cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

Dakwah Itu Indah

Dakwah itu indah Jika semua sampaikan dengan hikmah Ayuh, kita jadi Tawwabeen

Більше
Країна не вказанаМова не вказанаКатегорія не вказана
Рекламні дописи
208
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Banyak orang mengatakan, orang hebat tak pernah jauh dari rahim yang taat. Mari berkenalan dengan wanita bernama Shafiyyah binti Maimunah rahimahallah. Seorang wanita hebat yang mungkin namanya tidak banyak dikenal. Namun darinyalah lahir seorang ulama dan imam besar yang namanya harum hingga akhir zaman. Sumber kisah : Min Akhbaris Salaf fb Ustadz Fadlan Fahamsyah dan beberapa sumber lainnya TaqwArt
Показати все...
𝟖 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐭𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐚𝐲𝐚 𝐙𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢, 𝐒𝐚𝐢𝐝𝐢𝐧𝐚 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐡𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐮𝐟: . . #1. 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙞𝙠𝙖𝙥 𝙋𝙧𝙤𝙙𝙪𝙠𝙩𝙞𝙛 𝙙𝙖𝙣 𝙋𝙤𝙨𝙞𝙩𝙞𝙛. 𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙨! Sifat “malas” ni memang sangat susah nak diubati. Ubatnya hanyalah JANGAN MALAS! Abdul Rahman bin Auf walaupun dalam kepenatan setelah berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah, beliau tetap produktif, positif dan bersemangat untuk memulakan perniagaannya di tempat yang baru pada keesokan harinya. . . #2. 𝙋𝙚𝙢𝙞𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣 𝙅𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖 𝙈𝙖𝙨𝙖 𝙋𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙣 𝙐𝙧𝙪𝙨𝙣𝙞𝙖𝙜𝙖 𝙏𝙪𝙣𝙖𝙞 Kunci bagi perancangan masa panjang adalah sabar. Abdul Rahman bin Auf tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit. Baginya, apa yang penting ialah keuntungan dan ianya diberkati kerana beliau sangat menitikberatkan soal halal, haram dan unsur-unsur riba dalam perniagaan. Selain itu, semua urusniaga beliau adalah tunai bagi mengelakkan unsur riba. Pelanggannya yang membeli tidak dibenarkan berhutang, dan beliau sendiri tidak pernah berhutang ketika membeli barangan untuk menjual. . . #3. 𝙆𝙚𝙥𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪𝙞 𝙈𝙤𝙩𝙞𝙫𝙖𝙨𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙎𝙞𝙛𝙖𝙩 𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖𝙬𝙖𝙣 Sebagai sahabat Rasulullah S.A.W., Abdul Rahman bin Auf merupakan seorang ‘influencer’ yang memiliki ramai ‘followers’ kerana kehebatannya dalam berniaga. Beliau sering memberi teladan motivasi dalam berniaga antaranya adalah komunikasi dua hala antara penjual dan pembeli, penggunaan bahasa yang baik dan penyampaian yang mudah difahami bagi menjamin hubungan perniagaan untuk jangka masa yang panjang. Abdul Rahman bin Auf tidak pernah lupa untuk bersedekah. Malah hampir ¾ dari keseluruhan hartanya digunakan ke jalan agama. . . #4. 𝙈𝙚𝙣𝙖𝙢𝙗𝙖𝙝 𝙎𝙪𝙢𝙗𝙚𝙧 𝙈𝙖𝙩𝙖 𝙋𝙚𝙣𝙘𝙖𝙧𝙞𝙖𝙣 Secara mudahnya, Abdul Rahman bin Auf bijak menggandakan pendapatannya dan tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Contohnya, beliau bermula hanya dengan menjual dadih sahaja di pasar. Dengan keuntungan itu, beliau mula menjual kurma, gandum, beras, dan pelbagai barangan keperluan yang menjadi permintaan pada ketika itu. . . #5. 