uk
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Відкрити в Telegram

Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
362
Підписники
Немає даних24 години
Немає даних7 днів
Немає даних30 день
Архів дописів
𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 Rasulullah SAW mengajarkan bahawa sedekah tidak akan mengurangkan harta, bahkan menjadi pintu kepada rahmat dan kelapangan rezeki. Dalam kehidupan yang serba pantas ini, marilah kita tidak lupa untuk memberi walau sedikit, kerana setiap kebaikan yang ikhlas pasti bernilai di sisi Allah SWT. Semoga amalan kecil yang kita lakukan hari ini menjadi sebab keberkatan hidup serta kejayaan di dunia dan akhirat. #RisalahJumaat 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9Y6K8MK/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DXgOsnHSNGO/?igsh=N2thcGxjemFnY205 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17cZtPy7uv/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐞𝐬𝐢𝐥𝐢𝐞𝐧𝐭 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧𝐢 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫 Apa yang kita hadapi hari ini bukan lagi cabaran terpencil. Perubahan iklim dan fenomena cuaca ekstrem telah memberi kesan langsung kepada rakyat, daripada keselamatan nyawa hinggalah kepada kestabilan ekonomi. Persoalannya kini adalah sejauh mana kita benar-benar bersedia apabila bencana berlaku? Semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pameran Resilient Asia 2026 malam tadi, saya telah menyatakan bahawa kesiapsiagaan perlu bergerak lebih pantas dan lebih terselaras. Teknologi seperti kecerdasan buatan dan sistem amaran awal mesti dimanfaatkan sepenuhnya supaya tindakan dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat. Malaysia terus memperkukuh keupayaan ini melalui NADMA dengan memanfaatkan data masa nyata serta teknologi seperti Cell Broadcast System (CBS), di samping memperkukuh penyelarasan operasi di lapangan. Dalam masa yang sama, kita turut memperkukuh tadbir urus pengurusan bencana melalui penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) bagi memastikan penyelarasan yang lebih menyeluruh di peringkat nasional. Malaysia juga sentiasa bersedia untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai rakan strategik dan pusat rujukan dalam pengurusan bencana di rantau ini. Insya-Allah, apabila semua pihak bergerak seiring, kita akan lebih bersedia menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. #ResilientAsia2026 #NADMA #PengurusanBencana #KesiapsiagaanBencana #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DtNKghR9Q/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXfsbjnkr0Z/?igsh=bm85MWZ0cm96aTR2 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2047481152068608089?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXfspDRj6OK?xmt=AQF0XwVp4QtBSbLtODR7XnE2OkjbM2jy7J-2fiYoKTEnU09ZX-pPu3-2VgogDLzjBksI4iXv&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐧 (𝐎𝐏𝐀) 𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 Alhamdulillah, Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Melaka dan Johor yang berlangsung dari 20 hingga 23 April 2026 telah selesai dilaksanakan. Operasi kali ini dilaksanakan di 8 empangan dan 2 loji rawatan air di negeri Melaka pada 20 hingga 21 April 2026, diikuti negeri Johor pada 22 hingga 23 April 2026. Bagi siri ketiga di Johor, operasi tertumpu di beberapa kawasan tadahan empangan utama termasuk Empangan Machap, Upper Layang, Lower Layang, Pulai dan Lebam, serta kawasan Gugusan Lok Heng dan Bukit Waha di Kota Tinggi. Operasi dilaksanakan oleh pesawat TUDM yang berlepas dari Pangkalan Subang dan selesai dalam tempoh kurang tiga jam, meliputi beberapa zon sasaran yang telah dikenal pasti. Alhamdulillah, beberapa kawasan telah mencatatkan taburan hujan yang signifikan. Di Melaka, taburan hujan antara 2 hingga 24 mm sehari direkodkan, manakala di Johor antara 5 hingga 40 mm sehari di kawasan sasaran. Keadaan atmosfera yang sesuai sepanjang operasi turut membantu proses pembentukan awan hujan dengan lebih efisien. Ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan kelestarian sumber air negara, khususnya dalam menghadapi cabaran perubahan cuaca yang semakin tidak menentu. Terima kasih saya ucapkan kepada MET Malaysia, TUDM dan NADMA atas kerjasama yang erat dalam menjayakan operasi ini. Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan semasa dan memperkukuh usaha yang perlu bagi memastikan kesiapsiagaan serta pengurusan sumber air negara sentiasa berada pada tahap terbaik. #OperasiPembenihanAwan #OPA #TUDM #MetMalaysia #NADMA 📱FB: https://www.facebook.com/100044617711053/posts/pfbid0D1Xt7M9a49cicmSdj3TNiCQv3gSHZbipweJyTHTH2MnXdGhotJ5r6UsmXj3SSkqCl/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXeR8Inkto-/?img_index=1&igsh=MWFpYzc0dXl5Mm13Mg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2047282357653417988?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXeR-jQj0SC?xmt=AQF0d_bSQ_FAFAnr2yM1l9tftBhQKW6rLVTgfBDHtZ_-zp0TmnbpQry9ujGP3VOuH5iZFgcm&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] 𝟑𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟏𝟗𝟓𝟕: 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 Tahukah anda, tarikh 31 Ogos 1957 bukan ditetapkan oleh British, sebaliknya diputuskan oleh kepimpinan UMNO bersama pandangan tokoh agama. Tun Sardon bersama Haji Ahmad Badawi dan Mufti Haji Abdullah Fahim menentukannya di Kepala Batas melalui pertimbangan yang teliti. Peranan ulama dalam penentuan ini mencerminkan bahawa perjalanan menuju kemerdekaan bukan sekadar usaha politik, tetapi turut dipandu oleh hikmah, ilmu dan nilai keagamaan. Ia menjadi lambang kedaulatan dalam menetapkan hari kelahiran negara, serta mencerminkan kesepaduan antara kepimpinan dan panduan agama dalam membentuk masa depan tanah air. 🇲🇾✨ #UMNO #80TahunUMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AB2Hkw1L8/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXd3ecskklN/?igsh=MTlxbjZlZWpvbzZnNA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2047224161974829134?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXd3uIHj93q?xmt=AQF034R5eO5vmqebnN_ZS6p2z9PQwh-Ai22RQIPD-er8MbQ2c17x5IRxz9X0ddiqy6XtFKCw&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐫𝐣𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Saya menyambut baik inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan sokongan Majlis TVET Negara yang telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pertanian, yang menghimpunkan tujuh kementerian utama dalam ekosistem TVET negara pada 20 hingga 21 April 2026 di Kuala Lumpur. Bengkel ini memfokuskan kepada penyelarasan program TVET Pertanian merentas kementerian bagi memastikan pelaksanaan yang lebih tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi. Usaha ini mencerminkan pendekatan whole-of-government dalam memperkukuh pembangunan bakat bagi sektor pertanian, sebagai antara strategi utama dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara serta membangunkan bakat masa hadapan. Bengkel ini turut memberi perhatian terhadap penilaian cabaran semasa sektor pertanian, khususnya dalam usaha menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang ini sebagai kerjaya masa depan yang berdaya maju. Dalam masa yang sama, perbincangan turut menjurus kepada pengenalpastian program-program berimpak tinggi serta model pelaksanaan yang mampan agar setiap inisiatif yang dirangka mampu memberikan pulangan optimum kepada negara dan rakyat. Keupayaan institusi latihan juga diperkukuh melalui usaha meningkatkan kualiti tenaga pengajar, memodenkan fasiliti latihan serta menyelaras kurikulum berasaskan keperluan industri semasa. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada pengukuhan kolaborasi strategik bersama pihak industri, peluasan peluang penempatan latihan dan peningkatan kebolehkerjaan graduan, serta aspek pembangunan agropreneur terus diperkasa sebagai pemangkin kepada transformasi sektor pertanian yang lebih inovatif, berdaya saing dan menarik minat generasi muda. Kerajaan menyedari bahawa sektor pertanian perlu melalui transformasi menyeluruh dengan memanfaatkan teknologi, inovasi serta pendekatan latihan yang lebih responsif kepada keperluan industri. Sehubungan itu, dapatan dan syor daripada bengkel ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis TVET Negara yang akan datang untuk pertimbangan dan keputusan dasar di peringkat tertinggi. Saya yakin pendekatan yang lebih terselaras ini akan meningkatkan keberkesanan program TVET pertanian, memperkukuh kerjasama antara Kementerian dan agensi pelaksana serta mampu menarik lebih ramai golongan belia menceburi sektor pertanian sebagai kerjaya berdaya maju sekali gus meningkatkan imej dan daya tarikan TVET pertanian. Kerajaan akan terus memastikan TVET kekal sebagai laluan utama pembangunan modal insan negara, sejajar dengan keperluan ekonomi dan aspirasi Malaysia MADANI. #TVET #TVETPertanian #KeterjaminanMakanan #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/18ZYiJRQBe/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXduasnkkWx/?igsh=djh2MTJiYXY3dDky 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2047203542558273800?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXdul8DDx1d?xmt=AQF0xtmApSNGn-wt3YgtgzmdoQYZnGURXDkElGlTSdYpD4eVhv3wBZN6HzR3qUnQNC31s22a&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐍 𝐅𝐨𝐫𝐮𝐦 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐊𝐞-𝟏𝟎: 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐟𝐥𝐢𝐤 𝐔𝐒-𝐈𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 Malam tadi, saya turut serta dalam BN Forum Siri Ke-10 di Menara Dato’ Onn, mengikuti kupasan mengenai kesan konflik US-Iran terhadap Malaysia. Daripada catatan nota saya, jelas bahawa dunia hari ini semakin saling berkait. Konflik yang berlaku jauh dari kita tetap memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat daripada harga minyak, kos pengangkutan hinggalah kepada harga barangan di pasaran. Saya bersetuju dengan pandangan para panelis bahawa dalam situasi ini, Malaysia perlu kekal dengan pendirian yang jelas tanpa terlalu berpihak kepada mana mana pihak. Paling utama, kita menegaskan bahawa konflik seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana akhirnya rakyat juga yang menanggung kesannya, termasuk dalam kehidupan harian mereka. Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, kekuatan negara mesti bertunjangkan kestabilan, dasar yang jelas serta keupayaan untuk bertindak dengan bijaksana. Terima kasih saya ucapkan kepada semua panelis dan penganjur yang terus menyediakan ruang wacana seperti ini. Semoga forum ini menjadi wadah pencerahan yang meningkatkan kefahaman kita semua tentang dinamika geopolitik serta implikasinya terhadap ekonomi dan masa depan negara. #BNForum #BarisanNasional 📱FB: https://www.facebook.com/share/1DN3DNtDkg/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXdR1-ckijF/?igsh=cXI5bXJpangwbmZi 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2047141478972174641?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXdR0w1j_F1?xmt=AQF0bZMzDPCCXYZUTXvH4cWF50diWY3NR-urJ47HFe3TrozN202MQZ6dexBaen86iGcY9mn_&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐃𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧 Saya kongsikan rangkuman perasmian MRSM Dungun, sebuah lagi institusi pendidikan yang membuka ruang masa depan anak bangsa. Walaupun masih baharu, saya yakin MRSM Dungun mampu membina identiti kecemerlangannya sendiri dan melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing serta berjati diri. Selamat menuntut ilmu kepada semua pelajar MRSM Dungun. Insya-Allah, kita jumpa lagi nanti. #MRSM #Dungun #MARA #MalaysiaMADANI 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9REkWHC/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DXb1hHLEt_O/?igsh=MTkxMG1rMDFoaG0zZA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1ETEFDwN4w/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/2I16L4oKWmM?si=q3pmleBssF8V7jmm 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

