cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Zamir Mohyedin

Больше
Малайзия4 918Язык не указанФакты719
Рекламные посты
24 796
Подписчики
-324 часа
+797 дней
+22930 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Masa tahun 1960, Dyson Freeman cakap, salah satu kaedah untuk cari makluk asing ialah dengan mencari Sfera Dyson (Dyson Sphere). Ini cara paling mudahlah sebab saiz Sfera Dyson ini besar macam bintang dan sifatnya pula bukan macam bintang. Sfera Dyson pula terdiri daripada mesin yang tidak terjadi secara tabii (natural). Dengan kata lain, kalau jumpa Sfera Dyson mesti ada makhluk yang membinanya. Sebelum itu apa dia Sfera Dyson ini? Sfera Dyson ini adalah teknologi untuk tuai (harvest) tenaga Matahari secara langsung. Macam sekarang di Bumi kita tuai tenaga Matahari secara langsung juga iaitu guna panel suria (solar panel). Tetapi teknologi tenaga suria ini tak begitu cekap dan mempunyai banyak kekangan. Antaranya tak semua cahaya Matahari itu sampai ke Bumi disebabkan oleh atmosfera Bumi, lindungan awan dan saiz Bumi yang kecil. Jadi, cuba bayangkan kalau kita dapat pasang panel suria meliputi Matahari. Kita dapat tuai cahaya Matahari secara langsung tanpa sebarang halangan. Malah, tenaga yang dituai dapat meliputi seluruh Matahari sehingga membentuk sfera - terhasilnya Sfera Dyson. Tenaga Matahari yang dituai berbilion kali ganda lebih tinggi daripada seluruh tenaga yang kita dapat tuai di Bumi. Tapi idea Sfera Dyson ini masih hipotetikal, kita masih belum mempunyai daya kejuruteraan yang maju untuk membina Sfera Dyson. Kalau betul-betul dapat direalisasikan, manusia berupaya membina tamadun angkasa. Cuma nak cerita, bulan lepas ada saintis menemui 7 bintang anomali yang mencadangkan bintang tersebut diliputi Sfera Dyson, tuntas menandakan adanya makhluk asing yang menguasai tujuh bintang tersebut. Ini sekadar hipotesis, tak pasti pun lagi. Ada saintis lain mencadangkan tersebut mungkin bintang tersebut diliputi gas-gas angkasa yang menyebabkan bintang tersebut melepaskan sinaran infra-merah terlalu banyak. Tambah lagi, kalau makhluk asing tak maju atau keadaannya mereka sama macam kita, memang tak dapat buat Sfera Dyson. Dan kita susah nak mengesan kewujudan mereka. Kalau korang berminat dengan topik mengenai angkasa, bacalah buku Angkasa Raya. Hari ini 7/7, harga murah sikit. Boleh dapatkan di sini; https://s.shopee.com.my/LRWUTO78h
Показать все...
37👍 25🤯 20
Фото недоступноПоказать в Telegram
13👍 6 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Saya rasa tak ramai orang tahu Projek Apollo (projek yang hantar manusia ke Bulan) bukan projek sekali buat. Bukan sekali terus naik ke Bulan untuk tewaskan Soviet dalam Perang Dingin. Projek Apollo ada 14 misi. Misi Apollo 11 baru berjaya naik ke Bulan. Masa misi Apollo 1, tiga angkasawan terkorban, roket meletup masa nak lancarkan (rujuk gambar di bawah). Walaupun berjaya naik ke Bulan masa Apollo 11, kegagalan juga pernah terjadi masa Apollo 13 — tangki oksigen terbakar. Ada beberapa misi Apollo tak singgah Bulan pun. Sekadar mengorbit Bumi dan Bulan. Nak beritahu misi ini tak mudah dan telah mengakibatkan nyawa terkorban. Kalau nak buat propaganda, sekali buat cukuplah. Tak perlu sampai nyawa melayang dan melibatkan 400,000 kakitangan. Baca buku Angkasa Raya kalau nak tahu banyak topik pasal Angkasa di sini; https://s.shopee.com.my/LRWUTO78h
Показать все...
