cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

🌺NOVEL MELAYU BN🌺

🌼Jualan Novel dan Ebook Melayu dari Malaysia buat peminat novel dekat Brunei🌼

Больше
Рекламные посты
254
Подписчики
Нет данных24 часа
-17 дней
Нет данных30 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

❣️Bismillahirahmanirrahim. Kini dibukakan untuk tempahan, EBOOK terbaru dari LUVIS EIJA @luviseija, SETULUS KASIH NUR AIN..., kepada peminat EBOOK dekat BRUNEI sehingga 31 JULAI 2024. ° ❣️Juga dibukakan untuk tempahan, EBOOK² lain karya Luvis Eija: 🌹SETIAKU MILIKMU 🌹AKU DAN DIRIMU 🌹PAK SU EMRAN, I LOVE YOU... ° ❣️BLURB ada pada poster berikutnya😍 ° ❣️Jika ada EBOOK LOVERS dekat BRUNEI yang berminat, boleh whatsapp saya untuk tempahan 🥰
Показать все...
Tempahan bagi *EBOOK KOMBO DEWI* ini hanya akan diterima sehingga jam 5.00pm hari ini sahaja. Whatsapp jika berminat 😍
Показать все...
“Mira, you will die if you stop breathing.” Tambahnya apabila aku masih kaku begitu. Sumpah aku tak kuat berdua-duan dengan Abang Remy di dalam bilik tidur macam ni. Nafsuku secara spontan mencanak naik apabila dia dengan berani mengusap-usap kulit tubuhku. Walaupun aku halal buatnya. “Abang, er.. Mira rasa..er..” Jadi tidak keruan aku dibuatnya. “Are you okay, Amirah?” Suaranya macam hendak ketawa. Eii geramnya dengan diri sendiri. Kenapa aku gementar sangat ni? Come on, Mira! You can do better than this. “Look at your blushing cheek in the mirror,” arahnya sambil tolak daguku dari arah belakang, agar menghadap cermin semula. Sumpah aku tak nak buka mata. Aku tak mampu nak bayangkan wajahku yang kemerahan malu dengan keadaan kami berdua saat ini. “Mira..” Panggilannya yang meleret membuatkan aku merasa ada renjatan elektrik yang mengalir di seluruh laluan darah. #AbangRemy
Показать все...
"Cakap betul-betul Nera. Selama ni awak kahwin dengan saya sebab ayah je kan? Bukan sebab awak betul-betul sayangkan saya seperti yang saya sangka selama ini?" Mata Kifli mencerlung tajam ke wajah Nera. Pandangannya bagaikan singa lapar yang mahu membaham mangsa. Nera ketap bibir. Balas pandangan Kifli yang marah, seka air mata kasar. Selama ini dia banyak bersabar. Kifli bukannya pernah menghargai dirinya Sebagai isteri. Lelaki itu hanya muncul bila mahukan dirinya dan pergi setelah melunaskan segala hajat. "Selama ni, awak pun bukannya kahwin dengan saya sebab cinta. Patutnya awak tanya soalan tu kat diri awak juga. Bukan saya je," kata Nera. Kifli mendengus. Dia menghampiri Nera lalu duduk sambil menunjal perut Nera yang memboyot. "Tu anak sape? Bukan anak saya kan?" Pantas Nera menepis. Dia tidak rela anaknya disakiti. Nak je dia tampar wajah Kifli ketika ini. Suami jenis apa yang sanggup bertanya soalan seperti itu kepada isteri sendiri. Gila! "Awak boleh tuduh apa saja. Tapi jangan libatkan anak kita." Kifli bangun sambil mendengus tawa. "Oh ye? Kalau betul anak kita, mana buktinya?" Nera mengetap rahang. Jari jemari dikepal erat. Sakit hati bila dituduh bukan-bukan. “Apa pula bukti awak yang ini bukan anak kita berdua?” Kifli menggeleng. Jari telunjuk menuding tepat ke wajah Nera. "Awak