𝙈𝙚𝙡𝙚𝙗𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙎𝙖𝙮𝙖𝙥 𝙎𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝘽𝙞𝙨𝙣𝙚𝙨 Melebarkan sayap di sini bermaksud mengembangkan bisnes kita yang sedia ada. Contohnya, beliau ingin menjalankan perniagaan menjual kurma. Pada awalnya, beliau memulakan perniagaan kurmanya dengan tanpa sebarang bantuan kewangan atau pinjaman. Beliau membeli kurma dari Madinah untuk dijual berbekalkan keyakinan pada kemampuan diri dalam berniaga. Dengan hasil keuntungan dari itu, beliau mula mengusahakan sebuah ladang kurmanya sendiri. Dengan ini beliau bukan sahaja dapat menjual kurma dari ladangnya, malah beliau juga dapat membekalkan pula kurma kepada peniaga-peniaga yang lain. Secara tidak langsung, beliau dapat mengurangkan kos yang banyak dan meluaskan lagi margin keuntungannya. . . #6. 𝙐𝙣𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙣 𝙄𝙣𝙤𝙫𝙖𝙩𝙞𝙛 Uniknya strategi Abdul Rahman bin Auf dalam perniagaannya adalah beliau pernah menjual unta dengan hanya menggunakan harga kos! Sungguh tidak masuk akal. Namun begitu, dengan idea inovatifnya itu beliau telah berjaya menarik perhatian ramai pelanggan sekaligus menewaskan pesaing-pesaingnya yang memonopoli pasaran unta ketika itu. . . #7. 𝙎𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙏𝙖𝙬𝙖𝙙𝙪𝙠 – 𝙍𝙚𝙣𝙙𝙖𝙝 𝙃𝙖𝙩𝙞 Abdul Rahman bin Auf dikenali sebagai “Saudagar Tuhan”. Beliau seorang yang bersifat kaya jiwa berbanding harta kerana sebahagian besar hartanya digunakan ke jalan kebaikan. Bagi beliau, hartanya tidak akan berkurangan dengan bersedekah dan berzakat. Beliau sentiasa merendah diri dan tidak pernah lupa untuk membantu merekda yang berada di dalam kesusahan. . . #8. 𝙈𝙚𝙣𝙘𝙖𝙧𝙞 𝙄𝙡𝙢𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙣𝙞𝙢𝙗𝙖 𝙋𝙚𝙣𝙜𝙖𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣 Abdul Rahman bin Auf adalah seorang usahawan yang berjaya dan walaupun beliau berjaya, beliau sentiasa belajar mencari ilmu perniagaan tanpa jemu dan selalu berkongsi ilmu perniagaan dengan followers beliau. . . Pelajari ilmu perniagaan melalui program ESQ. Link disertakan di bawah.
Показати все...
UBAT LUPA Ali bin Khasyram رحمة الله تعالى berkata : “Aku melihat Waki’ bin al-Jarrah رحمة الله تعالى tidak pernah membawa kitab, namun beliau mampu menghafal apa yang kami tidak hafal. Maka aku merasa hairan dengan hal itu sehingga aku pun bertanya kepada beliau, “Wahai Waki’, engkau tidak pernah membawa kitab dan tidak menggoreskan yang hitam di atas yang putih (tidak mencatat -pent), namun engkau menghafal lebih banyak dibandingkan apa yang kami hafal.” Maka Imam Waki’ رحمة الله تعالى berkata dengan membisikkan ke telingaku, “Wahai Ali, jika aku tunjukkan kepadamu ubat lupa, apakah engkau akan mengamalkannya?” Aku pun menjawab, “Ya, demi Allah.” Maka beliau menjelaskan, “Meninggalkan maksiat, demi Allah, aku tidak melihat sesuatu yang lebih bermanfaat untuk memudahkan menghafal dibandingkan meninggalkan kemaksiatan.” [ Siyarul A’lamin Nubala’, 6/384 ] 📍Telegram.me/KalamParaUlama
Показати все...