Dr Ahmad Zahid Hamidi
Відкрити в Telegram
Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
364
Підписники
+224 години
+37 днів
+230 день
Архів дописів
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐖𝐢𝐬𝐦𝐚 𝐅𝐆𝐕
Saya kongsikan rangkuman lawatan ke Ibu Pejabat FGV di Wisma FGV, Kuala Lumpur bagi bertemu dan berdialog bersama pengurusan tertinggi.
Lawatan ini memberi ruang kepada saya untuk meneliti perkembangan semasa, memahami cabaran serta memperkukuh hala tuju strategik demi memastikan FGV terus kukuh dan berdaya saing
#FELDA #FGV
#PejuangDesa
#DesaSejahtera
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSmArSQ24/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DU2myBnkvFT/?igsh=MXVjbjE1Y2VhOTJjOQ==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/17s6nz9jbU/
📱YouTube:
https://youtu.be/QqtJXyiWPAo?si=DJCJ122KyKDoocD_
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐧𝐚𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐂𝐀
Tahun ini sekali lagi saya tidak melepaskan peluang menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Setiap kali hadir, suasananya sentiasa meriah, penuh kemesraan dan jelas terasa semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan negara kita.
Ketibaan YAB Perdana Menteri pagi tadi turut menyerikan majlis yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat. Setibanya di Wisma MCA, kami disambut mesra oleh sahabat saya, Presiden MCA, Dato’ Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong selaku tuan rumah.
Hidangan tradisi, persembahan budaya dan keakraban sahabat daripada pelbagai latar belakang benar-benar menggambarkan wajah Malaysia yang berbeza budaya, namun berkongsi rasa hormat, kegembiraan dan semangat kekitaan yang sama.
Terima kasih atas jemputan. Semoga semangat perpaduan seperti ini terus subur dan menjadi kekuatan kita bersama, insya-Allah.
#TahunBaharuCina2026
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/16vhJBAVBj/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DU2U7Wuktm7/?igsh=MXYwc2g5YjZ0eW1oNg==
📱X:
https://x.com/i/status/2023644921216065727
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DU2VRDVD1F2?xmt=AQF01f45k_3uNc-ATnp3MIU7tdnNHqOJgXqZcMo6RteU8xlxlsec9gLpbDGxiei3CHV9OAs3&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Setiap perayaan adalah peluang untuk kita saling mendekati, berkongsi kegembiraan dan menghargai indahnya kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.
Gong Xi Fa Cai.
#TahunBaharuCina2026
#MalaysiaMADANI
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmSm48pA/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DU1x4MCkuCv/?igsh=cWswYW50bWJxZnZn
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1BrB7nbuoT/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/u-fxKl4FvfU?si=1N1ct4XfrZ_hN7Xu
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐂𝐢𝐧𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
Menjelang tibanya Tahun Baharu Cina, suasana pasti terasa berbeza… rumah dihias indah, keluarga berkumpul, hidangan tradisi disediakan dan yang paling bermakna adalah saat bersama insan tersayang yang mengeratkan hubungan dan kasih sayang.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta kejayaan dalam setiap langkah yang diusahakan.
Dalam kepelbagaian budaya yang kita miliki, inilah keindahan Malaysia yang sebenar di mana kita meraikan perbezaan dengan penuh hormat, berkongsi kegembiraan bersama dan terus melangkah sebagai satu keluarga besar yang bersatu hati.
Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak harapan dan kesejahteraan buat negara yang kita cintai.
Gong Xi Fa Cai.
#TahunBaharuCina2026
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1CQfAJ6DeP/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DU0LGlyElSQ/?igsh=Nm15Y2draXI4OWp0
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2023341828741685746?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DU0LiYQj8cD?xmt=AQF0caWlmjseblJ4Q98Hqy4kbL_6DDGO1VSVgDRQyK_pAddO8mnOqOC1X42QK-sh7xxbJ1M&slof=1
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmBkEsnv/
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐈𝐛𝐮 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐅𝐆𝐕, 𝐖𝐢𝐬𝐦𝐚 𝐅𝐆𝐕
Susulan daripada amanah baharu yang diberikan kepada saya untuk mengelola dan memantau urusan FELDA serta FGV Holdings Berhad (FGV), hari ini saya mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat FGV di Wisma FGV, Kuala Lumpur bagi bertemu dan berdialog secara langsung bersama pengurusan tertinggi FGV.