👍 61 11🔥 6🤯 1
Ramai juga pernah tanya dulu kenapa selepas manusia mendarat ke Bulan tahun 60-an, zaman moden ini dah tak ada dah orang ke Bulan sedangkan teknologi lebih maju? Naratif ini selalu digunakan dalam kalangan mereka yang tak percaya manusia pernah ke Bulan. Kononnya teknologi dulu tak maju boleh ke Bulan, sekarang dah maju berhabuk tak ke Bulan pula. Ada dua jawapan boleh dijawab daripada persaoalan ini; 1. Manusia bukan dah ke Bulan sekali sahaja, tetapi sudah 6 kali. Malah, ketika pertama kali manusia berjaya sampai ke Bulan pada tahun 1969, bukan Neil Armstrong sahaja yang sampai ke Bulan. Tetapi ada dua kawan dia yang lain iaitu Buzz Aldrin dan Michael Collins. Selepas Julai 1969, manusia sebenarnya naik lagi ke Bulan sebanyak 5 kali iaitu pada Nov 1969, Jan 1971, Jul 1971, April 1972 dan Dis 1972. Jumlahnya seramai 24 orang dah sampai ke Bulan. Ya, bukan seorang sebenarnya. Mungkin ada yang tak tahu seramai sekitar 400,000 orang terlibat dalam projek Apollo ini. Sangat ramai. 2. Kenapa selepas 6 kali ini (bukan 1 kali), manusia dah tak ke Bulan lagi? Jawapannya sebab tiada peruntukan. NASA paling banyak dapat bajet masa tahun 60-70 an dulu sebab projek perlumbaan angkasa bukan nak tunjuk siapa sampai Bulan dulu, tapi nak tunjuk teknologi siapa paling hebat, ideologi siapa paling hebat. Nak menang Perang Dingin (Cold War). Bila dapat jejak ke Bulan, ia memberikan naratif teknologi yang digunakan jauh lebih maju. Ia memberikan naratif ideologi Kapitalis lebih terkehadapan berbanding Sosialis. Apabila teknologi hebat, suatu negara itu boleh beritahu negara musuh/pesaing bahawa dia boleh guna teknologi itu untuk hancurkan sesiapa ataupun dia berupaya melindungi dirinya daripada apa-apa ancaman. Semenjak 6 kali manusia berjaya ke Bulan, Perang Dingin pun tamat. NASA dah tak dapat banyak peruntukan. Tapi cita-cita nak ke Bulan balik tetap ada. Masa awal tahun 2000 lagi, NASA dah bangunkan projek nak ke Bulan lagi. Motonya, "Pergi Bulan Sebelum 2020". Tetapi terpaksa batalkan sebab tiada peruntukan juga. Perang dah tamat, buat benda lain pula. 3. Usaha untuk kembali ke Bulan itu ada dan sekarang dijalankan di bawah program Artemis. Projek Artemis dilancarkan tahun 2017 untuk ke Bulan. Kali ini bajet cukup. Kalau nak tahu kan, setiap tahun NASA cuma terima 20 bilion dolar saja setiap tahun dan projek Artemis ini menelan 93 bilion dolar. Projek ini tak melibatkan agensi angkasa Amerika Syarikat sahaja, tetapi melibat agensi angkasa Eropah, Itali, Jerman, Jepun dan Kanada. Malah, melibatkan syarikat angkasa swasta juga seperti SpaceX dan Blue Origin. Program ini ada empat fasa - Artemis I, II, III, IV. Fasa I dah selesai tahun 2022 iaitu lancarkan roket yang tak ada anak kapal pusing bulan dan patah balik ke Bumi. Fasa II dijangkan akan dilancarkan pada hujung tahun depan (2025). Kali ini bawa astronout empat orang (rujuk gambar) pusing Bulan dan patah balik ke Bumi. Fasa III dan IV baru kita akan mendarat ke Bulan pada tahun 2026. 4. Mungkin ada yang tak tahu (dan tak menghargai), banyak teknologi yang kita pakai hari ini adalah hasil daripada projek Apollo. Antaranya; - teknologi dan peranti tanpa wayar - panel suria untuk tuai tenaga suria (solar) - pengimejan digital (digital imaging) - litar bersepadu (jantung semua teknologi elektronik dan digital pada hari ini) - bahan kalis api dan sinaran Dan banyak lagi sebenarnya. Lebih 1,000 teknologi baru dihasilkan daripada projek Apollo. Kalau nak tanya apa impak meneroka angkasa, ini antara impaknya. Teknologi yang akhirnya berbakti pada manusia kebanyakan. Baca buku Angkasa Raya kalau nak tahu banyak topik pasal Angkasa di sini; https://s.shopee.com.my/LRWUTO78h
Показать все...
