cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Nota Musaddad

تقييد العلم بالكتابة = Ilmu ditambat dengan penulisan

Больше
Рекламные посты
3 206
Подписчики
+124 часа
+307 дней
+7030 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Allah ﷻ berfirman: ﴿قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ (٩)﴾ "Perintahkan kepada orang-orang beriman untuk mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka." • • • • • Kata Imam al-Shafi‘i: أن ينظر أحدهم إلى فرج أخيه، ويحفظ فرجه من أن ينظر إليه. وقال: كلّ شيء من حفظ الفرج، في كتاب الله، فهو من الزنا إلا هذه الآية، فإنها من النظر. Ertinya, hendaklah seseorang tidak melihat aurat orang lain, dan hendaklah seseorang menjaga auratnya sendiri daripada dilihat. Setiap arahan untuk menjaga kemaluan dalam al-Quran adalah larangan berzina. Kecuali dalam ayat ini, ia perintah menjaga kemaluan sendiri daripada dilihat orang lain. —Manāqib al-Shāfiʿī, al-Bayhaqī, j. 1, h. 390. • • • • • Semoga Allah bantu kita untuk tidak melihat aurat orang lain, dan tidak memperlihatkan aurat kita kepada orang lain. Semoga Allah sematkan perasaan malu kita. اللهمّ استُر عوراتِنا. ✍ Musaddad Shaʿlamī
Показать все...
👍 15 12
Masʿalah: Air yang berubah sifatnya pada anggota wuduk, adakah sah basuhannya? Gambaran: Terdapat minyak wangi pada lengan seseorang. Apabila dia mengambil wuduk dan membasuh lengannya, air yang terkena berubah baunya. Hukum: • Mazhab Syafii: Basuhan tersebut tidak sah menurut muktamad mazhab Syafii. Perlu basuh sekali lagi dengan basuhan yang tidak berubah airnya. حج: (غَيْرَ طَهُورٍ) وَإِنْ كَانَ التَّغَيُّرُ بِمَا عَلَى عُضْوِ الْمُتَطَهِّرِ. دم: لو كان على عضوه زعفران أو سدر، فتغير الماء بملاقاته .. ففي صحة طهارة ذلك العضو وجهان في (الذخائر)، الظاهر منهما: المنع كما في غسل الميت. Alasan: Air tersebut telah berubah, dan air yang berubah daripada sifatnya, sama ada pada bau, warna atau rasa, tidak sah digunakan dalam mengangkat hadas. • Mazhab Hanbali Basuhan tersebut dikira, perubahan tersebut tidak menghalang untuk bersuci. حاشية الروض لابن قاسم: وأما المتغير بمحل تطهير، كزعفران وعجين على عضو طاهر تغير به الماء وقت غسله، فلا يمنع حصول الطهارة به. Alasan: Air mutlak hanya dikira sebagai mustakmal apabila ia berpisah daripada tempat bersucinya; demikian juga perubahan sifatnya. ✍ Musaddad Shalami
Показать все...
10👍 8 3
Mengapa dunia ini banyak ujian? Antara hikmahnya: • Supaya kita tidak merasa selesa dengan dunia, lalu terlalai. • Supaya kita merindui syurga yang abadi, lalu kita beramal. Ibn al-Qayyim berkata: ومن رحمته: أن نَغّص عليهم الدنيا وكدَّرها، لئلَّا يسكنوا إليها، ولا يطمئنوا إليها، ويرغبوا في النّعيم المُقيم في داره وجواره، فساقهم إلى ذلك بسياط الابتلاء والامتحان، فمنَعهم ليُعطيَهُمْ، وابتلاهُم ليُعافيَهُمْ، وأماتهم ليُحْييَهُمْ. Antara manifestasi rahmat-Nya, Dia menjadikan dunia ini buruk dan keladak; supaya manusia tidak selesa dan tenang di sini. Sebaliknya mereka akan merindui nikmat nan abadi di syurga-Nya dan kejiranan-Nya. Maka, Dia menahan nikmat untuk memberi nikmat. Dia menguji mereka untuk memaafkan mereka. Dia mematikan mereka untuk menghidupkan mereka. —Ighāthah, j. 2, h. 917.
Показать все...
39👍 2
Proses Muhasabah: 1. Muhasabah perkara wajib Hendaklah seorang berkira-kira dahulu tentang solat fardunya, bayaran zakat dan nafkah wajibnya, puasa Ramadannya. Sekiranya ada terkurang pada kuantiti, diqada. Jika terkurang pada kualiti, dibaiki. 2. Muhasabah perkara haram Kemudian hendaklah dia berkira-kira tentang dosa-dosanya, lalu dia bertaubat, meminta ampun, dan melakukan kebaikan-kebaikan yang diharapkan menjadi kafarah (penghapus) dosanya. 3. Muhasabah kelalaian Hendaklah dia mengira tentang kelalaiannya daripada tujuan asal kehidupan; iaitu menjadi hamba Allah. Apabila dia mendapati dirinya lalai, dia mendidik dirinya dengan memperbanyakkan zikir dan kembali kepada ibadah. 4. Muhasabah setiap tindakan Hendaklah dia fikirkan selepas itu: - Tentang tutur katanya. - Tentang tindakan kaki dan tangannya. - Tentang pendengaran telinganya. Hendaklah dia menyedari, bahawa setiap itu adakan dipersoalkan dua perkara di akhirat kelak; - Mengapa kamu lakukan? - Bagaimana kamu lakukan? Jawapan skemanya: - Kerana Allah. - Mengikut syariat Allah. Pastikanlah setiap tindak-tanduk kita memenuhi skema jawapan ini; pohonlah bantuan Allah dalam menjadi hamba-Nya. [Kesimpulan daripada kitab Ighathat al-Lahfan.]
Показать все...
Nota Musaddad

Taubat nasuha, dalam bahasa Arab ejaannya التوبة النَصُوح (al-tawbat al-naṣūḥ). Kita menambah “a” pada nasuh[a] adalah kerana perkataan ini datang dalam al-Quran dalam keadaan mansub: تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا. "Bertawbatlah kepada Allah dengan taubat nasuha." • • • • • Saʿid bin al-Musayyab (w. 94H) rahimahullah menyebut: تَوْبَةً تَنْصَحُونَ بِهَا أَنْفُسَكُمْ. "Iaitu taubat yang kamu nasihatkan diri kamu untuk lakukannya." Muhammad bin Kaab al-Qurazi menyimpulkan taubat nasuha dalam empat perkara: 1. Melafazkan istighfar (permohonan ampun) dengan lisan, 2. Meninggalkan maksiat dengan badan, 3. Berazam untuk tidak kembali melakukan, 4. Meninggalkan pengaruh buruk. • • • • • Musaddad berseloka, menasihati dirinya: Oh jiwa liat, wajib kau taubat, dalam al-Tahrim firman tersurat. Tertahkik taubat di pada empat, disebut Qurazi, murid sahabat. Pertama atur sepuluh daktil, merafa' ampun ke Maha Adil. Kepada-Nya jiwa menjadi kerdil, mengaku lemah tingkah si jahil. Kedua dosa wajib dilepas…

👍 25 15👌 1
Hisyam bin Hassan berkata: سَمِعْتُ الْحَسَنَ، يَقُولُ يَحْلِفُ بِاللَّهِ: «مَا أَعَزَّ أَحَدٌ الدِّرْهَمَ إِلَّا أَذَلَّهُ اللَّهُ» Saya mendengar al-Hasan al-Basri bersumpah atas nama Allah, "Sesiapa yang mengagungkan dirham, Allah pasti menjadikan dia hina." Riwayat Ahmad dalam al-Zuhd, 1536.
Показать все...
👍 18 6
Edit, Sign and Share PDF files on the go. Download the Acrobat Reader app: https://adobeacrobat.app.link/Mhhs4GmNsxb
Показать все...
Translation of Bidayat al-Tullab save-1.pdf6.92 KB
This is a translation of a concise fiqh poem consisting of 40 verses, authored by Shaykh Muhammad Barre Ali, a Shafi'i scholar from Somalia and my senior at the University of Muhammad bin Saud, Riyadh. My classmate, Br. Mustafa Abdullahi from the US, has translated it into English and requested me to review, edit, and publish his work on this channel. May Allah accept his efforts. ✍ Musaddad Shalami
Показать все...
17👍 6 4👏 2🆒 1
Usaha baik Maqra'ah Ibni Tayyib menghuraikan Matan al-Muqaddimah al-Jazariyyah (ilmu tajwid) secara berperingkat dalam bahasa ibunda. Semoga Allah menambah semangat dan ilmu Us. Ibnu Tayyib, sehingga sempurna dan diberkati syarahannya ini.
Показать все...
👍 15
Repost from N/a
[Ulasan Ringkas al-Muqaddimah al-Jazariyyah] Bab Hukum-hakam Idgham
Показать все...
AlJazariyyah_Bab 08.pdf1.14 KB
AlJazariyyah_Bab 01.pdf1.17 KB
👍 11
#Hilyah عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ عُمَرَ، دَخَلَ عَلَى أَبِي بَكْرٍ وَهُوَ يَجْبِذُ لِسَانَهُ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: مَهْ غَفَرَ اللهُ لَكَ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: «إِنَّ هَذَا أَوْرَدَنِي الْمَوَارِدَ» Aslam menceritakan: Umar bin al-Khattab pernah menemui Abu Bakar, ketika itu Abu Bakar sedang menarik lidahnya. Umar berkata, "Janganlah buat begitu, semoga Allah ampunkan engkau." Abu Bakar menjawab, "Benda inilah yang kerap membawaku ke lembah kebinasaan." Hilyah, j. 1, h. 33. • • • • Dalam riwayat lain, terdapat tambahan bahawa Abu Bakar menyebut hadis Nabi ﷺ: كُلُّ عُضْوٍ يَشْكُو إِلَى اللَّهِ اللِّسَانَ عَلَى حِدَتِهِ "Setiap anggota mengadu kepada Allah tentang ketajaman lidah." Tetapi tambahan ini ma`lul (bermasalah), tidak sahih dinisbahkan kepada Nabi ﷺ. Ia riwayat al-Darawardi daripada Zayd bin Aslam, terus daripada Nabi. Riwayat yang benar adalah tanpa tambahan ini. Lihat `Ilal al-Daraqutni, j. 1, h. 161, no. 2. • • • • Aslam adalah #tabiin, asalnya dari Abyssinia (Habshah), kemudian dibeli oleh Umar bin al-Khattab di Mekah pada tahun ke-12H. Meninggal pada era Marwan (64-65H) pada usia 114 tahun. Meskipun beliau adalah khadam `Umar, tetapi `Umar sendiri banyak berkhidmat untuknya.
Показать все...
👍 9 5
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.