863
Подписчики
-124 часа
-27 дней
-530 дней
Архив постов
+6
🇲🇾 TERIMA KASIH & TAHNIAH! 🇲🇾
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SK Sungai Kertas 2026 dengan penuh semangat, keceriaan dan kenangan yang indah. ❤️🤍💙💛
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru, AKP, murid-murid serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan setiap aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan.
Terima kasih juga kepada ibu bapa dan komuniti SK Sungai Kertas atas sokongan, kerjasama dan semangat yang diberikan. Sesungguhnya, kejayaan program ini adalah hasil usaha dan kebersamaan kita semua. 👏🇲🇾
Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan cinta akan tanah air terus subur dalam diri setiap warga SK Sungai Kertas.
Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat yang hidup dalam jiwa. 🇲🇾❤️
✨ SKSK HEBAT, CEMERLANG, LUAR BIASA! ✨
Link pautan Facebook SK Sungai Kertas 👇🏻
https://www.facebook.com/share/p/1CgKzrQAuW/?mibextid=wwXIfr
Jangan lupa Like, Comment Dan Share. 🌹
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Wan Ayden Faiq bin Wan Azizul Fitri dari Kelas 6 ADAB atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam acara Berbasikal BMX Flatland Lelaki di SUKMA XXII Selangor 2026.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah. Semoga terus cemerlang dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya! 🎉🏅🚴
Assalammualaikum dan salam sejahtera
Mohon ibubapa /penjaga tahun 1 sesi 2027 ( 7 tahun dan 6 tahun) sila masuk semula group tahun 1 2027 kerana ramai ibubapa/penjaga terkeluar dari group tersebut.Mohon isi link di bawah.Sebarang kesulitan amat dikesali.
Terima kasih
Assalamualaikum dan selamat sejahtera ibu bapa semua.
Ada topi murid dijumpai di Rumah Hantu. Topi tersebut kini ada dengan saya.
Bagi ibu bapa yang anaknya ada tertinggal/terhilang topi, boleh maklumkan atau hubungi saya Cikgu Safuan secara peribadi (PM) untuk ambil ya. Terima kasih!
🇲🇾❤️ SETULUS PENGHARGAAN BUAT IBU BAPA SK SUNGAI KERTAS ❤️🇲🇾
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ibu bapa SK Sungai Kertas atas kesudian hadir dan bersama-sama memeriahkan Karnival Semarak Merdeka 2026. 🇲🇾🎉
Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan bukan sekadar memeriahkan suasana, malah menjadi tanda kasih, sokongan dan kebersamaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Senyuman, sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh ibu bapa pastinya menjadi kenangan indah buat anak-anak. Sesungguhnya, kejayaan sesuatu program bukan hanya terletak pada usaha warga sekolah, tetapi turut disempurnakan dengan sokongan padu ibu bapa.
Terima kasih kerana sentiasa berdiri bersama kami dalam membina generasi yang berilmu, berakhlak dan cinta akan tanah air. ❤️
Semoga jalinan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa terus kukuh demi kecemerlangan anak-anak SK Sungai Kertas.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda, dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 10 Ogos 2026 ( Isnin ). Murid akan bersekolah mengikut jadual pada 11 Ogos 2026 ( Selasa ).
🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
Daripada seluruh warga SK Sungai Kertas dan Persatuan Ibubapa dan Guru, dengan penuh penghargaan dan kasih sayang. 🌺
🇲🇾 JOM HADIR KE KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 🇲🇾
🏦 BOOTH HONG LEONG BANK
📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas
💳 PEMBUKAAN AKAUN UNTUK IBU BAPA & ANAK-ANAK
👨👩👧 Akaun Dewasa
✅ Deposit permulaan hanya RM20
👶 Akaun Kanak-kanak (Bawah 18 Tahun)
✅ Deposit permulaan hanya RM1
📌 Tiada caj pembukaan akaun.
Deposit adalah milik pelanggan sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam akaun sendiri.