65👍 51👏 9🤯 8 1🔥 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
15🤯 3
Childfree. Sesiapa yang nak anak ataupun tak mahu anak, itu hal peribadi. Cuma nak kongsikan dari sudut lain. Mungkin ada yang tak perasan, sekarang pemimpin dunia dari negara-negara maju terutamanya dah mula risau dengan masalah turunnya tahap kesuburan. Turun tahap kesuburan ini bukan sebab mandul atau ada masalah kesihatan ke apa, tetapi merujuk pada seorang wanita tak melahirkan banyak anak. Mungkin faktor pilihan, perancangan keluarga, kos sara hidup, dsb. Ada beberapa perkara yang saya nak kongsikan; 1. Mungkin ada yang tak tahu, perbandaran (urbanization) dan perindustrian (industrilization) telah menyebabkan tahap kesuburan ini menurun. Ada beberapa faktor yang mendorongnya seperti kos sara hidup yang tinggi, peluang pekerjaan wanita lebih tinggi yang membawa kepada kahwin lambat dan pelbagai lagi. Dah banyak kertas kajian mengesahkan hal ini. 2. Benda ini macam paradoks sikit. Ketika awal kurun ke-19 dulu, ramai pemikir dan penguasa risau dengan masalah ledakan populasi (overpopulation). Takut sumber makanan dan tenaga tak cukup untuk semua orang. Gagasan ini dipopularkan oleh Thomas Malthius yang ringkasnya kata kalau sumber makin sikit, peperangan dan kelaparan tak dapat dielakkan sebab semua orang berebut sumber. 3. Benda yang Malthius dan sekutunya tak nampak pada ketika itu ialah walaupun populasi manusia akan meningkat, ia akan tepu suatu hari nanti, kemudian akan turun. Sebab apa? Sebab semakin sikit wanita melahirkan ramai anak. Dari seorang wanita 5-6 orang anak, sekarang menjadi seorang wanita cuma melahirkan 1-2 anak sahaja. 4. Tetapi masalah ledakan populasi ini tak boleh diabaikan, ia benda yang merisaukan ramai orang. Sebab itu pelbagai kajian dibuat dan pelbagai teknologi dibangunkan untuk memastikan pengurusan sumber lebih cekap dan murah. Sumber ini bukan merujuk pada makanan sahaja, tetapi juga keperluan lain macam telefon pintar, rumah, peranti elektronik, kereta dan pelbagai lagi. Malah, telefon pintar yang dah jadi keperluan itu pun memerlukan sumber pelbagai bijih (ore) untuk dibuat. Belum kira lagi kesan terhadap alam sekitar apabila manusia semakin ramai. 5. Maka, pembangunan teknologi ini akan meningkatkan kualiti hidup penduduk, seterusnya membangunkan bandar. Bandar bangun dan maju akan kurangkan tahap kesuburan. Perbandaran ini memang pakej menyelesaikan masalah ledakan populasi. 6. Tetapi populasi yang menurun pun bermasalah juga. Macam saya sebut awal-awal tadi, kenapa ramai penguasa negara maju risau dengan penurunan populasi di negara masing-masing? Ringkasanya, dengan kemajuan sektor kesihatan, jangka hayat manusia akan panjang. Jadi, orang tua akan jadi semakin ramai. Suatu ketika dahulu orang muda lebih ramai daripada orang tua. Sekarang lama kelamaan, orang tua akan jadi semakin ramai - jadi "ageing socity". Orang tua ini sebenarnya liabiliti sebab walaupun hidup panjang, mereka banyak sakit. Jadi, banyak duit kena labur di hospital untuk tampung mereka. Kemudian, mereka dah tak bekerja. Jadi, mereka tiada sumbangan kepada ekonomi negara. Cukai dah tak bayar. Duit pula banyak dikeluarkan untuk mereka. Orang muda pula semakin kurang sebab semakin sikit perempuan lahirkan anak. Orang muda inilah satu-satunya tenaga kerja negara untuk gerakkan ekonomi dan industri. Mereka kurang, susah nanti nak tampung "Ageing Soeciety" di masa depan. 