uk
Feedback
Dr Ahmad Zahid Hamidi

Dr Ahmad Zahid Hamidi

Відкрити в Telegram

Показати більше
Країна не вказанаКатегорія не вказана
364
Підписники
Немає даних24 години
+37 днів
+230 день
Архів дописів
𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐚-𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Saya kongsikan rangkuman ketika bersama anak-anak Pra Tahfiz KEMAS di Papar melihat mereka membaca al-Quran dengan lancar benar-benar memberi harapan kepada usaha membina generasi al-Quran di Sabah. Insya-Allah, KKDW akan terus memperkasa pendidikan Pra Tahfiz bersama guru-guru, ibu bapa dan komuniti yang sentiasa memberi sokongan. #PraTahfizKEMAS #KKDW #PejuangDesa #Sabah #Papar #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/17SsmNdUVt/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRZLGrJElLI/?igsh=YW56cDJ1NW5wbzYz 📱YouTube: https://youtu.be/IWZvi1LidNU?si=18zcjdhz8mEP86eG 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Saya mengakhiri program hari ini dengan menyempurnakan Majlis Perasmian Jelajah TVET MARA Peringkat Negeri Sabah di Dataran Kinabatangan. Satu inisiatif strategik yang memperkukuh peranan MARA dalam membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi dari negeri di bawah bayu. Saya lihat, sambutan anak-anak muda di sini benar-benar membanggakan. Mereka hadir dengan semangat ingin mencari peluang latihan, hala tuju kerjaya dan kemahiran masa depan yang mampu mengubah kehidupan keluarga. Inilah semangat anak muda Sabah yang saya kagumi. Insya-Allah, kita akan terus bekerja keras untuk memastikan anak muda Sabah diberikan ruang yang adil dan saksama untuk melangkah maju. Saya yakin usaha seperti ini akan membantu membuka lebih banyak pintu rezeki kepada belia di DUN Lamag dan negeri Sabah secara keseluruhannya. #JelajahTVETMARA #TVET #Sabah #Lamag #Kinabatangan #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/17bQmErwxS/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRXIlE-EkPM/?img_index=8&igsh=cWs4amw4MGZ1c3h3 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992233351114314133?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRXI1vkjx8g?xmt=AQF0KUGVoVp8XwFEhwzL6De5f05RtCY4R3-hmJ6gCFMjU8csOa7RuK0xT1tbxqLrSoULYk0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐟𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓 Saya kongsikan momen ketika Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Sabah 2025, sebuah permulaan baharu dengan semangat dan harapan untuk masa depan negeri ini. Insya-Allah, dengan iltizam yang jelas dan sokongan rakyat, kita terus melangkah bersama demi kemajuan dan kesejahteraan Sabah. #BNSabah #Manifesto2025 #DemiRakyatDemiSabah #RaduTatapRadu #BikinBalikSabah 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRXB6jWkoH6/?igsh=eHA2M2Y1c2ZqY3I5 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/1YJ7yG5cNh/ 📱YouTube: https://youtu.be/vfur1mDQrik?si=bCyCBmuXdlnkQJzE 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐆𝐮𝐫𝐮, 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐠. 𝐆𝐚𝐬 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 Selesai program di Sungai Sibuga, saya terus bergegas ke Kg. Gas untuk melihat bangunan baharu TABIKA KEMAS Kg. Gas, Parlimen Batu Sapi. Apa yang sangat menyentuh hati saya ialah kisah anak-anak kecil di sini yang belajar lebih setahun di rumah Pembantu Pendidik Masyarakat kerana surau yang digunakan sebagai tabika di sini sedang dinaik taraf. Namun para guru tetap cekal mengajar tanpa mengeluh, memastikan pendidikan anak-anak tidak terhenti walau dalam apa keadaan sekali pun. Benarlah seperti yang saya sebutkan sebelum ini, orang Sandakan memang hebat! Alhamdulillah, bangunan baharu ini kini siap sepenuhnya dan telah digunakan sejak dua minggu lalu. Inilah bukti bahawa usaha membawa pembangunan pendidikan ke akar umbi sedang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan komitmen. Iltizam saya, selagi saya diberi amanah di KKDW, usaha memastikan rakyat Sabah mendapat pendidikan terbaik, kemudahan asas yang adil dan pembangunan yang seimbang akan sentiasa menjadi keutamaan. #KgGas #BatuSapi #Sandakan #Sabah #KEMAS #PejuangDESA #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1BwVAg79vm/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRW-VEAkkGS/?igsh=MXg0bTMzNDVjZ2Y1aQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992210613444157570?