Sahabat Bangkit Al-Quds
Відкрити в Telegram
Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
509
Підписники
+724 години
+197 днів
+1930 днів
Архів дописів
Bila isu Palestin tidak lagi menjadi perhatian, adakah kesedaran kita tentang Baitulmaqdis turut terhenti?
Perjuangan ini bukan sekadar tentang apa yang berlaku hari ini. Ada sejarah yang perlu dikenal, hubungan yang perlu difahami dan amanah yang perlu terus dihidupkan dalam masyarakat.
Atas kesedaran inilah, Wacana Jejak Peradaban: Kota Suci Yang Dilupakan menghimpunkan 40 peserta daripada pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang pada 24 Oktober 2026 di CP Tower, Petaling Jaya. Antaranya aktivis dan NGO, pengamal media, pencipta kandungan, pempengaruh, pendidik, wakil mahasiswa, profesional dalam bidang undang-undang, usahawan, agensi pelancongan serta wakil badan berkanun kerajaan.
Dianjurkan oleh Sekretariat Bangkit Al-Quds (BAQ) dengan kerjasama HaRUM, Adam Charitable Foundation (ACF), Sekretariat Kekeluargaan Sayyid Jumadil Kubra, Akademi Kajian Rantau Nusantara (AKAR) dan Baytt Assayyidah Khadeejah Al-Kubro, wacana ini membawa peserta menelusuri sejarah Baitulmaqdis dan hubungannya dengan Nusantara, memahami realiti geopolitik serta meneroka peranan yang boleh digerakkan melalui kepakaran masing-masing.
Daripada perkongsian Bonda Tun Suzana, Tuan Haji Khalid Yahya dan Tuan Haji Razali Daud, satu perkara menjadi semakin jelas: usaha mendekatkan Baitulmaqdis kepada masyarakat tidak boleh bergantung pada sentimen simpati semata-mata. Ia memerlukan kefahaman yang mendalam dan usaha yang berterusan.
Apa yang lebih bermakna ialah apabila kefahaman mula diterjemahkan kepada hasrat untuk bertindak.
Ada peserta yang mahu membawa kesedaran Al-Quds ke sekolah melalui aktiviti kokurikulum. Ada yang berhasrat menggerakkan mahasiswa, memperluas mesej melalui media sosial dan menyampaikan perspektif ini dalam program akan datang.
Setiap bidang mempunyai ruang dan kekuatannya sendiri. Apabila kepakaran ini dihubungkan, lebih banyak jalan terbuka untuk membawa Baitulmaqdis lebih dekat kepada masyarakat secara berterusan.
Malah, beberapa peserta turut berkongsi bahawa wacana ini mengetengahkan sisi yang berbeza daripada program Palestin yang pernah mereka hadiri, khususnya tentang hubungan sejarah, peranan rohani dan amanah terhadap Baitulmaqdis yang perlu difahami dengan lebih luas.
Inilah yang ingin dibina. Bukan sekadar ruang untuk mendengar, tetapi pertemuan yang membuka jalan kepada kerjasama dan gerak kerja bersama.
Terima kasih kepada para panel, semua peserta, rakan kerjasama, Zack Kacamata atas persembahan yang menyentuh hati, serta setiap individu yang menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan wacana ini.
Penghargaan juga buat semua yang terus membawa mesej Baitulmaqdis melalui ruang dan kepakaran masing-masing.
Wacana mungkin telah berakhir. Tetapi usaha kita tidak seharusnya berhenti di sini.
Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak langkah bersama untuk mendekatkan Baitulmaqdis kepada masyarakat melalui pendidikan, komuniti, media, pelancongan, seni dan pelbagai ruang yang kita ceburi.
Kerana Baitulmaqdis bukan sekadar sejarah untuk dikenang, tetapi amanah yang perlu difahami dan dihidupkan dalam tindakan.
Kenali sejarahnya. Fahami realitinya. Bina peranan kita.
Jika perkongsian ini membuka perspektif anda, kongsikan kepada lebih ramai. Semoga semakin ramai mengenali Baitulmaqdis, memahami maknanya dan menemukan ruang untuk mengambil peranan.
#BangkitAlQuds #WacanaJejakPeradaban #KotaSuciYangDilupakan #Baitulmaqdis #AlAqsa
+6
Ruang Pameran Sekertariat Kekeluargaan Sayyid Jumadil Kubra & Bangkit Al Quds

#bangkitalquds
#masjidalaqsa #wacanajejakperadaban #baitulmaqdismilikummah
@SahabatBangkitAlQuds