cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Ustaz Abid Annuriyy

Рекламные посты
404
Подписчики
Нет данных24 часа
+87 дней
+1930 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Solat Jamaah Syarat Najat (Lulus Selamat) Di Atas Titian Sirat Menuju Syurga وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، عن النبي صلَّى الله عليه وسلَّم؛ أنَّه ذكَر الصلاة يومًا، فقال: ((مَن حافظ عليها كانتْ له نورًا وبرهانًا ومنجاة يوم القيامة، ومَن لم يُحافظ عليها، لم تكن له نورًا ولا برهانًا ولا منجاة، وكان يوم القيامة مع هامان وقارون وفرعون وأبيِّ بن خلف))؛ رواه أحمد بإسناد جيد، والطبراني في الكبير. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, semoga Allah meridhai mereka berdua, dari Nabi saw; Pada suatu hari beliau saw menyebut tentang solat dan bersabda: “Barangsiapa yang memeliharanya (solat jama’ah), ia akan mendapat cahaya, bukti (iman), dan keselamatan pada Hari Qiyamat, dan sesiapa yang tidak memeliharanya, ia tidak akan mempunyai cahaya, bukti, atau keselamatan, dan pada hari itu. Pada Hari Qiyamat dia akan bersama Haman, Qarun, Firaun, dan Ubay bin Khalaf.” (HR al-Imam Ahmad dengan sanad yang baik, dan al-Tabarani dalam al-Kabir) Abu Darda’ berkata, Rasulullah saw bersabda, الْمَسْجِدُ بَيْتُ كُلِّ تَقِيٍّ ، وَتَكَفَّلَ اللهُ لمَنْ كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوْحِ وَالرَّحْمَةِ ، وَالْجَوَازِ عَلَى الصِّرَاطِ إِلَى رِضْوَانِ اللهِ ، إِلَى الْجَنَّةِ “Masjid adalah rumah setiap orang yang bertaqwa, dan Allah menjamin orang yang rumahnya masjid itu dengan rawh (kenikmatan, kerehatan, ketenangan), rahmat, dan kejayaan untuk melintasi SIRAT menuju keredhaan Allah, ke syurga.” (HR al-Qudha’ei, al-Daylami dan al-Bayhaqi, hasan li ghayrih. Abu Nu’aym, al-Hilyah, dinilai hasan dalam al-Sahihah dan Sahih al-Targhib). ~• Abid Annuriyy
Показать все...
Dikatakan oleh Salaf; Tidak terlepas dari solat jamaah melainkan kerana dosa-dosa. Allahu a'lam
Показать все...
Ash'ari, maturidi, jahmi, mutazili, kullābī semua ahli kalam sesat وقال ابنُ خُوَيزٍ المالكيُّ: (أهلُ الأهواءِ عندَ مالكٍ وسائِرِ أصحابِنا هم أهلُ الكلامِ، فكُلُّ مُتكلِّمٍ فهو من أهلِ الأهواءِ والبِدَعِ؛ أشعريًّا كان أو غيرَ أشعريٍّ، ولا تُقبَلُ له شهادةٌ في الإسلامِ أبدًا، ويُهجَرُ ويؤدَّبُ على بِدعتِه، فإن تمادى عليه استُتيبَ منها) . Ibn Khuwayz al-Maliki berkata: (Orang-orang yang mengikuti hawa nafsu sesuka hati, menurut Malik dan sahabat-sahabat kami yang lain, adalah Ahli Kalam orang-orang yang berkata-kata dengan aqidah falsafah. Setiap mutakallim (ahli kalam pembicara ) adalah salah satu dari Ahlul Ahwa' wa Bida' (orang yang sesuka hati dan bid'ah), sama ada Asy'ari atau selain Asy'ari. Kesaksiannya dalam Islam tidak akan diterima dan dia akan dipulau (dijauhi) dan dihukum kerana bid’ahnya. Sekiranya ia bedegil, dia di diminta bertaubat disebabkan bid'ah nya Abid Annuriyy Master Sharī'ah
Показать все...
Ahlul Kalām tidak akan dapat mengenal Allah SWT. Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal berkata, إنَّه لا يُفلِحُ صاحِبُ كَلامٍ أبدًا، ولا تكادُ ترى أحدًا نَظَر في الكَلامِ إلَّا وفي قَلْبِه دَغَلٌ “Tidak berjaya Ahl Kalam selama2nya. Tdk kamu temui seseorang yang menganuti aqidah kalam melainkan dlm hatinya ada daghal (kerosakan, kesesatan, syak & khianat).” ((جامع بيان العلم)) لابن عبد البر (2/194) Abid Annuriyy | Master of Sharī'ah
Показать все...
Selain Ashabul Hadīth, semua kelompok adalah ahlul ahwa', wa zaygh wa tafarruq قال هارونُ الرَّشيدُ: (طلبتُ أربعةً فوَجْدتُها في أربعةٍ: طَلَبتُ الكُفرَ فوجَدْتُه في الجَهْميَّةِ، وطلبتُ الكَلامَ والشَّغْبَ فوجَدْتُه في المعتَزِلةِ، وطلبتُ الكَذِبَ فوجَدْتُه عند الرَّاِفضةِ، وطلبتُ الحَقَّ فوجدتُه مع أصحابِ الحديثِ) Harun al-Rasyid berkata: (Aku mencari empat perkara dan mendapatinya dalam empat: Aku mencari kekufuran dan mendapatinya pada Jahmiyyah, aku mencari ilmu kalam perkataan falsafah dan kerusuhan lalu aku mendapatinya pada Mu'tazilah, aku mencari kedustaan dan mendapatinya pada Rafidah. , dan saya mencari kebenaran dan mendapatinya ada bersama para Sahabat Hadīth) يُنظر: ((شرف أصحاب الحديث)) للخطيب البغدادي (ص: 55). Abid Annuriyy | Master Sharī'ah
Показать все...