8,861 orang memohon menjadi ahli baharu UMNO dalam tempoh tiga hari! Syukur Alhamdulillah. Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan selamat datang kepada semua yang telah mendaftar serta memilih untuk bersama perjuangan ini. Saya juga amat teruja melihat ramai anak muda tampil membantu mempromosikan laluan pendaftaran secara dalam talian ini. Teruskan usaha mendakap lebih ramai lagi untuk menyertai keluarga besar UMNO ini. Saya nak tanya, ada yang baru mohon juga dalam tiga hari ini? #UMNOMilikSemua 📱FB: https://www.facebook.com/share/1J6nYCoKN1/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXbhVpDkpa4/?igsh=MXhiNW04bDU4d3M1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046893916839096558?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXbhlByD-ms?xmt=AQF02GGIEx-z8K7cNp0nhtRFcwvL9AmIHR7Sd4rTdvuHG0XtOr2t6_0EDPOZNSjyQGWBnLkT&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] 𝐀𝐬𝐞𝐚𝐧 Malaysia memainkan peranan penting dalam pembentukan ASEAN sejak tahun 1967, apabila bersama rakan serantau meletakkan asas kerjasama yang berteraskan keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama. Kepimpinan UMNO ketika itu, melalui tokoh seperti Tun Abdul Razak, mencerminkan keupayaan diplomasi yang berpandangan jauh dalam menyatukan negara-negara Asia Tenggara yang berbeza latar belakang. Hari ini, ASEAN berkembang sebagai sebuah blok serantau yang signifikan dengan lebih 670 juta penduduk serta kedudukan sebagai antara ekonomi terbesar dunia. Kejayaan ini membuktikan kekuatan kerjasama yang telah dibina sejak awal penubuhannya, termasuk peranan konsisten Malaysia dalam mempromosikan dialog, perdagangan dan pembangunan serantau. Komitmen ini kekal menjadi teras dasar luar negara, selari dengan semangat yang diasaskan oleh kepimpinan UMNO memastikan Asia Tenggara terus aman, stabil dan makmur demi kesejahteraan generasi masa depan. #UMNO #80TahunUMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1ZmfAT3gar/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXbZs1ZEhtM/?igsh=NDc4YWQyd2pvdGtq 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046877058652058029?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXbZ_tSDx0g?xmt=AQF0OVEbpmxT24SsSDsT3qiZ1exOYwn6_LabGRKSU4eFUSgXPFzxezoJoDNVsZ_BBl63KR_c&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐠𝐚𝐬 Sekalung tahniah saya ucapkan kepada YBrs. Encik Mohd Fahmi bin Tajuid atas pelantikan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk. Insya-Allah, dengan pengalaman dan komitmen yang dimiliki, saya yakin beliau mampu meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan di Bagan Datuk, seterusnya membawa pencapaian ke tahap yang lebih tinggi. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Hajah Kasmiyati binti Katiman atas segala khidmat dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui PPD Bagan Datuk. Semoga segala urusan dipermudahkan. #BaganDatuk #BaganDatukNombor1 📱FB: https://www.facebook.com/share/1GUx78TvFs/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXbLmbekgaS/?igsh=MXNtOGxsZzlxcGxicA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046846556859675117?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXbL6lBj118?xmt=AQF0t0EXrmOaLjS9zFOycONCdlNT9PbERQ9hMbm-gGXUQgKj16Da_MatWpBpcAU5ekw42sKa&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya ingin kongsikan satu inisiatif daripada RISDA Livestock yang menawarkan Lembu Korban Rahmah, bagi memudahkan lebih ramai melaksanakan ibadah qurban dengan kos yang lebih mampu milik. Malah, kemudahan bayaran secara ansuran turut disediakan bagi memberi lebih fleksibiliti kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, ini juga sebahagian daripada usaha kita menyokong ekosistem pekebun kecil dan usahawan desa di bawah RISDA. Jika anda sudah merancang untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ini, bolehlah membuat tempahan bersama RISDA Livestock. Sama-sama kita sokong usaha ini, sambil membantu memajukan ekonomi desa. Stok terhad. Segera buat tempahan melalui imbasan QR di poster atau WhatsApp di talian +6019-646 2199. 📱FB: https://www.facebook.com/share/1CLeQv4ibE/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXa26onEvrM/?igsh=eTY0cWJyazFsajc1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046801371312369863?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXa3XfqD5JJ?xmt=AQF0aQ2U42r4XO1YyeY8GyYn_fvvAwAtxeFcBQ3lJoz_2kISZagBqfFjMS0RgPs8mBxXdJFj&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

