cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

AL-MAFAZ: ْالمَفَاز (Fawaid Ilmu:فوائد العلم)

Laman yang menghimpunkan faedah-faedah ilmu Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله- Dikendalikan oleh Ustaz sendiri dan beberapa orang admin dalam kalangan ahli keluarganya. نسأل الله يجعلها خالصًا لوجه الله الكريم

Больше
Рекламные посты
2 197
Подписчики
+424 часа
+347 дней
+11030 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

PERBUATAN RAJA DAN PEMERINTAH BUKAN SEMESTINYA HUJAH DALAM AGAMA Kaedah Penting: أُمُورٌ دُوَليَّة لا دَليِلِيَّة " Urusan Kenegaraan (yakni: Perbuatan raja-raja dan pemerintah) ia bukan dalil (yang ditunjukkan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak)" Kaedah ini dinyatakan oleh Imam Muhammad bin al-Amir al-Son'ani rahimahullah (wft:1182H) dalam Kitabnya Tathir al-'Itiqad 'an adran al-Ilhad ketika membantah perbuatan Raja-raja dan pemerintah yang membina kubah di atas kuburan dan melakukan perkara-perkara yang menyelisihi syariat. Kata Syeikh Abd Aziz al-Rajhi: أمور دولية فعلها بعض الملوك ، وأفعال الملوك يتبع فيها الآخر وليست أمورا دليلية. وليست حجة Urusan kenegaraan yang dilakukan oleh sebahagian raja-raja, dan perbuatan raja-raja akan diikuti oleh orang lain (yakni rakyat dan orang ramai) dan ia bukanlah (semestinya: disokong) oleh dalil, dan ia bukanlah hujah (dalam agama). [ Taufiq Rabb al-'Ibad fi Syarh Tathir al-'Itiqad 'an adran al-Ilhad hal 142-143 ] Kaedah ini penting untuk dizahirkan dalam pengajian agama. Kerana kita tidak mahu mendidik umat Islam hanya menjadi pak turut dan tukang pengampu yakni hanya bertaklid buta terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah. Peringatan sebegini hanya akan datang daripada Ulama Rabbani yang benar-benar takutkan Allah. Adapun ulama yang hanya ingin membenarkan segala kemahuan Raja dan pemerintah, atau pihak tertentu untuk mengejar dunia yang sedikit, khianat kepada raja dan umat dengan tidak memberikan nasihat yang murni yang menepati kebenaran maka tiada daya dan upaya kita melainkan kita hanya berlindung daripada kejahatan mereka dan berpaut kepada Malik al-Mulk, Al-Azim, Al-Jabbar, Al-Mutakkabir, Al-Qahhar Al-'Aziz zul 'Arsyil Majid. Semoga Allah memelihara mufti-mufti dan para ulama dalam negara kita yang ikhlas dan benar dalam nasihat mereka terhadap para Raja dan pemerintah. MFAZ.
Показать все...
💯 7👍 3 1 1
FAEDAH HADIS: TAWADUK ADALAH PERINTAH ALLAH KEPADA NABI ﷺ & UMATNYA Daripada 'Iyadh bin Himar al-Mujasyi'i al-Tamimi al-Darimi r.a, katanya Rasulullah ﷺ bersabda: إِنَّ اللَّهَ أَوْحَى إِلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوا، حَتَّى لَا يَبْغِيَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ، وَلَا يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ " Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar bersikap tawaduk (merendahkan diri) sehingga tidak ada seseorang pun yang akan menzalimi ke atas sesiapa pun, serta agar seseorang tidak bersifat sombong ke atas sesiapa pun. [ HR Abu Daud no:4895, Ibnu Majah no: 4179, Sahih, asalnya dalam Sahih Muslim no:2865, rujuk juga Sahih al-Jaami' no:1726, Sahih al-Adab al-Mufrad no: 329 ] Catatan: 1. 'Iyadh bin Himar al-Mujasyi'i al-Tamimi al-Darimi -r.a termasuk sahabat lama Nabi Muhammad ﷺ ketika Jahiliyyah sebelum Islam. Beliau ketika masih dalam kesyirikannya pernah mendatangi Nabi ﷺ dan ingin menghadiahkan baginda seekor unta yang terbaik yang beliau ada, kemudian hadiahnya ditolak oleh Nabi ﷺ kemudian ketika beliau mengisytiharkan islamnya barulah baginda ﷺ menerima hadiahnya itu. Beliau kemudiannya menetap di Basrah. 2. Beliau seorang yang agak kusut dan usang pakaian dan penampilannya sehingga beliau pernah mengadu kepada Nabi ﷺ beliau dicela oleh seorang lelaki yang lebih hina kedudukan daripadanya dalam kalangan kaumnya lantas beliau bertanya Nabi ﷺ adakah patut beliau membalas celaan tersebut dan membela dirinya ?. Lalu Nabi ﷺ bersabda: المستبَّانِ شيطانانِ يتَهاترانِ ويتَكاذَبانِ Dua orang yang saling mencela kedua-duanya adalah syaitan yang saling menjatuhkan dan saling berdusta (dalam perkataan dan tuduhan mereka) [ Sahih al-Jaami' no:6696, Majmak al-Zawaid 8/78 ] 3. Termasuk bentuk tawaduk adalah tidak membalas celaan atau tohmahan golongan yang lebih rendah kedudukannya atau yang lebih tinggi kedudukannya daripada kita. Kerana jika kita mula melayan celaan tersebut kita juga adalah sama menjadi syaitan (jahat) dan akan bersikap zalim serta akan terjerumus kepada pendustaan apabila terlalu ingin membela diri sendiri. 4. Hadis dan kisah 'Iyadh ini mengisyaratkan kepada kita agar menjauhkan diri kita daripada termasuk menjadi dua syaitan yang bertengkar atau saling mencela lalu berdusta. Ia juga adalah petunjuk agar kita tidak cepat melatah untuk melayan semua kata-kata orang lain terhadap kita dan itu termasuk daripada tuntutan sifat tawaduk. Wallahualam. MFAZ.
Показать все...
👍 3💯 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
4😢 2 1🔥 1🕊 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
3👍 2
أتاني أن سهلا ذم جهلا ... علوما ليس يعرفهن سهل علوما لو قراها ما قلاها ... ولكن الرضا بالجهل سهل
Показать все...
👍 2😢 2 1
سهل هو سهل، لكن ليس بسهل لمن جهل وكسل - المفاز-
Показать все...
7🥰 1🕊 1
Benarkah Imam al-Syafi'i berguru daripada seorang budak tiga tahun (yakni: Sahl al-Tustari) ? Rujuk dan baca dengan teliti pautan di bawah: https://t.me/mfazilmu/2269 https://t.me/mfazilmu/2271
Показать все...
👍 3
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.