Himwellness Official
Відкрити в Telegram
Saya Dr Samhan, doktor kesihatan lelaki. Jemput follow channel ini, saya banyak share ilmu dan tips kesihatan lelaki.
Показати більшеКраїна не вказанаКатегорія не вказана
1 961
Підписники
+824 години
+557 днів
+35930 днів
Архів дописів
1 962
Yang Tengah Ikhtiar Nak Zuriat, Boleh Ikut Tips Ni..
Ramai pasangan bila belum ada rezeki anak, terus fokus kepada wanita.
Hakikatnya, kesuburan melibatkan suami dan isteri.
Kalau dah lebih setahun mencuba tetapi masih belum berjaya, jangan tunggu terlalu lama untuk buat pemeriksaan.
Antara perkara yang boleh di buat:
✅ Jaga berat badan
Berat badan terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh mengganggu hormon dan kesuburan.
✅ Tidur yang cukup
Kurang tidur boleh menjejaskan penghasilan hormon reproduktif, termasuk testosteron pada lelaki.
✅ Berhenti merokok dan kurangkan vape
Nikotin boleh menjejaskan kualiti sperma dan kesihatan reproduktif secara keseluruhan.
✅ Kerap bersama pada waktu subur
Tak semestinya setiap hari. Biasanya 2-3 kali seminggu sudah memadai dan boleh ditingkatkan ketika waktu subur.
✅ Kurangkan stres
Tekanan yang berpanjangan boleh mengganggu hormon lelaki dan wanita.
1 962
HIM Clinic 6.6 Mid Year Sale 🎆
Belum dapat noti dekat whatsapp? Ah maaf...
Sempena mid year 2026, ada something berdosa kalau terlepas
🎟️ 6% off semua plan rawatan moden (kod HC66)
👥 Terapi natural suami isteri Plan HIM+, jimat RM39
🥤 Tumbler HIM terbaru
Hari ni LAST DAY(!)
Buka terus sebelum habis
👉 https://forhimclinic.com?utm_source=telegram&utm_medium=social&utm_campaign=66
Privasi, mudah, berkesan
Konsultasi doktor bertauliah disediakan 🩺
1 962
Terima kasih semua yang mendoakan dan support saya selama ini.
#drsamhan #keluargabahagia #himwellness
#fyp #ulangtahun
1 962
Guys!!
Cuba vote korang prefer hari apa doktor nak LIVE share ilmu kesihatan lelaki di channel telegram ni? Malam weekend atau malam weekdays?
1 962
𝐌𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐡
Dalam rumah tangga, ego sering menjadi penghalang terbesar.
Ramai sebenarnya tahu bila mereka tersilap.
Ramai sedar kata-kata yang diucapkan mungkin telah melukakan pasangan.
Ramai juga tahu bila mereka sepatutnya mengalah.
Tetapi yang paling sukar bukan mengaku salah di dalam hati.
Yang paling sukar ialah mengucapkan dua perkataan:
"Saya minta maaf."
Kadang-kadang bukan sebab tak sedar kesalahan.
Tetapi kerana ego.
Takut nampak lemah.
Takut dipersalahkan.
Takut pasangan fikir kita kalah.
Sedangkan dalam rumah tangga, meminta maaf bukan tentang siapa menang atau kalah.
Ia tentang siapa yang lebih menghargai hubungan itu.
Saya pernah jumpa pasangan yang bertahun-tahun hidup bersama.
Bila ditanya apa yang paling banyak merosakkan hubungan mereka, bukan orang ketiga.
Bukan masalah kewangan.
Tetapi sikap terlalu ego untuk meminta maaf dan terlalu keras untuk memaafkan.