kahwin dengan saya bukan sebab cinta pun, dah cukup untuk dijadikan bukti." Nera terkedu. Gila punya jantan. "Itu fitnah, Kifli." "Bukan. Terang-terang dalam box tu penuh gambar awak dengan dia. Nak fitnah apa lagi. Entah-entah Selama ni awak curi-curi keluar dengan dia. Buat maksiat ka..." "Kifli!" Nera memintas. Bangun dari duduk, tangan kanan melayang ke pipi Kifli. Keterlaluan sungguh lelaki itu. Dah takde bukti lain ke? Kifli mengetap bibir. Pandangan Nera dibalas tajam. Tanpa sedar, bibir mula bergerak. “Nera Zalikha, aku ceraikan kau dengan talak 1.” Rasa lemah seluruh tubuh Nera mendengar ayat spontan yang keluar dari bibir Kifli. Matanya mencari mata Kifli yang kelihatan tekad. “A… wak…” “Saya ceraikan awak Nera. Pergilah ke mana saja yang awak suka. Saya dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan awak.” Nera mendengus tawa. Tak sangka sungguh. Lelaki itu benar-benar melakukannya. Kepala digeleng perlahan. #CintaPertamaDoktorNadheem
Показать все...
Bila kau tengok, elok aje Si Sufina terbaring santai sambil pakai baju tidur seksi atas katil kau dan suami kau. Padahal kau baru tinggalkan rumah 1 malam. Hati kau… Gigil seluruh tubuh Rehana saat melihat sekujur tubuh Sufina terbaring santai di tengah-tengah katil dia dan Taufiq, dengan gaun tidur kain satin berwarna merah darah, separas paha. Terus mati langkah kakinya di muka pintu bilik yang memang tak berkunci dari dalam. Hatinya di dalam hancur berkeping-keping. Baru semalam dia tak jadi penghuni bilik itu, Taufiq sudah mengheret Sufina. Ya Allah... inikah akhirnya sebuah ikatan yang dibalut cinta? Langkah Taufiq yang baru keluar dari bilik mandi juga kaku. Di kanan, Rehana nampak marah bercampur terluka. Di kiri, Sufina sudah pun duduk sambil tersengih-sengih. Tapi antara kedua-duanya, ada rasa takut yang bukan sedikit menyapanya. “Kenapa berhenti? Terkejut tengok Rehan tiba-tiba balik? Mesti abang tak sangka Rehan nak sampai seawal pukul 6.00 pagi macam ni, kan?” “Sayang...” “Taufiq... I sejuklah. Nak peluk macam malam tadi.” Tiba-tiba itu yang meluncur di bibir Sufina. Mematikan terus kata-kata Taufiq. Dia memeluk tubuh dengan kedua-dua tangannya. “You merepek apa ni Fina? Bila masa I peluk you malam tadi?” “Kenapa you berubah tiba-tiba ni Taufiq? Sebab Rehan ke?” “Apa benda you ni Fina? Jangan nak macam-macam sangat boleh tak? Lawak you ni tak kelakarlah!” Sakit pula hati Taufiq bila Sufina masih lagi bercakap yang bukan-bukan di hadapan Rehana. Apalagi bila riak muka Rehana kini sudah pun berubah kosong. Tanpa pengetahuan sesiapa, hatinya cuak membayangkan yang isterinya itu percaya pada kata-kata Sufina. “Tak payah kisahkan Rehan. Kalau rasa nak peluk Fina macam malam tadi, biar Fina rasa hangat, peluk ajelah. Tak payah nak malu-malu atau takut Rehan kecil hati. Anggap ajelah yang Rehan tak ada kat sini.” “Apa yang Rehan cakapkan ni? Abang tak peluk Finalah. Abang tak pernah pun peluk dia selama ini. Dia saja aje nak usik-usik...” “Usik-usik? Tak kelakar!” cantas Rehana pantas. Malam tadi, dengan hati membara dia membawa Delaila keluar. Sepanjang malam dia tak