cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Alhamdulillah 'Ala Kulli Hal - (UGC Aafiyah)

Assalamualaikum, sahabat semua. https://vt.tiktok.com/ZSFtjaYRS// Sebarang pertanyaan boleh klik link -> https://linktr.ee/puannurulnabila Info | Bisnes | Tips & Travel | Sahabat Cikgu Doakan Palestine

Больше
Рекламные посты
2 125
Подписчики
-324 часа
-77 дней
-4130 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih) 2. BANYAKKAN BERZIKIR Firman Allah SWT: حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ Maksudnya: “Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.” (Surah Ali-Imran: 173) 3.MEMPERBANYAK SEDEKAH Daripada Abu Umamah al-Bahili berkata, Rasulullah SAW bersabda: صَنَائِعُ الْمَعْرُوفِ تَقِي مَصَارِعَ السُّوءِ، وَصَدَقَةُ السِّرِّ تُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ، وَصِلَةُ الرَّحِمِ تَزِيدُ فِي الْعُمْر Maksudnya: “Orang-orang yang melakukan kebaikan akan memelihara diri mereka dari nasib buruk. Sedekah secara rahsia menghapuskan kemurkaan Tuhan dan silaturahim pula menambahkan umur.” (HR al-Thabarani, hadis hasan) 4. BERUSAHA MENYENANGKAN AHLI KELUARGA Daripada ِAbu Said al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda, مَنْ وَسَّعَ عَلَى عِيَالِهِ فِي النَّفَقَةِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ Maksudnya: "Siapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan meluaskan rezekinya selama setahun. (HR al-Baihaqi) 5. BERUSAHA MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM Daripada Abu Hurairah R.A katanya: أَنَّ رَجُلاً شَكَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْوَةَ قَلْبِهِ فَقَالَ امْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيمِ وَأَطْعِمْ الْمِسْكِينَ. Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW mengadu tentang hatinya yang keras. Lalu Nabi SAW bersabda: “Usaplah akan kepala anak yatim dan berilah makanan kepada orang miskin.” (HR Ahmad) Sesungguhnya ini adalah kesempatan emas untuk kita menyucikan, memperbaiki diri dan menguatkan nekad azam baru sempena hadirnya bulan Muharam ini. Semoga ia dapat menjadi penambah saham pahala untuk kita di akhirat nanti. Semoga bermanfaat buat ummah. SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA Asma’ Binti Harun & Tim Penyelidikan #UAHSahabatDuniaAkhirat
Показать все...
Sahabat semua, kita sudah di dalam bulan Mulia MUHARAM, belum terlambat untuk azam, tekad banyakkan Amal Ibadah dan Amal Soleh di dalam bulan ini. Kami ada kongsikan cadangan 5 Amalan dalam bulan Muharam, tarikh-tarikh penting dan fadhilat beramal di bawah👇🏻. Dah boleh mula ingatkan anak-anak, keluarga dan sahabat semua. Moga bulan ini menjadi permulaan baik untuk kita istiqamah beramal Soleh keranaNya.🌷🤲🏻 . . Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa Muharam dikira sebagai bulan pertama dalam kalendar hijriah sedangkan hijrah Nabi SAW dari Mekah ke Madinah sebenarnya bermula dari bulan Safar dengan pergi ke rumah Saidina Abu Bakar RA, kemudian ke Gua Thur, dan seterusnya hingga tiba di Quba’ dan Yathrib pada 8 dan 12 Rabiulawal. Ia kerana mengambil semangat tahun itu berlakunya hijrah Nabi SAW, walaupun Nabi SAW berhijrah bukan pada bulan Muharam, tetapi para sahabat telah berazam dan diperintahkan berhijrah lebih awal lagi daripada hijrah Baginda SAW sendiri. Begitulah sehingga bulan Muharam menjadi 4 bulan suci yang disebut dalam hadis Nabi SAW. Daripada Abi Bakrah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: الزَّمَانُ قَدْ اِسْتَدَارَ كَهِيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، السَّنَةُ اِثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو الْقَعِدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضُرٌّ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.” (HR al-Bukhari, hadis sahih) Antara amalan yang disarankan untuk kita melakukan amal soleh sebanyaknya, seperti: 1. MEMPERBANYAK PUASA SUNAT 🔸Puasa Sunat Hari Tasu’a: 9 Muharam 1446H | 15 Julai 2024 LAFAZ NIAT PUASA SUNAT HARI TASU’A نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى Maksudnya: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala” ANJURAN BERPUASA SUNAT HARI TASU’A DAN ‘ASYURA Nabi