghempuk Fattah. Habis rahsia dia terbongkar. Memanglah dia jatuh cinta dengan Aisyah tapi belum pula dia tahu perangai Aisyah macam mana. Farhah sudah memandang dia dengan pandangan yang sukar dia tafsirkan. “orangnya macam mana? Okey tak? Kalau okey minggu depan Farhah masuk meminang dia untuk Farhan. Tak adalah Farhan nak mengadap muka Farhah je. Cuba kau cerita dekat aku, Fattah. Aisyah tu macam mana orangnya.” Hampir sahaja Farhan melopong dengan jawapan Farhah. Dia menyangka Farhah akan memarahinya ataupun menegur dia.
Показати все...
PART 10 “Kak Far, kan? Kak Farhah.” Amelia memeluk Farhah. Farhah terkedu. Dia memandang Farhan. Farhah hanya mengangguk. Ingin sahaja dia pulang ke rumah. Tidak mahu dia menghadap lelaki itu lagi. Menyesal pula ikut Farhan hantar tadi. “cantik kak Far sekarang. Rindunya Amy dekat kak Far.” Farhah hanya tersenyum. Dia tidak tahu mengatakan apa. Aizzudin menatap gadis itu. Cantik. Tenang sahaja wajah gadis itu. Sungguh dia sangat merindui gadis itu. Dia sering menjenguk cikgu Ahmad dan dia berharap dapat berjumpa dengan Farhah. Dulu dia pernah silap. Dia mahu tebus kesalahan dia yang dulu. Dia mahu mendapatkan gadis itu kembali. “Farhah. Jom. Tadi kata nak pergi kedai kan?” kata Farhan sambil tersenyum. Dia menolak tawaran Aizzudin untuk makan bersama-sama mereka. Farhah hanya mengangguk. Dia bukan mahu ke kedai pun. Tapi dia mengerti dengan ajakan Farhan. Farhan sangat memahami keadaan dia ketika itu. Kereta Farhan meluncur keluar. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Farhan memandang sekilas Farhah. Gadis itu senyap. Wajahnya muram sahaja selepas pertemuan tadi. Dia sangat mengerti perasaan Farhah. Dia tahu kenapa Farhah menolak mana-mana lelaki yang mahu mendekati dia. Farhah masih setia. Setia yang sangat menyakitkan. Dia tahu Farhah masih mencintai Aizzudin. Itulah impian Farhah. Mencintai hanya seorang lelaki iaitu suaminya.
Показати все...
PART 9 Amri mengikut Faruq pulang ke kampung hanya kerana dia tidak mahu menikah dengan Amni. Amni merupakan adik angkatnya. Sebelum ini dia tidak pernah bertemu dengan Amni. Apa yang dia tahu, dia mempunyai keluarga angkat. Mama dan papanya menampung semua keperluan keluarga angkatnya itu. Dia hanya mengenali ibu bapa angkatnya tidak pula dia mahu mengenali adik beradik angkatnya. Farhah menjenguk dari tingkap. Kenapa riuh rumah pak longnya. Di lihat ada tamu. Entah siapa, dia tidak pasti. Dia kembali menyambung kerjanya. Farhan sudah pergi entah ke mana. Sudah pukul 3 petang tapi tidak pulang juga. Mungkin singgah di rumah kawannya. Macamlah dia tidak faham dengan Farhan, kalau sudah lepak dengan kawan-kawannya pasti tidak ingat nak balik rumah. Farhah menghidangkan makanan yang sudah siap masak. Dia berkira-kira mahu pergi rumah pak long ke tak. Sudah dia berjanji nak masakkan mak long kari ayam. Rumah mak long ada tamu pula. Kedengaran bunyi kereta di hadapan rumah. Tahulah dia Farhan sudah pulang. Farhah tersengih. Aizzudin memandang rumah sebelah cikgu Ahmad. Ada sebuah kereta yang baru sampai dihadapan rumah tersebut. Sejak dia datang tadi, dia ingin sahaja bertanya siapa yang tinggal di rumah bekas mertuanya itu. Namun, hasratnya dibiarkan sepi. Segan dia mahu menanyakan hal itu. Dia terlihat dua orang keluar ke arah rumah cikgu Ahmad. Mereka berdua masuk melalui pintu belakang. Mereka saling usik mengusik. Farhan merungut lagi. Baru sahaja pulang sudah di suruh. Aizzudin terdengar suara gelak tawa di dapur. Rumah itu agak sunyi kerana Faruq dan kawan-kawannya sudah pulang ke Kuala Lumpur. Mak long mengajak Aizzudin dan Amelia ke dapur. Amelia merupakan adik Aizzudin. Amelia beza enam tahun dengan dia. Amelia sekarang 23 tahun manakala dia 28 tahun.