📄 DOKUMEN DIPERLUKAN
👤 Ibu / Bapa
• MyKad
🧒 Anak-anak
• MyKid / MyKad / Sijil Lahir
🎁 NIKMATI KEMUDAHAN
✅ Pembukaan akaun yang mudah & pantas
✅ Pendaftaran HLB Connect (Perbankan Dalam Talian)
✅ Kad Debit (tertakluk kepada jenis akaun & kelulusan)
✅ Akaun simpanan untuk seisi keluarga
🎉 Jangan lepaskan peluang! Singgah ke Booth Hong Leong Bank semasa Karnival Semarak Merdeka dan buka akaun anda hari ini.
Kami menanti kehadiran anda! 🇲🇾
📞 Muhamad Nor
📱 019-2973207
Sekiranya terdapat ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai SSM yang masih aktif dan berminat untuk membuka *akaun syarikat (Company Account)*, mereka juga dialu-alukan hadir ke *Booth Hong Leong Bank semasa Karnival Semarak Merdeka*.
💳 *Promosi pembukaan akaun syarikat hanya dengan deposit permulaan RM50.*
📄 Dokumen diperlukan:
• MyKad pemilik
• Dokumen SSM yang masih aktif
📢 MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA, PENJAGA, ALUMNI DAN PENDUDUK SETEMPAT
🇲🇾 Jangan lupa hadir memeriahkan Karnival Semarak Merdeka SK Sungai Kertas! 🇲🇾
📅 Tarikh: Sabtu, 8 Ogos 2026
🕗 Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: SK Sungai Kertas
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga seperti:
✨ Mini Zoo
✨ Gerai jualan makanan & minuman
✨ Permainan kanak-kanak
✨ Pertandingan mewarna
✨ Pelbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan!
🎁 Jangan lepaskan peluang menyertai CABUTAN BERTUAH!
🌟 Hadiah Utama: 📺 Televisyen LED 32 Inci
Semakin meriah kehadiran anda, semakin bermakna sambutan Bulan Kebangsaan kita. Ayuh bawa bersama ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan Karnival Semarak Merdeka SK Sungai Kertas.
🎉 Jumpa anda di sana! Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
🇲🇾 JOM HADIR KE KARNIVAL SEMARAK MERDEKA 🇲🇾
🏦 BOOTH HONG LEONG BANK
📅 Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas
💳 PEMBUKAAN AKAUN UNTUK IBU BAPA & ANAK-ANAK
👨👩👧 Akaun Dewasa
✅ Deposit permulaan hanya RM20
👶 Akaun Kanak-kanak (Bawah 18 Tahun)
✅ Deposit permulaan hanya RM1
📌 Tiada caj pembukaan akaun.
Deposit adalah milik pelanggan sepenuhnya dan dimasukkan ke dalam akaun sendiri.
📄 DOKUMEN DIPERLUKAN
👤 Ibu / Bapa
• MyKad
🧒 Anak-anak
• MyKid / MyKad / Sijil Lahir
🎁 NIKMATI KEMUDAHAN
✅ Pembukaan akaun yang mudah & pantas
✅ Pendaftaran HLB Connect (Perbankan Dalam Talian)
✅ Kad Debit (tertakluk kepada jenis akaun & kelulusan)
✅ Akaun simpanan untuk seisi keluarga
🎉 Jangan lepaskan peluang! Singgah ke Booth Hong Leong Bank semasa Karnival Semarak Merdeka dan buka akaun anda hari ini.
Kami menanti kehadiran anda! 🇲🇾
📞 Muhamad Nor
📱 019-2973207
💬 https://wa.me/60192973207
📢 MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa bermula esok hingga hari Jumaat, pihak sekolah akan membuka 🐰 Mini Zoo Arnab sempena 🇲🇾 Karnival Semarak Kemerdekaan SK Sungai Kertas 2026.
Murid-murid yang ingin mengunjungi Mini Zoo Arnab bolehlah mendapatkan tiket dengan harga promosi RM3.00 sahaja.
🎫 Bayaran boleh dibuat menggunakan:
✅ Kupon Karnival
✅ Wang tunai (cash)
📌 Harga promosi RM3.00 ini sah sehingga hari Jumaat sahaja. Pada hari Karnival, harga tiket akan kembali kepada RM5.00.
Jom beri peluang kepada anak-anak merasai pengalaman melihat arnab dengan lebih dekat sambil memeriahkan Karnival Semarak Kemerdekaan SK Sungai Kertas 2026.
🇲🇾 Jom semarakkan Karnival Semarak Kemerdekaan SK Sungai Kertas 2026!
