cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

TASAWWUR ISLAM SPM

Himpunan Bahan Tasawwur Islam SPM @TasawwurIslam99 Untuk pertanyaan serta perkongsian bahan , sila PM @TASAWWUR_ISLAMbot

Больше
Рекламные посты
3 267
Подписчики
+824 часа
+467 дней
+11330 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Amalkan surah Al-mulk, Solat sunat taubat, Solat sunat witir, Solat tahajud dan solat hajat Maafkan semua kesalahan orang lain. Senyum selalu dan berdoa. Perbanyakkan berselawat Usahakan hafal surah Al-Kahfi (10 ayat awal dan akhir)
Показать все...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Manusia Paling Baik dan Paling Buruk عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya, bahawa seorang laki-laki berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?" Baginda bersabda: "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya." Tanyanya lagi; "Siapakah manusia yang paling buruk?" Jawab baginda: "Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya." (Musnad Ahmad No: 19519) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya serta sentiasa  melakukan amal soleh. 2.  Orang yang paling baik adalah yang paling banyak amal kebaikannya dengan sebab umur yang bertambah dan membolehkannya melakukan amal soleh yang ganjarannya berterusan walaupun dia telah meninggal dunia. 3.  Orang yang paling buruk pula adalah mereka yang diberikan umur yang panjang namun berterusan melakukan amal maksiat dan dosa. 4.  Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Menyia-nyiakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan. Semoga umur yang Allah kurniakan pada kita sentiasa digunakan untuk  mendekatkan diri kepada Allah melalui pelbagai amal soleh khususnya amal yang menjadi fix deposit berterusan walaupun dia telah meninggal dunia seperti mengajarkan ilmu bermanfaat, berdakwah, wakaf dan sebagainya. 23hb Mei 2024 14hb Zulkaedah 1445H
Показать все...
1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Amalkan surah Al-mulk, Solat sunat taubat, Solat sunat witir, Solat tahajud dan solat hajat Maafkan semua kesalahan orang lain. Senyum selalu dan berdoa. Perbanyakkan berselawat Usahakan hafal surah Al-Kahfi (10 ayat awal dan akhir)
Показать все...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا Daripada Abi Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1.Ibadah korban sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi. 2.Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan ibadah korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat. 3.Dalam Mazhab Syafie, kelapangan belanja bermaksud seseorang yang mempunyai wang untuk membeli binatang korban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya pada hari raya dan hari-hari tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah). 4.Dalam Mazhab Hanbali pula, kelapangan belanja ialah mereka yang dapat membeli harga korban walaupun secara meminjam atau berhutang, dan hutang itu mampu dijelaskan. 5.Imam Malik berkata: “Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik) 6.Berusaha melaksanakan ibadat korban agar ia menjadi penghapus kepada dosa-dosa kita dan memberi kelegaan khususnya kepada fakir miskin dan kegembiraan jiran tetangga. 7.Bagi mereka yang berkemampuan dan ada lebihan wang, afdhal  melaksanakan Ibadat Korban di mana kita tinggal. Namun kita juga berpeluang melaksanakannya di luar negara khususnya ke GAZA melalui  MyCARE. Penyertaan korban dibuka. Pilih jenis qurban/akikah, pilih pakej haiwan di negara tertentu, kemudian layari: http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr http://mycare.qrd.by/myqurbanijhr Atau anda juga boleh membuat pembayaran melalui bank online / CDM / cek. Humanitarian Care Malaysia Berhad CIMB Islamic 8602 13 5592 Sila hantarkan maklumat di bawah ke email [email protected] atau Whatsapp ke http://wasap.my/60189677215/60164127004/0197458517 22hb Mei 2024 13hb Zulkaedah 1445H
Показать все...
MyCARE | Nurturing Humanity, Making A Difference

