cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Zarimi Shubrawi

السلام عليكم ورحمةالله وبركاته Channel ini bertujuan sebagai satu medium sebaran bagi memaksimumkan penggunaan media baru demi untuk melihat Islam sentiasa disampaikan walau apa cara sekalipun. Terima kasih kepada semua subscribers 😍 Semoga bermanfaat

Больше
Рекламные посты
401
Подписчики
+124 часа
+37 дней
+130 дней
Время активного постинга

Загрузка данных...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
Анализ публикаций
ПостыПросмотры
Поделились
Динамика просмотров
01
| KEMAS KINI PLAYLIST PENGAJIAN MUNYATUL MUSOLLI | Alhamdulillah kami selesai mengemas kini playlist rakaman pengajian Munyatul Musolli bersama al-Fadhil Ustaz Mahadi Mohammad. Pengajian Talaqqi Kitab Fiqh Munyatul Musolli Karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani -rhm- Huraian oleh: Ustaz Mahadi Mohammad | Pensyarah UniSZA Pautan playlist rakaman pengajian: https://youtube.com/playlist?list=PL2vwf0TkREMTH3KWUvXKHYxciTXvE1fA6 Kuliah Maghrib Mingguan | Setiap Ahad | Masjid Lama Pengadang Baru Lokasi Masjid: https://maps.app.goo.gl/3WLzumWLNtwUPLZ88 Pautan PDF Kitab: https://ia601607.us.archive.org/3/items/MunyahAlMusolli/Munyah%20al-Musolli.pdf Kredit: Tim Tafaqquh Fī Al-Dīn & Ridzuan Dolah
270Loading...
02
KISAH SULTAN MUHAMMAD AL FATIH DIPUKUL GURUNYA Sebagai seorang sultan yang agung, Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah takut pada mana-mana makhluk. Maharaja Rom sendiri terusir dari istananya disebabkan serangan dari Al-Fatih. Namun, Sultan Muhammad al-Fatih sangat takut pada guru-gurunya. Perasaan takut ini lahir dari rasa hormat yang sangat mendalam. Setiap kali berjumpa guru-gurunya, Sultan Muhammad al-Fatih akan tunduk dan cium tangan gurunya. Apabila guru-gurunya masuk ke dalam majlisnya, Sultan Muhammad al-Fatih akan segera bangun dari tempat duduk. Suatu ketika, seorang guru Sultan Muhammad al-Fatih yang bernama Syeikh Aq Syamsuddin masuk ke istana ketika Sultan Muhammad al-Fatih sedang bermesyuarat dengan para pembesarnya. Melihat kedatangan gurunya itu, Sultan Muhammad al-Fatih kelam kabut bangun menyambut gurunya. Perdana Menteri Uthmaniyah yang bernama Mahmud Pasha bertanya pada Sultan mengapa baginda menyambut Syeikh Aq Syamsuddin sebegitu sedangkan baginda tidak pernah melakukannya pada sesiapa. Sultan Muhammad al-Fatih menjawab, "Perasaan hormatku pada lelaki ini (Syeikh Aq Syamsuddin) sangat mendalam. Apabila orang-orang lain berada di sisiku, tangan mereka akan menggeletar. Sebaliknya, apabila aku melihatnya, tangan aku pula yang menggeletar.” Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih boleh memiliki sifat menghormati guru begini? Jawapannya, ayahnya sendiri yang memberikan rotan pada gurunya. Ketika Sutan Muhammad al-Fatih remaja, ayahnya iaitu Sultan Murad telah mengamanahkan pendidikan Sultan Muhammad al-Fatih pada seorang ulama yang sangat tegas dan garang yang bernama Mullah Kurani. Di samping itu, Sultan Murad II juga memberikan rotan atau kayu pada Mullah Kurani supaya Mullah Kurani memukul Sultan Muhammad al-Fatih sekiranya al-Fatih ingkar dengan sebarang arahan Mullah Kurani. Dalam sebuah majlis di istana, Mullah Kurani berkata pada Sultan Muhammad al-Fatih “Ayahmu telah mengutuskan aku kepadamu dan menyuruhku untuk mengajarimu. Baginda memerintahkan aku untuk memukulmu sekiranya engkau mengingkari perintahku” Mendengar kata-kata Mullah Kurani itu, Sultan Muhammad al-Fatih pun ketawa kerana baginda menyangka Mullah Kurani hanya bergurau dengannya. Maka Mullah Kurani terus memukul Sultan Muhammad al-Fatih dengan kuat sambil dilihat oleh para pembesar dan hadirin yang hadir dalam majlis itu. Sejak itu, Sultan Muhammad al-Fatih sangat takut dengan Mullah Kurani. Baginda tidak berani membantah setiap suruhan dan arahan Mullah Kurani. Hasilnya, dalam tempoh yang singkat baginda berjaya menghafaz Al-Qur’an di bawah bimbingan Mullah Kurani. Maka ketahuilah, sultan yang telah berjaya 'memukul' empayar Rom, pernah dipukul oleh gurunya! Gambar : Suatu ketika dahulu saya menziarahi makam Mullah Kurani, guru Sultan Muhammad al-Fatih di Istanbul. # Insya Allah buku tulisan saya tentang kisah Sultan Muhammad al-Fatih akan diterbitkan. Hasanuddin Yusof Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam
340Loading...
03
[Sayyidah Sumayyah, wanita lambang kemantapan iman] 1- Sayyidah Sumayyah رضي الله عنها adalah satu susuk tubuh yang namanya dikenali ramai. Beliau adalah di kalangan mereka yang terawal masuk Islam 2-Setelah mana beliau dan suaminya memeluk Islam, perkara ini diketahui oleh Bani Makhzum, ketuanya ketika itu Abu Jahal 3-Bermulalah episod azab dan penyeksaan di bawah panas terik kepada keluarga ini, Yasir, Sumayyah dan Ammar. Namun , anaknya Ammar terselamat kerana terpaksa berpura-pura membenci Islam.
