cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

Рекламные посты
741
Подписчики
+224 часа
+27 дней
+330 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Tazkirah Satu Minit: Siri 1574 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *HAIWAN DALAM HIJRAH ARRASUL* 1. Labah-labah: Allah perintahkan labah-labah membuat sarang di pintu Gua Thur tempat Rasulullah SAW dan Abu Bakar bersembunyi bagi mengelirukan kaum kafir Quraisy. 2. Burung Merpati: Allah perintahkan sepasang merpati membuat sarang dan bertelur di muka pintu gua agar golongan kafir tidak menyangka bahawa Rasulullah SAW dan Abu Bakar berada di dalamnya. 3. Unta: Hadiah seratus ekor unta ditawarkan oleh pemimpin kafir Mekah kepada sesiapa yang berjaya menangkap atau membunuh Nabi SAW. 4. Kambing: Ummu Ma'bad yang memiliki kambing yang uzur dan sakit, tiba-tiba mampu mengeluarkan susu yang banyak dengan mukjizat Nabi SAW. 5. Kuda: Allah membenamkan ke dalam pasir kaki kuda Suraqah bin Malik yang berjaya menjejaki Rasulullah SAW untuk mendapat tawaran 100 ekor unta. Afis Khaimi: Selasa, Hari Asyura 1446 = 16 Julai 2024 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Tazkirah Satu Minit: Siri 1573 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *HIJRAH: MATA KABUR TERKENA PASIR* 1. Firman Allah SWT: "Kami jadikan di hadapan dan di belakang mereka dinding dan Kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat." (Yasin: 9) 2. Ayat ini dibaca oleh Rasulullah SAW ketika kaum kafir Quraisy berkomplot untuk membunuhnya pada saat hendak memulakan perjalanan hijrah. 3. Nabi SAW mengambil pasir dan menaburkan di atas kepala 11 pahlawan puak kafir yang sedang mengepung rumah Baginda. 4. Dengan izin Allah maka mata kaum musyrikin menjadi gelap dan diserang mengantuk yang amat sangat sehingga terlepas pedang di tangan. Mereka tidak dapat melihat Nabi SAW dan Abu Bakar keluar dari rumah. 5. Dengan pertolongan Allah, Rasulullah SAW dan Abu Bakar meninggalkan rumah dengan selamat tanpa sebarang halangan bagi memulakan perjalanan hijrah ke Madinah. Afis Khaimi: Isnin,9 Muharam 1446 = 15 Julai 2024 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Tazkirah Satu Minit: Siri 1572 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *DIARY HIJRAH RASULULLAH SAW* 1. 28 Safar - Nabi SAW keluar dari rumah di Mekah bersama Abu Bakar As-Siddiq selepas berjaya melepasi kepungan penyangak² kafir Quraisy. 2. Malam 1 Rabiul Awal - Baginda SAW dan Abu Bakar bermalam di Gua Thur agar tidak dijumpai oleh puak kafir Quraisy yang ingin membunuhnya. 3. 4 Rabiul Awal - Nabi SAW keluar dari Gua Thur dan menemui Abdullah bin Uraiqit yang masih kafir. Seperti yang dijanjikan, Abdullah mengembalikan unta Nabi SAW dan menjadi penunjuk jalan untuk ke Yathrib. 4. 8 Rabiul Awal - Rasulullah SAW tiba di Quba', sebuah kota sebelum Madinah dan mendirikan masjid Quba' sebagai masjid pertama dalam Islam. 5. 12 Rabiul Awal - Junjungan SAW selamat tiba di Yathrib yang kemudian ditukar nama kepada Madinah. Tarikh ini adalah tarikh lahir sebuah negara Islam yang sama dengan tarikh kelahiran dan tarikh wafat Nabi SAW. Afis Khaimi: Ahad,8 Muharam 1446 = 14 Julai 2024 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Tazkirah Satu Minit: Siri 1571 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *ORANG YANG CERDAS* 1. Orang yang meninggalkan dunia, sebelum dia meninggal dunia. 2. Dia bersedekah sampai kaya, buka kaya baru bersedekah. 3. Dia berdakwah sampai alim, bukan sudah alim baru berdakwah. 4. Dia datang ke masjid sampai tua, bukan tua baru ke masjid. 5. Dia beramal sampai ikhlas, bukan ikhlas baru beramal. Afis Khaimi: Sabtu, 7 Muharam 1446= 13 Julai 2024 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Tazkirah Satu Minit: Siri 1570 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *KEWAJIPAN TERHADAP MAYAT* 1. Para ulama' berijmak bahawa menguruskan mayat adalah fardhu kifayah kepada semua orang Islam di kawasan yang berlaku kematian. Jika tiada yang melakukannya di kalangan mereka, masa kesemuanya berdosa. Kewajipan tersebut ialah. 2. Pertama: Memandikan mayat. 3. Kedua: Mengkafankan mayat. 4. Solat ke atas jenazah. 5. Mengebumikan jenazah. Afis Khaimi: Jumaat, 6 Muharam 1446 = 12 Julai 2024 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Tazkirah Satu Minit: Siri 1569 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *TINDAKAN SELEPAS KEMATIAN* 1. Apabila seseorang itu mati, bermakna rohnya telah keluar daripada jasad, maka sunat dilakukan perkara² berikut: 2. Pertama: Memejamkan matanya dan mengikat rahangnya dengan kain supaya mulutnya tidak terbuka. Rasulullah SAW menutup mata Abu Salamah yang meninggal dunia dalam keadaan mata terbuka. 