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRW-doMD98n?xmt=AQF0QVnuIxd0bs2ySnrSyw2oK65CWtjvDmq0kBduVXZVvjS3mLFdAGnlDDbRRtQjR90jhkzV&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 Saya sangat teruja apabila tiba di Dewan Masyarakat Bandar Sibuga Jaya sebentar tadi. Sambutan urang-urang Sandakan yang cukup mesra membuatkan saya berasa dekat dengan semua yang hadir. Saya difahamkan bahawa ibu bapa dan anak-anak ini sudah berada di dewan sejak awal pagi lagi bagi sambutan Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS 2025@Sungai Sibuga. Melihat mereka kekal bersemangat hingga ke akhir program membuatkan saya semakin kagum dengan orang Sandakan. Memang hebat! Semangat beginilah yang menguatkan lagi keyakinan saya bahawa Sandakan dan seluruh Sabah ini mempunyai masa depan yang sangat cerah! Insya-Allah, dengan usaha yang berterusan dan sokongan rakyat, kita akan mampu membawa lebih banyak perubahan baik untuk anak-anak dan keluarga di negeri ini. #Sandakan #Sabah #KEMAS #SKD2025 #KKDW #PejuangDESA #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/1F14BiKmvM/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRW2wSKkmF4/?img_index=8&igsh=MWI4aTI1emxwYWI4NA== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992193914682716290?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRW2v7QDwwu?xmt=AQF0-HKdd-QY8vefIIqIYCf3LL0KbF_SSLHa8uMsv2CmGLd60SeqBd-myFb_oAIGpuDdYiVB&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐬𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐢 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔 Monsun Timur Laut 2025/2026 telah bermula pada 13 November dan dijangka berterusan sehingga Mac 2026, dengan beberapa episod hujan lebat berterusan diramal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) di seluruh negara. Saya menyeru rakyat, khususnya di kawasan berisiko banjir, agar sentiasa berwaspada terhadap amaran cuaca serta mematuhi arahan pihak berkuasa. Langkah kesiapsiagaan awal amat penting untuk melindungi keselamatan keluarga dan harta benda. Kerajaan melalui NADMA, MET Malaysia dan semua agensi penyelamat akan memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap terbaik sepanjang musim monsun ini. Utamakan keselamatan. #METMalaysia #SiagaBencana #MonsunTimurLaut #MalaysiaMADANI 📱FB: https://www.facebook.com/share/16c2YCJCkg/?mibextid=WC7FNe 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRWgAPmEn1m/?igsh=OGhsa2s1OHpkMGNj 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992144438869864674?s=46 📱Thread https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRWgYGQD0gN?xmt=AQF0qRNTAODHgu8Qj_gdmFbTnQQQd7bJujIWGorlc67mN-jzwP0K-lG7pMsoAWxqnQYmee0S&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟏 (𝐑𝐏𝐒𝟏) Masa depan Sabah mesti dibina dengan perancangan yang jelas, bukan janji sementara! Saya kongsikan lima inti pati tawaran BN, pelan yang dirangka untuk mengembalikan semula hak-hak Sabah, memulihkan perkhidmatan asas, memperkukuh pendidikan serta memastikan kemakmuran sampai ke setiap daerah. Demi Rakyat, Demi Sabah! Untuk melihat hala tuju sebenar masa depan Sabah yang kita perjuangkan, sila layari: prnsabah.com #PRNSabah #BNSabah #RPS1 #DemiRakyatDemiSabah #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1DRHSzBEdZ/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRWWPhnEhbG/?img_index=4&igsh=MWl5N2NkYmd0bHZmOQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992122502051733555?