1. Faham konsep, bukan hafal
Kalau kita faham kenapa benda berlaku, senang nak jawab soalan. Contohnya dalam fizik, fahamkan “kenapa objek jatuh” instead of cuma ingat formula jatuh bebas.
2. Buat nota ringkas / mind map
Buat ringkasan untuk setiap topik. Gunakan warna atau simbol untuk ingat point penting. Mind map pun sangat bagus untuk sains sebab tunjuk hubungan antara konsep.
3. Banyakkan latihan soalan
Tak kira eksperimen atau teori, buat soalan lama. Lepas jawab, check jawapan dan faham kenapa salah. Ini cepat tingkatkan keyakinan.
4. Hubungkan sains dengan benda sehari-hari
Contoh: kalau belajar kimia tentang tindak balas, cuba tengok apa berlaku bila masak telur. Bila nampak kaitan dengan dunia sebenar, mudah ingat.
5. Tonton video / animasi
Kadang-kadang susah faham daripada buku je. Video pendek boleh tunjuk eksperimen atau proses yang susah nak bayangkan.
6. Jangan takut tanya
Kalau confuse, tanya cikgu, kawan, atau search je. Soalan "bodoh" pun ok, yang penting faham.
⚠️ jangan mudah giveup
01 янв., 09:12