SAW bersabda: لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram).” (HR Muslim, hadis sahih) 🔸Puasa Sunat Hari Asyura: 10 Muharam 1446H | 16 Julai 2024 LAFAZ NIAT PUASA SUNAT HARI ASYURA نَوَيْتُ صَوْم عَشٌرَ سُنَّة لله تَعَالى Maksudnya: “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala” NABI SAW SENTIASA MENGEJAR UNTUK BERAMAL DALAM BULAN MUHARAM Daripada Ibn Abbas R.Anhuma apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata : مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ Maksudnya : “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini - iaitu hari ‘Asyura” (HR al-Bukhari, hadis sahih) PUASA SUNAT HARI ‘ASYURA DIAMPUNKAN DOSA SETAHUN YANG LALU Daripada Abu Qatadah : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda SAW : أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ Maksudnya : “Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu.” (HR Muslim, hadis sahih) 🔸Puasa Sunat hari Putih: 13, 14 & 15 Muharam 1446 | 19, 20, 21 Julai 2024 NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH) نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.” PUASA HARI PUTIH UMPAMA PUASA SEPANJANG TAHUN Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Фото недоступноПоказать в Telegram
1 Muharram 1446H | 7 Julai 2024 🌙 https://vt.tiktok.com/ZSY4YP3Rm/ Bismillahirrahmanirrahim. Doakan New Project MasyaAllah Aafiyah Dream Box by Aafiyah HQ berjalan lancar. #comingsoon #giftbox #doorgift #love #fyp . 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 1446 𝐇 🕋🕌 “𝐌𝐨𝐠𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐡𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦." 🥰🌹 Linktr.ee/AllahummaSholliAlaMuhammad #MaalHijrah #Muharram #TahunBaru
Показать все...
#comingsoon Aafiyah 🎁 MasyaAllah Aafiyah Dream Box By Aafiyah HQ 🎁 @allahummainniasalukaalaafiyah 🩷🌷 #giftbox #dreambox #giftset #doorgift #fyp
Показать все...
00:26
Видео недоступноПоказать в Telegram
Doa Cepat Makbul Jom sama-sama amalkan semoga doa kita diijabah. Amalan Harian Wanita Bahagia https://vt.tiktok.com/ZSYCTF981/
Показать все...
2.11 MB
"Setiap Sakit ada penawarnya, Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan setiap persoalan pasti ada jawapannya " . Alhamdulillah buku FTR ni dah terbukti berkesan memberi impak dlm hidup pembaca. . Mungkin anda ada masalah rezeki untuk betulkan hati, bersihkan jiwa agar rezeki masuk dengan mudah menggunakan Formula Tarik Rezeki yg terbukti berjaya untuk menarik Rezeki yg melimpah ruah, Kebahagian hati, Kekayaan harta dan Jiwa serta keberkatan hidup di dunia dan Akhirat. . Saya sarankan anda dapatkan ilmu proven sukses ni segera! Dapatkan sekarang... https://t.ly/_FSj3 Jom dapatkan FTR sekarang.. Tak rugi untuk kehidupan anda. Bekalan akhirat kita in sha Allah. 100% money back guarantee.😍😍 https://t.ly/_FSj3 Mana yang masih rasa ragu-ragu dengan buku ni boleh dulu ambil yang free ni >> www.ftrexclusive.com/download-percuma
Показать все...
"Setiap Sakit ada penawarnya, Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan setiap persoalan pasti ada jawapannya " . Alhamdulillah buku FTR ni dah terbukti berkesan memberi impak dlm hidup pembaca. . Mungkin anda ada masalah rezeki untuk betulkan hati, bersihkan jiwa agar rezeki masuk dengan mudah menggunakan Formula Tarik Rezeki yg terbukti berjaya untuk menarik Rezeki yg melimpah ruah, Kebahagian hati, Kekayaan harta dan Jiwa serta keberkatan hidup di dunia dan Akhirat. . Saya sarankan anda dapatkan ilmu proven sukses ni segera! Dapatkan sekarang... https://t.ly/_FSj3 Jom dapatkan FTR sekarang.. Tak rugi untuk kehidupan anda. Bekalan akhirat kita in sha Allah. 100% money back guarantee.😍😍 https://t.ly/_FSj3 Mana yang masih rasa ragu-ragu dengan buku ni boleh dulu ambil yang free ni >> www.ftrexclusive.com/download-percuma
Показать все...
T.LY URL Shortener URL Shortener, Custom Domain & Short Link Management

T.LY is the World's Shortest Free URL Shortener tool that takes a long URL and turns it into short links or QR codes that are easy to share and track the analytics. Create short branded URLs

Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.