1 451
Підписники
Немає даних24 години
-37 днів
-630 день
Архів дописів
1 451
Start tahun ni, saya akan banyak buka peluang anda buat duit bersama saya.
Sebelum ni saya dah maklumkan pasal 3 peluang.
Hari ni saya nak bagitau lebih details pasal peluang-peluang tersebut..
1. Menjadi affiliate TANPA MODAL dan diberi bimbingan
Sebelum ni siapa yang biasa dengan saya, sejak hampir 10 tahun saya tak buka affiliate percuma.
Saya pernah buka dropship dengan modal berbayar sebanyak RM 90.
Tapi sekarang, saya buka affiliate secara PERCUMA dan saya akan bagi guidd serta all material secara PERCUMA.
Produk yang anda akan promosikan hampir tiada saingan dengan affiliate lain.
Mana ada taska, tadika, tuisyen, akademi yang buka affiliate.
Tapi saya buka..
Kalau anda seorang cikgu, pengajar juga lagi bagus.
Anda boleh buat hampir RM 3000 sebulan mempromosikan center2 saya diseluruh negara.
Anda juga boleh promosikan mencari tenaga pengajar dan dapat komisyen juga jika ada yang menjadi tenaga pengajar melalui referral anda.
Ada sistem web apps saya sediakan untuk anda dapatkan affiliate link, material, dan sebagainya.
Tiada modal diperlukan.
2. Menjadi tenaga PENGAJAR
Kalau anda nak apply yang ni untuk buat part time, boleh whatsapp team saya lokasi anda dan kemahiran yang boleh anda ajar kepada kanak-kanak berusia 4-17 tahun.
Tak kira kemahiran akademik, sukan, soft skill, atau apa saja.
Misi saya untuk masuk ke pasaran kanak-kanak dan saya perlukan lebih 1000 tenaga pengajar.
Saya mengiklan setiap hari tapi saya juga mengalu-alukan followers saya untuk join.
Tiada kos malah anda akan dibayar.
3. Menjadi partner projek saya
Jika anda mempunyai modal dan berminat untuk mengembangkan wang serta perniagaan anda, saya nak ajak anda buka perniagaan berpartner bersama saya.
Modal bermula dari RM 1,900 sehingga RM 19,900 sahaja bergantung kepada niche dan pakej yang sesuai dengan anda.
Ini adalah projek long term.
Kalau anda fikir nak cepat kaya dengan modal anda seperti anda join skim emas digital atau sebagainya, please jangan join.
Saya membina bisnes long term dan jika anda mahukan kestabilan pulangan bulanan secara long term buat bayar rumah dan kereta anda hingga puluhan tahun, this is it.
Saya proud to say yang bisnes ni boleh diwariskan ke anak cucu dan saya dah sediakan segala sistem untuk mudahkan pengurusan.
Saya sendiri withdraw SEMUA ASB, Emas dan saham saya untuk saya modalkan ke bisnes ini. Kerana saya yakin dengan potensi selepas hampir setahun saya buat.
Kalau anda ada soalan atau berminat dengan peluang no 1, 2 atau 3, anda whatsapp team saya dibawah..
Mesej saya ni hanya untuk yang bertindak cepat sahaja. Akan datang maybe semua ni kena bayar dengan harga yang tinggi..
🔰https://wa.me/+60103110322🔰
1 451
Setahun juga saya berehat dari mengajar bisnes dan marketing.
Dalam tempoh ni saya banyak spend masa saya bangunkan akademi bolasepak saya.
Dari 3 cawangan menjadi lebih 30 cawangan di 4 negeri. Dan sedang menuju kearah 100 cawangan seluruh Malaysia.
Selain akademi bolasepak, saya juga dalam proses membuka akademi sukan lain seperti renang, badminton, taekwondo, catur, dan banyak lagi.
Saya juga akan mula masuk kearah bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan modul-modul lain seperti bahasa, terapi, kurikulum, agama, dan sebagainya.
Menariknya, saya akan buka diseluruh Malaysia.
Kenapa saya beralih dari bidang mengajar usahawan kepada mengajar kanak-kanak?
1. Bisnes pendidikan kanak-kanak telah terbukti dari dulu, musim PKP, hingga sekarang sebuah bisnes yang kalis dari masalah ekonomi.
2. Ia juga boleh beri predicted recurring income dengan withdrawal rate yang rendah. Income masuk setiap bulan hasil dari monthly fee dari kanak-kanak sampai la mereka menjadi remaja.