360Loading...
04
[Sayyidah Sumayyah, wanita lambang kemantapan iman] 1- Sayyidah Sumayyah رضي الله عنها adalah satu susuk tubuh yang namanya dikenali ramai. Beliau adalah di kalangan mereka yang terawal masuk Islam 2-Setelah mana beliau dan suaminya memeluk Islam, perkara ini diketahui oleh Bani Makhzum, ketuanya ketika itu Abu Jahal 3-Bermulalah episod azab dan penyeksaan di bawah panas terik kepada keluarga ini, Yasir, Sumayyah dan Ammar. Namun , anaknya Ammar terselamat kerana terpaksa berpura-pura membenci Islam. 4-Penyeksaan yang sangat dahsyat dilakukan, akan tetapi iman yang mereka pamerkan lebih dashyat lagi sehinggalah mereka mendapat berita gembira syurga dari Rasulullah ﷺ صبرا آل ياسر، فإن موعدكم الجنة ((Sabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempat yang dijanjikan buat kalian ialah syurga)) 5- Abu Jahal memilih wanita untuk diazab lebih awal kononnya wanita akan cepat mengalah dan kembali ke agama asal, tetapi ia tersalah orang. Kentalnya iman Sumayyah sehinggalah Abu Jahal cukup marah dengannya sehinggalah ia terus menyula kemaluan Sayyidah Sumayyah dengan tombak. 6-Akhirnya Sumayyah syahid. Namanya harum disebut sebagai wanita yang kental imannya dan wanita pertama syahid bahkan secara mutlak, beliau adalah orang pertama syahid dalam Islam. 7- Yasir dan Sumayyah kedua-dua suami isteri telah meraih kedudukan syahid. Wahai para Dhuyufurrahman yang datang Mekah, sekurang kurang apabila sampai Mekah, ziarahlah: - Sayyidah Khadijah dan ahli perkuburan Maa'la - Sayyidah Sumayyah dan suaminya di perkuburan Syubaikah (berhadapan hotel Anjum) Tidak jauh dari Masjidil Haram. Ambiklah peluang ziarah. Doalah supaya kita, ahli keluarga dan semua kita diberi kekuatan iman seteguh mereka والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب Catatan ringkas: Abu Abbas Muhammad Shahir
370Loading...
05
Media files
660Loading...
06
Alhamdulillah selepas beberapa bulan, aku selesai compilekan mp3 30 juz' bacaan2 Sheikh Shuraim dalam solat. Kebanyakannya adalah dari 10 tahun terakhir, tapi ada beberapa surah/bahagian memang tak jumpa bacaan terbaru. Aku cari bacaan2 tu di Youtube dan kumpulkan dalam format mp3. Pada aku bacaan2 Sheikh Shuraim yang mutaakhir ni dia lebih tenang sikit dari zaman muda2 dia dulu🙂. Kalau siapa2 yang berminat, link untuk download ada di komen.
930Loading...
07
*updated download link* https://www.dropbox.com/scl/fi/j03skmq5r7ybxumdi9gyn/Sheikh-Shuraim-new-playlist.rar?rlkey=f1gntzw2kmq86m53ix7guawy1&st=a2iiwgfp&dl=0 _____________________ https://drive.google.com/file/d/1MYP8sfwKfCTDEzKUNCLmkF3lxVaDm21W/view?usp=drive_link download link
740Loading...
08
Amalan Yang Istiqamah Lebih Dikasihi Walaupun Sedikit عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَحْتَجِرُ حَصِيرًا بِاللَّيْلِ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ وَيَبْسُطُهُ بِالنَّهَارِ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَثُوبُونَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُصَلُّونَ بِصَلَاتِهِ حَتَّى كَثُرُوا فَأَقْبَلَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ Daripada Aisyah RA bahawa pada suatu malam Nabi SAW mengambil tikar yang diperbuat daripada pelepah dan daun tamar untuk dijadikan dinding tempat baginda bersolat di waktu malam dan di waktu siang baginda menghamparkan tikar daun tamar itu dan duduk di atasnya, orangpun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu solat sepertinya sehingga ramai yang mengikutinya, Rasulullah datang dan menemui mereka lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit." (HR Bukhari No: 5413) Status: Hadis Sahih. Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam kehidupan seharian dan dalam beribadat. Sebagai manusia maksum yang dosa-dosanya diampunkan Allah, walaupun di siang harinya sibuk dengan urusan bermasyarakat dan Negara namun baginda masih kuat untuk beribadat di malam hari dan memohon keampunan daripada Allah. 2.  Rasulullah SAW amat bersederhana dalam kehidupan. Baginda tidak menyediakan tempat yang khusus dan indah untuk beribadat. Menggunakan tikar yang diperbuat daripada pelepah tamar yang juga digunakan diwaktu siang sebagai tempat alas duduk dan di waktu malam dijadikan dinding untuk baginda jadikan penghadang untuk solat malam. 3.  Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk mengajar kita secara praktikal supaya hidup dengan cara yang mudah, reda dengan apa yang ada serta beribadat dengan cara yang tidak memberatkan. 4.  Perbuatan Rasulullah SAW melaksanakan solat sunat di malam hari itu telah menyebabkan ramai sahabat berhimpun untuk mengikutinya. Bagi mengelakkan ianya dianggap “wajib” oleh para sahabat, lalu Rasulullah memberikan arahan dan panduan beribadat iaitu buatlah  sekadar yang termampu dan tidak diberatkan agar ia tidak berasa jemu. 5.  Amalan yang paling baik dan dikasihi Allah ialah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit. 23hb Jun 2024 16hb Zulhijjah 1445H
720Loading...