Humanitarian Care Malaysia

Фото недоступноПоказать в Telegram
3
Amalkan surah Al-mulk, Solat sunat taubat, Solat sunat witir, Solat tahajud dan solat hajat Maafkan semua kesalahan orang lain. Senyum selalu dan berdoa. Perbanyakkan berselawat Usahakan hafal surah Al-Kahfi (10 ayat awal dan akhir)
Показать все...
2
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Doa Mustajab عَنْ صَفْوَانَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَدِمْتُ الشَّامَ فَأَتَيْتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فِي مَنْزِلِهِ فَلَمْ أَجِدْهُ وَوَجَدْتُ أُمَّ الدَّرْدَاءِ فَقَالَتْ: أَتُرِيدُ الْحَجَّ الْعَامَ؟ فَقُلْتُ: نَعَمْ. قَالَتْ: فَادْعُ اللَّهَ لَنَا بِخَيْرٍ، فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ: دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ. قَالَ: فَخَرَجْتُ إِلَى السُّوقِ فَلَقِيتُ أَبَا الدَّرْدَاءِ، فَقَالَ لِي مِثْلَ ذَلِكَ يَرْوِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Daripada Shafwan bin 'Abdullah RA berkata: "Saya pernah pergi ke Syam dan mengunjungi Abu al-Darda' RA di rumahnya. Namun saya tidak bertemu dengan beliau, lalu saya pergi menjumpai Ummu al-Darda' RA.  Setelah itu, Ummu al-Darda' RA bertanya kepadaku: "Wahai Shafwan, apakah kamu akan pergi haji pada tahun ini? Saya pun menjawab: "Ya". Ummu al-Darda' RA berkata lagi: "Mohonlah kepada Allah SWT kebaikan untuk kami, kerana Rasulullah SAW telah bersabda: "Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim daripada kejauhan tanpa diketahui olehnya akan terima. Setiap kali dia berdoa untuk kebaikan kepada saudaranya,  disisinya akan ada malaikat yang diutuskan dan  mengucapkan: “Aamiin”  dan berkata:  “Bagi kamu juga akan mendapat seperti itu." Shafwan RA berkata lagi: "Setelah itu saya pergi ke pasar dan di sana saya bertemu dengan Abu al-Darda'. Ternyata dia pun mengatakan seperti itu kepada saya sebagaimana yang diriwayatkannya daripada Nabi Muhammad SAW." (HR Muslim: No 2733) Status Hadis Sahih Pengajaran 1.  Berdoa adalah bukti sifat kehambaan kita di sisi Allah SWT selain daripada usaha dan ikhtiar. 2.  Apabila selesai berdoa, hendaklah kita menutupnya dengan menyebut ‘آمِينَ’ bermaksud: “Perkenankanlah” atau “Ya Allah, terimalah doa kami”. Al-Hafiz al-Munziri berkata:  “Dikatakan bahawa ‘آمِينَ’ merupakan satu nama daripada nama-nama Allah SWT. 3.  Selain daripada berdoa untuk kebaikan buat diri kita, jangan lupa mendoakan kebaikan untuk ahli keluarga serta Muslim lain. Dalam hadis menceritakan Ummul al-Darda’ meminta Shafwan yang akan mengerjakan haji untuk mendoakan kebaikan buatnya sekeluarga. 4.  Antara sebab doa diterima adalah doa orang bermusafir, doa ditempat dan masa tertentu seperti di Mekah, Madinah serta pada hari wukuf di padang ‘Arafah (9 Zulhijjah). Kesemua sebab doa diterima ini dimiliki oleh seseorang yang mengerjakan ibadat haji. Bahkan doa tersebut akan diaminkan oleh malaikat. 5.  Orang yang mendoakan saudaranya yang berjauhan juga akan didoakan Malaikat. عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) 6.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ "Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500) 7.  Perbanyakkanlah doa bukan hanya untuk kita juga untuk orang lain dengan penuh  rasa raja’ (pengharapan) agar doa itu diterima dan rasa khauf  (takut) doa itu akan ditolak. Bagi orang yang bermusafir seperti duyufurahman, jangan lupa menyelitkan doa untuk kami juga saudara kita yang ditindas khususnya di Gaza. 21hb Mei 2024 12hb Zulkaedah 1445H
Показать все...
3
Фото недоступноПоказать в Telegram
Amalkan surah Al-mulk, Solat sunat taubat, Solat sunat witir, Solat tahajud dan solat hajat Maafkan semua kesalahan orang lain. Senyum selalu dan berdoa. Perbanyakkan berselawat Usahakan hafal surah Al-Kahfi (10 ayat awal dan akhir)
Показать все...
👍 2