3. Dengan strategi saya, setup cost dia tidak lagi setinggi dulu. Ramai orang tak buka tadika kerana kos yang tinggi. Tapi dengan strategi saya, kos bukan lagi penghalang.
4. Pengalaman saya, kos iklan bisnes jenis ni antara yang terendah di FB dan IG berbanding jual produk lain. Dah la tak perlu buat live untuk menjual.
5. Modul pembelajaran yang dulu selalu menjadi kekangan, kini bukan lagi masalah bila saya menggunakan strategi AI.
6. Tenaga pengajar pula begitu mudah untuk dapat dan diuruskan dengan menggunakan app yang saya cipta.
7. Pengurusan pelajar dan tenaga pengajar juga saya buat app juga untuk diuruskan ibarat Uber, Grab, saya kini boleh buka cawangan di mana saja termasuk luar negara dengan adanya app yang saya hasilkan ni.
Dengan semua kelebihan ni, saya taknak menoleh kebelakang lagi.
Saya rasa dah tiba masanya saya go public dan mengajak anda..
Saya ingin menjemput anda turut serta bersama-sama saya dalam dalam bisnes ni.
Samada (1) anda nak menjadi partner dengan membuka cawangan di lokasi pilihan anda..
atau (2) nak menjadi tenaga pengajar secara part-time dalam mana-mana modul yang anda mahir..
atau (3) nak jadi affiliate dan jana komisyen serta hadiah lumayan mempromosikan cawangan-cawangan saya..
Saya tak nak anda ketinggalan.
Inilah benefit menjadi subscriber dan follower saya dimana saya buka peluang ni dekat anda dulu sebelum saya iklankan peluang ni menggunakan ads.
Tak keterlaluan kalau saya katakan yang buat masa ini saya satu-satunya di Malaysia yang menggunakan app dan AI dalam pengurusan pelajar, tenaga pengajar, pengurusan, ibu bapa, dan lokasi.
Disebabkan penggunaan teknologi dan sistem inilah bisnes ni boleh dijalankan dimana-mana di seluruh Malaysia. Oleh sesiapa sahaja.
Walau tak ada background dalam bisnes ni langsung sebelum ni pun.
Macam mana?
Adakah anda berminat untuk menjadi (1) Partner atau (2) Pengajar (3) Affiliate dalam bisnes ni?
Whatsapp saya yang mana anda nak join samada 1, 2, atau 3..
Whatsapp disini ya..
🔰https://wa.me/+60103110322🔰
1 451
Alhamdulillah selepas berhempas pulas selama sebulan, sistem pengurusan akademi/center/tuisyen/tadika/yang sewaktu dengannya dah berjaya disiapkan.
Sistem ni saya buat dengan mengambil pengalaman khususnya sebagai parents dan pengelola.
Sekarang ni dengan sistem ni, pengurusan boleh dibuat secara automatik dan secara remote tanpa kita berada di lapangan.
Ambil attendance pakai QR, blast hebahan melalui inbox, byrn pun auto generate invoice setiap bulan. Pendaftaran, jadual, tracking prestasi, report card, semua digital dah.
Dengan sistem ni, sesiapa saja boleh buka cawangan biz pendidikan dimana saja.
Happy la partner-partner saya dengar. Parents pun wowz masa kita buat demo weekend lepas.
Lepas ni banyak lagi feature dan produk edtech, sporttech akan saya produce nampaknya 😂. InsyaAllah.
1 451
1st time experience sy dlm 2 mggu..
Sibuk raya² pun, arini siap gak 💯 sy develop apps dr scratch.
2 mggu lps idea dtg masa tgh tggu buka puasa.. Arini dah online finally. Wpun org tau sy bidang tech, sblm ni max 10% je sumbangan sy develop apps co. Lain² partner & staff buat.
Tp 2 mggu lps dtg idea, trus brainstorm & buat dgn AI. Sume GPT, Gemini, Grok, Perplexity, Deepseek, Claude digasak slagi x cecah limit 😂.
Maap la klu x reply/lmbt, mmg beast mode letak fon jauh².
Bg sy tech skrg ni sgtlah mudah & lg senang develop biz A-Z banding dulu. Dulu kene seminar, workshop bagai, sbulan br nk start.
Skrg ada idea, tembak je kat AI & guna tools yg ada. Siap la idea to empire < 1 bulan.
Lps ni AI gak akn digasak tukar apps ni jd SaaS & tolong pasarkan 😆.
1 451
Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙 ikhlas dari saya.