Показати все...
PART 8 Amri melihat rumah sebelahnya, ruih sahaja. Entah apa yang dibisingkan mereka itu. Amri melihat Farhah keluar dengan senyuman dibibir. Farhah berlari-lari anak ke arah paip. Segera Farhah menyiram pokok di halaman rumahnya. Amri tersenyum melihat tingkah laku Farhah. Sudah seminggu dia tinggal di rumah Faruq, tapi Farhah tetap diam. Jarang bertegur sapa dengan dia. Tiba-tiba Amri merasakan hujan bagai menimpa dia. Dia melihat langit, mendung pun tidak. Kemudian dia melihat kekecohan dihadapannya. Tahulah dia bagaimana dia boleh basah. “Farhan ni dah kenapa? Tak puas nak usik Farhah kan? Tengok tu, Farhah dah tersiram kawan along. Farhah balas apa yang Farhan buat tadi.” Farhah segera menyiram Farhan sehingga basah kuyup. Dia tergelak melihat riak Farhan. Tadi dia tidak dapat membalas dendam kerana Farhan sempat masuk ke dalam bilik. Nasi lemak yang dia buat sudah habis Farhan kebas. Sabarlah wahai hati. “err.. maaf Farhah tak sengaja.” Farhah berhenti ketawa dan menoleh ke arah Amri. Dia meminta maaf kepada Amri. “Amri. Tak apa. Farhah memang selalu macam tu ke dengan Farhan.” Kata Amri. Dia sendiri bingung. Dia boleh sopan tutur kata dengan Farhah. Mungkin cara pakaian dan tingkah laku Farhah membuat dia menghormati Farhah. Farhah mengangguk. Memang benar dia begitu bila dengan Farhan. Dia membesar dengan Farhan. Dia sudah masak dengan perangai Farhan. Sikap mengusik Farhan memang sudah sebati dengan dirinya. apa yang menghairankan dia ketika ini. Farhan tidak pernah mencintai siapa-siapa. Bila dia tanya, pasti soalan itu akan ditanya kembali kepadanya. “Farhah dah berpunya?” setelah mereka berborak lama. Amri mengeluarkan ayat yang sering dia katakan kepada perempuan yang dia pernah kenal sebelum ini. Farhah mengangguk dan tersenyum. Amri sedikit kecewa. Dia menanyakan siapa gerangan yang telah memiliki Farhah. “Farhah milik Allah” jelas Farhah sambil tersengih. Dia tahu dengan riak wajah Amri menandakan kekecewaan. Amri melopong. Sudah. Dia terkena dengan Farhah. Kini, dia merasakan gadis itu memang unik. Benar kata Faruq, Farhah memang sukar bergurau jika tidak mengenali orang tersebut. Entah kenapa dia selesa dengan cara itu. Sepanjang dia berada di kampung itu dan sepanjang dia melihat Farhah. Ada aura yang sukar dia ungkapkan. Ketenangan bila dengan Farhah. Sudah lama dia tidak merasai ketenangan itu. “tak elok lari dari masalah, bang. Setiap orang ada kesalahan yang pernah dilakukan. Tidak kiralah besar ataupun kecil. Abang beruntung tau. Masih ada ibu bapa. Tengok Farhah. Alone. Tapi Farhah tak pernah rasa sendiri. Allah ada dengan kita. Abang, try jadi baik. Try berubah. Insyallah. Abang akan rasa ketenangan yang sebelum ini abang tak pernah rasa. Bukan Farhah nak masuk campur urusan abang. Tapi abang cuba fikir, bila lagi abang nak bahagiakan keluarga abang. Ibu bapa abang. abang dah besar. Abang tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Buat solat isthikarah untuk mencari jawapan dari setiap permasalahan abang.” Amri menundukkan kepala. Benar apa yang dikatakan Farhah. Dia kerap lari dari masalah. Tapi di setiap perlarian dia, tidak sekali pun dia mencari ketenangan yang Farhah katakan.
