public class Luahan : MonoBehaviour.
{
Dengan nama Allah aku bersumpah, buat kamu yang pergi tinggalkan semuanya tanpa rasa bersalahnya, setiap kali kamu sebut organisasi yang kamu tinggalkan di tengah jalan ini, setiap kali kamu pakai atau gunakan apa sahaja yang berkaitan organisasi ini, semoga segalanya tidak berjalan lancar. Sebagaimana kau sudah menyusahkan orang dengan sikap bodoh sombong dan ego tidak berasas kamu itu, semoga kifarah sentiasa menghantui hidup kamu. Aku harap di akhir hari kau sedar apa silap kau dan mengapa orang beriaksi sedemikian. Ingat segala peluang yang kamu persiakan yang selayaknya kamu lepaskan di awal lagi, namun ego mengelabui fikiran mentah kamu. Ya kamu, yang memilih silent treatment dan melarikan diri adalah jalan penyelesaian terakhir, yang tidak boleh diarah sedangkan arahan datang kerana kamu tidak tahu untuk buat apa-apa even the bare minimum pun kamu masih clueless dan modal kamu hanyalah jenaka bodoh dikala orang sedang serius. Buang ke laut lah nak jaga kebajikan pelajar yang ternyata hanya kata-kata manis seorang budak lelaki yang tidak mahu matang. Aku penat, tapi aku masih usaha walaupun aku dipandang sebelah mata. Sekarang masa untuk aku yang pandang sebelah mata dan buat hal sesuai kemampuan aku. Aku dah muak nak ambil hati manusia.
Ingat anak-anak APB sekalian, sekadar pesanan umum buat semua. Ukur kemampuan diri tidak kira dari segi fizikal atau mental sebelum menceburi apa-apa organisasi di dalam uitm ni. Ukur kematangan diri, persiapkan di awal langkah dan bukannya bila dah dapat baru nak mula berfikir. Ingat setiap jawatan yang dipegang datangnya dengan tanggungjawab yang besar, masuk dengan pemikiran aku nak habiskan urusan aku tanpa penyesalan dan bukannya jika aku dah penat aku boleh je lari keluar. PENAT? semua orang penat. Hampir mental? Minta Rehat jangan Lari, kerana sedar tak sedar semua orang mencuba untuk kekal Waras. Kamu berhenti di tengah jalan tidak bermaksud kamu bebas, diakhirnya jika tindakan kamu memberi kesan pada yang lain, hal yang sama mungkin akan berbalik pada kamu di masa hadapan. Hati-hati. Ingat ya tanggungjawab bukan benda main-main, selesaikan urusan yang kamu mulakan.
Sekian luahan manusia yang cuba untuk kekal waras.
}
For anon 1, i know who u are. Mana kata-kata yg awak ujarkan sebelum ni yang sibuk nak kata “Tak perlu bising or hebohkan?” mana anon?
At the end anon sendiri yang hebohkan. Punya la semua nak zip mulut je. Lain kali, tak payah nak ujarkan kenyataan sebegitu jikalau anon sendiri yang mendustakan kata-kata anon sendiri. Fikirkanlah anon, siapa yang malukan siapa sekarang ni😊