Di kesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan 🙏 andai ada salah dan silap.
Semoga amalan kita semua diterima Allah swt 🕌.
1 451
Syukur Alhamdulillah kita dapat merasakan Jumaat terakhir dibulan Ramadhan.
Saya secara peribadi juga sangat bersyukur walaupun diuji dengan ujian kesihatan sebelum ni, saya diberi peluang menjalani ibadah sehingga ke Jumaat terakhir Ramadhan.
Bulan Ramadhan tahun ini walaupun masih berbaki beberapa hari, saya bagi rating sebagai antara bulan Ramadhan terbaik yang pernah saya nikmati.
Tak sangka saya diberi ruang lebih banyak masa untuk beribadah.
Tahun-tahun sebelum ni setiap kali bulan puasa saya mesti akan run business juga.
Tetapi tidak pada bulan ni.
Saya lebih banyak menumpukan ibadah sesambil jalankan persiapan untuk full throttle selepas raya nanti.
Beza dengan sebelum ni, saya masih sibuk mengejar itu dan ini dalam bulan puasa. Seminar sana sini, webinar sampai ke hari-hari terakhir Ramadhan.
Saya anggap ujian kesihatan saya sebelum ni sebagai teguran dan peringatan dari yang Esa kepada saya.
Saya belajar untuk jadi lebih ‘selek’ (selected).
Ada benda yang saya nak buat, saya tak buat. Walaupun teringin sangat nak buat. Sebab dah jadi makin selek.
Kalau sesuatu tu involve..
❌ Kos besar
❌ Ramai staf
❌ Overhead tinggi
❌ Kena spend masa banyak
❌ Tak boleh pakai ads
❌ Ambil masa saya dari wife n anak2
❌ Tak flexible
..then saya tak buat
Dengan usia dah masuk 38 tahun 3 hari lepas, masa saya dah tak banyak untuk try n error.
Sekarang saya akan fokus pada satu benda yang long term dan jelas masa depannya untuk 5,10,20,30 tahun lagi.
Saya mohon maaf dalam kelapangan saya, jarang-jarang saya menulis.
Macam saya cakap, saya cuba fokus pada Ramadhan dan persiapan projek saya selepas raya nanti untuk saya full throttle.
InsyaAllah lepas habis Ramadhan saya akan banyak berkongsi semula macam dulu-dulu.
Di kesempatan ni saya nak ucapkan selamat bercuti, dan hati-hati pulang ke kampung.
Utamakan keselamatan, jaga kesihatan dan keluarga anda. Itulah aset sebenar dalam kehidupan ini. 💖
1 451
#
Selepas kena serangan darah tinggi dan kini konsisten wajib ambil ubat setiap hari, saya rasa saya perlu berubah.
Masalah kesihatan saya ni membuatkan saya teringat..
Umur saya dah makin meningkat. Tahun ni saya dah 38 tahun. Dah semakin dekat dengan alam yang nyata.
Atau sekurangnya semakin dekat dengan sakit-sakit yang lain.
Contoh macam mak saya, atuk saya, keduanya mempunyai darah tinggi dan kini merupakan pesakit strok dengan keterbatasan fizikal.
Bila dah sah kena makan ubat ni, membuatkan saya terfikir mungkin satu masa nanti saya juga akan kena strok.
Strok ni masalahnya akan jadi semakin pelupa, hilang ingatan, dan akan ada limitasi pada pergerakan.
Saya tak nak saya tak bersedia bila ianya berlaku.
Saya anggap kesihatan saya ini adalah peringatan dari Allah kepada saya untuk saya fikirkan kembali.
Apa yang saya kejar ini takkan bermakna apa-apa jika saya terlantar kesakitan bila saya berjaya mencapainya.
Tiada maknanya jika saya seorang menikmatinya sedangkan anda.. Yang setia mengikuti perjalanan bisnes saya hanya mampu melihat.
Saya rasa saya perlu buat anjakan paradigma.
Perlu berubah dengan lebih banyak berkongsi apa yang saya ada dan kejarkan ini.
Lagipun, saya sendiri nak kurangkan workload saya ketika ini.
Dibelakang tabir, sebenarnya terlalu banyak aktiviti yang saya lakukan.
Sebab tu saya tak ada masa sangat nak buat sharing, buat video konten, podcast, macam dulu.
Tapi semua ni akan banyak berubah mulai hari ini.
Mulai hari ni saya nak perbanyakkan partner..