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRWWZGwj8X4?xmt=AQF0lw5MDjMD3-9yteL-qa-nxEaqp8dre2ORQK-FWMEcVxAqD1NRAe8PQHPsClKXlfvSqw6H&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐟𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari ini di bumi bertuah Sabah, Barisan Nasional melangkah dengan penuh keyakinan dengan melancarkan Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) yang merupakan denyut baharu perjuangan kita untuk mengangkat masa depan negeri ini ke martabat yang lebih tinggi dan bermaruah. RPS1 ini merupakan peta jalan yang berakar pada realiti rakyat. Ia memandu usaha kita membina sebuah Sabah yang stabil, makmur dan sejahtera dari ekonomi yang rancak, pendidikan yang terbuka luas, peluang untuk wanita dan anak muda, sehinggalah kepada tadbir urus yang bersih, kesihatan rakyat yang terjamin dan alam yang terpelihara. Setiap tawaran digarap untuk menyantuni keresahan sebenar rakyat Sabah. Saya turut nyatakan dengan tegas, jika mandat diberikan kepada BN, setiap komitmen dalam RPS1 akan dipantau melalui KPI dan KRA yang jelas. Janji bukan untuk dilaungkan, tetapi untuk ditunaikan. Amanah bukan untuk dihias, tetapi untuk dilaksanakan. Sabah berhak mendapat pentadbiran yang tersusun, bertanggungjawab dan stabil. Semoga Sabah kembali bangun, kembali tersusun, kembali melangkah dengan maruah sebagai negeri yang kaya potensinya dan besar jiwanya. Inilah perjuangan kita bersama. Inilah waktu Sabah bangkit semula. Inilah langkah memulihkan sebuah negeri yang terlalu lama menunggu hari cerahnya semula. Demi Rakyat, Demi Sabah! Kita Bikin Balik Sabah! #BNSabah #RPS1 #DemiRakyatDemiSabah #RaduTatapRadu #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1FQdN85G1D/ 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRWSKpIksko/?igsh=MTEwOTJ3ODdrYjZncg== 📱X: https://x.com/DrZahidHamidi/status/1992113651852235164?t=LZBo1CVCGBq6NOiSyvc5UA&s=19 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRWSbEbD64f?xmt=AQF0sx8Saq8W7BuctkyqRcCL1m_3FHAqqCG-yg8Axm0tueN-hgfbgK5bn7EJjQSdG9UDvAet&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐝𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Malam tadi di Papar, saya berpeluang bersama anak-anak Pra Tahfiz KEMAS dalam Majlis Khatam Perdana sempena Program Sentuhan Kasih Desa@Papar. Alhamdulillah, melihat anak-anak kecil ini membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan begitu lancar benar-benar menyentuh perasaan. Inilah benih generasi al-Quran yang kita impikan untuk dibentuk sejak usia kecil. Perkembangan Pra Tahfiz KEMAS di Sabah ini begitu memberangsangkan. Daripada hanya 2 kelas perintis pada 2023, program ini berkembang kepada 198 kelas pada 2024, kemudian meningkat kepada 531 kelas aktif pada 2025. Hari ini, sebanyak 731 kelas di seluruh Sabah telah membimbing lebih 8,300 anak-anak kecil mendalami asas al-Quran. Kejayaan ini adalah hasil kesungguhan guru-guru KEMAS dan kepercayaan ibu bapa di seluruh Sabah. Inilah harapan kita. Kita mahu memastikan anak-anak Sabah membesar dengan asas nilai dan ilmu yang kukuh, agar masa depan mereka lebih terarah dan penuh keyakinan. Terima kasih saya ucapkan kepada para guru, ibu bapa dan seluruh masyarakat Papar yang hadir memeriahkan majlis malam tadi. Insya-Allah, selagi saya masih berada di KKDW, usaha memperkasa Pra Tahfiz KEMAS akan terus diperkasa. #PraTahfizKEMAS #KKDW #PejuangDesa #Sabah #Papar #BikinBalikSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/19VnN4fnDM/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRV1hUEEkiz/?igsh=MThua2h6Z3BtZzJ2Zg== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1992050508819992879?