Показати все...
PART 7 Faruq tahu mengapa Amri mahu mengikut dia pulang ke kampung. Amri mahu lari keluarganya. Keluarga Amri memang susah. Susah untuk di atur. Amri pula dah terbiasa dengan budaya barat. Kerja tak kerja sahaja dia tu. Kalau ada mood masuk kerja. Kalau tiada melepak sana sini. Untung sahaja itu syarikat bapa dia. Kalau tidak, mahu kena pecat. Kerjanya berfoya-foya sahaja. “along, mak mana?” soal Farhah yang dari tadi menyepikan diri dibelakang pintu. Jelas kelihatan kaget wajah Amri. Dengarkah dia? “entahlah. Tadi macam ke dapur. Farhah tengoklah sendiri. Kalau tak ada pergi rumah mak cik Senah agaknya. Kenapa cari mak?” soal Faruq. “oh. Ingatkan mak masak. Farhah ada bawa ikan, ayam, sayur. Peti sejuk dekat rumah tak mahu nak hidup pula. Rosaklah agaknya sebab dah lama tak guna. Tu yang datang sini nak tumpang. Sekali tumpang masaklah.” Jelas Farhah. Farhah rimas dengan pandangan Amri. Sejak dari tadi memandang dia sampai tak berkelip mata. Sakit mata ke apa? Faruq hanya menganggukkan kepala. Farhah hampir sahaja terjatuh. Farhan tersengih dengan tindakannya. Lagipun dia tidak sengaja mahu melanggar. Sudah Farhah tercegat di tengah laluan. Farhah menjeling Farhan. “Apa jeling-jeling? Ingat cantiklah tu. Eh, Farhah dalam bonet tu banyak lagi. Bukan tahu nak tolong Farhan. Penatlah Farhan macam ni.” Ngomel Farhan sambil melangkah ke arah dapur. Dia tahu bila Farhah mula berbelanja. Semua barang Farhah mahu beli alasannya buat stok. Tapi yang nak mengangkatnya dia juga. Dari mereka dekat Mesir lagi, Farhah memang jenis orang sekali beli untuk jangka masa yang lama. Malas nak ulang-ulang beli katanya. “abang tolong nak? Farhah beli apa je? Ada beli kuih tak?” kata Taufiq. Dia sahaja mahu membuat Amri cemburu. Sambil-sambil tu dia mahu tengok juga apa yang Farhah beli sampai Farhan merungut. Dia sebenarnya sudah faham dengan sikap perempuan. Kalau dah shopping memang tak ingat dunia. Farhah hanya mengangguk. Dia tidak berkata apa. Dia hanya melangkah pergi. Dia tidak betah dengan pandangan mata Amri. Mahu sakit jiwa dibuatnya. Taufiq dan Khairil mengikuti dia sehingga ke kereta Farhan. Faruq pula pergi ke dapur untuk melihat Farhan dan membantu apa yang patut. Haikal sejak tadi sudah menghilang setelah telefonnya berdering. Mungkin girlfriendnya telefon. Mereka meninggalkan Amri sendiri. “Mak aih.. banyak barang Farhah angkut. Patutlah Farhan bising tadi. Eh ada jajanlah.” Pantas tangan Khairil mancapai jajan yang ada dihadapannya. Dia membuka jajan dan menyuakannya ke dalam mulut. Sedap sahaja dia makan tanpa meminta izin. Tangannya disenggol oleh Taufiq. Taufiq memandang Khairil. Dia mengerti dengan pandangan Taufiq. Kemudian dia tersengih. “sekali beli je, bang. Tak apa. Makan jelah. Semua tu bawa pergi dapur je lah. Letak atas meja dapur. Terima kasih tolong Farhah.” Kata Farhah tersenyum.
Показати все...