Start hari ni saya nak cari partner-partner baru dari bermacam-macam jenis bisnes yang saya buat sekarang.
Sebelum ni mungkin entry atau modal dia terlalu tinggi tetapi sekarang saya nak buka dengan entry dan modal yang sangat rendah..
Tujuan saya adalah untuk mengajar dan transformasikan seberapa banyak orang menjadi usahawan yang run business berpartner dengan saya.
❌ Tak perlu TikTok
❌ Tak perlu Personal Branding
❌ Tak perlu buat LIVE
❌ Tak perlu staf
✅ Hanya guna FB dan IG Ads sahaja
✅ Income passive bulanan (subscription model)
Saya kalau boleh nak offer kat anda yang dah lama follow saya. Tak kira kita pernah berjumpa ataupun tidak.
Sebab ini adalah the best business model yang saya boleh share dengan anda sepanjang perkenalan kita.
Kalau anda berminat untuk sama-sama partner dengan saya dalam bisnes kita, boleh hubungi team saya di link dibawah.. ⬇️
🔰 https://wa.me/+60103110322 🔰
Kalau boleh masa contact tu, cerita lah sedikit background anda, siapa anda, experience anda, dan lain-lain.
Mana tau dengan satu peluang ini, kita boleh membina bisnes luarbiasa untuk keluarga kita nanti ke kan.
Saya percaya inilah langkah pemulanya..🔥
1 451
Baru ni saya kena DARAH TINGGI 🩸📈
Bacaan darah sangat tinggi sampai Dr asalnya cadangkan saya warded. Tapi memandangkan saya sedang berkursus, saya minta untuk tidak warded.
Jadi saya diminta untuk banyak berehat dirumah dan kurangkan aktiviti kerja.
Sebagai seorang peniaga, agak mustahil saya nak stop berkerja.
Kalau saya bercuti pun, kepala saya tak stop berfikir pasal meniaga saya. Saya dah meniaga sejak umur 19 tahun. Mustahil saya boleh stop berfikir kerja.
Tapi disebabkan berhari-hari bacaan darah saya masih tak turun selepas followup setiap hari di klinik, saya cuba ubah..
Instead of tidak berfikir langsung, saya memperlahankan aktiviti dalam kepala saya.
Dan selepas seminggu, semalam baru ok sikit dan hari ni saya rasa lebih baik dari sebelum-sebelum ni.
SAYA BERSYUKUR.. 🤲🏻
Saat saya diuji dan kena darah tinggi ni, sekurang-kurangnya saya dah ada passive income bulanan.
Mimpi ngeri seorang peniaga adalah apabila dia diuji kesakitan dan hanya bergantung kepada income aktif.
Income aktif ni pula bila dikerjakan baru dapat hasilnya.
Bayangkan kalau saya sekarang ni masih lagi kena buat seminar macam dulu, rasanya saya langsung tak boleh berehat dah.
Saya strongly suggest kepada anda semua yang meniaga..
Baik full time mahupun part time..
Bina pendapatan pasif anda setiap bulan.
Saya sendiri tahun ni fokus kepada pembinaan passive income melalui akademi kanak-kanak.
Kalau anda nak join, boleh whatsapp team saya. wa.me/+60103110322
Kalau tak nak join, cari la apa lagi passive income lain yang anda boleh buat.
Kita tak tau bila kita akan sakit, dan bila kita tak boleh berkerja lagi. Saya sendiri tak jangka tiba-tiba tanpa tanda, saya diserang darah tinggi dan nasib baik saya terus pergi klinik bila rasa nak pitam.
Bacaan darah tinggi saya ketika itu memungkinkan saya diserang strok jika saya tidak buat apa-apa.
Pentingnya bila kita sakit dan perlu berehat seminggu, sebulan, atau setahun, kita nak kena ada income yang masuk juga.
Ingatlah pesanan saya ni..
Sediakan payung sebelum hujan. Sediakan passive income sebelum kita tak boleh berkerja.
1 451
Dari hobi menjadi bisnes..
Ideanya bermula pada 2 tahun lepas dimana saya banyak menghabiskan masa saya masuk dan melihat kelab-kelab bolasepak di Malaysia masih lagi tak ada akademi bolasepak yang baik strukturnya.
Kemudian dari situ saya hantar anak saya ke akademi swasta dan pengalaman mengambil dia dalam keadaan menangis teresak-esak sebab tak dapat peluang bermain, membuatkan hati dan naluri saya membuak-buak untuk cuba membuka akademi sendiri.
