cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Sekadar Peringatan OFFICIAL ☾

"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman"[51:55] Instagram : https://instagram.com/sekadarperingatan?igshid=Ym

Больше
Рекламные посты
20 745
Подписчики
-824 часа
-637 дней
-36530 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Usia kita tak lama, sekejap sahaja. Setiap hari dlm perjalanan menuju utk bertemu Ilahi. Nyawa kita seperti api pelita yg boleh terpadam bila - bila masa. Kita doa sama - sama semoga akhir hidup kita adalah sebaik - baik pengakhiran. Aamiin.
Показать все...
161😢 35😭 17🥰 5
Akhir zaman, antara golongan yang dalam keadaan sangat-sangat-sangat-sangat bahaya ada 2 : kaum wanita dan ahli dunia. - Ustaz Muhammad Akhyar
Показать все...
😢 137😭 84 22👍 13
Wahai jiwa yang masih meninggalkan solat. Engkau akan mengetahui nilai solatmu pada malam pertamamu di alam kubur dan di malam itu penyesalanmu tidaklah lagi berguna.
Показать все...
155😢 141😭 45👍 13🥰 2👏 2😍 1
Persiapkan diri untuk ke negeri abadi. Kita selalu lalai dan ditipu dgn dunia yang sementara, sedangkan malaikat maut menjenguk kita setiap hari.
Показать все...
162😭 82😢 50👍 18
Sifat 'iffah (menjaga kehormatan diri) yang ada pada seorang wanita itu tak dapat dijual dan dibeli. Terlalu mahal harganya. Kerana itu ia mengangkat harga diri seorang wanita. Beruntung wanita yang memiliki 'iffah.
Показать все...
231😢 20👍 17🥰 7😭 6
Pesan Guru. Orang bertauhid tu, dia tidak sesekali bertanya atau mempersoalkan takdir ALLAH. Sungguh- sungguh dia beriman dengan qada dan qodar Allah, tanpa sebarang soal. Orang bertauhid tidak terkesan dengan keadaan. Tidak marah, tidak juga sibuk nak bergaduh, berbalah, kecuali pada hal yang menyalahi syariat. Orang bertauhid itu TENANG
Показать все...
282👍 39😭 18🥰 4😍 1
Pesan guru saya; “Betulkanlah sembahyang, urusan lain dalam hidup kita akan dapat dibetulkan.” Kadang kita berhadapan banyak ujian kehidupan. Kita rasa kita mampu atasi, kita mampu baiki, kita mampu untuk adjust apa yang patut. Tapi makin kita cuba, makin menjadi-jadi. Ujian tak juga berkurang. Ada saja ujian yang datang. Yang buatkan kita rasa makin lama makin lemah. Dalam mencuba tu kita sampai abaikan perkara utama dalam hidup - sembahyang. Kita cepat-cepatkan sembahyang, laju laju saja. Iyalah, yang sedang diuji bisnes kita, staff kita, pasangan kita. Jadi kita bagi lebih masa pada hal bisnes, sampai 2-3 pagi tak tidur cuma untuk cari apa salahnya kita dalam bisnes. Kita buat program untuk staff, nak staff faham arah tuju syarikat. Kita bawa pasangan pergi bulan madu yang entah kali ke berapa. Tapi balik terus berperang lagi. Macam tak boleh nak sefahaman. Dalam pada semua tu kita culas tentang soal sembahyang. Rupanya ini yang menjadi punca kepada tak teraturnya hidup kita keseluruhannya. Jadi guru saya selalu pesan, bila kita rasa tak tenteram tentang soal kehidupan harian kita, baiki sembahyang kita dulu. Terutama tentang masa yang kita peruntukkan untuk kita sembahyang. Kenapa? Kerana sembahyang ini ibu segala ibadah. Sembahyang jadi punca kepada segala kebaikan yang ikhlas kerana Allah. Maka betulkanlah sembahyang kita, insyaAllah segala urusan kehidupan menjadi tenang. 🤲🏻
Показать все...
264👍 41😢 29🥰 10😭 10🔥 3
Dosa walau menggunung, Allah ya Ghafuur Maha Pengampun. Namun taubat dan permohonan maaf kita hanya bermanfaat selagi belum MATI.
