ru
Feedback
Ramalan W Daus ( 2025 )

Ramalan W Daus ( 2025 )

Открыть в Telegram

ramalan at pin messages

Больше
4 475
Подписчики
-224 часа
-397 дней
-11330 день
Архив постов
Nahhhhhhhh!!!!! Kot laa korang nakkk practice awal ke🙂

Ujian Bertutur Bahasa Melayu
1.Kesihatan dan Kebersihan 2.Pelancongan 3.Keselamatan 4.Perpaduan 5.Kebudayaan , Kesenian dan Estetika 6.Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan 7.Sains, Teknologi dan Inovasi 8..Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 9.Pertanian , Penternakan dan Perikanan 10.Sejarah dan Warisan 11.Sukan dan Rekreasi 12.Perindustrian 13.Pendidikan 14.Bahasa dan Kesusasteraan 15.Kerjaya 16.Integriti 17.Ekonomi , Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 18.Pentadbiran dan Politik

Tema: Kebudayaan,Kesenian dan Estetika🎨 Soalan Individu 1.Berikan dua contoh kesenian tradisional di Malaysia. -Tarian Zapin -Wayang Kulit -Dikir Barat 2.Mengapakah kita perlu memelihara kebudayaan dan kesenian tradisional? -Tidak pupus ditelan arus kemerdekaan -Memupuk semangat cinta akan warisan bangsa dan menghargai jati diri rakyat Malaysia -Dijadikan tarikan pelancongan 3.Bagaimanakah cara generasi muda boleh memupuk minat terhadap permainan tradisional? -Menyertai Kelab Kebudayaan di sekolah -Belajar tarian atau muzik tradisional seperti Gamelan dan Kompang -Menggunakan media sosial untuk mempromosikan seni budaya 4.Pada pendapat anda,apakah kepentingan seni dalam kehidupan manusia? -Memberi ketenangan dan keindahan dalam kehidupan -Menyampaikan idea dan emosi melalui cara yang kreatif -Medium untuk membina identiti dan memperkukuh hubungan sesama manusia Bonus: Bagaimanakah kerajaan boleh membantu memartabatkan kebudayaan dan kesenian tempatan? -Mengadakan festival seni dan pertandingan budaya -Menyediakan insentif kepada penggiat seni tempatan seperti pelukis,pemuzik dan penari Soalan Berkumpulan Soalan:Apakah cara-cara untuk memartabatkan kebudayaan dan kesenian tempatan dalam kalangan masyarakat? -Mengadakan program kebudayaan di sekolah dan komuniti -Memperkenalkan seni tradisional dalam kurikulum sekolah -Menggunakan media sosial untuk mempromosikan kesenian tempatan -Menganjurkan festival seni dan budaya peringkat daerah dan negeri -Menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti kebudayaan -Memelihara dan memulihara warisan budaya lama -Memberi penghargaan kepada penggiat seni tempatan -Mengelakkan pengaruh budaya luar yang melampau Semoga membantu🙂‍↕️

Tema: Perpaduan⭐ Soalan Individu 1.Mengapakah perpaduan penting dalam masyarakat? -Mengelakkan perselisihan kaum dan perpecahan antara kaum -Hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati 2.Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk perpaduan di sekolah? -Aktiviti sukan -Gotong-royong -Sambutan perayaan pelbagai kaum 3.Pada pendapat anda,apakah kesan jika perpaduan dalam masyarakat tidak dijaga? -Masyarakat akan mudah bergaduh dan berpecah belah. -Menjejaskan kestabilan negara dan melemahkan ekonomi 4.Bagaimanakah media massa dapat membantu memupuk perpaduan? -Menyebarkan mesej tentang semangat kekitaan dan saling menghormati -Menayangkan iklan dan drama yang menunjukkan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia Soalan Berkumpulan Soalan:Apakah cara-cara untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat? -Menghormati agama dan budaya kaum lain -Menggunakan bahasa yang sopan dan positif -Mengadakan aktiviti gotong-royong dan sukan bersama -Menyertai sambutan perayaan pelbagai kaum -Mengamalkan semangat tolong-menolong dan bekerjasama -Mengelakkan isu sensitif seperti perkauman dan agama -Menyertai program kerajaan seperti Rukun Negara dan Hari Malaysia -Menggunakan media sosial secara berhemah Semoga membantu 🫶