Bayangkan perasaan seorang bapa melihat anak lelakinya sangat teruja bangun awal pagi nak pergi bermain bola tapi bila saya ambil dia dari kelas bola, dia mesti menangis sebab tak dapat main.
Anak laki saya ni dahla anak syurga. Lagi la tersentuh perasaan saya.
Dari situ datang motivasi saya untuk buka sebuah akademi bolasepak yang inclusive. Bukan sekadar sebuah kelab yang nak melahirkan Messi, Ronaldo saja. Tapi sebuah akademi untuk semua kanak-kanak..
Bagi saya bolasepak bukan sekadar sukan. Ia lebih dari itu..
Ia mendidik karakter kanak-kanak dalam bersosial, decision making, berdikari, gayahidup sihat, disiplin, dan banyak lagi.
Dari plan nak buka kecil-kecilan di kawasan kejiranan.. Seketul Ammar Zahar ni jenis tak boleh kalau sekadar kecil-kecilan. Bagi saya, GO BIG or GO HOME.
Dari hanya 2 orang pelatih anak sendiri je, kini sudah ada hampir 400 orang pelatih dan semakin bertambah setiap hari. Dari hanya di kawasan kejiranan, kini sudah ada lebih 20 cawangan di Klang Valley dan akan masuk ke seluruh negeri tahun ni insyaAllah dengan sasaran 2000 pelatih.
Sekarang ni akademi ini saya bangunkan bermula dari saya sendiri dan ada di lokasi yang saya berkongsi bersama partner-partner yang lain.
Dari saya sorang lah coach, saya lah manager, saya lah kitmen, apa bagai, kini telah mempunyai lebih 50 orang team members dan coach bolasepak.
Ini semua aturan Allah yang saya sendiri tak sangka berlaku dalam masa beberapa bulan sahaja.
Sekarang ni pelatih-pelatih ni semua saya anggap macam anak-anak saya. Kerja saya setiap hujung minggu adalah untuk memastikan diorang boleh bermain bola walau apa pun kondisi mereka. Football for all.
Saya juga sedang giat berpartner dengan ramai individu dan organisasi, antaranya termasuklah kelab-kelab bolasepak negeri demi memajukan industri ini.
Kalau orang kata bolasepak hanya mengabihkan bogheh dan tak boleh pitis, saya rasa itu kata-kata yang malas. Saya dah buktikan formula saya.
Sekarang ni, projek part-time ini bagi saya baru saja bermula.. Saya masih lagi karier yang sama seperti sebelum ni iaitu buat produk sendiri dan orang lain cuma sekarang, projek sukan kanak-kanak dah menjadi satu bsnes dan hobi part time saya.
InsyaAllah saya akan buka lebih terbuka dan meluas lagi kepada semua tentang peluang berkerjasama dengan saya untuk projek ini agar misi ke seluruh Malaysia dapat direalisasikan seawal mungkin tahun ini 😁.
Ayuh kita bersama-sama 💪🔥
1 451
5 bulan lepas, saya bercerita dengan anda plan saya nak buka banyak center kan? Alhamdulillah hari ini saya nak update dengan anda yang follow journey saya.
Mungkin journey ini boleh menjadi inspirasi dan juga rujukan buat anda yang anda juga boleh lakukan perkara yang anda sebelum ni tak pernah terfikir pun dalam masa singkat.
Center pertama saya buka pada bulan 8, dan selepas 3 bulan, inilah dia senarai center-center yang saya telahpun buka.
📍Shah Alam
📍Subang Jaya
📍Wangsa Maju
📍Rawang
📍Sepang
📍Shah Alam Sek U9
📍Cheras Perdana
📍Kajang
📍Puncak Alam
📍Cheras
📍Klang
📍Putrajaya
📍Batu Caves
📍Bukit Jalil
📍Sentul
📍Puchong
📍Damansara
📍Bangi
📍Sg Buloh
📍Bangsar
📍Ampang
📍Cyberjaya
📍Bayan Lepas
📍Ipoh
📍Johor Bahru
📍Bukit Katil
📍Seremban
📍Nilai
13 daripada 28 center ini dibuka oleh partner-partner saya dan diuruskan oleh saya.
InsyaAllah 22 center lagi akan dibuka pada bulan Disember ini untuk melengkapkan ia menjadi 50 center.
Ini adalah projek passive income yang saya kerjakan pada setiap weekend.
InsyaAllah 2025 saya akan buka seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak dengan total sasaran 200 center dan kemudian center diluar negara pula.