PART 6 “Mak tak cakap pun dengan Faruq yang diaorang nak balik. Kalau mak cakap, Faruq boleh ajak kawan-kawan Faruq tidur hotel ke apa ke?” kenallah dia dengan jejaka itu. Anak kepada mak long dan pak long. Faruq, Farhah dan Farhan. Semua ada Far. Ikatan kekeluargaan keluarga itu memang erat. Jadi nama mereka pun ada Far. Termasuk Farzana, adik Faruq. Mak long dan pak long ada dua orang anak. Faruq kerja di Kuala Lumpur jadi memang jarang balik. Farzana? Sejak 7 tahun lepas dia tidak tahu. Dengar-dengar sudah pulang ke rumah. Entahlah, Farhah masih marah dengan Farzana atas kejadiaannya dulu. “Tak apalah, long. Nanti Farhah balik rumah sendiri. Saje je singgah sini. Farhan yang ajak tadi.” Kata Farhah. Kepala masih ditundukkan. Dia sedar kawan-kawan Faruq memerhatikan dia. Dia tidak selesa dengan pandangan mereka. Mahu sahaja dia berlalu pulang ke rumahnya. Bukan jauh mana, sebelah rumah. “Sorang? Tak bahaya ke?” jelas satu suara garau. Farhah berkerut. Itu bukan suara Faruq. Dia teragak-agak mahu mengangkat muka. Setelah itu, dia melihat ke arah suara yang menegurnya. Sekali di pandang, lelaki itu ada di sebelahnya. Mahu taknya dia melompat ke arah Farhan. Farhan sudah mengadu sakit. Faruq hanya tersenyum. Sudah faham dengan cara Farhah. Tak suka dekat dengan lelaki yang bukan dia kenal. Farhah segera bangun dari riba Farhan. Kesian pula Farhan kesakitan menahan berat badannya. Dia tu bukanlah kurus mana. Dia segera menyalami mak longnya kemudian berlari keluar dari rumah itu. Segan dengan apa yang terjadi tadi. Sudahnya drama dia dilihat kawan-kawan Faruq. Tidak lama lepas itu, Farhan pula meminta izin untuk mengikut Farhah. Mana mungkin dia nak biarkan Farhah seorang diri. Farhah tu penakut orangnya. Tengok sahaja tadi, baru ada yang duduk disebelah sudah melompat bagai nak rak. Mahu lenguh kaki dia menampung berat Farhah. Untung sahaja Farhah memang asli comel dan slim badannya. Kalau tidak mahu patah kakinya. “ishh kau ni. Sebarang je duduk sebelah dia. Mentang-mentanglah mak aku pergi dapur. Kau amik peluang pula. Pantang nampak perempuan cantik. Mula lah nak try.” Marah Faruq. Amri hanya tersengih. Haikal, Taufiq dan Khairil sudah tergelak-gelak. Sekali kena marah dengan Faruq. “betul apa aku cakap. Bahayalah perempuan tinggal sorang-sorang. Jap. Dia tu siapa sebenarnya? Setahu aku adik kau Farzana je. Yang dua orang tadi tu suami isteri ke? Sedara ke?” Amri cuba membela diri. Tapi banyak pula soalan yang dia ajukan. Dia sebenarnya sudah tertarik dengan perempuan tadi. Lain daripada lain. Selalunya perempuan pandang dia tak berkelip. Handsome sangat. Tapi perempuan tadi boleh pula melompat ke arah lelaki yang datang dengan dia pula. Siapa lelaki itu? Apa hubungan mereka? “dia adik sedara aku. Farhah dengan Farhan. Farhah anak mak ngah aku. Farhan pula anak mak usu aku. Diaorang anak yatim piatu. Alahh kau ni. Farhan ada temankan Farhah. Yang kau over risau ni kenapa? Dah jatuh hati?” terang Faruq. “tinggal berdua? Ishh bukan muhrim. Haram. Pakaian sopan tapi hampeh.” Kata Amri sambil mengutuk Farhah. Farhah yang kebetulan baru nak masuk ke dalam rumah terdengar kata-kata Amri. Sakit hati dengar. “kau ni, sebarangan je menuduh. Kau cakap orang, kau tu apa kurangnya. Diaorang tu adik beradik susuan. Haram tang mana? Adik beradik susuan hampir sama juga dengan adik beradik kandunglah.” Kepala Amri di hempuk Faruq. Marah dia dengan tuduhan Amri. Menyesal pula mengajak Amri ikut dia.
