cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Telegram Channel Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ini adalah satu inisiatif untuk membantu pengguna jalan raya umumnya dan pelanggan JPJ khususnya yang memerlukan info-info terkini dan hebahan maklumat serta menangani Isu Viral yang tidak sahih.

Больше
Рекламные посты
16 573
Подписчики
+224 часа
-137 дней
-6930 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Фото недоступноПоказать в Telegram
PENAT MEMANDU? HENTI DAN REHAT! Bahaya Memandu Ketika Letih: Memandu antara jam 10 malam hingga subuh meningkatkan risiko kemalangan maut sebanyak 4 kali ganda! Tanda-Tanda Anda Letih: -Menguap berterusan -Mata terasa berat -Perasaan gelisah -Tindak balas perlahan -Sering terlebih membelok -Bosan dan kurang fokus -Tips untuk Kekal Cergas di Jalan Raya: Berehat setiap 2 jam perjalanan. Berhenti serta-merta jika rasa penat, atau tukar pemandu. Tidur sekejap selama 20 minit untuk segarkan diri. Minum air yang mencukupi sepanjang perjalanan. Ingat, Keselamatan Anda Utama: Jangan abaikan tanda amaran letih. Keselamatan anda dan orang lain bergantung padanya. #MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
12 Langkah Memotong dengan Selamat Ingat Sebelum Memotong: -Fahami kelajuan dan keupayaan kenderaan anda. -Nilai kelajuan kenderaan yang hendak dipotong dan trafik dari arah bertentangan. -Memotong hanya di sebelah kanan. -Langkah-langkah Memotong: -Tentukan keperluan memotong. -Perhatikan keadaan hadapan. -Periksa cermin belakang. -Beri isyarat ke kanan. -Bergerak ke kanan. -Bunyi hon jika perlu. -Lajukan kenderaan. -Bergerak ke kiri selepas memotong. -Beri isyarat ke kiri. -Matikan isyarat selepas memotong. -Kembali pada kelajuan asal. Pesanan Penting! Jika ragu-ragu, tunggu sehingga anda yakin selamat untuk memotong. Untuk maklumat lanjut, lawati www.jpj.gov.my. #MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Lebih Laju Dipandu, Lebih Kuat Kesan Hentakan! Tahukah anda? Kesan hentakan pada kelajuan 100 km/j bersamaan dengan kenderaan yang jatuh daripada bangunan 12 tingkat! Pada kelajuan 50 km/j, kesannya sama dengan jatuh dari bangunan 3 tingkat. Ingat, kelajuan membunuh! Pandu dengan cermat untuk keselamatan bersama. #MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Jaga Jarak, Selamat Sampai! 🚗🚕🚙 Elakkan Kemalangan! Jangan mengikut kenderaan lain terlalu rapat semasa memandu. Pastikan anda sentiasa menjaga jarak selamat untuk mengelakkan risiko kemalangan. Kenapa Penting Jaga Jarak? 🚦 Keselamatan: Memberi masa yang mencukupi untuk bertindak balas jika kenderaan di hadapan berhenti secara tiba-tiba. 📏 Kawalan: Memastikan anda dapat mengawal kenderaan dengan lebih baik dalam sebarang situasi kecemasan. ⏱️ Tindakan: Mengelakkan tekanan dan memandu dengan lebih tenang. Ingat! Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan anda. Jangan memandu melebihi had laju. Pastikan anda mempunyai jarak yang mencukupi untuk berhenti dengan selamat jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba. Keselamatan anda di tangan anda. Pandu cermat, selamat sampai ke destinasi. #MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Selamatkan Nyawa Anda dengan Tali Pinggang Keledar! Elakkan Tragedi: Tanpa tali pinggang, anda 30 kali lebih berisiko tercampak keluar dari kenderaan! Kematian Hampir Pasti: 75% yang tercampak keluar dalam kemalangan maut tidak terselamat. Lindungi Diri dan Keluarga: Penggunaan tali pinggang mengurangkan risiko kecederaan maut sebanyak 50% untuk penumpang depan dan 75% untuk penumpang belakang. #MOTMalaysia #JPJ2024 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat #jpjebid
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
7 Isyarat Amaran Brek Perlu Diperiksa! 🚗🛠️ Jangan abaikan tanda-tanda ini! Keselamatan anda bergantung pada brek yang berfungsi dengan baik: BUNYI: Bunyi berciut atau ketukan semasa membrek. SERET: Kenderaan terseret ke tepi apabila membrek. PEDAL RENDAH: Pedal brek mencecah ke lantai. PEDAL KERAS: Pedal brek perlu dipijak dengan kuat. MENCENGKAM: Brek mencengkam dengan sedikit sentuhan. BERGETAR: Pedal brek bergetar walaupun semasa membrek normal. LAMPU: Lampu brek menyala pada papan pemuka. Pemeriksaan brek secara rutin adalah penting! Pastikan keselamatan anda dan penumpang dengan melakukan pemeriksaan brek secara berkala. Untuk maklumat lanjut, layari www.jpj.gov.my. #MOTMalaysia #JPJ2024 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat #jpjebid
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA PUTRAJAYA, 20 Mei 2024- Membudayakan masyarakat terhadap kepekaan kepada keselamatan jalan raya merupakan salah satu langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Bagi memastikan masyarakat mendapat pendidikan awal mengenai pendidikan keselamatan jalan raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan Jalan Raya Ibu Pejabat mengadakan Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Agama & Tahfiz Muhammad Al-Fateh, Presint 9, Putrajaya semalam. Seramai 70 orang murid Sekolah Agama & Tahfiz Muhammad Al-Fateh, telah diberi penerangan tentang peraturan dan cara lalu lintas yang betul dan selamat. JPJ akan melaksanakan program-program berbentuk advokasi sebegini bagi mencapai visi dalam menjadikan “Malaysia Sebuah Negara Sifar Kematian Akibat Nahas Jalan Raya” sekaligus memupuk kesedaran kepada pemandu kenderaan supaya sentiasa peka dengan kenderaan yang dipandu di samping menerapkan budaya pemanduan yang selamat ketika berada di jalan raya.
Показать все...
Jom rakyat Johor! jumpa kami Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di Pusat Beli-Belah Angsana Johor Bahru Mall bersempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan. Pelbagai perkhidmatan disediakan antaranya: 1. Pertukaran Topi Keledar 2. Pameran Advokasi Keselamatan Jalan Raya 3. Pendaftaran JPJeID & MyJPJ 4. Kaunter Begerak JPJ Mobile #MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.