Dalam 3 bulan sahaja kita mampu dapat lebih 300 pendaftaran dan bila kita gandakan pembukaan center ni, saya sasarkan purata sebulan 300 pendaftaran baru.
Disebabkan projek ini semakin berkembang, saya kini sudah tak ada masa nak buat coaching, course, webinar dan sebagainya pada hujung minggu.
Saya sendiri tak sangka dalam masa 3 bulan sahaja projek ini membuatkan saya pencen terus dari bisnes menjual air liur.
Namun saya takkan berhenti berkongsi tips, inspirasi, cerita bisnes kepada anda yang dah follow saya dalam channel saya.
Saya juga akan sentiasa buka peluang kerjasama, partnership, yang kita boleh sama-sama buat duit.
Tahun 2025 nak masuk sebulan lebih saja lagi..
Serius ia akan menjadi tahun yang mencabar jika kita tak ada passive income.
1 451
Masuk ke bulan ni, sudah genap 6 bulan saya tak ada buat bisnes mengajar orang lain buat bisnes.
Saya rasa saya akan stop dari mengajar bisnes..
Sekarang ni tak ada dalam perancangan 2025 saya untuk menjual kursus, course, ebook, buku tentang bisnes.
Sayang tu sayang jugak dengan bisnes ni..
Tapi bisnes ni sebenarnya semakin susah nak buat.
Zaman sekarang orang semakin tak bergantung kepada mentor lagi sejak ada AI untuk dirujuk.
Lagipun teknologi dan strategy bisnes semakin pantas berkembang. Trend semakin cepat berubah.
Dengan usaha yang semakin banyak diperlukan, untung pula semakin sikit.
Saya dah sedar benda ni sejak awal tahun ni. Sebab tu saya dah bersedia dengan projek center saya.
Bisnes center saya ni saya buat part time je pun. Bisnes ni pula usaha makin sikit tapi income makin banyak.
Sampai sekarang bisnes ni masih tak ada website, tak buat content setiap hari, tak buat LIVE, tak perlu personal branding.
Tapi income dia boleh dah nak buatkan saya stop dari buat course/seminar bagai semua tu.
N saya buat benda ni weekend je.
Weekdays saya santai, dan sesambil saya uruskan bisnes full time saya yang buat produk-produk untuk founder n saya sendiri.
Walaupun saya tak buka lagi dah peluang untuk belajar dengan saya, tapi saya sekarang masih support mengajar yang masih ada beberapa minggu/bulan saya kena support.
Lepas tu saya maybe akan stop terus dalam bisnes mengajar bisnes. Saya nak fokus on projek center dan produk sendiri 💯 tahun depan. 💪
1 451
Hari ni saya nak reveal la sikit akademi kanak-kanak yang saya buka ni.
Ramai yang nak tau, akademi apa kan?
Hari ni saya bocorkan..
Setelah berjaya buka 20 center, dan bulan ni saya masuk ke 5 buah negeri lagi untuk misi 100 center, maka hari ni saya reveal..
Akademi yang saya buka adalah akademi sukan untuk kanak-kanak.
Ya, benda ni tak sexy mana pun..
Biasa je.. Banyak je..
Tapi saya je yang buat cara berbeza siap ada apps, ada event dan macam-macam lagi.
Bagi saya bisnes ni satu bisnes yang syok saya buat.
Mesti ramai tak percaya saya buat secara part-time je.. Full time saya masih buat produk orang, jual produk, dll.
Tapi hasil yang saya dapat dah nak melebihi dari bisnes full time saya.
Duit rumah, kereta, semua dah cover dari bisnes ni.
Saya kini mencari partner di seluruh Malaysia pula untuk berpartner bersama saya.
Oleh sebab saya dah run few months dan saya cukup yakin dengan bisnes model ni, saya offer..
Siapa yang join partner dengan saya bulan ni..
Kalau ada kerugian biar saya tanggung. Untung kita bersama tapi rugi saya sorang tanggung.
Kini dari lebih 20 center yang saya buka, half adalah saya buka sendiri. Sebab tu saya boleh tanggung JIKA ada center yang rugi..
Bagi yang minat, boleh whatsapp team saya lokasi anda ya.
wa.me/+60103110322
1 451
InsyaAllah doakan saya terus sihat dan dipermudahkan urusan bagi mengejar misi 100 cawangan tahun ini ya.
1 451
Hari ni saya nak bocorkan ‼️
Saya asyik cerita pasal center.. Apa benda projek saya ni?