Lawatan ini memberi ruang untuk saya melihat sendiri perkembangan semasa, memahami cabaran yang dihadapi serta meneliti hala tuju strategik yang sedang dirangka bagi memastikan institusi penting ini terus kukuh, berdaya saing dan memberi manfaat besar kepada peneroka serta ekonomi negara.
FGV memainkan peranan yang amat signifikan dalam ekosistem pembangunan FELDA dan kesejahteraan warga peneroka. Justeru, kerjasama erat, tadbir urus yang mantap serta pendekatan strategik yang berpaksikan keberhasilan mesti terus diperkukuh agar setiap keputusan yang dibuat benar-benar memberi nilai kepada rakyat.
Insya-Allah, dengan komitmen bersama semua pihak, kita akan terus memperkukuh FGV sebagai institusi yang mampan, progresif dan menjadi pemangkin kemakmuran generasi peneroka hari ini dan masa hadapan.
#FELDA #FGV
#PejuangDesa
#DesaSejahtera
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1b9CSu9Qtz/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUz7GUTktT-/?igsh=MW1sdGJ3aWR5YjVwZA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2023306529433428295?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUz7Jyqj-8x?xmt=AQF0e2tiK5QApwnpclYyhsjTsZE5WEfBUl-d3SjVMqBqI76Y-SYGPN8sXtmZTYM-ZUhRqe3Z&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐡𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤
Video rangkuman 3 hari Rehlah Islahiyah di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk.
Terima kasih kepada semua yang bersama menjayakan program ini.
#RehlahIslahiyah
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmkSUBEr/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUzIdgiksfx/?igsh=cWppbDQ0a2gzdml3
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DU3U8HiH8/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/F6wjA-2EYzs?si=9L5jgHvPygVsiEHL
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Balik tadi hujan lebat hampir sepanjang perjalanan kami. Tapi saya dan isteri gagahkan juga.
Saya doakan semua rider-rider lain yang sedang balik atau pulang ke rumah masing-masing agar semuanya selamat sampai ke destinasi. Ameen.
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmhQ2Eqv/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUx7Yq0Eg7s/?igsh=MTJlbmV5dTNldmU3NQ==
📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1A3Af2iPGb/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Konvoi pulang dari Bagan Datuk..
Doakan perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai, insya-Allah 🤲🏻
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmhBeA6D/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUxl90Pki3O/?igsh=cHZsOHpncmNyNWh1
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1MQZiZ7XcX/?mibextid=wwXIfr
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐡𝐢𝐲𝐚𝐡: 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐫𝐛𝐢𝐚𝐡, 𝐔𝐤𝐡𝐮𝐰𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐡
Alhamdulillah, Program Rehlah Islahiyah selama tiga hari di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk telah berakhir dengan penuh penghayatan dan pengisian yang sangat bermakna buat seluruh jemaah.
Saya bersyukur kerana berpeluang bersama-sama para jemaah dalam suasana tarbiah yang menyatukan hati, menghidupkan ukhuwah serta menguatkan kembali hubungan kita dengan Allah SWT.
Apa yang lebih penting, rehlah ini menjadi medan untuk memperkukuh adab, membina kesatuan jiwa, dan menyuburkan semangat islah dalam kehidupan bermasyarakat dan amalan seharian serta memulih kerinduan para jemaah untuk berada dalam majlis ilmu dan ibadah yang menenangkan.
Saya turut tersentuh apabila Maulana Wan Hilmy Wan Mohamed semasa sesi Ta’lim Muzakarah yang mengingatkan para jemaah tentang kepentingan adab, keikhlasan, serta usaha berterusan untuk memperbaiki diri dan menjaga hubungan sesama manusia.
Justeru, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, termasuk 60 orang peserta konvoi bermotosikal yang turut memeriahkan perjalanan dan semangat kebersamaan sepanjang Rehlah.
