𝟎𝟗 𝐒𝐜𝐨𝐫𝐞 𝐀+
Відкрити в Telegram
Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
1 285
Підписники
+5124 години
+4727 днів
+99830 днів
Архів дописів
1 292
Halaman 4: Frasa Menarik & Perkataan Bombastik (1-10)
Frasa Menarik Awal Pendahuluan: [4]
→ Dalam menempuhi era globalisasi dan arus kemodenan ini, ...
→ Pada era globalisasi dan multimedia tanpa limitasi ini, ...
→ Dalam meniti arus kemodenan ini, ...
→ Dasawarsa ini, ...
→ Pada zaman pascakemerdekaan di Malaysia ini, ...
Perkataan Bombastik: [4]
→ Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
→ Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
→ Memberikan impak - Mengakibatkan
→ Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
→ Alaf baharu - Masa terkini
→ Mutakhir ini - Pada masa kini
→ Seantero dunia - Seluruh dunia
→ Menikam sanubari - Merosakkan fikiran
→ Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
→ Bitara - Tiada tandingan
Halaman 5: Perkataan Bombastik (11-21) [5]
→ Berprestij - Penghormatan yang diperoleh atas hasil usaha
→ Atma - Jiwa
→ Efisien - Berkesan
→ Cakna - Ambil berat
→ Hedonisme - Hidup yang mementingkan keseronokan
→ Sinergi - Kerjasama
→ Sirna - Hilang
→ Marcapada - Dunia moden
→ Aspirasi - Cita-cita / Harapan
→ Persepsi - Pandangan
→ Relevan - Rasional
1 292
Halaman 1: Tips Penulisan Karangan Bahagian B
→ Baca soalan yang dikemukakan dengan teliti. [1]
→ Fahamkan kehendak soalan. [1]
→ Pilih satu tajuk karangan yang benar-benar anda faham akan kehendak soalan. Contohnya, cari satu tajuk yang sudah ada 3 isi. [1]
→ Kata kunci perlu digariskan untuk memastikan anda tidak tersilap memikirkan isi karangan ketika merangka karangan. [1]
→ Kata kunci soalan bagi setiap tajuk karangan biasanya terletak pada baris akhir soalan. Contohnya perkataan bincangkan, gambarkan, ceritakan, bahaskan, huraikan, tuliskan laporan, balas surat dan sebagainya. [1]
→ Pastikan rangka karangan anda terdiri daripada: [1]
→ Satu isi pendahuluan
→ Tiga isi penting (disusun dalam 5 perenggan)
→ Satu isi penutup
→ Perenggan pendahuluan yang baik dapat menarik perhatian pembaca untuk terus menghayati karangan yang ditulis. [1]
Halaman 2: Panduan Menulis Perenggan Isi
→ Semasa menulis perenggan isi, anda boleh menggunakan frasa-frasa menarik dan perkataan bombastik untuk mendapat markah cemerlang. [2]
→ Setiap isi perlu ditulis dalam satu perenggan. Untuk memantapkan isi, anda perlulah mempunyai pengetahuan am yang luas. Perbendaharaan kata yang sesuai dan moden amat digalakkan. [2]
→ Perenggan isi hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi 7 ayat, iaitu: [2]
→ Ayat Topik (AT)
→ Ayat Huraian 1 (AH1)
→ Ayat Huraian 2 (AH2)
→ Ayat Kesan (AK)
→ Ayat Contoh (AC)
→ Ayat Peribahasa (AP)
→ Ayat Penegas (AP.)
Halaman 3: Perkara WAJIB & Tips Umum
Memilih soalan yang tepat: Tips Umum [3]
→ Untuk karangan Bahagian B, Kertas 1, 4 pilihan soalan akan diberikan dan calon dikehendaki memilih 1 soalan sahaja.
→ Calon dikehendaki menulis 300 hingga 500 patah perkataan untuk mendapat markah cemerlang.
→ Jumlah markah ialah 70 markah.
→ Tema-tema popular: gejala sosial, kemasyarakatan, alam sekitar, pendidikan, pelancongan, kesihatan, sukan serta sains dan teknologi.
Agihkan Masa dengan Betul [3]
→ Memahami dan menganalisis tajuk (5 minit)
→ Membina rangka karangan (15 minit)
→ Menulis karangan (60 minit)
→ Menyemak karangan (10 minit)
1 292
Bismillah.