Bagi yang mengenali saya dah lama, saya ni ada buat investment property yg banyak sebelum covid.
Jumlah property yang saya beli dan sewakan/buat homestay, membuatkan hasilnya cukup untuk beri saya passive income setiap bulan.
Amount tersebut cukupla untuk saya bayar bank bulan-bulan dan makan pakai berjalan saya sekeluarga.
Sebab masa buat IM dulu, saya mengejar financial freedom atau kebebasan kewangan.
Saya berjaya achieved dengan property masa sebelum covid.
Selesa jugak bulan-bulan..
Kemudian, covid pun datang..
Bila covid datang, semua property saya, saya apply moratorium untuk bernafas sikit.
Saya buat macam-macam bisnes untuk cover hutang2 property.
Lepas covid, market property semakin teruk.
Market sewa semakin rendah.
Sebagai contoh, salah satu rumah saya dulu yang saya sewakan 3000 lebih kini hanya 1000 lebih je sebulan.
Banyak property saya lepaskan..
Yang saya simpan sampai sekarang ni pun, samada rental dia cukup-cukup cover loan atau memang saya kena topup lagi bulan-bulan.
Kalau satu property takpe.
Bayangkan saya ada banyak property.
Berapa banyak passive debt saya setiap bulan?
Maka sejak dari lepas covid sampai la ke tahun lepas..
Saya tercari-cari apa peluang passive income yang saya boleh buat untuk gantikan passive income dari property yang kini tidak lagi saya dapat.
Setelah mencuba pelbagai jenis, tahun ni saya buat satu projek akademi berkaitan kanak-kanak selepas bertahun saya research.
Kenapa saya masuk market education atau akademi berkaitan kanak-kanak?
Kenapa tak buat akademi bisnes untuk orang dewasa macam dulu saya buat?
1. Kanak-kanak ni retention rate dia tinggi. Sebaik saja parents hantar anak dia ke akademi saya, dia akan commit hantar berbulan-bulan, bertahun-tahun. Orang dewasa belajar kejap je tak sampai berbulan.
2. Market akademi kanak-kanak ni sentiasa ada demand. Ini terbukti masa covid, akademi kanak-kanak tetap berjalan walaupun secara online. Lepas covid lagi lah trend semakin meningkat.
3. Berbeza dengan buka tadika yang kos dia mahal serta memerlukan pelesenan, akademi macam saya buka ni kos dia tak sampai 10,000 dan tak perlu pelesenan.
4. Akademi ni evergreen bukan macam orang dewasa dimana kita kena asyik mengikut trend semasa je. Senang kepala tak susah nak buat silibus.
5. Akademi saya pula jenis tak banyak pesaing. Saya satu-satunya akademi yang ada mobile apps buat sendiri untuk parent lihat progress dan kehadiran anak.
6. Pasal anak-anak, parents biasanya akan hantar lebih dari sorang anak. Walaupun tak ada diskaun, bila hantar abang, adik mesti nak join sekali. Parents tetap tak berkira soal anak.
7. Tak payah nak kena buat Live host ke, affiliate ke, team sales ke, biasanya parents akan cerita kat parents lain tanpa minta commission. End up akademi saya penuh sendiri akibat sepupu diorang join, kawan sekelas, sepejabat semua join. Kos dan effort marketing sangat rendah.
Sebab tu saya dalam tempoh 2 bulan dah dapat lebih 200 orang ‘peserta akademi’. Ribuang ringgit setiap bulan saya bank in kepada partner-partner saya.
Bisnes ni dalam 3 bulan ni menguntungkan dan saya sebenarnya dah tak memerlukan partner untuk saya buka sehingga 50 cawangan.
Setiap minggu kerja saya adalah membuka cawangan baru kerana sambutan sangat menggalakkan.
Kalau ada antara followers saya yang masih nak join, boleh la sertai sebagai partner saya jadi pemilik bersama cawangan untuk lokasi-lokasi baru yang bakal saya buka.
Kalau tak ada yang nak join pun takpe sebab saya akan buka juga memandangkan sekarang saya dah buat apps untuk memudahkan akademi saya berjalan autopilot diseluruh Malaysia tanpa pengawalan saya.
Projek ni kalau tak berapa best, mesti saya dah canang2 kat socmed saya.
Tapi sebab dia terlalu best, saya simpan dulu dan share dengan mereka yang nak jadi partner shj.
