Tingkap slaiding itu kembali di tutup.
kepala cuba mengingat gerangan lelaki yang baru sahaja datang bertandang di depan rumah ku tadi.
Tengah otak ligat bekerja akhir nya aku mengingat. Zarift! Zarift Damien, anak makcik wahida.
Lelaki yang bermata coklat pekat itu.
Cepat sungguh aku lupa tentang nya.
Tak sangka di sebalik gaya beku nya itu dia sangat nyaman. Entah kenapa aku rasa selesa dengannya mungkin sebab dia gentle?
Tengah pikiran ku sedang terbang, telefon pintar ku kembali berdering.
Ikon hijau itu di gesek lalu di tekupkan ke telinga.
"Assalamuaalaikum cinter! "
Riang suara nya di hujung talian.
Terus lebar senyum ku apabila mendengar suaranya.
"Waalaikumussalam" suara cuba ku tahan agar tidak kedengaran terlalu berlebihan.
"Awak tengah buat apa tu? "
"Tak buat apa pun, kira-kira semut ja"
Kedengaran dia ketawa di hujung talian.
"Haira, Kal nak mintak maaf sebab tak dapat ambik Haira pergi dinner malamtu"
Suara seakan akan memujuk.
"yee... Tak apa lagipun malam tu... "
Terus mulut ku di tekup. Sebelum aku terlepas cakap baik aku diam. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata Habis lah kau Haira!
"Hmm? "
"Tak ada apa, sebab malam tu Haira keluar dengan Hani"
Auta ku. Kalau aku beritahu perkara yang sebenar nanti tak pasal-pasal perang dunia. Reykal ni boleh di katakan kuat cemburu juga orangnya.
Aku pun tak tahu lah macam mana aku boleh bertahan dengannya. Mungkin sebab terlalu sayang.
"Auh. Awak jangan tipu saya ehh? Saya tahu kita jarang jumpa tapi ingat awak tu tunang orang "
Ugutnya di hujung talian.
Laju aku mendengus. Mau saja aku membidas. 'lah tau pun saya ni tunang awak, ingat kan dah lupa tunang sendiri' Namun aku hanya diam. Malas hendak memulakan pergaduhan.
"Ye saya tau. Tapi bagi awak saya tak tahu lah" sabdu cukup-cukup ayat ku.
Dia diam di hujung talian.
"Eh tak apa lah Haira. Saya dah nak kena masuk kerja balik. Bye assalamualaikum sayang. "
Dan kemudian talian mati. Kalau ungkit hubungan kami, ada saja dia hendak berdalih. Sudah lama, aku rasa Reykal ada sorokkan sesuatu dari aku. Namun aku cuba sedap kan hati sendiri. Dalam sesuatu hubungan itu amat memerlukan kepercayaan antara satu sama lain.
Hanya itu yang selalu ku pegang. Aku tak tahu apa motif nya selau menelifon ku. Adakah hanya sekadar pura-pura ambil tahu?
Sakit hati apabila memikirkanya. Kalau ikut kan hati, nak aje aku baling telefon ni. Namun teringat akan harganya, aku hanya mampu menyimpan telefon itu rapi di dalam poket.
Apabila sakit hati ku sudah reda, aku berlalu ke bilik ku hendak mengemas barang-barang yang patut di bawa pulang ke rumah sewa esok.
Berat hati nak balik rumah sewa. Lagi berat bila nak menghadap Dr. Zaiddan sudah lah waktu kelas nya esok selama tiga Jam! Dari pukul 3 sampai lah pukul 5. Bersengkang mata lah aku esok.
***
Jam kini telah menunjukkan pukul 5 setengah petang, namun kelibat umi masih belum ku lihat. Amboi kalau dapat pergi membawang! Jalan balik rumah pun dah tak ingat.
Sebuah beg bagasi biru kecil itu di masukkan ke dalam bonet kereta.
Kini aku sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah sewa. Jadual ku sangat padat untuk esok hari. Aku harap aku dapat bertahan untuk hari yang panjang!
"Haira, dah nak balik dah ke? "
Sergahan umi buatkan aku terkejut sehingga terangkat ke dua-dua bahu ku.
"Haih umi ni! Suka sangat terkejutkan Haira! "
Tangan di bawa untuk mengurut dada kiri ku.
"Kamu yang mengelamun. Umi pula yang di salah kan? Ni Makcik Wahida ada bungkus kan Kamu lauk. "
Plastic yang berisi lauk itu di hulurkan ke arah ku. Sempat aku selongkar beg plastic tersebut. Ada lauk ayam masak paprik dan ayam masak merah.
Bersinar mataku. Macam tau-tau aje ini makanan kegemaran aku. Terus terasa air liur meleleh.
Baru aku sedar. Mak cik Wahida bungkus kan?
"Umi! Rumah Makcik Wahida ke yang nak adakan majlis tu? "
"Haah"
Umi menjawab.
Kelihatan umi melabuh kan punggungnya di atas kerusi batu yang terdapat di halaman rumah itu.