09
Pemegang kunci kaabah Syaikh Dr. Soleh al-Syaibi telah meninggal dunia dan jenazah beliau selamat disolatkan usai solat Fardhu Subuh sebentar tadi, 16 Dzulhijjah 1445H. Beliau dipertanggungjawabkan membuka, mengunci, membersihkan, pertukaran kiswah kaabah dan apa yang berkaitan dengan kebajikan kaabah. Beliau juga pemegang phD dalam bidang Pengajian Islam dan merupakan pensyarah di salah sebuah Universiti di Saudi. Pemegang kunci kaabah ini sebenarnya hanya diberikan amanah khusus kepada keluarga Syaibah sahaja setelah Nabi Saw sendiri berikannya kepada Uthman bin Talhah (Keluarga Bani Syaibah) ketika pembukaan kota Mekah. Kata Nabi Saw: هاك مفتاحك يا عثمان اليوم يوم بر ووفاء "Ambillah kuncimu ini, wahai ‘Uthman. Hari ini merupakan hari kebaikan dan mengotakan janji" (Direkod oleh Ibn Ishak) Memang keluarga syaibah sebelum itu diberikan amanah memegang kunci kaabah semenjak zaman Qushay bin Kilab. Kedatangan Nabi malah menguatkan status Uthman walaupun beliau tidak lagi memeluk Islam ketika itu. Amanah ini kekal dan dikhususkan kepada keluarga Syaibah sahaja untuk memegangnya sepanjang hayat. Affuan Che Mansor 17 Dzulhijjah 1445 Makkah.
620Loading...
10
Pemegang kunci kaabah Syaikh Dr. Soleh al-Syaibi telah meninggal dunia dan jenazah beliau selamat disolatkan usai solat Fardhu Subuh sebentar tadi, 16 Dzulhijjah 1445H. Beliau dipertanggungjawabkan membuka, mengunci, membersihkan, pertukaran kiswah kaabah dan apa yang berkaitan dengan kebajikan kaabah.
580Loading...
11
Masjid Khozandarah sebagai pusat Talaqqi Al-Quran dan Qiraat. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Maahad Qiraat Shoubra. Bentuk bangunan yg bergitu cantik. Hiasan2 yg tersusun rapi Menggambarkan keindahan Al-Quran Al-Kareem. Di sini lah pelajar2 Maahad Qiraat Shoubra khususnya pelajar Malaysia menuntut ilmu dan Talaqqi Al-Quran Qiraat. Terdapat ramai Masyaikh Al-Azhar yg hebat2 khususnya bidang Qiraat berkhidmat sepenuh masa meluangkan masa utk mengajar dan bertalaqqi AlQuran Qiraat. Antaranya Syeikh Reda, Syeikh Hasan, Syeikh Mahmud, Syeikh Toha, Syeikh Muhammad dll. Kebiasaannya pelajar2 akan bertalaqqi bersama Syeikh pada siang hari bermula pada pukul 10.00pg smpai 3.30ptg. Pada setiap hari kecuali Hari Jumaat dan Sabtu(termasuk cuti umum Mesir). Klu waktu cuti biasanya Syeikh akan suruh kita dtg rmhnya utk bertalaqqi. MashaAllah. Hebatnya pengorbanan Masyaikh AlAzhar utk mengajar AlQuran setiap masa. Setiap waktu dengan AlQuran. Smoga Allah limpahkan rahmat kepada Masyaikh2 AlAzhar. InshaAllah Amin. Cnp : Muhammad Taufiq Al-Sa'iidi
790Loading...
12
Masjid Khozandarah sebagai pusat Talaqqi Al-Quran dan Qiraat. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Maahad Qiraat Shoubra. Bentuk bangunan yg bergitu cantik. Hiasan2 yg tersusun rapi Menggambarkan keindahan Al-Quran Al-Kareem.
780Loading...
13
Rindu nak ziarah tempat² bersejarah di Mesir.. sirah para anbiya di Mesir Ummu dunya
630Loading...
14
19. Syeikh Salehuddin Isa sanad kepada Syeikh Ahmad Mustafa kepada Az-Zayyaat. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Qiraat Tujuh Syatibiyyah. 20. Membaca (Al-Quran) oleh Fadhilatus Syeikh dengan Ramai Masyaikh-Masyaikh di Maahad-Maahad Qiraat. 21. Membaca (Al-Quran) oleh Fadhilatus Syeikh dengan Ramai Masyaikh-Masyaikh dengan tanpa sanad. Bidang Hadith, Feqah dan lain-lain Fadhilatus Syeikh telah belajar Kitab Sunnah Sittah dengan Syeikh Ustaz Doktor Universiti Al-Azhar Kuliah Islamiyyah, Syeikh Ustaz Doktor Muhammad Hasan, Sanad beliau sampai kepada Rasulullah S.A.W. Selain itu Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Matan-Matan Bahasa Arab. Selain itu beliau, telah belajar Mustolah Hadith dengan Masyaikh-masyaikh yang Hebat di Universiti Al-Azhar. Diantaranya Syeikh Doktor Ahmad Umar Hasyim HafizAllah anh. dan Doktor Ahmad Suthuhi bi Hilwan Rah. Beliau telah belajar Feqah dengan Syeikh Nasru Farid Washal di Dirasat ‘Ulya dan Syeikh Abdul Fattah, Mazhab Syafiee. Fadhilatus Syeikh telah belajar Ushul Fiqh dengan Syeikh Ustaz Ahmad Hasan di Kuliah Darul Ulum dan Dirasat Al-`Ulya dengan ramai Masyaikh. Telah belajar Tarikh Islamiyyah di Kuliyyaah Darul Ulum dengan ramai Masyaikh diantaranya Doktor Toha Abdul Maqshur. Belajar di Kuliah Adab, Lughah dan Sejarah di Universiti Ain Syams. (1Tahun) Fadhilatus Syeikh telah belajar Lughah dan Adab dengan ramai Pensyarah Darul Ulum. Telah belajar Akidah Islamiyyah dengan Masyaikh di Kuliah Darul Ulum dan Dirasat Al-`Ulya dan dengan Masyaikh Al-Azhar di Maahad Universiti Syar`iyyah, Kaherah. Belajar Tasawwuf semua Mazhab dan Tarikat di Kuliah Darul Ulum dengan Ramai Masyaikh. Belajar Ilmu Bahasa dan Lahjah Arab di Kuliah Darul Ulum di Universiti Syar`yyah dengan Syeikh Doktor Muhammad Sahlul rah. Belajar di Kuliah Al-Quran di Thanta dan mendapat keputusan Jayyid Jiddan. Pelajaran dalam bidang Qiraat, Bahasa, Tafsir dan Mazhab-mazhab Mufassirin. Pengarang Kitab 1. Al-Muyassar fi Jamak Qiraat Al-Asyr Al-Sughra min Al-Syatibiyyah wa Ad- Durrah. (9 Jilid) 2. Al-Wafi fi Qiraat Syukbah Al-Kufi min Thariq Al-Syatibiyyah wa Al-Tayyibah. 