Jangan risau, bila saya dah buka di seluruh Malaysia sikit masa lagi, anda akan nampak billboard di highway dan masa tu saya akan reveal terus dekat socmed saya.
1 451
Alhamdulillah, sekarang sudah ada 17 lokasi yang telah dibuka di Klang Valley dan saya sedang giat nak buka center di seluruh Malaysia pula secepat mungkin.
Bila satu-satu bisnes tu highly profitable, susah nak rugi, modal kecik, ala macam Mixue la kan, maka kita kena scale sebanyak mungkin secepat mungkin.
Bisnes center saya ni Raja Safuan center PERTAMA saya buka bersama partner.
Alhamdulillah bulan pertama saja dah untung bersih lebih RM 1000. Disaat orang lain masih lagi tertanya-tanya, terfikir-fikir, dia percaya pada saya untuk bisnes baru saya ni. Maka, dia jadi pertama dan untungnya, yang pertama dan yang join awal ni memang akan untung lebih cepat dan lebih banyak.
Saya kini merancang untuk pencen jadi IM dan pencen bisnes saya yang lain untuk fokus kepada bisnes center baru saya ni.
Kalau anda nak join bersama saya dimana saya..
✅ Saya buatkan marketing
✅ Saya ambil 20-30% revenue shj
✅ Saya setupkan semuanya
✅ Saya keluar modal lebih tinggi
✅ Anda modal lebih rendah tapi dapat 80%
Boleh hubungi team saya di https://wa.me/+60103110322
Bagi saya, kalau anda join antara terawal, anda akan dapat lokasi hotspot. Kalau anda join kemudian, anda mungkin akan dapat lokasi yang kurang sikit demand (masih untung tapi tak sepantas Safuan).
1 451
Jumiati Binti Supu
No 14224 Lorong 4
Taman Milenium
91007
Tawau Sabah
+60 19-869 7843
1 451
Sebulan sudah berlalu projek misi membuka 50 center di seluruh Malaysia tahun ni.
Saya nak share dengan anda pasal projek ni.
1. Alhamdulillah kini saya dah buka 13 center di Klang Valley. 7 darinya bersama partners dan 6 adalah milik saya sepenuhnya.
2. Target saya nak buka 20 center akan bersambung bulan depan dimana saya dah senaraikan ada 9 lagi akan dibuka bulan depan di Klang Valley.
3. So far, semua 13 center yang dibuka ni make profit. Alhamdulillah.
4. Happy ada partner saya baru buka sebulan dah profit cecah RM 1000 dalam sebulan.
5. Oleh sebab semua center saya n partners make profit, saya akan percepatkan buka lebih banyak centers dari 22 kepada 50 dalam masa sebulan dua ni.
6. Total leads ada lebih 700 leads dalam sebulan dan subscribers untuk total semua center dah cecah lebih dari 100 subscribers yang akan rebill setiap bulan.
7. Faktor utama hampir 600 tak convert adalah faktor lokasi center. Jika ada center saya di lokasi mereka, conversion boleh meningkat ke 80%.
8. Kenapa ada partner buat profit cepat dan banyak dalam masa singkat, faktor dia nombor 1 adalah lokasi.
9. Bila buka awal lokasi yang hotspot tu, maka makin cepat dapat paid subscribers yang ramai.
10. Balance 9 lagi center di Klang Valley yang bakal dibuka ni juga ada demand besar.
11. Saya juga dah senaraikan 30 centers di luar Klang Valley yang berpotensi besar untuk dibuka dan saya nak offer anda untuk buka bersama saya.
12. Selepas sebulan, now saya dah tau macam mana nak kurangkan lagi kos dan tingkatkan lagi profit.
13. Faktor no 1 dia adalah location, no 2 location, no 3 location.
14. Kalau anda nak buka center ni partner dengan saya, kita buka center yang berada di hotspot ni.
15. Center yang ada di hotspot ni saya akan buka juga hujung tahun ni jika tiada partner tapi kalau anda join, saya akan buka lebih awal.
16. Saya akan start buka licensing program untuk center ni bulan 9 ni jika tiada followers saya yang nak buka.
17. Konsep licensing adalah anda yang perlu run. Konsep sekarang ni adalah partnership dimana saya yang akan bantu anda setup semua.
Jadi kalau anda berminat, boleh whatsapp team saya di https://wa.me/+60103110322
Saya nak offer dekat followers tegar saya dulu ambil hotspot center ni sebelum saya buka kepada public. 1hb ni saya dah start run ads untuk buka kepada public sistem licensing center saya ni.