[Keluaran Khas #UMNO80] 𝟐𝟎𝟐𝟔 — 𝟖𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 🇲🇾 11 Mei 2026, genap lapan dekad sebuah perjuangan yang tidak pernah terhenti. Bermula pada tahun 1946, sebagai sebuah gerakan menentang Malayan Union dan mempertahankan kedaulatan tanah air, UMNO lahir daripada semangat kesatuan dan keberanian bangsa. Dari langkah pertama itu, terbina perjalanan panjang yang mencorakkan perjalanan negara dari kemerdekaan hingga pembangunan melalui pengorbanan, kepimpinan dan usaha tanpa henti. 80 tahun bukan sekadar angka, tetapi himpunan sejarah, kejayaan dan cabaran yang membentuk jati diri sebuah perjuangan. Inilah kisah tentang ketahanan, tentang jatuh dan bangkit, dan tentang sebuah legasi yang terus hidup dalam perjalanan masa depan negara. 🇲🇾✨ #UMNO #80TahunUMNO 📱FB: https://www.facebook.com/share/1F16M2WKe1/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXZQWUfEjwG/?igsh=M3lzcDczM3I1ZTRj 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046574803612787139?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXZQTZ8Eo6q?xmt=AQF0TAHhW28fIQJsM-D15NA6kQuXgHvSVp2BRo_mn57g4tbDnMm0h-IpXf5hTlwKVWSa9-g_&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐜𝐮 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang saya pengerusikan sebentar tadi, tiga inisiatif utama telah dipersetujui bagi memperkukuh peranan belia sebagai ejen perubahan. Antaranya termasuk meningkatkan kefahaman terhadap demokrasi dan literasi politik melalui Program Kuasa Orang Muda, serta memperkasa kesedaran keselamatan jalan raya melalui inisiatif MyGENTERA. Pada masa yang sama, perhatian turut diberikan kepada golongan belia dalam kategori NEET (Not in Employment, Education or Training) agar mereka tidak tercicir, sebaliknya dibantu melalui akses kepada pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Kerajaan juga akan terus memperkukuh pembentukan jati diri belia melalui inisiatif Rakan Muda, termasuk pendekatan “Satu Bulan, Satu Gaya Hidup” serta penglibatan 90 Teraju Muda di setiap Parlimen bagi menggerakkan agenda ini di peringkat akar umbi. Saya percaya kekuatan negara terletak pada kekuatan generasi mudanya. Potensi ini perlu digilap dan diberi ruang untuk terus melangkah ke hadapan, agar mereka mampu menyumbang secara signifikan kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. #JKPB #BeliaMalaysia #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Dmm6ynmga/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXYp9J7EjTn/?igsh=bGViYjUxMGlnNms= 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046491725242511543?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXYqjwMDyAx?xmt=AQF0D9zzZF9t074JWiumfClnl_j_MsnCiXJdR-YsA116-FSlXwXeWBFJ4DSdrFttMRHF4DI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Ibadah qurban semakin hampir. Saya ingin kongsikan satu inisiatif daripada FELCRA melalui program Q-FEL Mega Qurban 2026. Ini antara usaha untuk memudahkan urusan ibadah qurban dengan bekalan yang terjamin serta patuh syariah. Dalam masa yang sama, ini juga ruang untuk kita menyokong ekosistem usahawan tempatan, khususnya warga desa yang terlibat dalam rantaian ternakan dan pengurusan qurban. Jika anda sudah merancang untuk melaksanakan ibadah qurban tahun ini, bolehlah membuat tempahan awal bersama FELCRA Berhad. Sama-sama kita sokong usaha ini dan terus memajukan ekonomi desa. 