Tema: Keselamatan🦺 Soalan Individu 1.Apakah cara anda menjaga keselamatan diri di rumah? -Memastikan semua pintu dan tingkap dikunci sebelum tidur atau keluar rumah -Tidak bermain dengan peralatan elektrik dan tidak menyalakan api tanpa pengawasan ibu bapa 2.Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga keselamatan diri di jalan raya? -Melintas di lintasan pejalan kaki dan memerhati kiri serta kanan sebelum melintas -Memakai topi keledar dan mematuhi had laju yang ditetapkan 3.Apakah langkah keselamatan yang perlu diamalkan ketika berada di sekolah? -Tidak berlari di koridor atau bermain di tempat berbahaya seperti tangga -Mematuhi peraturan sekolah dan mendengar arahan guru semasa berada aktiviti luar bilik darjah 4.Mengapakah kita perlu mengamalkan langkah keselamatan dalam kehidupan seharian? -Supaya terhindar daripada kemalangan dan kecederaan -Melindungi diri dan orang lain daripada bahaya -Mewujudkan persekitaran yang aman dan selesa Soalan Berkumpulan Soalan:Apakah cara-cara untuk menjaga keselamatan diri dan persekitaran? -Berhati-hati di jalan raya -Pakai topi keledar ketika menunggang -Elakkan bergaul dengan orang yang tidak dikenali -Patuhi peraturan di sekolah dan tempat awam -Gunakan Internet dengan selamat -Pastikan rumah dikunci dengan selamat sebelum keluar -Laporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa -Berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik dan api Semoga membantu!!😄

Tema: Kesihatan Dan Kebersihan🧼 Soalan Individu 1.Apakah cara untuk menjaga kebersihan diri? -Mandi setiap hari -Menggosok gigi -Mencuci tangan sebelum makan -Memakai pakaian yang bersih -Menjaga kuku dan rambut supaya sentiasa kemas 2.Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan persekitaran? -Supaya tidak berlaku pencemaran dan penyakit berjangkit 3.Bagaimanakah cara kerajaan boleh menggalakkan rakyat menjaga kesihatan dan kebersihan? -Mengadakan kempen kesedaran seperti "Kebersihan Tanggungjawab Bersama" dan program gotong-royong komuniti. Soalan Berkumpulan Soalan:Apakah cara-cara untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri? -Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari -Menggosok gigi sebelum tidur dan selepas makan -Mencuci tangan dengan sabun sebelum makan dan selepas ke tandas -Memakai pakaian yang bersih dan sesuai -Menjaga kebersihan rambut dan kuku -Mengamalkan pemakanan seimbang -Bersenam secara berkala -Tidur yang mencukupi dan rehat yang cukup Semoga membantu😾

Tema: Ekonomi,Keusahawanan Dan Pengurusan Kewangan 1.Apakah contoh E-dompet yang popular di Malaysia? -Touch 'n go eWallet -GrabPay -ShopeePay 2.Mengapakah ramai orang menggunakan E-dompet pada masa kini? -Lebih cepat,mudah Dan selamat -Boleh mendapat diskaun dan ganjaran 3.Apakah kebaikan menggunakan E-dompet? -Memudahkan urusan pembayaran -Menjejak perbelanjaan -Mengurangkan risiko kecurian wang tunai 4.Apakah keburukan menggunakan E-dompet? -Jika telefon hilang,wang dalam akaun boleh dicuri. -Pengguna yang tidak berhati-hati akan berbelanja secara berlebihan.