1 962
Raya belum habis lagi(!) Last esok
⚡️📦 https://forhimclinic.com/?utm_source=telegram&utm_medium=social&utm_campaign=aidiladha
1 962
Hari Raya Aidil Adha bukan sekadar tentang merayakan, tetapi tentang merenung erti pengorbanan yang sebenar. Ia mengajar kita untuk memberi tanpa mengharapkan balasan, untuk mengorbankan sesuatu yang berharga demi kebaikan bersama, dan untuk ikhlas dalam setiap tindakan kita. Di saat kita mengingat kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail, marilah kita juga menghayati makna pengorbanan dalam kehidupan seharian.
Mari kita raikan hari yang penuh keberkatan ini dengan memberi lebih banyak, menyayangi lebih dalam, dan menghargai setiap detik bersama keluarga dan sahabat. Semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan untuk terus memberi tanpa mengira waktu, kerana setiap pengorbanan yang ikhlas pasti akan diganti dengan yang lebih baik.
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Semoga keberkatan-Nya menyertai kita semua, sepanjang hidup ini.
1 962
Lawat website kami dan tebus ole-ole raya anda
👌https://forhimclinic.com/?utm_source=telegram&utm_medium=social&utm_campaign=aidiladha
Semoga Allah terima korban kita tahun ni
Salam Aidil Adha
Dr. Samhan
HIM Clinic
1 962
Sempena Aidil Adha, Rayakan Pengorbanan 😌🍃
Untuk semua lelaki yang berkorban setiap hari bekerja, menjaga keluarga, pikul tanggung jawab, tetap bertahan walaupun penat... anda tak keseorangan
Musim raya ni ramai lelaki nampak kuat di luar. Urus keluarga, kerja, drive jauh, layan tetamu.
Dalam diam bila badan mula penat, mood drop, confidence terganggu… waktu itulah lelaki perlukan sokongan yang betul.
Especially soal performance dalam bilik
Sebab tu HIM Clinic wujud
Untuk bantu lelaki kekal bertenaga, yakin dan bersedia tanpa perlu rasa malu.
Sempena Aidil Adha, kami sediakan ole-ole raya khas untuk anda 🎁
Spend serendah RM59 dan dapat gift istimewa terpilih, selagi stok masih ada.
Tamat 31 Mei 👇
1 962
Hubungan suami isteri boleh jadi dingin…
Bila sentuhan, gurauan & komunikasi makin kurang.
Ramai ingat masalah rumah tangga besar biasanya berpunca dari gaduh teruk, curang atau kewangan.
Tapi realitinya…
Banyak hubungan perlahan-lahan jadi jauh kerana perkara kecil yang makin hilang.
Kurang bersembang.
Kurang bergurau.
Kurang pegang tangan.
Kurang peluk.
Kurang tanya “awak okay ke?”
Benda nampak remeh…
Tapi sebenarnya itulah yang bina connection suami isteri.
Bila komunikasi makin hambar,
gurauan makin hilang,
sentuhan makin jarang…
Pasangan boleh mula rasa seperti “housemate”
tinggal serumah, tapi hati makin jauh.
Wanita selalunya lebih sensitif pada connection emosi.
Lelaki pula kadang terlalu fokus pada tanggungjawab sampai terlupa bab ini.
Sedangkan hubungan yang sihat bukan sekadar cukup nafkah…
Ia juga perlukan:
• Perhatian
• Sentuhan
• Masa bersama
• Kata-kata yang menenangkan
Kadang peluk 10 saat,
pujian ringkas,
atau borak tanpa phone pun boleh hidupkan balik rasa dekat.
1 962
SHOCKING SALE Aidil Adha
LIVE sikit masa lagi ⚡️🔴
Potongan 15% untuk yang take action. Kesan yang sama, nilai lebih tinggi
2 jam saja. Dah add to cart?
Checkout di sini
📦 https://forhimclinic.com/carts/?utm_source=whatsapp&utm_medium=social&utm_campaign=aidiladhashocking
HIM Clinic 🩺
Profesional. Mudah. Berkesan
1 962
Ramai lelaki sibuk cari cara
nak jadi lebih “power” dalam bilik.
Tapi ramai tak sedar…
Prestasi lelaki sebenar
bermula jauh sebelum masuk bilik.