Disini saya ingin sertakan perkataan melayu yang jarang didengar dan diguna oleh kita semua. Perkataan mungkin dapat membantu adik-adik SPM dengan menambah dalam karangan. So pemeriksa akan angap kau kuat membaca walaupun tak. Hahahahaah.😙😘
✦ 𝐆𝐋𝐎𝐒𝐀𝐑𝐈 ✦
1.HALAKAH-KALANGAN/GOLONGAN
2.WAHANA-SALURAN
3.PRAKARSA-LANGKAH/CARA/INISIATIF
MASLAHAT-BAIK
5.BOBROK-BURUK/ROSAK
6.SEYOGIA-SEHARUSNYA/SEPATUTNYA
7.ASPIRASI-CITA-CITA/HARAPAN
8.SIGNIFIKAN-PENTING
9.OBLIGASI/AKAUTABALITI-TANGGUNGJAWAB
10.IZHAR-JELAS
11.MODUS OPERANDI-LANGKAH/CARA/USAHA
12.ORDE BARU DUNIA-PERATURAN BARU DUNIA
13.KONTEMPORARI-MASA KINI
14.SINERGI-BERKERJASAMA
15.STRATA-LAPISAN
16.USLUB-CARA
17.AKHIRULKALAM-SEBAGAI PENUTUP
18.DANGKAL-TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM
19.DIIMPLIMENTASIKAN-DILAKSANAKAN
20.DIINTERPRETASIKAN-DITAFSIRKAN
21.DOMINAN-BERKUASA BESAR
22.AUTORITI-KEKUASAAN
23.KEKANGAN/KEMELUT-MASALAH
24.CAKERA BUANA-RODA DUNIA
25.KONTEMPORARI-MASA KINI
26.IMPLISIT-SECARA TIDAK LANGSUNG
27.EKSPLIT/KONOTASI-SECARA JELASNYA
28.HENDONISME-SIKAP MENGUTAMAKAN KESERONOKAN
29.HETEROGEN/VARIASI/ANEKA-PELBAGAI
30.ENTITI MITHALI/USWAH-TELADAN YANG BAIK
31.EVASIF-SIKAP MENGELAK DARI TANGGUNGJAWAB
32.SWADAYA-SELURUH KEKUATAN
33.PRAGMATIK-PRAKTIKAL
34.PARADIGMA-KEAZAMAN
35.GHALIBNYA-LAZIMNYA
36.LUWES-TIDAK TERLALU MENGONGKONG
37.HOLISTIK/SYUMUL-MENYELURUH
38.MEMENIFESTASIKAN-MENUNJUKKAN
39.KASUS-PERKARA
40.ANALOGI-PERBANDINGAN
41.STIGMA/PERSEPSI-PANDANGAN
42.KOMPETITIF-BERDAYA SAING
43.OPTIMIS-SANGKAAN BAIK TERHADAP SESUATU
44.KUDSI/NIRMALA-SUCI
45.GARAP-CAPAI
46.SOFISTIKATED-CANGGIH
47.INTROSPEKTIF-MUHASABAH
48.ALHASIL-AKHIRNYA/KESANNYA
49.ATMA-JIWA
50.SONGSONG-SONGSANG
51.SOLUSI-PENYELESAI MASALAH
1 292
Kepada adik 09, boleh lihat PDF yang saya (Asha) pernah sediakan nota (karangan Bahagian B).
Saya pernah buat PDF ini sebelum ini sebagai rujukan untuk 2 tahun belajar
Saya guna kaedah ini untuk menulis karangan Bahagian B, biasanya dengan panjang sekitar 490 patah perkataan.
Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh A+ dalam SPM Bahasa Melayu.