1.Mengapakah E-sukan semakin popular dalam kalangan remaja? -Ramai remaja ingin bermain permainan video -Bersosial dan berhibur bersama rakan-rakan 2.Apakah kebaikan bermain E-sukan? -Melatih minda supaya lebih fokus dan pantas membuat keputusan -Belajar kerjasama dan komunikasi berpasukan -Dijadikan sebagai kerjaya profesional 3.Apakah keburukan bermain permainan video secara berlebihan? -Masalah kesihatan seperti mata letih dan kurang tidur -Mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain 4.Pada pendapat anda,adakah E-sukan boleh dianggap sebagai sukan sebenar? -Boleh dianggap sebagai sukan sebenar -Memerlukan kemahiran,strategi dan latihan yang berterusan -Menguji ketahanan mental dan fokus pemain

Tema: Jati Diri,Patriotisme dan Kewarganegaraan🇲🇾 Soalan Individu 1.Apakah cara-cara kamu boleh tunjukkan semangat cinta akan negara? -Mengibarkan Jalur Gemilang di rumah semasa bulan kemerdekaan -Menyertai sambutan Hari Kebangsaan di sekolah seperti perarakan dan nyanyian lagu patriotik -Menghormati lambang-lambang negara seperti bendera,Lagu Kebangsaan dan Jata Negara 2.Bagaimanakah cara murid dapat memupuk jati diri sebagai rakyat Malaysia? -Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam pertuturan harian -Mengamalkam nilai hormat-menghormati terhadap guru dan rakan daripada pelbagai kaum -Menyertai aktiviti sekolah seperti Hari Patriotik 3.Pada pendapat kamu,mengapakah penting bagi rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotisme yang tinggi? -Menjadikan rakyat lebih setia dan sanggup berkorban demi negara -Mendorong rakyat bekerjasama membangunkan negara dengan semangat perpaduan -Mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman luar 4.Pada pandangan kamu, apakah langkah yang boleh diambil oleh generasi muda untuk mengekalkan semangat patriotisme dalam era moden ini? -Menggunakan media sosial untuk menyebarkan mesej positif tentang kecintaan kepada negara. -Menghargai dan mempertahankan warisan budaya tempatan agar tidak hilang ditelan arus globalisasi. -Menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan negara serta menolak pengaruh luar yang boleh menggugat perpaduan rakyat. Soalan Berkumpulan Soalan:Sekolah anda akan mengadakan Minggu Patriotisme sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Bincangkan cara-cara untuk memupuk semangat jati diri dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. -Mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga -Menghargai dan mematuhi Rukun Negara -Mengikuti sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia -Menghargai jasa pahlawan dan tokoh negara -Menggunakan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan -Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian -Mengambil berat terhadap isu dan pembangunan negara -Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong Semoga membantu🤎

Korang tau kan pasal perubahan ujian Bertutur spm ? Kalau soalan kbat tu bermula dgn "APAKAH' korang kena bagi isi jer..tak perlu huraian

photo content

Repost from syfs study hub
Nota bm ujian bertutur

Minggu depan UBBM SPM eh?😭

Dah ready ke belum??? Spm is coming!!
Anonymous voting

Countdown SPM ✍🏻: 31 days left "We can do this"✨❤️‍🔥

Happy Deepavali to all my Indian friends out there✨🫶🏻May this Deepavali brings you lots of happiness and luck🫶🏻💗..Good luck for you SPM my friends 🩷

⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️

do educate yo self bout this guys, cri info n stay updated cz this issue bukan terletak pada agama but humanitary itself

hi semua selamat malam🤍 a reminder, please jgn lupa utk selitkan juga doa utk saudara2 kita di Palestin serta yg tgh berjuang di misi Sumud Flottilla ya.. smga mereka dipermudahkan urusan pulang n pergi serta dpt membantu saudara2 kita yg sdg menunggu di sana in shaa Allah

boleh tak share group ii tele yang boleh bincang ii spm , share dekat min

Ramalan W Daus ( 2025 ) - Статистика и аналитика Telegram-канала @study080925