7. Jadi, macam-macam intensif yang dibuat oleh negara-negara ini untuk memastikan setiap keluarga lahirkan banyak anak seperti cuti bersalin yang panjang ataupun bagi duit untuk setiap anak yang dilahirkan. Ataupun panjang umur persaraan supaya tenaga kerja bukan sahaja orang muda terlibat, orang tua pun terlibat sekali. 8. Pucuk pangkalnya, ledakan populasi ada masalah tersendiri. Penurunan tahap kesuburan pun ada masalah tersendiri. Tetapi nampak sekarang ramai nak tumpukan untuk terus meningkatkan populasi. Sebab apa? Sebab urusan tingkatkan populasi ini cuma orang kebanyakan sahaja boleh buat. Urusan kekurangan sumber kerajaan dan badan-badan autoriti boleh buat sendiri melalui perkembangan sains dan teknologi.
Показать все...
👍 145 33🤯 16 4
Kalau tengok statistik, dijangka pada tahun 2086 nanti, populasi manusia akan mula menurun jika corak penurunan kesuburan ini berterusan.
Показать все...
👍 68🤯 24👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
🤯 10
Фото недоступноПоказать в Telegram
Bukanlah kura-kura terbesar yang pernah direkodkan, tetapi paling besar dalam kalangan kura-kura air tawar. Wujud sekitar 10 juta tahun lalu (Zaman Miocene). Saiznya hampir mencecah 3 meter dan beratnya mencecah lebih 1,000 kg.
Показать все...
🤯 123👍 52 13 5🔥 4
Filem Interstellar (2014) pernah menayangkan stesyen angkasa Cooper yang bentuknya seperti gambar di bawah sebelah atas, datarannya berbentuk silinder. Ini sebenarnya salah satu konsep yang pernah diusulkan oleh Gerard K. O'Neill untuk membina koloni di angkasa lepas. Di angkasa tiada graviti semulajadi seperti di Bumi. Jadi, untuk hidup secara normal, graviti buatan (artifical gravity) perlu dicipta. Caranya adalah melalui konsep putaran (rotation). Kalau kita putarkan baldi berisi air dengan tali, kita akan memerhatikan air tidak akan tumpah dari baldi tersebut kerana air dalam baldi berusaha untuk bergerak keluar melalui bahagian bawah baldi. Daya ini dipanggil daya emparan (centrifugal force). Contoh paling mudah ialah mesin basuh. Apabila mesin basuh berputar, terjadinya daya emparan, baju-baju akan melekat pada permukaan kerana baju berusaha untuk bergerak keluar melalui sisi mesin basuh tersebut. Ini konsep yang digunakan untuk hasilkan graviti buatan di angkasa lepas. Untuk realisasikan koloni di angkasa yang kehidupannya seperti Bumi, putaran ini perlu wujud dan bentuk silinder dan bulat adalah paling ideal. Apabila stesyen silinder di stesyen Cooper berputar, setiap objek di dalamnya akan melekat ke arah permukaan silinder (permukaan di dalam silinder) kerana daya emparan akibat putaran tersebut. Di Bumi, kalau kita dongak ke atas, kita akan nampak langit. Tetapi di koloni angkasa, apabila dongak ke langit, kita akan nampak penduduk lain yang berada di permukaan silinder yang lain. Kalau permukaan silinder sama keluasannya seperti keluasa permukaan Bumi, penduduk Malaysia mendongak ke langit akan nampak penduduk dari negara lain. Berminat pasal topik angkasa? Belilah buku Angkasa Raya di sini: https://s.shopee.com.my/LRWUTO78h
Показать все...
👍 108🤯 43🔥 36 12 4👏 3
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.