3. Fath Al-Rahman fi Thariq Hafs. 4. Kitab Al-Mughni fi Riwayat Qalun an Nafi` Al-Madani min Thariq Al-Syatibiyyah wa Al-Thayyibah. (2 Jilid) 5. Fath Rabbul Bariyyaat fi Qiraat Hamzah Al-Zayyat min Al-Syatibiyyah. Dicetak di Madinah Nabi Sallallahu alaihi wa sallam. 6. Al-Ikhtiyar min Thariq Hafs. Dicetak di Madinah Nabi Sallallahu alaihi wasallam, Riyadh, Saudi. 7. Sedang mengarang Kitab Qiraat Al-Kubra. Pekerjaan 1. Tenaga pengajar Al-Quran Al-Karim di Maahad Al-Azhar Asy- Syarif. 2. Mengajar Qiraat di Maahad Qiraat Khatamul Mursalin di Giza. 3. Mengajar Qiraat dan Ulum Syar`iyyah di Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Kaherah. 4. Mengajar di Saudi (10 Tahun). 5. Mengajar di Pusat Latihan Pendidikan Bagi Guru-Guru di Saudi. 6. Mengajar Feqah, Hadith, dan Tafsir bagi Pelajar Sekolah Menengah di Saudi 7. Khatib di Masjid- Masjid di Mesir sejak 30 tahun, dan sebahagiannya di Saudi. 8. Mengajar Talaqqi Al-Quran secara Musafahah di Mesir, Saudi, Malaysia. 9. Mengajar Tajwid, Qiraat, dan Ulum Al-Quran di Televisyen Mesir. 10. Ketua Bahagian Al-Quran dan Qiraat Universiti Passion International Online USA dan wakil di Malaysia. Anak-Anak Beliau 1. Abdur Rahman Reda – Imam, Khatib, dan Pengajar Ulum Syar`iyyah, Al-Quran dan Qiraat di Mesir. Master Syariah Al-Islamiyyah, Kuliah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar. 2. Abdullah Reda – Pelajar di Kuliah Universiti Al-Azhar. 3. Asma` Reda – Pelajar Syariah Islamiyyah Universiti Al- Azhar. 4. Sumayyah – Pelajar
740Loading...
15
Biodata Fadhilatus Syeikh Dr. Redha Nama beliau Reda bin Ali bin Darwish Al-‘Ilwani. Lahir di Kaherah, Mesir. pada 13\10\1963m. Nasab keturunan : Al-‘Ilwani Al-Jihainah bersambung sampai Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihumas Salam. Menghafaz Al-Quran sejak umur 10 tahun dengan Syeikh Hasan Ahmad Rahimahullah di Bandar Asuyuth. Iaitu di Masjid Pembelajaran Islamiyyah. Kemudian Beliau bertalaqqi Al-Quran dengan Syeikh Qasim Addajwi yang merupakan tenaga pengajar di Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar. Seterusnya Beliau meneruskan pengajian di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir. Sijil bahagian Tajwidi, ‘Aliyyah, dan Takhassus Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Mesir. Ijazah Sarjana Muda Bidang Bahasa Arab dan Syariah Islamiyyah di Kuliah Darul Ulum Universiti Al-Azhar. Diploma Pendidikan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar. Diploma Syariah Islamiyyah, Dirasat Ulya, Mesir. Kuliah Al-Quran di Thanta, dengan Keputusan Jayyid Jiddan. Master Syariah Islamiyyah dengan Keputusan Jayyid Jiddan. Beliau mendapat gelaran Doktor PHD dalam bidang Qiraat daripada Universiti Passion International Online USA pada tahun 2019. Diantara Sanad Al-Quran Qiraat Yang Tertinggi. 28 sampai Rasulullah Sallallahu Alaihu Wasallam. Masyaikh2 Beliau : 1. Syeikh Misbah bin Ali Wadan, mempunyai sanad tertinggi pada zaman ini. Fadhilatus Syeikh telah membaca A-Quran dengan beliau Qiraat Sughra (Asy-Syatibi dan Ad-Durrah). 2. Syeikh Zakaria Abdul Salam Ad-Dusuqi, sanad yang tertinggi setaraf Syeikh Misbah. Fadhilatus Syeikh telah membaca (Al-Quran) dengan beliau Qiraat As-Sughra dan Al-Kubra. 3. Syeikh Salman Abdul Salam. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Qiraat Tujuh (Asy-Syatibi) 4. Syeikh Bakri Tharabisyi, sanad Al-Quran paling tinggi di Syiria. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Hafs an Asim. 5. Syeikh Abdul Basit Hamid. Fadhilatus Syeikh membaca dengan beliau Qiraat As-Sughra, Qiraat Al-Kubra, Qiraat Aba’ah Syawaz, Matan Qiraat dan Syarahnya. 6. Syeikh Hasanin Hasan Badwi, Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Qiraat Sughra dan Kubra. 7. Syeikh Abdullah Al-Jauhari, pensyarah di Maahad Qiraat Shoubra pada zaman beliau. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Hafs (daripada Asy-Syatibiyyah dan At-Thayyibah) dan Matan Qiraat. 8. Syeikh Ahmad Subhi Syabkah kepada Syeikh Ali Zayyad. Telah membaca Fadhilatus Syeikh dengan beliau Qiraat ‘Asim dan Riwayat Hafs. 9. Syeikh Abdul Fattah Madkur. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Riwayat Hafs dan Matan Qiraat. 10. Syeikh ‘Irfan Al-Hamuli. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Hafs (Thariq Thayyibah). 11. Syeikh ‘Iryan Al-Sha’iidi. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengannya Qiraat Tujuh Asy-Syatibiyyah. 12. Syeikh Sayyid Lasyin Abu Al-Farah. Fadhilatus Syeikh membaca dengan beliau Qiraat Ibn Kathir dan Riwayat Hafs di Madinah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. 13. Syeikh Abu Zaid Al-Yamani. Fadhilatus Syeikh membaca dengan beliau di Madinah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan beliau Riwayat Hafs Syatibiyyah. 14. Syeikh Muhammad Taufiq Al-Haddad As-Suuri, sanad beliau bersambung dengan Syeikh Kurayyim Rajih. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Qiraat Shugra (Syatibiyyah dan Thayyibah. 15. Syeikah Nafisah Abu Al-Ala Al-Kaherah. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Qiraat Sepuluh Shugra dan Kubra , Qiraat Empat Syaz, Matan Tajwid, dan Matan Qiraat. 16. Syeikh Abdul Aziz Abdul Hafiz, Pensyarah Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar pada zamannya. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Riwayat Hafs Syatibiyyah 17. Syeikh Abdul Razak Al Bakri, Pensyarah Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar pada zamannya. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Riwayat Hafs. 18. Syeikh Ahmad Abdul Aziz Al-Zayyaat. Fadhilatus Syeikh telah membaca dengan beliau Al-Fatihah dan sebahagian Al-Quran.
740Loading...
16
Media files
890Loading...
17
Tahun ini 2 syeikh talaqqi kembali alam baqa'. terkedu tak tarkata. sungguh. hati tersangat sebak. Allahu... Syeikh Redha dalam kenangan, banyak ilmu yg dipelajari. Kenal syeikh masa talaqqi di Shubra tahun 2013. pergi bersama Ustaz Jalal Al Baghdadi. Lepas tu rapat dgn syeikh. kalau syeikh dtg msia cuba sedaya upaya untuk ziarah syeikh. pernah bawa syeikh ke Maahad Kompleks Pendidikan Al Istiqamah Temerloh. Syeikh bagi hadiah buku yg beliau tulis ttg turuq riwayat hafs. Kami bersaksi bahawa syeikh sentiasa melazimi al Quran moga syeikh beroleh syafaat al Quran... dan moga kami dapat mengikut jejak langkah syeikh,, amin. إنا لله وإنا إليه راجعون. توفي اليوم إلى رحمة الله تعالى فضيلة الشيخ المقرئ: رضا بن علي درويش، رحمه الله رحمة واسعة، وأسكنه فسيح جناته، وأكرم نزله ووسع مدخله، وجعل قبره روضة من رياض الجنة، وجعل القرآن شفيعًا ومؤنسًا له. 🤲🤲
800Loading...
18
Media files
860Loading...
19
Media files
680Loading...
20
SAAD IBN MU'AZ RA Beliau adalah seorang sahabat yg mulia. Seorang ansar dan peluk islam di tangan Mus'ab ibn Umair RA. Mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandak bersama Rasulullah SAW. Dalam perang Khandak beliau terkena panah seorang musyrikin dan mengalami cedera. Rasulullah SAW mengarah dibina satu khemah di tepi Masjid utk Saad ibn Muaz RA. Dlm penghukuman kpd yahudi Bani Quraizhoh yg khianat dlm perang Khandak , Saad ibn Muaz RA telah menghukum dgn dibunuh lelaki, ditawan wanita dan harta dighanimahkan. Rasulullah memuji hukumannya. Darah yg mengalir dari tubuhnya semakin banyak. Rasulullah SAW meletak kepala Saad ibn Muaz di atas ribanya. Saad IBN Muaz membuka mata dan melihat wajah Nabi SAW dgn penglihatan terakhir dan mengucap syahadah. Meninggal pd 5 hijrah. Salah seorang yg menggali kuburnya ialah Abu Said al-Khudri RA. Beliau menyatakan setiap kali aku menggali kubur Saad terdapat wangian yg amat harum. Di sebelah kubur Saad ibn Muaz RA (gambar di bawah) ialah kubur Abu Said al-Khudri RA. Meninggal pada 74 hijrah.
860Loading...
21
Media files
890Loading...
22
Media files
820Loading...
23
SALAM AIDILADHA 1445H/2024 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ Aidiladha bukan sekadar perayaan tetapi terpahat di dalamnya kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang memberi banyak pengajaran dan pedoman buat kita. Pelaksanaan ibadah korban salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sebagai tanda kita bersyukur di atas segala nikmat kurniaan-Nya. Selain itu, ibadah korban juga dapat melatih kita sebagai umat Islam agar mengikis sifat tamak dan bakhil dalam mengeluarkan harta serta melahirkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah SWT demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan. Akhir kata, kami warga Maahad Tahfiz Al-Istiqamah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H kepada seluruh umat Islam. •••••••••••••••••••••••••••••• Peluang ibadah 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵 / 𝗗𝗲𝗿𝗺𝗮/ 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗾 ke Maahad Tahfiz Al-Istiqamah melalui akaun berikut : Maybank 5560 5751 7971 atas nama Maahad Tahfiz Al Istiqamah Semoga Allah mengurniakan ganjaran terbaik buat semua penyumbang insya Allah Amin. 💪 Bantu sebarkan, kerana “𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝.” (Riwayat al-Bukhari) 🤗
820Loading...