🎯 Diskaun khas untuk tempahan 10 ekor ke atas (Tertakluk T&C) 📌 Tempahan mudah di sini: https://forms.gle/NLqdDLwjTvp9DDaRA 📲 Sebarang pertanyaan, hubungi: Hafizuddin: 019-623 3006 Nazif: 012-435 9085 Nabilla: 018-950 7566 ⏳ Tarikh akhir tempahan: 6 Mei 2026 (Rabu) 📱FB: https://www.facebook.com/share/18Aczi6EjW/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXYY9_2EseP/?igsh=MWFoODA1MHF2b25mOQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046453981329891623?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXYZZTdD4ab?xmt=AQF0G9OrlN23PmFJqfq4lPQ70kNwQ7zhjWBjHak00X7VgeKMq4N1CH1cTrUl6YIMS2A5SGM0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐢𝐬𝐒𝐌𝐚𝐫𝐭 𝐆𝐫𝐨𝐜𝐞𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐤𝐚𝐧 Saya kongsikan rangkuman Majlis Perasmian RisSMart Grocer di Kwasa Damansara, cawangan ke-20 dalam rangkaian RisSMart. Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha memperkukuh Agenda Ekonomi Desa Nasional, dalam memastikan produk dan usahawan desa terus berkembang serta mampu menembusi pasaran yang lebih luas. Bagi yang berdekatan, jemput singgah dan sama-sama kita sokong usahawan desa 👍🏻 #RisSMart #RisSMartGrocer #RISDA #KKDW #UsahawanDesa #EkonomiDesaNasion 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS9JUYopk/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DXYEzrOSJYW/?igsh=NjAxdnpibXU2bXlw 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1b2bHAqhNi/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/R4ej7swZ22o?si=6WrCemGS7hRfBMfn 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 Saya kongsikan rangkuman Perhimpunan Agung KIMMA ke-46 yang berlangsung semalam. Terima kasih kepada seluruh warga KIMMA atas komitmen yang terus ditunjukkan dalam memperkukuh kerjasama bersama Barisan Nasional. Insya-Allah, semangat ini akan terus menjadi asas kepada kestabilan dan kekuatan kita bersama. #BarisanNasional #KIMMA 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZS916qAsu/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DXWrfiZyDoa/?igsh=MWh2bHd2a3hqaXd5bA== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1DVjzkZcPH/?mibextid=wwXIfr 📱Youtube: https://youtu.be/e3KeBbKEOwE?si=kpffFVWlTYkBipRi 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐃𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧: 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢, 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 Hari ini di Dungun Terengganu, saya telah merasmikan MRSM Dungun, sebuah lagi institusi pendidikan yang membuka ruang harapan dan membina masa depan anak bangsa. Selama lebih enam dekad, MARA kekal sebagai instrumen strategik Kerajaan dalam memperkasa mobiliti sosial, memastikan akses pendidikan dan peluang ekonomi dapat dinikmati dengan lebih seimbang, khususnya kepada anak-anak dari luar bandar dan keluarga yang memerlukan. MRSM telah membuktikan peranannya dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai nilai, jati diri dan keyakinan untuk melangkah lebih jauh. Saya amat berbangga dengan pencapaian MRSM setakat ini. Keputusan SPM baru-baru ini mencerminkan usaha berterusan kita, apabila lima MRSM berada dalam kelompok Top 5 sekolah terbaik negara, dengan MRSM Tun Ghafar Baba muncul sebagai yang terbaik di Malaysia. Malah, bilangan pelajar yang memperoleh semua A+ turut meningkat kepada 85 orang. Sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan ini, MARA telah menyalurkan insentif sebanyak RM50,000 kepada MRSM dalam kelompok Top 5, dan KKDW turut menambah insentif RM50,000 lagi kepada setiap MRSM berkenaan sebagai dorongan untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang. Selain itu, saya juga telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM650,000 kepada MRSM Tun Ghafar Baba bagi tujuan baik pulih infrastruktur dan fasiliti maktab. Walaupun MRSM Dungun masih baharu, saya yakin ia mampu berdiri setanding dengan MRSM lain dan membina identiti kecemerlangannya sendiri. Insya-Allah. #MRSM #Dungun #MARA #KKDW #PejuangDESA #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/1Hj1DuF41N/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXWMmHpkpqP/?igsh=NDNnd3kwaG53M2pm 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046144437269770596?