Показати все...
PART 5 Lima tahun kemudian,.. Farhah menyiram air ke pusara uminya kemudian ayahnya. Rindu dia kepada kedua orang tuanya itu. Kemudia dia menyiram pusara ibu bapa Farhan. Farhan sudah anak yatim dari kecil. Ketika itu, mak su dan pak su ingin mengambil Farhan di rumahnya setelah mereka pulang dari hospital. Entah mengapa, mak sunya tidak mahu membawa Farhan sekali. Mungkin mak sunya tahu yang dia akan pergi. Farhah beza lima bulan dengan Farhan. Setelah kematian orang tua Farhan, arwah umi menyusukan Farhan. Kerana ketika itu usia Farhan masih tiga bulan manakala dia lapan bulan. Farhah memandang orang yang menarik tangannya. Dia melihat Farhan sambil tersenyum. Tahulah dia bahawa Farhan mengajaknya pulang. Sudah lima tahun dia tidak pulang ke kampung halamannya setelah dia dan Farhan dapat menyambung belajar ke luar negara. Kebetulan tempat mereka sama, jadi tidaklah pak long dengan mak long risau jika dia pergi sendiri sudah pasti mereka tidak benarkan. “jom balik. Lagi pun Farhan rasa dah rimas ni. Nak mandi nanti. Farhan tengok Farhah pun dah macam belacan je.” Gelak Farhan. Lantas tangan Farhah lincah mencubit pinggang Farhan. Ada sahaja yang Farhan nak usik dia. Sehari kalau tak usik memang tak sah. Farhan sudah berlari-lari anak sambil ketawa meninggalkan Farhah. Farhah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya. Sesampai sahaja dirumah pak long, mereka melihat ada beberapa kereta di hadapan rumah mak long. Dalam dua tiga buah kereta. Farhan segera memberi salam. Terpampang wajah mak long di hadapannya. Wajah ceria mak long bertambah ceria melihat mereka berdua. Mak long memeluk Farhah dan Farhan dengan erat. Rumah yang asalnya riuh rendah menjadi senyap melihat kelakuan mak long. Setelah Farhah masuk. Kaget dia dibuatnya. Mak Aih.. Ramainya lelaki. Farhah menundukkan pandangannya. Segera dia beristighfar.
Показати все...
PART 4 Aizzudin tersenyum manis. Tiada yang banyak berubah dari gadis itu. Rindu. Dia rindu dengan gadis itu. Sejak penceraian dia setahun lalu. hidupnya jadi sunyi. Segala yang dia lakukan serba tak kena. Ada sahaja yang tak betul. Sepanjang 3 bulan dia hidup bersama Farhah, gadis itu menjalankan tanggungjawabnya di rumah. Walaupun, dia kerap membawa Elena ke rumah mereka. Lupakah Farhah kepada dirinya? “memandangkan petang ini saya free. Saya nak buat study group dengan korang. Terpulang pada siapa yang mahu ikut mahupun tidak. Tiada paksaan.” Farhah memandang Arina. Ini ke sebabnya minat disebelahnya mahu study. Pembicaraan Aizzudin terhenti. Cikgu Ahmad membicarakan sesuatu kepada Aizzudin. Wajah sayu pak longnya itu menarik perhatian dia. Farhah terkedu. Farhan datang dan memeluk dia. Tindakan Farhan membuat seisi kelas senyap. Farhah sendiri bingung. Apa yang sudah terjadi? “Umi..” diam. Segera Farhah meleraikan pelukan Farhan. Sukar dia menebak apa yang mahu disampaikan Farhan. Pandangan aneh rakan-rakan sekelasnya hanya dibiarkan. Farhan menundukkan kepalanya. “kenapa dengan umi? Farhan jangan macam ni? Kenapa dengan umi?” Farhan tetap diam. Takut untuk dia ucapkan apa yang baru dia dengar daripada pak longnya sebentar tadi. Dia memandang Aizzudin yang berada di sebelah Farhah. Sayu pandangan lelaki itu. Mungkin pak longnya sudah memberitahu kepadanya. “Farhah banyak bersabar, ya? Allah lebih sayang ibu Farhah. Ibu Farhah dah meninggal dunia kerana kemalangan.” Jelas Aizzudin. Kesian dia melihat Farhah menangis. Jarang sekali dia melihat Farhah menangis. Farhan memeluk Farhah. Dia menenangkan kakak sedaranya itu. Farhah tidak menolak. Dia dengan Farhah merupakan adik beradik susuan. “Dulu abah tinggalkan Farhah sekarang umi. Farhah tak kuat, Farhan.” Tersedu-sedu Farhah. Pak long menarik tangan Farhah. Dia mengajak Farhah dan Farhan pulang. Sepanjang perjalanan pulang. Farhah mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Hatinya sakit. Dulu abahnya meninggal kerana kemalangan. Kini, uminya pula. Dia cuba menjadi kuat tapi hatinya rapuh. Kini, tinggal pak long, mak long dan Farhan tempat dia bergantung. Dia hilang segala-galanya sekarang. Dia tunduk dan dia menangis lagi.