(Tulisan asal agak kurang kemas)
1 292
Dokumen daripada
1 292
Repost from study w ipang 🇵🇸📚
jangan lupa gunakan bot ipang untuk mudahkan pencarian any notes sejarah 🙇🏼
https://t.me/sejarahwipangbot
1 292
Math
- Beli buku mahir, buat dulu soalan objektif ala ii spm (set masa)
> tips: satu set paper 2 akan keluar at least 3 atau 2 graph haritu 3 (cummulative histogram+ogive, inequality)
> buat nota graph ii yang ada dalam math
> jangan pelik kalau soalan salah jawab je (haritu ada salah)
- most important kuatkan basic algebra sebab tu akan guna sekali dekat addmath
Addmath
- Beli Buku MRSM plus trial N9
> soalan addmath dia macam physics kena tahu formula kena cari maklumat dalam soalan untuk guna formula
> buat banyak kertas 1 untuk fahamkan konsep
- kertas 2 lebih kepada menghafal dan apa yang ada kat kertas 1 (subtopik) xkan keluar kertas 2
> contoh kertas 1 keluar prinsip pertama pembezaan , kertas 2 akan keluar subtopik lain selain prinsip pertama
- kuatkan topik quadratic dan inequality sebab ada dekat math
Addmath is about racing with time
1 292
- Fakta boleh gebang (dengan logik) tapi nak gempak hafal nama jabatan dan istilah penyelidikan macam kajian kualitatif
> Fakta membantu membuatkan penanda merasakan impak.
1 292
Assalamualaikum Encik Ijan saya ingin menghantar slaid pembentangan yang sudah dimurnikan.
1 292
- Kertas 1 boleh guna buku cikgu tan CL
> tengok betul ii soalan jangan jawab benda lain (tips ni boleh guna waktu jawab essay scholarship)
>guna template dari slide dekat bawah
1 292
contoh: (p/s ambil yang pendek ii)
Antara fokus 1, ialah A1.
Seterusnya, B1.
Kemudian, C3.
Antara fokus 2 pula, ialah D1
kemudian, E1.
Seterusnya, E2.
Antara fokus 3, ialah F4.
Seterusnya, G1.
Total 8 isi tapi sentuh semua kotak
1 292
BM
- Buat banyak latihan Kertas 2 bahagian A
> morfologi kena buat mind map pergolongan kata dan bentuk kata
> compilekan soalan pnyuntingan trial (nanti say cari balik file tu) , print, buat dekat satu tempat yang senyap. Kalau dah siap, semak dan buat semula. Buat senarai kesalahan sohor contoh:
i)ialah/adalah
ii)di -jarak- <kata kerja>
dsb
- Bahagian B (pemahaman) guna highlighter dan highlight jawapan dalam teks
> soalan kbat (3/4) cuba brainstorm macam ujian lisan
- Bahagian C (rumusan) guna at least 3 highlighter ( 1 warna 1 fokus)
> buat jadual macam kat bawah dan pilih 8 isi dari kotak dengan syarat semua huruf terlibat [A,B,C,D,E,F,G,H,I]
1 292
PANDUAN LENGKAP UJIAN BERTUTUR BERKUMPULAN (SPM
Part 2:
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang menakutkan kalau kita tahu cara nak urus masa dan kawal diri. Biasanya format ujian ni berlangsung lebih kurang 8 minit untuk sesi perbincangan kumpulan, dan setiap calon akan diberi masa sekitar 3 minit 45 saat untuk bercakap. Masa mungkin nampak pendek, tapi kalau pandai susun isi, cukup untuk buat penyampaian yang mantap dan menarik.
Masa hari ujian, awak tak dibenarkan bawa alat tulis, tapi jangan lupa bawa kad pengenalan (IC). Calon 1 biasanya akan mula bercakap dahulu jadi penting untuk bersedia dari awal. Lepas semua calon selesai giliran pertama, akan ada pusingan kedua, iaitu sesi perbincangan bebas. Masa ni, boleh guna ayat seperti “Izinkan saya mencelah, pada pendapat saya…” atau “Saya ingin menambah hujah rakan saya tadi…” supaya nampak sopan dan yakin.
Kalau tiba-tiba ketandusan idea, jangan panik. Bagi peluang calon lain bercakap dulu, dan bila semua dah selesai, baru awak sambung semula. Jangan biarkan diri terdiam lama kalau rasa terlalu gementar atau takut, tarik nafas dalam-dalam dan beri ruang pada rakan lain dulu. Pemeriksa tak marah pun, asalkan awak tetap aktif dalam perbincangan. Yang penting, jangan bazir masa dengan diam membisu.
