cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Menu Apa Hari Ini

Resipi Masakan khas untuk anda didalam group ini bagi sama sama kita mudahkan urusan dan mencari Resipi Harian🙂

Больше
Рекламные посты
3 042
Подписчики
Нет данных24 часа
-77 дней
-930 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Фото недоступноПоказать в Telegram
Resepi Popia Bersira Sambal . BAHAN-BAHAN: (INTI) 1/2 biji sengkuang (saiz sederhana) 1 batang karot 3 ulas bawang putih 1/4 cwn isi udang Minyak masak Garam secukup rasa 1/2 sk gula 1 pek kulit popia . BAHAN-BAHAN: (SAMBAL SIRA) 1/4 cwn minyak masak 3 ulas bawang putih 1/2 biji bawang besar 7 tangkai cili kering 3 sb sos cili 3 sb gula putih 1-2 sk garam Bijan . BAHAN-BAHAM GAM: 1 sb tepung gandum Sedikit air . CARA-CARA: 1. GAM: - Bancuh tepung gandum dengan sedikit air - Kacau sampai jadi pes yang pekat. . 2. POPIA: - Kupas kulit sengkuang dan carrot. Potong kepada bentuk mancis (untuk carrot boleh guna slicer atau pemarut). - Cincang halus bawang putih dan isi udang (boleh ganti ayam atau udang geragau). - Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai kekuningan. - Masukkan isi udang dan kacau sampai bertukar warna putih. - Masukkan carrot dan garam. Kacau sebati. - Masukkan sengkuang dan kacau sampai layu. - Masukkan gula, kacau sebati dan tutup api. - Angkat dan tapis untuk keluarkan lebihan air/jus. Sejukkan sebelum balut. - Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti sayur dan balut dengan kemas (lipat macam sampul surat dan gulung). - Sapu bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam kemudian gulung sehingga habis. - Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan. . 3. SAMBAL SIRA - Cincang kasar bawang putih dan bawang besar. - Masukkan dalam blender bawang putih, bawang besar, cili kering (rebus dan tapis air) dan sedikit air. Kisar halus. - Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus. Masak sampai pecah minyak. - Masukkan sos cili, gula, garam dan serbuk perasa (pilihan). Kacau sampai pekat. - Tutup api dan masukkan popia goreng. Gaul sehingga popia bersalut sebati dengan kuah sira. - Tabur bijan dan sedia untuk dihidang. . Kredit: Che Nom
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
RESEPI OPOR DAGING PEKAN . BAHAN-BAHAN: 2 kilo daging kerbau | hiris sederhana tebal, tidak terlalu tebal atau nipis 2 peket kecil rempah opor puteri ayu | sepeket untuk sekilo daging 4 sekawan | bgi balance berdasarkan bau Santan (kelapa parut/kotak) 2 keping asam gelugor 3 keping gula kabung/ kerek Garam secukup rasa Gula pasir secukup rasa Minyak secukupnya | untuk menumis . BAHAN KISAR: 7 biji bawang besar | sebiji mayang, 6 biji kisar/ boleh je kisar semua 7 ulas bawang putih (seulas mayang, 6 biji kisar/boleh je kisar semua 7 ulas bawang kecil | kisar 3cm halia 3cm lengkuas 7 batang serai | kisar Sedikit belacan | guna 2 kiub belacan 15 tangkai kering |kisar . CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan 4 sekawan sampai naik bau. 2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang hingga kekuningan. 3. Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, lengkuas, serai) 4. Masukkan lada kering yang dikisar (pastikan betul-betul masak). 5. Masukkan rempah opor yang dibancuh. 6. Masukkan belacan (saya guna belacan yang dah dipotong kiub, saya guna 2 kiub) 7. Kacau sampai naik bau. {tumisan rempah perlu sentiasa dikacau dengan api sederhana). 8. Masukkan daging (potongan daging tak boleh terlalu nipis dan terlalu tebal) 9. Masukkan gula kabung/gula kerek . 10. Masukkan santan (lebih sedap santan yang diperah) 11. Masukkan asam jawa/asam keping atau kedua-duanya pun boleh (bergantung ats rasa). 12. Masukkan garam (saya lebih suka guna garam kasar) 13. Masak sampai daging lembut. . INFO: Opor perlu sentiasa dikacau untuk elakkan rempah hangit. Tapi bila da masuk daging, kacau hingga dasar kuali supaya tidak ada rempah melekat pada kuali. Kacau setiap 2/3 minit. Rasa perlu balance (pedas, masam, masin, manis, lemak dan berempah). Masak opor tidak susah namun perlu ada teknik. Kena pandai balance kan rasa. Tips kena bersabar. . Kredit: rasa
Показать все...
RESIPI SAMBAL AYAM PENYET . BAHAN-BAHAN: 9 biji cili merah 45 biji cili padi 3 biji tomato 4-6 biji bawang merah saiz sederhana 5 ulas bawang putih 3 inci belacan . CARA MEMASAK: 1. Bersihkan semua bahan mentah dan potong kecil (kecuali belacan). 2. Panaskan minyak dan goreng bahan potong tadi. Tomato perlu digoreng akhir sekali kerana ia kan lembik dan berair. 3. Tumbuk semua bahan goreng tadi kasar-kasar. 4. Panaskan minyak dan goreng belacan. Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pecah minyak. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati dengan ayam penyet. . PETUA: Untuk gandakan sambal, guna formula ini. 1 biji tomato + 3 biji cili merah + 15 biji cili padi untuk kombinasi dan tekstur sambal yang sempurna. . Kredit: Rita Zara
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Фото недоступноПоказать в Telegram
Resepi Telur Goreng Tomato . BAHAN-BAHAN: 2 biji telur - 0.80 sen 4 biji tomato cerry-0.30 sen 1 ulas bawang putih dicincang 1/2 sdk serbuk lada putih 1 sdm tomato sos(pilihan) 1 biji cili padi 1/2 sdk garam Sedikit minyak bijan(pilihan) . CARA-CARA: 1. Tomato direndam dalam sir panas untuk mengopek kulitnya. 2. Pecahkan telur, tambah lada putih, serbuk cukup rasa dan garam. Kacau bagi sebati 3. Panaskan minyak goreng telur dan kacau jadi hancur. Angkat dan ketepikan. 4. Dalam kuali sama, tumis bawang putih dan cili. Masukan tomato masak hingga keluar jusnya. Masukan tomato sos 5. Tambah sedikit air. Masukan telur goreng fan kacau rata. Masukan minyak bijan. Angkat dan boleh dihidang.tabur daun bawang . Kredit: Ani Delighted
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Resepi Sup Sayur Fucuk Telur . BAHAN-BAHAN: 4 cawan air 4 ulas bawang merah, dihiris 3 ulas bawang putih, dihiris 10 g ikan bilis, ditumbuk kasar 2biji kentang, dipotong kecil 2 biji telur 20 g sayur fucuk, dikoyakkan kecil-kecil 15 g suhun 1 biji cili merah, dihiris Garam secukup rasa . CARA-CARA: 1. Campurkan air, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan kentang. Didihkan sehingga kentang empuk. 2. Masukkan telur dan biarkan sehingga telur masak. 3. Masukkan sayur fucuk dan suhun serta cili merah. Masak sehingga lembut. 4. Akhir sekali perisakan dengan garam. . Kredit: Dapur Azli Razali
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.