3. Kedua: Melembutkan tulang² sendinya dan dikembalikan ke tempatnya. 4. Ketiga: Meletakkan benda berat di perutnya supaya tidak kembung yang akan menghodohkan pemandangan. Sunat juga ditutup seluruh tubuhnya dengan kain nipis. 5. Keempat: Sunat ditanggalkan semua pakaiannya kecuali kain yang menutup seluruh tubuhnya. Letakkan dia di atas katil atau tempat yang lebih tinggi dari lantai serta dihadapkan ke arah kiblat. Hal ini semua hendaklah dilakukan oleh mahram yang paling dekat dengannya. Afis Khaimi: Khamis,11.7.2024 = 5 Muharam 1446 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Tazkirah Satu Minit: Siri 1568 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *TINDAKAN KETIKA SEDANG NAZAK* 1. Al-Ihtidhoor atau nazak bermaksud tanda-tanda mati yang telah zahir ke atas orang sakit dan roh mula dicabut daripada jasadnya. 2. Dalam situasi ini, sunat bagi ahli keluarga membaringkannya dalam posisi yang sesuai samada di atas lambung kanan dengan muka mengadap kiblat atau terlentang dengan muka diangkat sedikit mengadap kiblat dan kedua tapak kaki sunat diarahkan ke kiblat. 3. Sunat diajar kepadanya kalimah Syahadah secara lembut dan berulang-ulang, tanpa mendesak. Sabda Nabi SAW: "Ajarlah orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan kalimah "La ilaha illallah." 4. Sunat dibaca surah Yasin di sisinya kerana Rasulullah SAW bersabda: "Bacakan kepada orang yang hampir mati di kalangan kamu surah Yasin." 5. Sunat bagi pesakit bersangka baik terhadap Allah dengan berharap bahawa Allah Yang Maha Pengampun akan mengampunkan segala dosanya. Sabda Nabi SAW: "Aku berada di sisi sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku." Afis Khaimi: Rabu,10 Julai 2024 =4 Muharam 1446 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Tazkirah Satu Minit: Siri 1567 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *MENGINGATI MATI* 1. Ingat kepada mati adalah sunat bagi setiap insan kerana Rasulullah SAW bersabda: "Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghancurkan dan memutuskan kelazatan iaitu mati." 2. Sunat juga sentiasa bertaubat dan istiqamah pada jalan Allah sama ada pemuda, orang dewasa atau orang tua yang sudah berumur, sama ada sakit atau sihat. 3. Ini kerana ajal berada dalam simpanan ilmu Allah SWT dan mati pula tidak semestinya lebih hampir kepada orang tua daripada orang muda, begitu juga orang sakit daripada orang sihat. 4. Berapa ramai orang muda yang disambar maut ketika tenggelam dalam mimpi mudanya dan berapa ramai orang tua yang telah berumur, terus hidup dalam keadaan menunggu kedatangan maut hari demi hari. 5. Apabila kita ditimpa sakit, maka tuntutan supaya ingat kepada mati adalah lebih kuat. Begitu juga persediaan untuk mati, lebih perlu dan sangat penting ketika itu. Afis Khaimi:Selasa, 3 Muharam 1446 = 9 Julai 2024 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Tazkirah Satu Minit: Siri 1566 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *SENYUM DAN BERMANIS MUKA* Rasulullah SAW bersabda: "Senyum kamu bagi saudara kamu adalah sedekah." (HR Tirmizi & Abu Zar) 1. Orang yang tersenyum memiliki daya tarikan tersendiri. Orang disekitarnya selesa, senang dan tenang. 2. Ketika seseorang tersenyum, suasana sekitar menjadi lebih riang. Orang lain ikut tersenyum dan merasa bahagia. 3. Senyuman akan mengurangkan stress dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang. 4. Kajian mendapati bahawa tekanan darah ketika tersenyum lebih rendah daripada ketika tidak tersenyum. 5. Dengan banyak tersenyum seseorang akan menggerakkan banyak otot, tidak perlu melakukan face lift dan kelihatan lebih awet muda. Senyum selalu! 🤗🤗🤗 Senyum sentiasa! 😊😊😊 Senyum sokmo! 🥰🥰🥰 Afis Khaimi:Isnin, 2 Muharam 1446 = 8 Julai 2024 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Tazkirah Satu Minit: Siri 1565 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُهُ *KUNCI HIDUP BAHAGIA* Sayidina Ali bin Abi Talib RA menyebut bahawa antara kunci kebahagiaan hidup ialah seperti berikut. 1. Jangan membenci sesiapa, sekalipun ada yang menyalahi hak kamu. 2. Jangan bersedih secara berlebihan, sekalipun masalah memuncak. 3. Hiduplah dalam kesederhanaan, sekalipun serba ada. 4. Berbuatlah kebaikan, sekalipun banyak musibah. 5. Tersenyumlah, walaupun hati kamu sedang menangis. Afis Khaimi:Ahad, 1 Muharam 1446 = 7 Julai 2024 http://t.me/tazkirah1min
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.