POSITIVE CIRCLE
Открыть в Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Больше826
Подписчики
-224 часа
-27 дней
+230 день
Архив постов
InsyaAllah kita sama-sama azam untuk lakukan semua hari ini amalan sunnah hari Jumaat.
Alhamdulillah.... Ebook PERCUMA TIP 5S BIJAK URUS EMOSI telah diemelkan kepada 50 penerima pertama. Anda boleh menyemaknya di emel yang telah didaftarkan. InsyaAllah 50 penerima seterusnya akan diemelkan kemudian.
Terima kasih. Moga bermanfaat. Selamat membaca dan beramal
EBOK PERCUMA!
Ebook TIP 5S BIJAK URUS EMOSI ini mungkin membantu anda atau sesiapa sahaja dalam menghadapi situasi genting sekarang.
Kongsikanlah maklumat ini kepada rakan anda yang lain. Moga ianya memberi manfaat buat semua.
- ebook ini akan diemelkan kepada anda dalam tempoh 24 jam selepas maklumat diisi.
Isi maklumat anda di sini :
bit.ly/FREE-TIP5SEMOSI
#kongsipositif
...
Dapatkan lebih banyak bahan positif di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Adakah anda berpuas hati dengan info-info yang dikongsikan di POSITIVE CIRCLE?
Jom audit. Cuba analisis sekitar kita, siapakah rakan-rakan kita. Diharapnya kesemua 5 ciri rakan-rakan ini kita miliki. Itu satu anugerah besar Allah berikan kepada kita. Alhamdulillah.
Namun, jika tiada rakan-rakan yang mempunyai ciri-ciri tersebut, jangan risau. Menjadi tanggungjawab kita untuk mulakan semua ciri tersebut daripada diri kita sendiri sebenarnya.
Kita akan menarik ciri-ciri yang sama yang kita pamerkan. Kita akan selesa bersama orang-orang yang mempunyai persamaan yang tinggi dengan kita. Untuk dapat rakan yang baik, usahalah jadikan kita dahulu rakan yang terbaik.
Jom mulakan daripada diri kita dahulu.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
REDHA
Imam Al-Ghazali Rahimatullah Ta’ala dalam kitabnya Al-Arbain Fi Usuliddin telah mengariskan 10 sifat mahmudah yakni terpuji itu iaitu :
1. Taubat
2. Khuf (takut kepada Allah)
3. Mengingati mati
4. Mahabbah (kasih sayang)
5. Zuhud (meninggalkan kesenangan dunia)
6. Tawakkal
7. Ikhlas
8. Syukur
9. Sabar
10. Redha.
Yang dimaksudkan dengan redha itu ialah menerima sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas.
Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata, seorang mukmin yang hakiki adalah mereka yang redha kepada apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya. Dan ketetapan Allah itu adalah lebih baik daripada ketetapan manusia itu sendiri.
Sesungguhnya jika kita redha terhadap qada’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah, maka kita juga memperolehi keredhaan Allah akan tetapi barangsiapa yang marah dan tidak menerima akan ketentuan Allah, maka akan mengundang kemurkaan Allah.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Bantulah mana yang termampu, agar kita dapat lalui bersama dugaan ini. Setiap orang ada kemampuan dan cabaran sendiri.
Tiada lain yang kita impikan, semoga Allah permudahkan semua urusan kita.
InsyaAllah.
#kongsipositif
Banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle
t.me/POSITIVEcircle
t.me/POSITIVEcircle
#nota1
LELAKI VS PEREMPUAN
1. Perempuan diciptakan dengan kemahiran mengesan yang jauh lebih halus daripada lelaki. Contoh perubahan emosi orang sekeliling. Disebut juga naluri keibuan.
2. Ujian imbasan otak menunjukkan, apabila dalam keadaan rehat, sekurang-kurangnya 70% aktiviti elektrikal dalam sel otak mereka tertutup. Berbanding perempuan, minda mereka terus menjalankan aktiviti sehingga tahap 90%. Ini mengesahkan minda perempuan sentiasa menerima dan memproses maklumat daripada persekitaran.
3. Perempuan mempunyai kon retina mata yang lebih pelbagai. Justeru, ini membolehkan perempuan melihat warna dengan lebih jelas. Medan penglihatan mereka juga lebih luas daripada lelaki. Tahap visi mata perempuan jelas sehingga 45 darjah.Tak pelik, lelaki selalu tidak menemui barang yang dicari.