Kerjasama kumpulan sangat penting. Kalau nampak kawan tengah blur atau tersangkut, tolong bagi kata kunci perlahan-lahan. Ini menunjukkan semangat bantu-membantu dan akan beri kesan positif pada markah sahsiah kumpulan. Awak boleh gunakan kaedah “KEDIMASNA” (contohnya: pihak kerajaan, masyarakat, keluarga, sekolah, media massa) untuk bahagikan isi antara calon supaya perbincangan lebih tersusun dan tak berulang.
Contohnya:
Calon A boleh huraikan langkah masyarakat,
Calon B boleh sentuh peranan keluarga,
Calon C bincang peranan media massa,
Calon D pula boleh ulas inisiatif pihak sekolah.
Kalau semua calon nak bincang topik yang sama pun tak ada masalah asalkan isi berbeza.
Bila dah masuk giliran bercakap, boleh terus ke isi atau bagi sedikit pendahuluan dulu. Tapi ingat, masa terhad, jadi jangan terlalu panjang mukadimah. Gunakan penanda wacana dengan betul supaya ayat lebih tersusun contohnya Selain itu, seterusnya, oleh itu, kesimpulannya, dan sebagainya. Kalau nak nampak lebih menarik, boleh juga buka dengan pantun pendek yang berkait dengan tema.
Contoh:
“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, Bertutur dengan yakin, markah cemerlang menantinya.”Selain tu, boleh juga gunakan ayat-ayat sopan dan berstrategi seperti: “Saya bersetuju dengan pendapat rakan saya tadi.” “Maaf, saya ingin menambah hujah.” “Pada pandangan saya…” Ayat macam ni nampak matang dan menunjukkan awak mampu berfikir secara kreatif, also kreatif Kalau nak bantu diri lebih yakin, latih bercakap depan cermin. Cuba tengok ekspresi muka, kawal nada suara, dan elakkan perkataan pengisi macam “aaa…”, “errr…” atau “macam tu lah…”. Nada kena jelas, kuat tapi sopan, jangan terlalu laju sampai pemeriksa tak faham. Kalau rasa darah gemuruh, buat senaman ringan sebelum ujian — genggam tangan, picit jari, atau tarik nafas panjang beberapa kali. Jangan lupa selawat, sebab ketenangan datang bila hati tenang. Ingat, semua calon lain pun sebenarnya sama-sama berdebar. Bezanya cuma siapa yang berani kawal diri. Di hujung sesi, kalau dah habis giliran semua, boleh buat penutup pendek seperti:
“Sekian sahaja perbincangan daripada kumpulan kami, terima kasih.”Pemeriksa hanya akan diam dan menilai, jadi buat yang terbaik masa giliran awak. Kalau terlebih masa, loceng amaran akan dibunyikan jadi latih diri supaya tahu bila perlu berhenti. Akhir sekali, banyakkan praktis dengan rakan-rakan sebelum ujian sebenar. Bila dah biasa bercakap, nanti masa “live” pun tak rasa kekok. Jangan lupa yakin diri, kawal suara, dan senyum sikit. . Jadi, jangan takut dan anggap saja awak tengah sembang santai tapi beradab di depan guru. Selamat mencuba, semoga berjaya!
1 292
══════ ≪ ✿ ≫ ══════╗
🌟 𝒯𝒾𝓅𝓈 𝒮𝓀𝑜𝓇 𝒰𝒿𝒾𝒶𝓃 𝐿𝒾𝓈𝒶𝓃 𝐵𝒶𝒽𝒶𝓈𝒶 𝑀𝑒𝓁𝒶𝓎𝓊 𝒮𝒫𝑀) 🌟
╚══════ ≪ ✿ ≫ ══════╝
TIPS SKOR UJIAN LISAN BAHASA MELAYU (SPM)
By Asha @umpteenthtime
Ramai pelajar selalu rasa gementar bila dengar perkataan “ujian lisan”, kan? Padahal, ujian ni sebenarnya tak menakutkan pun kalau kita tahu cara nak handle. Apa yang penting persediaan, keyakinan, dan latihan. Bila tiga benda ni dah ada, insyaAllah markah tinggi tu bukan mimpi. Pertama sekali, cakaplah dalam Bahasa Melayu standard. Tak kiralah awak orang Kelantan ke, Sabah ke, atau Selangor, masa ujian jangan guna loghat negeri atau slang. Pemeriksa nak dengar sebutan yang jelas dan ayat yang betul. Bahasa baku ni nampak lebih kemas dan menunjukkan awak betul-betul faham bahasa kebangsaan kita.