Ia bermula dengan
cara jaga badan.
Tidur cukup atau tak.
Stres tinggi atau tak.
Berat badan terkawal atau tak.
Pemakanan okay atau tak.
Bila badan makin penat,
testosteron boleh menurun perlahan-lahan.
Bila hormon drop…
- Tenaga kurang.
- Semangat menurun.
- Morning wood makin jarang.
- Keinginan pun boleh berubah.
Ramai ingat ini normal sebab umur.
Padahal,
gaya hidup harian
selalu jadi punca utama.
Sebab tu saya selalu pesan…
Nak prestasi lebih baik,
jaga asas dulu.
- Tidur.
- Senaman.
- Makan.
- Stres.
Sebab lelaki yang betul-betul kuat,
bukan sekadar nampak sihat luarannya…
Tapi dalaman dia juga terjaga.
Kesihatan lelaki
bukan sekadar prestasi.
Ia tentang tenaga,
hormon,
keyakinan,
dan kualiti hidup.
Dr Samhan
- Doktor Kesihatan lelaki, HIMWellness
1 962
Dulu saya budak nakal.
Masa sekolah, hidup saya banyak tersasar.
Belajar entah ke mana, masa depan pun tak nampak arah.
Pernah buat silap besar.
Pernah jatuh sampai rasa macam hidup sendiri dah tak ada harapan.
Keputusan peperiksaan saya juga antara yang tercorot.
Waktu itu, saya ingat semuanya dah berakhir.
Tapi rupanya…
Dalam hidup ini, kadang-kadang Allah hadirkan insan yang tak putus percaya pada kita… walaupun kita sendiri hampir putus asa.
Ada guru yang tak terus menghukum.
Sebaliknya, mereka beri peluang.
Mereka pantau.
Mereka tegur.
Mereka bimbing.
Di saat saya perlukan arah…
mereka hadir jadi asbab perubahan besar dalam hidup saya.
Belajar bersungguh-sungguh.
Perbaiki diri.
Dan akhirnya berjaya buktikan bahawa masa lalu bukan penentu masa depan.
Hari ini, setiap kejayaan yang saya kecapi…
saya tahu, ada doa, didikan, pengorbanan dan kepercayaan seorang guru di belakang perjalanan ini.
Sempena Hari Guru,
saya nak ucapkan terima kasih kepada semua guru yang pernah percaya pada anak murid.
1 962
Jangan berhenti mengorat isteri sendiri…
Selepas kahwin, ramai lelaki terlalu sibuk memikul tanggungjawab…
sampai terlupa, isteri juga perlukan rasa dicintai.
Apa lelaki boleh buat?
• Tegur & puji isteri selalu
“Cantik awak hari ni.”
• Hantar mesej manis tanpa sebab
“Rindu awak.”
• Peluk, pegang tangan, usik manja
• Dengar bila isteri bercerita
Bukan sekadar jawab, tapi betul-betul beri perhatian
• Bantu perkara kecil di rumah
Kadang bantuan kecil pun besar maknanya
• Luangkan masa berdua
Walau sekejap, tanpa gangguan
Wanita jarang perlukan benda mewah setiap masa.
Tapi mereka sangat hargai usaha kecil yang konsisten.
Sebab isteri yang rasa disayangi…
selalunya akan lebih tenang, lebih lembut, dan lebih bahagia dalam rumah tangga.
Dan untuk isteri juga…
jangan lupa, suami pun perlukan dihargai.
Kadang lelaki tak minta banyak.
Cukup dihormati, difahami, dan disokong.
Bila suami isteri saling menjaga hati…
rumah tangga jadi lebih kuat, tenang, dan penuh kasih sayang.
1 962
Cuba juga curi masa untuk ke gym walau jadual agak padat.
Bagi saya, exercise bukan sekadar jaga badan…
tapi cara saya kekal bertenaga, lebih fokus, dan maintain kesihatan untuk jangka masa panjang.