24
Edit, Sign and Share PDF files on the go. Download the Acrobat Reader app: https://adobeacrobat.app.link/Mhhs4GmNsxb
952Loading...
25
Himpunan doa hari Arafah
900Loading...
26
TIPS MENGISI 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH ~~~~~~~~~ • 30 minit pertama: khutbah Arafah dan solat • 30 minit ke-2: doa untuk diri sendiri • 30 minit ke-3: untuk kedua ibu bapa • 30 minit ke-4: untuk pasangan suami/istri • 30-60 minit seterusnya: untuk anak-anak setiap seorang Baki jam seterusnya: doa yg dikirim ahli keluarga/sahabat, hajat keperluan dunia akhirat PENGISIAN DOA SEPANJANG 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH: 🕋 Bahagian 1 – Pengampunan Dosa 1. Mohon ampun ke atas dosa² diri sendiri 2. Mohon ampun ke atas dosa ibu bapa 3. Mohon ampun ke atas dosa pasangan 4. Mohon ampun ke atas dosa anak² 5. Mohon ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara, adik beradik) 6. Mohon ampun ke atas dosa guru²/ustaz/ustazah 7. Mohon ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia) 🕋 Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan 1. Dianugerahkan rezeki halal, mudah diperolehi dan terlindung dari yg haram 2. Diberi ketenangan (sakinah) dan kebahagiaan dalam keluarga & rumahtangga 3. Mohon anak² diperlihara dan dibimbing oleh Allah dalam kehidupan 4. Mohon rezeki diberkati 5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit 6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk ditanggung 7. Mohon anak² saling berkasih sayang, bersatu hati & tidak berpecah belah 8. Mohon orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita kerana Allah 9. Mohon kejiranan yg baik, sentiasa nasihat menasihati, bantu membantu, saling bersatu hati dalam ketaatan & berpesan dengan kebaikan 10. Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita 🕋 Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian 1. Mohon diakhiri kehidupan dalam kesudahan yg baik (husnul khatimah) 2. Mohon dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat atas kehidupan yg bakal ditinggalkan 3. Mohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah” 4. Minta mati sedang dalam beribadah & ketaatan kepada Allah, bukan sebaliknya 🕋 Bahagian 4 – Alam Barzakh 1. Jadikan alam kubur nanti seperti taman² syurga 2. Jangan dijadikan alam kubur dari lubang² api neraka 3. Sesungguhnya kubur itu gelap (maka terangilah kubur) 4. Sesungguhnya kubur itu sempit (maka luaskanlah kubur) 5. Mohon dilapangkan kubur sejauh mata memandang 6. Mohon direzekikan di dalam kubur nanti bertemankan syafaat al-Quran dan amal soleh 🕋 Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar 1. Mohon keselamatan daripada huru-hara di padang mahsyar 2. Mohon agar memperoleh syafaat Baginda Nabi Muhammad ﷺ dengan izinNya 3. Mohon agar mendapat perlindungan di bawah naunganNya 4. Mohon keselamatan dari kesusahan & azab seksa di padang mahsyar 5. Mohon agar diberikan suratan amal dari tangan kanan, dipadamkan catatan² dosa di dalam kitab amal 7. Mohon perlindungan dari tersingkap dosa² yg lalu ketika tayangan amalan di akhirat 8. Tutup dan dilindungi segala aib, dosa dan kesalahan lalu 9. Mohon diberatkan timbangan amalan kebaikan 10. Mohon agar tergolong di kalangan mereka yg masuk syurga tanpa hisab 11. Mohon dapat menikmati air dari telaga Nabi ﷺ, tanda diterima sebagai umat baginda 🕋 Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat 1. Mohon dipermudahkan melintasi titian sirat 2. Terhindar dari terjatuh ke dalam lubang neraka ketika melintasinya 3. Mohon dipercepatkan melintas titian sirat sepantasnya 4. Permudahkan perhitungan sesama mukmin atas segala ketidakpuasan hati sesama kami, pada titian terakhir sebelum kami semua diizinkan memasuki syurga 🕋 Bahagian 7 – Masuk Syurga Allah 1. Mohon agar diredhai dengan syurga, serta dijauhkan dari neraka 2. Mohon agar dikurniakan syurga firdaus yg tertinggi 2. Dianugerahkan dapat berdamping dengan Nabi Muhammad ﷺ 3. Mohon dapat dihimpunkan bersama seluruh ahli keluarga yg tercinta & insan² tersayang 5. Mohon kurniaan dapat memandang WajahMu yg Agung, sebagai sebesar² nikmat buat penghuni syurga. Amiiin. Allahumma aamiin. *Disusun & diolah dari beberapa penulisan. Kredit kepada masing² penulis, (جزكم الله خيرا كثيرا)
1052Loading...
| KEMAS KINI PLAYLIST PENGAJIAN MUNYATUL MUSOLLI | Alhamdulillah kami selesai mengemas kini playlist rakaman pengajian Munyatul Musolli bersama al-Fadhil Ustaz Mahadi Mohammad. Pengajian Talaqqi Kitab Fiqh Munyatul Musolli Karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani -rhm- Huraian oleh: Ustaz Mahadi Mohammad | Pensyarah UniSZA Pautan playlist rakaman pengajian: https://youtube.com/playlist?list=PL2vwf0TkREMTH3KWUvXKHYxciTXvE1fA6 Kuliah Maghrib Mingguan | Setiap Ahad | Masjid Lama Pengadang Baru Lokasi Masjid: https://maps.app.goo.gl/3WLzumWLNtwUPLZ88 Pautan PDF Kitab: https://ia601607.us.archive.org/3/items/MunyahAlMusolli/Munyah%20al-Musolli.pdf Kredit: Tim Tafaqquh Fī Al-Dīn & Ridzuan Dolah
Показать все...
Munyatul Musolli | Ustaz Mahadi Mohammad

Pengajian Talaqqi Kitab Fiqh Munyatul Musolli Karangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani -rhm- Huraian oleh: Ustaz Mahadi Mohammad | Pensyarah UniSZA Pauta...

KISAH SULTAN MUHAMMAD AL FATIH DIPUKUL GURUNYA Sebagai seorang sultan yang agung, Sultan Muhammad al-Fatih tidak pernah takut pada mana-mana makhluk. Maharaja Rom sendiri terusir dari istananya disebabkan serangan dari Al-Fatih. Namun, Sultan Muhammad al-Fatih sangat takut pada guru-gurunya. Perasaan takut ini lahir dari rasa hormat yang sangat mendalam. Setiap kali berjumpa guru-gurunya, Sultan Muhammad al-Fatih akan tunduk dan cium tangan gurunya. Apabila guru-gurunya masuk ke dalam majlisnya, Sultan Muhammad al-Fatih akan segera bangun dari tempat duduk. Suatu ketika, seorang guru Sultan Muhammad al-Fatih yang bernama Syeikh Aq Syamsuddin masuk ke istana ketika Sultan Muhammad al-Fatih sedang bermesyuarat dengan para pembesarnya. Melihat kedatangan gurunya itu, Sultan Muhammad al-Fatih kelam kabut bangun menyambut gurunya. Perdana Menteri Uthmaniyah yang bernama Mahmud Pasha bertanya pada Sultan mengapa baginda menyambut Syeikh Aq Syamsuddin sebegitu sedangkan baginda tidak pernah melakukannya pada sesiapa. Sultan Muhammad al-Fatih menjawab, "Perasaan hormatku pada lelaki ini (Syeikh Aq Syamsuddin) sangat mendalam. Apabila orang-orang lain berada di sisiku, tangan mereka akan menggeletar. Sebaliknya, apabila aku melihatnya, tangan aku pula yang menggeletar.” Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih boleh memiliki sifat menghormati guru begini? Jawapannya, ayahnya sendiri yang memberikan rotan pada gurunya. Ketika Sutan Muhammad al-Fatih remaja, ayahnya iaitu Sultan Murad telah mengamanahkan pendidikan Sultan Muhammad al-Fatih pada seorang ulama yang sangat tegas dan garang yang bernama Mullah Kurani. Di samping itu, Sultan Murad II juga memberikan rotan atau kayu pada Mullah Kurani supaya Mullah Kurani memukul Sultan Muhammad al-Fatih sekiranya al-Fatih ingkar dengan sebarang arahan Mullah Kurani. Dalam sebuah majlis di istana, Mullah Kurani berkata pada Sultan Muhammad al-Fatih “Ayahmu telah mengutuskan aku kepadamu dan menyuruhku untuk mengajarimu. Baginda memerintahkan aku untuk memukulmu sekiranya engkau mengingkari perintahku” Mendengar kata-kata Mullah Kurani itu, Sultan Muhammad al-Fatih pun ketawa kerana baginda menyangka Mullah Kurani hanya bergurau dengannya. Maka Mullah Kurani terus memukul Sultan Muhammad al-Fatih dengan kuat sambil dilihat oleh para pembesar dan hadirin yang hadir dalam majlis itu. Sejak itu, Sultan Muhammad al-Fatih sangat takut dengan Mullah Kurani. Baginda tidak berani membantah setiap suruhan dan arahan Mullah Kurani. Hasilnya, dalam tempoh yang singkat baginda berjaya menghafaz Al-Qur’an di bawah bimbingan Mullah Kurani. Maka ketahuilah, sultan yang telah berjaya 'memukul' empayar Rom, pernah dipukul oleh gurunya! Gambar : Suatu ketika dahulu saya menziarahi makam Mullah Kurani, guru Sultan Muhammad al-Fatih di Istanbul. # Insya Allah buku tulisan saya tentang kisah Sultan Muhammad al-Fatih akan diterbitkan. Hasanuddin Yusof Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
[Sayyidah Sumayyah, wanita lambang kemantapan iman] 1- Sayyidah Sumayyah رضي الله عنها adalah satu susuk tubuh yang namanya dikenali ramai. Beliau adalah di kalangan mereka yang terawal masuk Islam 2-Setelah mana beliau dan suaminya memeluk Islam, perkara ini diketahui oleh Bani Makhzum, ketuanya ketika itu Abu Jahal 3-Bermulalah episod azab dan penyeksaan di bawah panas terik kepada keluarga ini, Yasir, Sumayyah dan Ammar. Namun , anaknya Ammar terselamat kerana terpaksa berpura-pura membenci Islam.
Показать все...
[Sayyidah Sumayyah, wanita lambang kemantapan iman] 1- Sayyidah Sumayyah رضي الله عنها adalah satu susuk tubuh yang namanya dikenali ramai. Beliau adalah di kalangan mereka yang terawal masuk Islam 2-Setelah mana beliau dan suaminya memeluk Islam, perkara ini diketahui oleh Bani Makhzum, ketuanya ketika itu Abu Jahal 3-Bermulalah episod azab dan penyeksaan di bawah panas terik kepada keluarga ini, Yasir, Sumayyah dan Ammar. Namun , anaknya Ammar terselamat kerana terpaksa berpura-pura membenci Islam. 4-Penyeksaan yang sangat dahsyat dilakukan, akan tetapi iman yang mereka pamerkan lebih dashyat lagi sehinggalah mereka mendapat berita gembira syurga dari Rasulullah ﷺ صبرا آل ياسر، فإن موعدكم الجنة ((Sabarlah keluarga Yasir, sesungguhnya tempat yang dijanjikan buat kalian ialah syurga)) 5- Abu Jahal memilih wanita untuk diazab lebih awal kononnya wanita akan cepat mengalah dan kembali ke agama asal, tetapi ia tersalah orang. Kentalnya iman Sumayyah sehinggalah Abu Jahal cukup marah dengannya sehinggalah ia terus menyula kemaluan Sayyidah Sumayyah dengan tombak. 6-Akhirnya Sumayyah syahid. Namanya harum disebut sebagai wanita yang kental imannya dan wanita pertama syahid bahkan secara mutlak, beliau adalah orang pertama syahid dalam Islam. 7- Yasir dan Sumayyah kedua-dua suami isteri telah meraih kedudukan syahid. Wahai para Dhuyufurrahman yang datang Mekah, sekurang kurang apabila sampai Mekah, ziarahlah: - Sayyidah Khadijah dan ahli perkuburan Maa'la - Sayyidah Sumayyah dan suaminya di perkuburan Syubaikah (berhadapan hotel Anjum) Tidak jauh dari Masjidil Haram. Ambiklah peluang ziarah. Doalah supaya kita, ahli keluarga dan semua kita diberi kekuatan iman seteguh mereka والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب Catatan ringkas: Abu Abbas Muhammad Shahir
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Фото недоступноПоказать в Telegram
Alhamdulillah selepas beberapa bulan, aku selesai compilekan mp3 30 juz' bacaan2 Sheikh Shuraim dalam solat. Kebanyakannya adalah dari 10 tahun terakhir, tapi ada beberapa surah/bahagian memang tak jumpa bacaan terbaru. Aku cari bacaan2 tu di Youtube dan kumpulkan dalam format mp3. Pada aku bacaan2 Sheikh Shuraim yang mutaakhir ni dia lebih tenang sikit dari zaman muda2 dia dulu🙂. Kalau siapa2 yang berminat, link untuk download ada di komen.