Показать все...
240😭 20👍 15😢 1
Wahai laki-laki, belajarlah ilmu agama ! Kerana engkau akan memiliki seorang murid yang akan kau bimbing selamanya. Dia murid yang paling istimewa, dialah ISTERIMU.
Показать все...
275👍 34
Ad-Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa Alaihissalam dengan menggunakan tombak yang dicucuk tepat mengenai dadanya dihadapan Baitul Maqdis. Setelah 3 tahun Ad-Dajjal dibunuh, akan keluar pula Yakjuj dan Makjuj. Bilangan Yakjuj dan Makjuj ini sangat banyak kerana dikatakan 1 Yakjuj dan Makjuj boleh melahirkan sehingga 1000 Yakjuj dan Makjuj yang lain. Yakjuj dan Makjuj akan memakan segala tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan yang terdapat atas muka bumi ini. Kelebihan yang Allah berikan kepada Yakjuj dan Makjuj ini adalah mereka tidak dapat dibunuh dengan apa cara sekali pun melainkan dengan izin dari Allah. Penyakit kulat yang Allah turunkan kepada Yakjuj dan Makjuj atas asbab doa dari Nabi Isa Alaihissalam itulah yang akan membunuh mereka, betapa banyaknya bilangan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di atas muka bumi ini sehingga tidak menampakkan tanah dan bau busuk yang bertebaran atas muka bumi ini serta semua binatang yang memakan bangkai menjadi gemuk-gemuk belaka. Setelah Nabi Isa Alaihissalam berdoa kepada Allah, diturunkan hujan sehingga banjir dan banjir tersebut membawa kesemua bangkai-bangkai Yakjuj dan Makjuj ke lautan, barulah bumi ini pada ketika itu menjadi bersih dan tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan suburnya serta bumi ini menjadi sangat indah. Di katakan pada ketika itu segala buah-buahan yg tumbuh menjadi sangat luar biasa sehingga dikatakan juga 1 buah delima tumbuh dengan besarnya sebesar kubah masjid dan isinya boleh dimakan sekian ramainya orang pada ketika itu. Satu tangkai anggur dikatakan juga boleh dimakan sehingga kenyang. Setelah bumi ini dipenuhi dengan keindahan tumbuh-tumbuhan, Allah mencabut segala perasaan hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia. Satu sifat kemesraan antara makhluk dgn makhluk. Sehinggakan pada waktu itu dikatakan singa boleh berjalan dengan lembu, harimau boleh berjalan dengan unta, serigala boleh berjalan dengan kambing. Bahkan dikatakan di dalam hadith, anak-anak kecil boleh bermain dengan ular dan tangan kanak-kanak tersebut boleh masukkan ke dalam mulut ular. Ketika kemesraan antara manusia sesama manusia, haiwan sesama haiwan sehingga tiada pembunuhan yang berlaku, barulah Nabi Isa Alaihissalam meninggal dunia kemudian Allah menghantarkan angin lembut untuk menarik nyawa setiap orang-orang yang beriman. Sebelum ditarik nyawa orang-orang yang beriman, tiada lagi manusia yg sibuk mengejar dunia. Pada waktu itu kita tidak akan dapat menjumpai orang yang ingin menerima sedekah kerana tiada lagi sifat rakus terhadap dunia. Seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Bersedekahlah kamu sebelum tiba satu zaman yang manusia tidak mahu menerima sedekah." Setelah kesemua orang-orang beriman meninggal dunia, Allah akan mengangkat Al-Qur'an sehingga tiada satu orang pun yang akan menyebut dan melafazkan nama Allah, dan barulah akan terbitnya matahari disebelah barat, dan kiamat pun akan berlaku pada ketika itu. "Moga-moga Allah menyelamatkan kita dan juga keturunan kita dari termasuk dalam golongan fitnah Ad-Dajjal serta fitnah Yakjuj dan Makjuj juga tidak tergolong dalam golongan orang-orang akhir zaman yg pada ketika itu hidup tidak ada lagi yang menyebut dan melafazkan nama Allah Subhannahu wa Ta'ala, insyaAllah. Aameen Allahumma Aameen." - Al Habibuna Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Показать все...
226👍 45😭 33🤗 1