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXWMoYnDwKZ?xmt=AQF0R56bg5Idpfhm7d8zU1hoYAl8E2FLilZdZydjqVt-TVvNjA3Hba5KIvcu2MKuj-cuZ14&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Pendaftaran keahlian UMNO secara online kini dibuka! Insya-Allah, prosesnya kini lebih mudah dan pantas. Saya mengajak lebih ramai, khususnya anak muda, untuk bersama UMNO bagi meneruskan legasi bangsa dan membina semula kekuatan parti ini menuju kegemilangan. We want you. Kita mahukan anda. Kerana UMNO adalah milik kita semua. Marilah bersama-sama ke Rumah Bangsa. Dulu, Kini & Selamanya. 📱FB: https://www.facebook.com/share/19uh46PMke/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXVttmDkrb4/?img_index=1&igsh=MXR6eGZzcWI0OTlkcA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2046076690162745586?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXVtvgXjwT2?xmt=AQF05fiRT2j4aepEYyAobtQbsY0ya0Y4K6U5sG-eMGzrdmf7NfXMk7UMiRCXxoMyEQROXLz6&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐢𝐬𝐒𝐌𝐚𝐫𝐭 𝐆𝐫𝐨𝐜𝐞𝐫 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐚 𝐊𝐞 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 Hari ini, saya telah menyempurnakan Majlis Perasmian RisSMart Grocer di Kwasa Damansara, yang merupakan cawangan ke-20 dan antara yang terbesar setakat ini dalam rangkaian jenama RisSMart. Apa yang kita bangunkan hari ini adalah sebahagian daripada usaha besar KKDW melalui RISDA untuk mengangkat ekonomi desa ke tahap yang lebih berdaya saing. Dalam konteks inilah Agenda Ekonomi Desa Nasional kita rangka. Kita perlu melihat pembangunan desa dengan perspektif yang lebih luas dan strategik. Desa tidak boleh lagi dilihat sebagai kawasan pengeluaran semata-mata. Desa perlu menjadi ruang pertumbuhan ekonomi yang aktif, daripada pengeluaran, pemprosesan, penjenamaan dan pemasaran, sehinggalah kepada akses pasaran yang lebih luas. Insya-Allah, inilah antara usaha kita untuk memastikan pekebun kecil dan usahawan desa tidak ketinggalan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada enjin pertumbuhan ekonomi negara. Bagi yang berdekatan di Kwasa Damansara, jemput singgah ke RisSMart Grocer. Sama-sama kita sokong usahawan desa kita 👍🏻 #RisSMart #RisSMartGrocer #RISDA #KKDW #UsahawanDesa #EkonomiDesaNasional 📱FB: https://www.facebook.com/share/1GiuWfZaCE/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXT_4BZEjSJ/?img_index=9&igsh=OHMxMm9pam02N3Bp 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045834937920876942?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXT_2i1jyzt?xmt=AQF0wIDnLaUxWI__USC-CE_nvD2h2wXAfm7d0SL5XQ2b716AWbbA92B07nOxT9HUY7uFjRI&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya berasa sedih melihat insiden kebakaran besar yang melibatkan ratusan buah rumah di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan. Saya menzahirkan simpati yang mendalam kepada semua yang terkesan. Kehilangan tempat berteduh dalam sekelip mata pastinya satu ujian yang amat berat buat mangsa dan keluarga. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, kita akan terus menyelaras usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan keperluan asas, penempatan sementara serta kebajikan mangsa terus diberikan perhatian. Keutamaan kita ketika ini adalah keselamatan mangsa dan bantuan segera di lapangan. Saya dimaklumkan jentera UMNO Bahagian Batu Sapi telah turut digerakkan sejak awal pagi bagi membantu mangsa, termasuk urusan pendaftaran di PPS serta penyaluran bantuan awal. Sama-sama kita mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Semoga segala urusan dipermudahkan. Kredit foto: APM Sandakan 📱FB: https://www.facebook.com/share/1AmZc2a55h/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DXT2erPEmOk/?igsh=bG1iNmwyOWdqeDdz 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/2045814384904241430?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DXT2uBwjylt?xmt=AQF0mcUN_cA8XILYt2kVt-9ieF_MP-ADXdxIglpCzuXHAbCnNgmK_EzgseXPbMM7YE0lKeA&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel