cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

JELAJAH PALESTIN 🇵🇸

Perkongsian Info Semasa Palestin, Bumi Syam(Syria/Lubnan/Jordan) & Yaman

Больше
Рекламные посты
822
Подписчики
+324 часа
+47 дней
Нет данных30 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Фото недоступноПоказать в Telegram
Jika dilihat dan didengar sekali lalu, sudah pasti kita selaku rakyat Malaysia bangga dan terharu kerana akhirnya kerajaan dan pembangkang mempunyai titik sefahaman dalam isu pembebasan Palestin. Namun bila masuk hari ke-110 peperangan antara Palestin dan pengganas Israel dengan disokong sekutunya, Amerika Syarikat (AS), nada sokongan ini masih kedengaran cuma beberapa persoalan akan pendirian kerajaan mengenai status para pejuang Gerakan Kebangkitan Islam Palestin, Hamas di negara ini perlu diberi penjelasan lanjut. Berita penuh: https://themerdekatimes.com/news/2024/01/palestin-tidak-akan-merdeka-selagi-perjuangan-hamas-tidak-diiktiraf/ #AmanPalestin #TaufanAlAqsa #TaufanBangkitMenghancurkan
Показать все...
00:53
Видео недоступноПоказать в Telegram
الجواء صعبة موت Keadaan yang sangat sukar dikawasan kem pelarian di Gaza. Kanak-kanak ini hanya mampu tertawa bila mana gilirannya untuk mengambil makanan yang dimasak beramai-ramai telah pun habis. Diluarnya gelak ketawa, namun dalam lubuk hatinya dia menangis teresak-esak. Semoga Allah membantu saudara kita disana. Sumber : Adam Nawas https://t.me/jejakpalestin1
Показать все...
18.14 MB
😭 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
#TERKINI | HARI KE 112 PERANG TAUFAN AL-AQSA Perintah Yang Dikeluarkan ICJ mengikut majoriti besar: ⭕️ Israel mesti melakukan segala-galanya untuk menghalang apa jua tindakan genosid oleh kumpulan bersenjata di bawah kawalan mereka, dan menghukum mereka yang bertanggungjawab. ⭕️Memberi jaminan kemasukan bantuan kemanusiaan ⭕️ Israel mesti menghalang usaha pemusnahan bukti yang berkaitan dengan tuduhan pembersihan etnik ini. ⭕️ Israel mesti menghantar laporan tentang pematuhan langkah-langkah yang ditetapkan ini dalam tempoh sebulan. ⭕️ Semua pihak terikat dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. ⭕️Seruan untuk membebaskan tebusan. Sumber: QudsN https://t.me/jejakpalestin1 #AmanPalestin #TaufanAlAqsa #TaufanBangkitMenghancurkan #SolidaritiPembebasanPalestin
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan menyokong permintaan Afrika Selatan untuk tindakan sementara terhadap Israel berhubung perang Gaza. Sumber: Globe Eye News https://t.me/jejakpalestin1
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
PM Israel Netanyahu mencabar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dengan mengisytiharkan "Perang di Gaza akan berterusan". Sumber: Quds News Network https://t.me/jejakpalestin1
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Ringkasan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes genosid Israel yang dikemukakan Afrika Selatan: 1. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintahkan Israel untuk mengambil langkah-langkah mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di wilayah Gaza dan mesti melaporkan semula dalam satu bulan. 2. Mahkamah berkata Israel mesti menghalang dan menghukum hasutan untuk (berlakunya) pembunuhan beramai-ramai di Gaza. 3. Mahkamah berkata Israel mesti membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza. 4. Mahkamah mewajibkan Israel mengambil lebih banyak langkah untuk melindungi rakyat Palestin tetapi tidak mengarahkannya untuk menamatkan operasi ketenteraan di wilayah itu. Kredit: The Merdeka Times https://t.me/jejakpalestin1
Показать все...
00:27
Видео недоступноПоказать в Telegram
Bismillah. Kita bagi 25 saat pertama dahulu. Versi penuh, 1 Februari insya-Allah. Doakan agar segala urusan lancar dan berjaya mengikut jadual yang ditetapkan. 2 rangkap pertama. Gengamlah Bara api yang membakar Lemparkanlah kedukaan Saat fajar menyinar Hembusan Debu-debu perhitungan Syahadah pengabdian Bersemadi di jiwa https://fb.watch/pPy9iEsz8Q/?mibextid=Nif5oz Sumber: FETYA t.me/hadispalestin
Показать все...
2.96 MB
Фото недоступноПоказать в Telegram
#infosejarah | 26 JANUARI 2011 - PERMULAAN KONFLIK PERANG DI SYRIA Demonstrasi rakyat pasa 26 Januari 2011 yang menyuarakan bantahan mereka terhadap pimpinan Bashar Al-Assad telah membawa kepada tindakan besar-besaran Rejim Assad dan melancarkan serangan habis-habisan ke atas kawasan dan kelompok masyarakat yang tidak menyokong kepimpinannya. Sehingga ke hari ini, kesan tersebut dapat dilihat apabila kawasan yang menyokong kerajaan Bashar Al-Assad diberikan manfaat yang banyak berbanding kawasan yang tidak memberikan sokongan kepada kerajaan tersebut. #AmanPalestin
Показать все...
00:39
Видео недоступноПоказать в Telegram
🇵🇸 Salam Jumu'ah Mubarakah! إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab:56] Marilah kita memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat, Sayyidul Ayyam yang penuh barakah. Ayuh kita teruskan berdoa serta buat saudara-saudara kita di bumi Palestin! اللهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلامَ وَالمُسْلِمِين اللَّهُمَّ انْصُرْإِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين المُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin. Ya Allah, bantulah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestin. Sama-sama kita mengaminkan doa mujahidin. امين يا ربال الامين Qassam Malaysia 🇵🇸 t.me/qassambrigadesmy
Показать все...
IMG_5410.MP47.48 MB
Фото недоступноПоказать в Telegram
Perjanjian senjata gergasi telah ditandatangani antara AS dan Israel: - 25 jet pejuang F-35 - 25 jet pejuang F-15 Termasuk ribuan senjata dan sekurang-kurangnya 12 helikopter Apache dijangka tiba di Israel dalam beberapa hari akan datang. Sumber: Globe Eye Newshttps://t.me/jejakpalestin1
Показать все...