Показать все...
Показать все...
Sheikh Shuraim new playlist.rar

Shared with Dropbox

Amalan Yang Istiqamah Lebih Dikasihi Walaupun Sedikit عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَحْتَجِرُ حَصِيرًا بِاللَّيْلِ فَيُصَلِّي عَلَيْهِ وَيَبْسُطُهُ بِالنَّهَارِ فَيَجْلِسُ عَلَيْهِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَثُوبُونَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُصَلُّونَ بِصَلَاتِهِ حَتَّى كَثُرُوا فَأَقْبَلَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ خُذُوا مِنْ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإِنَّ أَحَبَّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ Daripada Aisyah RA bahawa pada suatu malam Nabi SAW mengambil tikar yang diperbuat daripada pelepah dan daun tamar untuk dijadikan dinding tempat baginda bersolat di waktu malam dan di waktu siang baginda menghamparkan tikar daun tamar itu dan duduk di atasnya, orangpun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu solat sepertinya sehingga ramai yang mengikutinya, Rasulullah datang dan menemui mereka lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit." (HR Bukhari No: 5413) Status: Hadis Sahih. Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam kehidupan seharian dan dalam beribadat. Sebagai manusia maksum yang dosa-dosanya diampunkan Allah, walaupun di siang harinya sibuk dengan urusan bermasyarakat dan Negara namun baginda masih kuat untuk beribadat di malam hari dan memohon keampunan daripada Allah. 2.  Rasulullah SAW amat bersederhana dalam kehidupan. Baginda tidak menyediakan tempat yang khusus dan indah untuk beribadat. Menggunakan tikar yang diperbuat daripada pelepah tamar yang juga digunakan diwaktu siang sebagai tempat alas duduk dan di waktu malam dijadikan dinding untuk baginda jadikan penghadang untuk solat malam. 3.  Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk mengajar kita secara praktikal supaya hidup dengan cara yang mudah, reda dengan apa yang ada serta beribadat dengan cara yang tidak memberatkan. 4.  Perbuatan Rasulullah SAW melaksanakan solat sunat di malam hari itu telah menyebabkan ramai sahabat berhimpun untuk mengikutinya. Bagi mengelakkan ianya dianggap “wajib” oleh para sahabat, lalu Rasulullah memberikan arahan dan panduan beribadat iaitu buatlah  sekadar yang termampu dan tidak diberatkan agar ia tidak berasa jemu. 5.  Amalan yang paling baik dan dikasihi Allah ialah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit. 23hb Jun 2024 16hb Zulhijjah 1445H
Показать все...
Pemegang kunci kaabah Syaikh Dr. Soleh al-Syaibi telah meninggal dunia dan jenazah beliau selamat disolatkan usai solat Fardhu Subuh sebentar tadi, 16 Dzulhijjah 1445H. Beliau dipertanggungjawabkan membuka, mengunci, membersihkan, pertukaran kiswah kaabah dan apa yang berkaitan dengan kebajikan kaabah. Beliau juga pemegang phD dalam bidang Pengajian Islam dan merupakan pensyarah di salah sebuah Universiti di Saudi. Pemegang kunci kaabah ini sebenarnya hanya diberikan amanah khusus kepada keluarga Syaibah sahaja setelah Nabi Saw sendiri berikannya kepada Uthman bin Talhah (Keluarga Bani Syaibah) ketika pembukaan kota Mekah. Kata Nabi Saw: هاك مفتاحك يا عثمان اليوم يوم بر ووفاء "Ambillah kuncimu ini, wahai ‘Uthman. Hari ini merupakan hari kebaikan dan mengotakan janji" (Direkod oleh Ibn Ishak) Memang keluarga syaibah sebelum itu diberikan amanah memegang kunci kaabah semenjak zaman Qushay bin Kilab. Kedatangan Nabi malah menguatkan status Uthman walaupun beliau tidak lagi memeluk Islam ketika itu. Amanah ini kekal dan dikhususkan kepada keluarga Syaibah sahaja untuk memegangnya sepanjang hayat. Affuan Che Mansor 17 Dzulhijjah 1445 Makkah.
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Pemegang kunci kaabah Syaikh Dr. Soleh al-Syaibi telah meninggal dunia dan jenazah beliau selamat disolatkan usai solat Fardhu Subuh sebentar tadi, 16 Dzulhijjah 1445H. Beliau dipertanggungjawabkan membuka, mengunci, membersihkan, pertukaran kiswah kaabah dan apa yang berkaitan dengan kebajikan kaabah.
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.