Показати все...
PART 3 Sungguh, hanya di atas kertas gelaran isteri dia sandang. Aizzudin tidak pernah melayani dia. Dia hanya di layan layaknya orang asing dalam hidup Aizzudin. Perempuan kerap masuk ke rumah mereka sepanjang 3 bulan itu. Sakit hati mahu di ingat lagi. Tiada tangisan di luaran tapi hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan Farhah ketika itu. Keluar sahaja mahkamah, Aizzudin menarik tangan Farhah ke suatu sudut. Keluarga mereka hanya melihat tindakan Aizzudin. “Aku tak nak kau hebohkan pasal ini. Dan aku tak nak pasal aku dan perempuan tu sampai ke pengetahuan atuk. Kau faham?” jelas tegas amaran Aizzudin. Farhah memandang lelaki itu dengan senyuman. Dia tidaklah bodoh nak sebarkan aib suaminya. Suami? Opss! Bekas suami. “okey. Saya berharap saya tak jumpa awak lagi. Bye. Assalamualaikum.” Farhah segera berlalu pergi. Dia tidak kuat untuk berhadapan dengan lelaki itu lama-lama. Dia takut air mata yang dibendung jatuh dihadapan lelaki itu. Dulu dia beralah dengan pernikahan itu. Sekarang dia beralah dengan penceraian ini. Semua yang dia lakukan dengan suatu luka. Dia tanamkan azam, untuk melupakan lelaki itu. Janda? Tergelak kecil Farhah. ‘Janda pun jandalah. Bukan orang tahu pun.’ Getus Farhah. Farhah segera mengelap air matanya. Dilihat sekeliling. Untung sahaja tiada siapa di dalam kelas. Mahu kantoi dia menangis. Al maklumlah, dia jarang nangis depan orang. Dia tepis segala masa lalunya. Lantas dia tersenyum. Sudah 2 bulan lelaki itu mengajar di kelasnya. Farhah tersenyum tipis. Aizzudin memang jadi pandangan orang sejak lelaki itu mula menapak di dalam kelas 6 Ikhlas. Farhah mengeluh. Kenapa layanan lelaki itu pada dia lain dibandingkan dengan rakan-rakannya. Mengapa dia selalu menarik perhatian lelaki itu? “Farhah. Petang ni nak join tak? Study.” Soal Arina kepadanya. “study? Sejak bila kau minat study, yunk? Setahu aku kau paling susah kalau ajak study.” Farhah kebingungan. Benar apa yang dikatakan. Arina merupakan orang yang paling liat kalau di ajak study. Kalau ajak pergi shopping, Arinalah yang paling laju. Pandangan pelik dihalakan ke arah Arina. Arina hanya menanyangkan gigi. Farhah segera melihat kehadapan kembali. Semua rakan sekelasnya sudah masuk termasuk guru kelas mereka. Farhah terkedu. Pandangan mata dia dan Aizzudin bertemu. Pantas dia melarikan pandangannya. Mulut beristighfar dengan ketelanjurannya tadi. Debaran di dada dapat di rasakan. Diam.
Показати все...
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.