Lepas tu, suara kena jelas dan yakin. Tak perlu jerit sampai gegar bilik, tapi pastikan suara awak cukup kuat untuk didengar. Kalau suara perlahan sangat, pemeriksa pun susah nak nilai isi yang awak bagi. Satu lagi yakin dengan diri sendiri. Jangan takut silap. Kadang-kadang pelajar yang tak fasih sangat pun boleh skor sebab dia berani bercakap dan nampak yakin. Nak tambah keyakinan? Cuba berlatih depan cermin atau rakam suara sendiri. Bila dah biasa, rasa gugup tu akan hilang perlahan-lahan.
Nak skor tinggi, kena buat persediaan awal. Jangan tunggu sehari sebelum ujian baru nak hafal skrip panjang-panjang nanti gugup terus lupa! Lagi bagus kalau awak banyak baca isu semasa macam pendidikan, perpaduan, dan alam sekitar. Bila kepala dah penuh dengan idea, awak boleh bercakap secara spontan dan lebih natural. Ingat, ujian ni nak uji cara awak berfikir dan menyusun ayat, bukan seberapa hebat awak hafal teks.
Selain isi dan penyampaian, sahsiah diri pun penting tau. Pemeriksa tengok cara awak bawa diri , dia tgk awk sopan ke, bagi peluang rakan bercakap ke, atau asyik nak potong cakap orang. Kalau awak nampak biadab atau tamak masa bercakap, markah sahsiah boleh jatuh. So, jangan selfish. Bagi kerjasama. Kalau kawan dalam kumpulan tersangkut, tolong bagi kata kunci perlahan-lahan supaya dia boleh sambung. Ujian ni bukan tentang siapa paling hebat, tapi siapa boleh bekerjasama dan tunjuk adab.
Satu lagi tip best — masukkan sekurang-kurangnya satu peribahasa masa bercakap. Tak perlu banyak, satu pun dah cukup untuk bagi markah bonus. Contohnya, “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” atau “Bagai aur dengan tebing”. Nampak cerdik, nampak kemas, dan pemeriksa memang suka bila calon pandai guna bahasa yang indah.
Kelancaran bercakap pun memainkan peranan besar. Jangan terlalu laju sampai sebutan tunggang-langgang, tapi jangan terlampau perlahan sampai nampak teragak-agak. Cari tempo yang selesa. Kalau tersilap sebut, senyum je dan sambung semula. Pemeriksa tak marah kalau awak silap sikit-sikit, yang penting awak tenang dan tak berhenti lama. Nak tambah markah? Guna intonasi dan body language yang sesuai but jangan jadi patung! Tapi jangan juga over-acting sampai ganggu orang lain.
Akhir sekali, tenangkan hati dan yakin pada diri sendiri. Bila rasa berdebar, tarik nafas dalam-dalam. Kalau darah gemuruh, banyakkan selawat. Percayalah, bila hati tenang, otak pun lancar. Duduk elok, senyum sikit, dan tunjukkan kesungguhan. Pemeriksa suka calon yang nampak bersemangat tapi tetap sopan. Macam pepatah kata, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Jadi, jangan takut, jangan gemuruh.
InshaAllah do your best, banyakkan membaca
Lastly jangan tinggal solat!