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRV1jqeDxbO?xmt=AQF0GukQTU7wNlIAYy8dw5LjoY4r2mi0cwv2BuZ-3NsFeRyB2HNzwiqmmfciY2PlhfnxIw0&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Inilah komitmen Barisan Nasional untuk membuka lebih banyak peluang kerja kepada anak muda. Mandat rakyat Sabah amat penting untuk memastikan usaha ini dapat diteruskan demi masa depan negeri, Insya-Allah. #BarisanNasional #PRNSabah #BikinBalikSabah 📱Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSfML43jo/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRUcqu4khL2/?igsh=cmJ2aHdsMGp6b2M5 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1ZUoojpUrH/ 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐟𝐞𝐬𝐭𝐨 𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝟏 Esok kita melangkah ke fasa utama dalam usaha memacu kebangkitan Sabah. Di bawah gagasan 𝑆𝑎𝑏𝑎ℎ 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑚𝑎, Barisan Nasional membawa hala tuju yang jelas, terancang dan realistik untuk masa depan negeri ini. Insya-Allah, dengan kesatuan tenaga seluruh jentera, kita akan memastikan setiap perancangan diterjemah kepada tindakan yang memberi manfaat terus kepada rakyat. Inilah masanya untuk kita bangkitkan semula keyakinan. Inilah masanya untuk membawa Sabah ke landasan pembangunan yang sebenar. Demi Rakyat, Demi Sabah! #BNSabah #SabahMembangunBersama #BikinBalikSabah #DemiRakyatDemiSabah 📱FB: https://www.facebook.com/share/17D7VRztL7/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRTvnnpEnjw/?igsh=bnpkdjJ0aDltajh1 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1991756015302570161?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRTvov3j1KZ?xmt=AQF0Y0Oel9fB1oyERaJ3rSfkvlGLx5BPOTEeyjsJdcIZiO556IKRGPVv0ybCPVjm9-g88Vo&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Sebelum bertolak pulang, saya meluangkan masa singgah ke Masjid Tuminah Hamidi untuk menunaikan solat Zohor berjemaah dan seterusnya bersama-sama menyempurnakan solat jenazah Allahyarhamah Puan Saminang Yuhdi, ibu mertua kepada sahabat saya, En. Salihin Asmawi, AJK Bahagian merangkap Ketua Cawangan Sungai Balai Darat, Rungkup. Saya turut mengambil kesempatan menyampaikan salam takziah serta mendoakan beliau dan seluruh keluarga agar dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang ini. Bersama-sama kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1SeLGVM1gL/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.facebook.com/share/p/1SeLGVM1gL/?mibextid=wwXIfr 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1991443885906882820?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRRhnF4j1J2?xmt=AQF0vDH_-8xH0RlJA5-dVxv91cujANT0JpgsLcVm7lJRxkyOa-wGLD852K4wAFIG2RmJMVIq&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐋𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 Saya kongsikan rangkuman pelancaran dasar keselamatan kanak-kanak dalam talian bersama delegasi ASEAN. Forum ini menekankan ancaman digital seperti buli siber, deepfake dan pencurian identiti yang memerlukan perlindungan lebih teguh untuk generasi muda. Malaysia terus memperkukuh kerjasama serantau melalui Rangkaian Pertukaran Maklumat Perlindungan Kanak-Kanak, Protokol Forensik Digital Bersama dan Kurikulum Pemeliharaan Digital selari dengan Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan (2026–2030). #ASEAN #MyASEAN2025 #ChildOnlineProtection #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRRcS_jEibg/?igsh=MXh2cWFncjlqdng4bw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/19mXnYjBJM/ 📱YouTube: https://youtu.be/L1aaiPEhKcY?si=sD5n3fd7byvAH7h5 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 Menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, serta Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim atas limpah perkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk pagi tadi. Alhamdulillah, patik serta seluruh warga Bagan Datuk menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran atas keberangkatan Duli-Duli Tuanku ke tanah bertuah ini sekali lagi. Keberangkatan ini amatlah bermakna, mencerminkan keprihatinan Duli-Duli Tuanku terhadap pendidikan tinggi teknikal, pembangunan modal insan dan masa depan anak-anak muda di negeri