Penjajah kuffar meyakini bahawa umat akan menjadi hina dan lemah apabila tidak beramal dengan islam, lalu memasukkan aliran-aliran sesat yang menghancurkan aqidah muslimin, menghalang kemasukan ilmu dan aqidah yang sahih (salafiyyah). Mereka 1-mengekalkan pusat-pusat pengajian aqidah ilmu kalam (pondok-pondok asha’irah jahmiyyah mu’tazilah). 2-Kemudian, mereka memasukkan qadyaniyyah, baha’iyyah, tasawwuf falsafi, tariqat-tariqat sufiyyah batiniyyah, quburiyyah, shi’ah, ahbash dan sebagainya. 3-Membina sekolah-sekolah aliran secular liberal yang tidak mengajarkan tawhid yang sahih dan tidak menegakkan solat fardhu. 4-Mencetak pemimpin-pemimpin sekular yang berkiblatkan barat, yang mengikuti pengajian secular di barat 5-Kuffar mencipta system keselamatan dan ketenteraan jahiliyyah. 6-Kuffar memasukkan perlembagaan taghut dan undang-undang secular jahiliyyah agar umat islam tidak beramal dengan syariah Allah, hudud, qisas, ta’zir dan diyat. Penjanah kuffar memaksakan sistem kehakiman dan mahkamah secular, system pemerintahan demokrasi berparlimen jahiliyyah, kepuakan parti-parti jahiliyyah dan System pilihanraya yang dangkal. 7-Memasukkan system ekonomi ribawi berupa bank-bank ribawi. Dengan itu, umat islam kekal dalam kejahilan dan kesesatan tanpa sedar, sekaligus tidak beramal dengan ilmu dan islam dengan cara yang sebenar. Ditimpa penyakit al-wahn (cinta dunia, benci kematian dan benci perang di jalan Allah kerana Allah), lalu ditimpa kelemahan, pecah belah dan kehinaan.
Показать все...
Penjajah Merosakkan Tawhid dan Shariah
Показать все...
Antaranya: beragabung dan mentaati imam (khailfah), sekiranya ada. sekiranya tiada maka berwala' kepada alim sunni salafi. Hudhayfah bertanya, Apakah yang tuan perintahkan kepada saya, sekiranya saya menemui zaman itu? Rasulullah ﷺ berkata, “Hendaklah kamu melazimi (menyokong dan bergabung dengan) jamaah muslimin dan imam mereka.” (…al-hadith) (HR al-Bukhari dan Muslim). . Firman Allah, وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا۟ مَا يُوعَظُونَ بِهِۦ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا Dan sekiranya mereka melakukan apa yang diperingatkan dengannya nescaya itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan mereka di atas al-haqq. (al-Nisa’: 66). Dalam ayat ini (Allahu a’lam) ada isyarat agar bertahkim kepada Sunnah, jihad dan hijrah. Semua ini meneguhkan dan menyelamatkan. Amal salih terbesar selepas tawhid ialah menegakkan solat dengan sempurna, secara berjemaah, menunaikan zakat, bersedekah dan infaq di jalan Allah kerana mencari ridha Allah dan syurgaNYA serta tathbit (al-Baqarah: 265). Al-Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurayrah, Rasulullah ﷺ bersabda, بَادِرُوا بالأعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا. “Bersegeralah melakukan amalan-amalan salih, sebelum datangnya fitnah-fitnah seumpama potongan-potongan malam yang gelap. Pada waktu pagi, seseorang itu beriman dan pada waktu petang dia menjadi kafir, atau pada waktu petang ia beriman dan pada waktu pagi ia menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan harta dunia yang sedikit.” (Sahih Muslim, hadith 118) Ini isyarat agar banyak beramal salih dan mengikuti syariah Allah, melazimi ilmu, hidup zuhd, zuhd terhadap dunia, mengurangkan kecintaan kepada dunia, mengagungkan Akhirat, agar iman teguh dan tidak rosak, tidak terjatuh ke dalam fitan. . Abid Annuriyy | Master of Shari'ah
Показать все...
Segera beramal salih,
Показать все...
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ya Hudhayfah, pelajarilah kitab Allah, dan ikutilah apa yang terkandung di dalamnya.” (Sunan Abi Dawud, hasan). Dalam riwayat al-Nasa’ei, “…dan amalkanlah apa yang terkandung di dalamnya. 3 kali. Muncul fitnah-fitnah di atas pintu-pintunya ada pendakwah-pendakwah yang mengajak ke Neraka. Sekiranya kamu mati dalam keadaan kamu menggigit akar pokok, itu lebih baik bagi kamu dari mengikuti seseorang dari mereka.” (al-Nasa’ei, Fada’il al-Qur’an, al-amr bi ta’allum al-qur’an wa al-‘amal bih). Diriwayatkan dari Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah ﷺ bersabda, سَتَكُوْنُ فِتَنٌ يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيْهَا مُؤْمِنًا ، ويُمْسِي كَافِرًا ، إلَّا مَنْ أَحْيَاهُ اللهُ بِالْعِلْمِ “Akan muncul fitan, pada waktu pagi seseorang itu mukmin, pada waktu petang ia menjadi kafir, kecuali orang yang dihidupkan dengan ilmu.” (HR al-Darimi, Ibn Majah dan al-Tabarani).
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.