1 292
📌PERIBAHASA MENGIKUT TEMA BUKU TEKS
TEMA1 : ANDA BERSIH ANDA SIHAT
- Badan cergas ,minda sihat
- Alah bisa, tegal biasa
TEMA 2 : SUKAN DAN REKREASI
- Jauh perjalanan ,luas pemandangan
- Mencegah lebih baik dari mengubati
TEMA 3 : KERJAYA MENITI JAYA
-Usaha tangga kejayaan
- Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
TEMA 4: BERSATU KITA TEGUH
- Muafakat membawa berkat
- Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
TEMA 5 : PENDIDIKAN UNTUK SEMUA
- Masa itu emas
- Bagai mencurah air ke daun keladi
-Dimana ada kemahuan di situ ada jalan
TEMA 6 : Sains Inovasi
- Yang lama dikelek, yang baru didukung
- Cendawan yang tumbuh selepas hujan
TEMA 7: PERTANIAN PENTERNAKAN PERIKANAN
- Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
- Barjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
TEMA 8 : Melancong mencari makna
- Hujan emas di negeri orang ,hujan batu di negeri sendiri
- Jauh perjalanan luas pemandangan
TEMA 9: EKONOMI,KEUSAHAWANAN DAN KEWANGAN
-Gulung tikar
-Sediakan payung sebelum hujan
-Besar periuk besarlah kerraknya
TEMA 10 : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
- Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucul masing-masing
-Alang-alang berminyak biarlah licin
TEMA 11 : DUNIA SELAMAT MILIK KITA
- Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
-Ada beras taruh dalam padi
TEMA 12 : KEBUDAYAAN KESENIAN
-Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak
- Tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas
TEMA 13: JATI DIRI WARGANEGARA PATRIOTIK
- Biar putih tulang jangan putih mata
- Jung pecah , Yu yang kenyang
TEMA 14 : CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA
- Bahasa menunjukkan bangsa
- Mana sungai yang tidak berpenghulu
-Budi bahasa budaya kita
TEMA 15 : INDUSTRI CEMERLANG NEGARA GEMILANG
-Berbudi kepada tanah,tanah tak tipu
-Daripada segenggam,jadi segantang
TEMA 16: INTEGRITI
- Lintah darat
-Darah daging
- membalas budi
1 292
a:
Hi nak tanye, betul ke org kata kalau topik tu dah masuk untuk SPM tahun lepas, dia dah takkan berulang untuk tahun ni? Contohnya macam sub sej, kalau topik tu dah masuk untuk SPM tahun lepas, kita just boleh skip ke untuk tahun ni? Macam fokus untuk topik yg lain pula, betul ke?
kalau utk sejarah yes, tak brp mungkin akan keluar dua kali at a row, tapi utk subjek like physics, chem, ade kemungkinan akan ulang soalan yg sama
1 292
CARA SCORE SUBJEK SEJARAH
WALAUPUN TANPA MINAT (PART 1) - @tips_spm2021
1⃣ SOMETIMES, MAKING NOTES IS NOT A MUST
Jangan rasa demotivated nak belajar hanya disebabkan awak tak pandai buat nota. Guna textbook atau buku rujukan dan study dengan betul.
Itu lebih baik berbanding buat nota, tapi tak baca. Betul tak?
2⃣ BUAT MIND MAPS
Sesiapa yang buat nota, make sure buat nota dalam bentuk mind maps. Sebab buat mind maps ni salah satu active Study.
❌ Jangan tulis dalam bentuk ayat
❌ Jangan tulis dalam perenggan
✅ Tulis dalam bentuk point
✅ Kemas & tersusun
3⃣ JADIKAN SEJARAH SEBAGAI SEBUAH CERITA
Kita boleh ceritakan balik movie yang kita tengok kalau kita faham jalan cerita movie tu. Sampaikan, kita mampu ingat watak, dialog, tempat dan tarikh penting dalam movie tu.
So fahamkan cerita dalam topik Sejarah, dan cerita kan balik apa yang berlaku dekat diri sendiri/kawan².
4⃣ FAHAMKAN CERITA, HAFAL FAKTA
🚫 Jangan faham fakta, hafal cerita pulak 💆♀
Ramai orang keliru. Contohnya, "Pendudukan Jepun di Tanah Melayu". Itu adalah satu cerita.
Tapi nama-nama orang yang terlibat dalam cerita Pendudukan Jepun tu adalah fakta. So wajib ingat!
5⃣ BIASAKAN DIRI DENGAN SOALAN KBAT
Salah satu sebab kita tak boleh jawab soalan KBAT adalah sebab kita tak faham keyword. Contoh, kalau soalan bercakap tentang "Perlembagaan", ada student tak faham apa itu "Perlembagaan".
Kalau soalan tentang Nasionalisme, ada juga yang tak faham konsep nasionalisme. So, fahamkan kata kunci dalam sesuatu topik.
Part 2 di sini 👇
https://t.me/tips_spm2021/320
➼ #studytips
➼ #studytechniques
➼ #sejarah