Perak. Pemasyhuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah hari ini mengangkat martabat sebuah institusi yang akan menjadi pusat ilmu, inovasi dan latihan maritim yang strategik. Dengan kedudukan Bagan Datuk sebagai kawasan maritim yang penting, politeknik ini bakal melahirkan generasi pelaut, jurutera dan teknokrat maritim berkemahiran tinggi, sejajar dengan Dasar TVET Negara 2030 serta aspirasi negeri melalui Perak Sejahtera 2030. Di bawah nama dan naungan Tuanku, insya-Allah politeknik ini akan terus berkembang sebagai pusat kecemerlangan TVET maritim di Pantai Barat Malaysia dan pemangkin kemajuan ekonomi sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Perak serta negara. Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, taufik dan kesejahteraan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja. Patik berdoa agar negeri Perak Darul Ridzuan kekal makmur, aman dan diberkati Ilahi. Daulat Tuanku! 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1Au9XAPuho/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRRSbSBkrvL/?igsh=MWFzejI4c2hoNjhtOQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1991410445748695423?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRRSoGGD4GM?xmt=AQF0h4U0QSF8nZVRhb5f5X5f8ZStZmTWsat9UZmxg6sdxcqbeL65cOIKVfcrqvD_ZDlUSN9S&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Salam takziah saya ucapkan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian atas pemergian ibunda tercinta, mendiang Puan Sri Datin Amar Lim Su Kheng. Kehilangan seorang ibu pastinya meninggalkan satu rasa kekosongan yang tidak dapat diganti dan kesedihan yang hanya mampu ditanggung dengan kekuatan jiwa. Saya mendoakan semoga Datuk Amar dan seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan kehilangan yang amat berat ini. 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1JKX4xnX3y/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Barisan Nasional komited untuk terus bersama masyarakat dalam memastikan usaha memajukan Kota Belud dan daerah sekitar dapat diteruskan dengan lebih teratur dan berkesan. #BarisanNasional #PRNSabah #BikinBalikSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfNf6oAu/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRPSBomksIJ/?igsh=MWg0dXB3czVzNm54Zw== 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1A9idnSQBp/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 Saya kongsikan rangkuman program di Sabah bersama komuniti dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana & Forum Makanan Sihat TABIKA Pra Tahfiz KEMAS inisiatif yang mendidik anak-anak dengan Al-Quran dan amalan hidup sihat sejak awal. Perkembangan KEMAS Sabah sangat membanggakan. Semoga usaha ini terus melahirkan generasi berakhlak, berilmu dan menjadi kebanggaan ummah. #PraTahfizKEMAS #GenerasiAlQuran #KEMAS #Sabah #MalaysiaMADANI 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRPLMJSEnRr/?igsh=OHNsZWJ5Ym43a3A0 📱FB: https://www.facebook.com/share/v/19vMwmSQ5t/?mibextid=wwXIfr 📱YouTube: https://youtu.be/AXfWCOUuUgs?si=HPa5yBTEjzVeQnBv 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐆𝐂𝐄𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐋𝐨𝐧𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 & 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 Dalam dunia yang sedang berubah begitu pantas melalui kemajuan kecerdasan buatan, teknologi hijau dan perubahan besar dalam rantaian bekalan global, Malaysia perlu melangkah ke hadapan dengan lebih berani dan lebih strategik. Semasa berucap ketika merasmikan The Global Chinese Economic and Technology Summit (GCET 2025) di Kuala Lumpur pagi tadi, saya telah menekankan bahawa sebagai Pengerusi ASEAN 2025, peluang yang berada di hadapan kita sangat besar. ASEAN-China kini muncul sebagai salah satu koridor ekonomi paling pesat berkembang di dunia, manakala hubungan perdagangan Malaysia-China terus menunjukkan peningkatan kukuh dan telah melebihi RM200 bilion setakat tahun ini. Pertumbuhan ini terhasil daripada komitmen bersama untuk memperdalam kerjasama dalam bidang teknologi, pelaburan, TVET, halal, inovasi digital dan ekonomi hijau. Saya sendiri telah terlibat secara langsung melalui tiga lawatan kerja rasmi ke China bagi membuka laluan baharu kerjasama yang kini mula membuahkan hasil nyata untuk negara. Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh kedudukan sebagai rakan ekonomi yang lebih kompetitif, lebih inovatif dan lebih bersedia menghadapi masa depan, sambil membuka peluang baharu untuk warga Malaysia khususnya anak muda yang bakal memimpin ekonomi generasi seterusnya. #GCET2025 #MalaysiaChina #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1A9RCni5Hg/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DROYUSzEquz/?img_index=3&igsh=MTAxYjNnMWhsN2FydQ== 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1991001117048934830?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DROYsDVj0Cn?xmt=AQF0Eg835yGyxrgw0-EavvkeqbdzI0gp_6Lkh1nJuqX55kr3kHKl5ndKS3uRqOlRDdZv1sM&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

Saya mengajak seluruh pengundi di Kota Belud untuk membuat pilihan dengan bijaksana. Pilihlah calon, khususnya daripada BN yang mampu membawa suara rakyat Kota Belud, agar masa depan daerah ini terus terbela dan agenda pembangunan dapat diteruskan dengan lebih tersusun, stabil dan berkesan. #BarisanNasional #PRNSabah #BikinBalikSabah 📱TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSfR5YWwK/ 📱IG: https://www.instagram.com/reel/DRMo34vkofK/?igsh=bWZsN2l4NzlqZHB1 📱FB: https://www.facebook.com/share/r/1FEWSVD5Tn/?mibextid=wwXIfr 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel

𝐊𝐊𝐃𝐖 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐬𝐚 Saya telah mempengerusikan Mesyuarat High-Level Committee (HLC) Pembangunan Desa Bil. 2/2025 bagi menyelaras dasar serta pelaksanaan pembangunan desa secara holistik, bersepadu dan selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Dalam mesyuarat ini, beberapa langkah utama telah ditetapkan bagi memperkukuh pendidikan awal, membuka peluang ekonomi baharu dan memodenkan ekosistem pembangunan desa. Antara yang diberi keutamaan ialah penyelarasan pendidikan awal di kawasan FELDA, termasuk penyerapan lebih 3,200 pelajar ke pusat KEMAS yang mempunyai kurikulum standard dan tenaga pengajar bertauliah. Tumpuan turut diberikan kepada pendidikan inklusif melalui perluasan Tabika Tunas Istimewa untuk kanak-kanak autisme. Mesyuarat juga bersetuju menggerakkan pembangunan bakat belia luar bandar melalui penyelarasan program kepimpinan, sukan, kesihatan mental dan kesukarelawanan di bawah KBS. Di samping itu, kerjasama strategik KKDW-FELDA diperkukuh bagi memperluas latihan keusahawanan, pensijilan produk dan pemasaran digital untuk manfaat lebih 112,000 peneroka. Selari dengan agenda pendigitalan negara, mesyuarat turut memandatkan pembangunan Papan Pemuka Data Pembangunan Desa Nasional sebagai instrumen tadbir urus masa hadapan untuk memastikan setiap keputusan dasar dibuat secara tepat, berfokus dan berasaskan data sebenar. Insya-Allah, melalui pendekatan yang lebih teratur, inklusif dan berpaksikan data ini, kita akan terus mempercepat pembangunan desa, merapatkan jurang wilayah dan membina masa depan yang lebih makmur untuk seluruh komuniti luar bandar. #PembangunanDesa #KKDW #PejuangDESA #RancakkanMADANI #MADANIBekerja 📱FB: https://www.facebook.com/share/p/1EX9RYM6DL/?mibextid=wwXIfr 📱IG: https://www.instagram.com/p/DRMNP98km5h/?igsh=OXM2OWYwcGNrOWNp 📱X: https://x.com/drzahidhamidi/status/1990695299455848884?s=46 📱Threads: https://www.threads.com/@ahmadzahidhamidi/post/DRMNRs2jzy6?xmt=AQF08-ktAY8hhB7mikbglTkx-8VN7baeJxLloelStG4IUqgi0OVK7nOOm0-RnLSvK1R4SJgN&slof=1 📱WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029Va531Fr5a24ChSaE3b31 📱Telegram Channel: https://t.me/AZHChannel