Semoga segala amal ibadah dan setiap pengisian ilmu yang dilalui sepanjang program ini diterima Allah SWT. Mudah-mudahan Rehlah Islahiyah menjadi titik kekuatan untuk para jemaah terus istiqamah, memperbaiki diri, dan membawa nilai-nilai kebaikan ini pulang ke dalam kehidupan, keluarga dan masyarakat. Insya-Allah.
#RehlahIslahiyah
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/1FxYEE1vMi/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUxWVrSEhhh/?img_index=9&igsh=dWNuczNhbnRyMm0z
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2022944272992047509?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUxWk_qD5c0?xmt=AQF0xgXvXRveWvHFpU9a8DUJYTNnShRPoKzmAyJBftsR76VH1iAfCOqht9vEKHfNVfGvtB5O&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Melaka ✅
Lenggeng, Negeri Sembilan ✅
Bagan Datuk, Perak ✅
Lepas ni nak ke mana pulak ye?
📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSmruHvRv/
📱IG: https://www.instagram.com/reel/DUwqDN9kgVj/?igsh=ZzA2dm5kMDRncTkw
📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1BAbR3rfSE/?mibextid=wwXIfr
📱YouTube: https://youtu.be/6Be4kh0u6ho?si=Kor9JulzNt_mr1NC
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Setibanya saya di Masjid Tuminah Hamidi, kami terus mengikuti pengisian program Rehlah yang dianjurkan dimulai dengan menunaikan solat zohor berjemaah, diikuti dengan bacaan tahlil.
Program kemudian diteruskan dengan sesi Ta’lim Muzakarah yang disampaikan oleh Maulana Wan Hilmy Wan Mohamed, yang membawa pengisian penuh makna tentang kepentingan adab, ukhuwah serta usaha memperkukuh hubungan dengan Allah SWT dalam kehidupan seharian.
#RehlahIslahiyah
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/1FMYHk9VyW/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUvGGPGkuGf/?img_index=2&igsh=MWFsN3o1cTU5cDBoaA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2022627167121899692?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUvGHX5D_bX?xmt=AQF0TM5gXw1a81pn7yo8LDUBtxCppjZ4ld2v6w4vAMBkvLDThdQhMIhbluAbGsPDHRcYOign&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Alhamdulillah. Selamat tiba di Bagan Datuk.
Seronok rasa lama tak ride balik ke Bagan Datuk. Kalau ada rezeki lepas ini jom kita ride sekali. Ada yang nak join ke?
#RehlahIslahiyah
#AkhiratDiDepan
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17Bd2kY2Qa/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUu9kvKEjDF/?img_index=1&igsh=MWF0em85NW9kY3BsbA==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2022605894777999710?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUu8oBPD2uZ?xmt=AQF0HwTtK75_yHwLzGbZzX6Io7CZlBZh4L9AXxHULADFGme7G_URmzhmIbQmW6gbCmKm9cg&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Dalam perjalanan menuju ke Bagan Datuk, kami singgah sebentar ke majlis perkahwinan anak sahabat saya di Teluk Panglima Garang. Alhamdulillah dapat berkongsi kegembiraan bersama keluarga mempelai sebelum meneruskan perjalanan.
Insya-Allah konvoi bermotosikal kami dijangka tiba di Masjid Tuminah Hamidi menjelang waktu Zohor untuk solat berjemaah dan seterusnya mengikuti pengisian Rehlah yang telah dijadualkan.
Semoga perjalanan kami terus dipermudahkan.
#RehlahIslahiyah
#AkhiratDiDepan
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/15ZXjPT5Xho/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUuZ9GMkuBo/?img_index=5&igsh=MW9qeTh4eDRwb2ZpYQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2022529383412732275?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUuZwD_D3vw?xmt=AQF00GsX5rsQGw8Kylu8vSi9ZqlxaLY5lcAGtmfPqpFp7NEwNu6xQ4Kd3BIUPS9NFVG6M35y&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Bismillah.. hari ini saya dan isteri memulakan perjalanan konvoi bermotosikal menuju ke Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk bagi menghadiri Rehlah Islahiyah.
Doakan perjalanan kami dipermudahkan, dilindungi sepanjang perjalanan dan selamat tiba ke destinasi, insya-Allah.
#RehlahIslahiyah
#AkhiratDiDepan
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/1AuGCvrVuQ/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUuVZ3TkhvU/?img_index=2&igsh=MTk1dDBlaG11Z2FudQ==
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2022519923747287106?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUuVeJej2KU?xmt=AQF0vYHTXjr4c2_SkWcI0rBie1P4TMsWb6P4vImiamyo_IySB4a0Bx64DnjF8BwtPDnIXGzh&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Encik Mohamed Ismi bin Abdul Majid atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad yang baharu.
Saya berharap pengalaman dan kepakaran yang dimiliki beliau dalam bidang pengurusan organisasi serta perakaunan dan kewangan dapat dimanfaatkan bagi meneruskan agenda pengukuhan keupayaan FELCRA, khususnya dalam memastikan kesejahteraan peserta terus diberi perhatian serta pembangunan luar bandar diperkasa secara mampan.
FELCRA mempunyai peranan penting dalam membina kekuatan ekonomi komuniti desa. Insya-Allah, dengan komitmen seluruh warga FELCRA serta kerjasama semua pihak, saya yakin organisasi ini akan terus bergerak lebih progresif dan kekal menjadi institusi yang membawa manfaat besar kepada warga peserta serta pembangunan luar bandar negara.
#FELCRA #KKDW
#PejuangDESA
#DesaSejahtera
#MalaysiaMADANI
📱FB:
https://www.facebook.com/share/p/1ZvWDN1TPZ/
📱IG:
https://www.instagram.com/p/DUt8X4ckvWF/?igsh=dW56Z3N5YmEzczU1
📱X:
https://x.com/i/status/2022465183726375351
📱Threads:
https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUt8zazEjpq?xmt=AQF0RyRHTs27lUpkNlvPCoxIcNaE9z-YCv6jVj8rFvm-B8Wtb_BcXtEOGm8RzTSiB4ZChucA&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐡𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢
Insya-Allah bermula petang ini, Program Rehlah Islahiyah di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk akan membuka tirainya.
Saya menjemput warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama hadir mengimarahkan program ini bermula jam 3.00 petang dengan pelbagai pengisian rohani yang insya-Allah memberi manfaat kepada kita semua.
Jumpa anda semua di sana.
#RehlahBaganDatuk
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/17urckVaZC/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUrxvRokgqU/?img_index=1&igsh=Y2x4N251eGl5dGF6
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2022160335969702026?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUrx_x2D6tL?xmt=AQF0rOFz-FlYa__BOSjnHgfDeKZ-PdY553qtuKGNGOkHpwY19TgyInE2H39DYDFWXFXRg9-0&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐌𝐀𝐑𝐀-𝐎𝐈𝐒𝐂𝐀 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐉𝐞𝐩𝐮𝐧
Saya kongsikan rangkuman The 7th MARA-OISCA International Business Forum 2026 di Langkawi. Forum ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun, khususnya dalam pembangunan modal insan, latihan industri serta pemindahan teknologi.
Insya-Allah, kerjasama MARA-OISCA akan terus menjadi jambatan memperkukuh daya saing industri negara serta membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat.
#MalaysiaJapan
#MARA #KKDW
#OISCA #TVET
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSm2dx5rf/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DUrdMmLEntr/?igsh=MWQ2bnQyNWVjcWU5aQ==
📱FB:
https://www.facebook.com/share/v/1CEcxYuPJe/
📱YouTube:
https://youtu.be/LpmbEkEUO4s?si=uSNIgypkNAC0dbe9
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐑𝐞𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐡𝐢𝐲𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐓𝐮𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝𝐢
Saya ingin menjemput orang ramai, khususnya warga Bagan Datuk dan kawasan sekitar untuk bersama-sama menyertai Program Rehlah yang akan berlangsung esok di Masjid Tuminah Hamidi. Program ini menghimpunkan pelbagai pengisian rohani yang insya-Allah memberi manfaat kepada seluruh jemaah yang hadir.
Jemput hadir beramai-ramai seperti ketetapan berikut:
📅 13 - 15 Februari 2026 (bermula jam 3 petang)
📍 Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk
Antara pengisian program:
✅ Bayan Hidayat, Bayan Maghrib, Bayan Subuh & Bayan Perdana
✅ Ta’lim dan Muzakarah Adab serta 6 Sifat Sahabat
✅ Program Gash (Ziarah Saudara Islam)
✅ Pengisian rohani berterusan sepanjang program
Jemaah-jemaah tabligh dan masyarakat umum dijemput hadir. Para jemaah juga disarankan untuk membawa kelengkapan peribadi seperti alas tidur, pakaian dan keperluan harian sepanjang program berlangsung.
Insya-Allah, jumpa anda di sana.
#RehlahBaganDatuk
#MasjidTuminahHamidi
#BaganDatuk
📱FB: https://www.facebook.com/share/1HNLaEfH8H/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUqKPnlEr7y/?igsh=eG94bTE5cTdnNG9u
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2021932437803348295?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUqKXxxj3md?xmt=AQF0IvDKDUkkkbIpMPCo6XAruAOy92e4GFYGGHCSZ5am1iSnFyJN920Bs_wD8eeHbEidSmTF&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐛𝐞𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚
Petang tadi di Putrajaya, saya hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bil.1/2026 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam mendepani ancaman siber yang semakin kompleks dan dinamik.
Mesyuarat turut meneliti kemajuan penubuhan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi (CSCDC) sebagai entiti berpusat yang menyatukan fungsi kriptologi dan keselamatan siber negara di bawah penyelarasan NACSA dan Majlis Keselamatan Negara.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh cadangan dasar baharu Rang Undang-Undang Jenayah Siber termasuk usaha menangani penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan seperti 𝑑𝑒𝑒𝑝𝑓𝑎𝑘𝑒, penyebaran kandungan tidak bermoral serta aspek pengekalan data bagi memperkukuh siasatan dan pendakwaan.
Saya menyambut baik saranan YAB Perdana Menteri agar seluruh pemegang taruh memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan keselamatan siber negara sentiasa berada pada tahap tertinggi, selaras dengan cabaran geopolitik dan perkembangan teknologi digital yang pesat.
Insya-Allah, Kerajaan akan terus memperkasa ekosistem keselamatan siber negara secara menyeluruh bagi menjamin kestabilan, melindungi kepentingan ekonomi serta memastikan ruang digital negara kekal selamat untuk rakyat dan generasi masa hadapan.
#KeselamatanSiber
#MalaysiaMADANI
📱FB: https://www.facebook.com/share/1bvRdaquVK/?mibextid=wwXIfr
📱IG: https://www.instagram.com/p/DUp6yj6Em3x/?igsh=aDdhejQ2aXp1dDB5
📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2021898521071468718?s=46
📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DUp6_Z5D8OF?xmt=AQF0n5dSzow0FOdbeTiJyWnBE_lyw8Mdyw6RGwzrssNqPvKPTCn3ey27GU1qphAMXLhhkZI&slof=1
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
𝐏𝐞𝐬𝐨𝐧𝐚 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐬𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐢𝐫
Saya kongsikan sedikit momen ketika berkesempatan melawat Tasik Kenyir bersama ahli-ahli MPT KKDW. Kami menikmati pemandangan indah Tasik Kenyir serta melihat sendiri potensi besar eko pelancongan yang ada di kawasan ini.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, saya melihat Tasik Kenyir ini sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri dan berpotensi untuk terus berkembang sebagai destinasi pilihan pelancong di dalam dan juga di luar negara serta harus dipromosikan secara berterusan.
#TasikKenyir
#KenyirGeopark
#VisitMalaysia2026
#MalaysiaMADANI
📱Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSmFnrUp1/
📱IG:
https://www.instagram.com/reel/DUp2FFZEpIR/?igsh=d3J2Nng4MTExZXd1
?FB:
https://www.facebook.com/share/v/1DNvoAZ4BL/
?YouTube:
https://youtu.be/WS77OTXwrEY?si=yi6Lfn-ubBNq4Wz_
📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31
📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel
Вже доступно! Дослідження Telegram за 2025 — головні інсайти року 