tidur kerana kecewa bersalut rasa berdosa. Dia keluar tanpa izin Taufiq. Pagi ini dia tinggalkan Delaila dengan Amalia. Terus berkejar ke sini. Tapi yang dia lihat, panorama yang sangat menyakitkan hatinya. “Taufiq, you ni...” “Kenapa you masuk bilik ni? Siapa yang benarkan?” “Kenapa you berubah ni Taufiq? Malam tadi elok aje you layan I. Siap kata malam ni malam kita berdua sebab Rehan tak ada. Kenapa hari ni you cakap lain pula ni?” “Fina!” marah Taufiq lantang. “Kenapa you marahkan I ni Taufiq?” tanya Sufina bagaikan. Merah matanya menahan tangis. Malu diherdik Taufiq di hadapan Rehana. Seingatnya selama ini, Taufiq tak pernah memarahinya sekeras itu. “Berhenti fitnahkan I boleh tak?” “Sakit, kan bila kena fitnah dengan orang yang rapat dengan kita?” Tanpa menunggu balasan kata daripada Taufiq, Rehana melangkah laju menuju ke arah almari. Bagasi besar berwarna coklat dikeluarkan dengan bersusah payah. Cukuplah dia berada di rumah toksik ini. Dia jerih. Dia penat. Lantaklah Taufiq hendak berbuat apa selepas ini. Hendak bersanding dengan Sufina pun terpulanglah. Dia tak mahu ambil tahu lagi. #BakalJandaTaufiqBakhtiar
Показать все...
⚠ Jangan baca teaser ni kalau anda x suka cerita double meaning Dengan berani Adam bergerak ke dapur dalam keadaan tidak berbaju. Dia berdiri di hadapan isterinya. Tersedak Ayuni apabila melihat Adam dalam keadaan begitu. Hampir dia terpotong tangannya sendiri. Cepat-cepat Ayuni larikan pandangan apabila dia merasakan dadanya berdegup di luar paras normal. Betul-betul menguji nafsunya sendiri. “What are you trying to do, Adam?” soal Ayuni dengan suara keras. “Saja nak teman awak masak.” “Mana baju awak?” “Panas, malas pakai,” jawab Adam, padahal dia dah kesejukan dengan penghawa dingin di dalam rumah ini. “P-panas? Awak gila ke apa?” marah Ayuni, dia hadkan pandangannya hanya tertumpu pada lobak yang sedang dipotong. “Awww,” tiba-tiba Adam menjerit. “Kenapa?” Bingkas Ayuni angkat wajah. “Potong elok-elok lobak tu, saya nyilu.”Adam menyengih. Geram je Ayuni pandang wajah Adam yang seperti kerang busuk itu. Buang tabiat betul tiba-tiba tak berbaju. Mengundang betul. Adam ambil buah anggur yang ada di atas meja lalu dikunyah. Waktu itu dia perasan Ayuni curi￾curi pandang terhadapnya sambil meneguk air liur berkali. Adam mengukir senyuman lebar. Sikit je lagi. “Sayang...” panggil Adam, serentak dia berdiri. Ayuni toleh. “Adam!” Dia panjangkan muncung. “Are you teasing me?” soal Ayuni. Dia merasakan degup jantungnya makin laju dan nafasnya semakin sesak. “No... Why?” Adam geleng, tahan gelak. “Saya tak kuat, Adam. Please pakai baju awak,” rayu Ayuni. Dia terpaksa berterus-terang. Siapa je tak tergoda kalau Adam buat perangai macam tu. Nafsu Ayuni menjerit-jerit minta dilunaskan. “Okey...” Adam akur dengan wajah mencuka. Nampaknya usaha dia gagal. Dia pusingkan badan dengan bahu yang lemah, ingin melangkah pergi. #SecretRomance
Показать все...
Tempahan bagi *EBOOK KOMBO TERLUKA* ini hanya akan diterima sehingga jam 5.00pm hari ini sahaja. Whatsapp jika berminat 😊
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.