Saiz mata lelaki lebih besar. Otaknya dicipta supaya boleh melihat pada jarak jauh dalam satu "lorong". Justeru lelaki dapat melihat dengan jelas dan tepat ke arah objek yang berada di hadapannya. Sama konsep seperti binokular.
4. Melalui medan penglihatan yang luas ini, perempuan mudah mengesan kedudukan sesuatu barang di suatu tempat. Contohnya di dalam peti ais tanpa menoleh kepalanya. Hormon estrogen membantu mereka mengenal pasti barang yang berpadanan di dalam laci, almari atau di sudut bilik.
Jadi jangan marah jika lelaki selalu bertanya dan tidak menjumpai barang yang mereka cari 😁
Menarik bukan?
Fahami perbezaan ini untuk kita lebih mengenali.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
BAGAIMANA KUALITI KERJA HARI INI?
Cuba semak kembali perancangan kita awal pagi tadi, adakah semuanya berjaya dilaksanakan?
Jika ya, tahniah!
Jika tidak, cuba semak beberapa perkara berikut:
1. Apakah yang menyebakan kerja itu tidak berjaya disiapkan, sebab faktor dalaman atau luaran?
2. Apakah gangguan yang wujud semasa ingin menyiapkan kerja tersebut?
3. Apakah implikasi / kerugian kerana tidak menyiapkan kerja ini?
4. Apakah yang saya belajar daripada perkara ini?
5. Apakah penambahbaikan yang saya perlu lakukan esok?
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
TIP MEMULAKAN PAGI
1. MEMBACA AL QURAN & DOA PAGI
Paling elok mulakan pagi dengan membaca benda yang baik pastinya Al Quran dan doa yang diajarkan Nabi. Tambahkan dengan tadabbur ayat-ayat yang dibaca sebagai bekal motivasi terbaik sepanjang hari kita.
2. BUAT CATATAN PAGI
Rencanakan apa yang akan dilakukan pada hari ini agar lebih fokus, tersusun dan berjadual segala kerja. Buat semakan catatan ini pada tengahari dan petang untuk melihat prosesnya.
3. SENAMAN RINGKAS
Cahaya matahari pagi boleh merangsang hormon gembira dan menstabilkan mood iaitu serotonin. Tidak perlu lama, cukup beberapa minit yang berkualiti bagi membuatkan kita segar. Jam 10 adalah waktu terbaik.
4. SARAPAN PAGI
Sarapan adalah satu kemestian. Ia membekal tenaga sepanjang hari untuk kekal cergas dan produktif. Masa terbaik antara jam 7 pagi hingga 9 pagi. Otak mudah terangsang jika bersarapan. Buah-buahan antara menu baik sebagai sarapan seperti pisang. Pengambilan karbohidrat boleh merangsang paras glukos dan mikro dalam otak.
5. ELAK TIDUR SELEPAS SUBUH
Tidur selepas subuh boleh mengganggu sistem biologi tubuh. Sekaligus menambah keletihan tubuh. Ini disebabkan gangguan terhadap hormon kortisol (hormon kecergasan). Bangun awal dan terus mandi adalah amalan terbaik.
Nabi SAW pernah melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
Jom amal dan sebar-sebarkan.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Aktiviti menulis sangat membantu sesetengah orang yang mengalami kesukaran untuk mengucapkan perkara yang berlaku atau apa yang mereka rasa, fikirkan, atau inginkan.
Orang seperti ini, menulis adalah cara melepaskan apa yang mempengaruhi mereka tanpa merasa tekanan atau malu. Selain itu juga, menulis tentang pemikiran, perasaan, dan keinginan adalah salah satu kaedah terbaik untuk aturkan kehidupan kita. Dengan mengaturnya, kekacauan itu berubah menjadi idea yang lebih terurus dan jelas.
Sebenarnya, adalah baik juga untuk menggunakan tulisan sebagai alat terapi untuk orang yang sangat introvert. Ini mungkin pilihan terbaik untuk mereka berkongsi, mendapat bantuan atau menekspreskan perasaan dan pemikiran mereka.
Sekarang, cuba ambil kertas dan pen. Tuliskan apa yang ada rasa atau sedang fikirkan. Tulis sahaja. Kemudian amati setiap makna tulisan tersebut.
Cubalah!
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
GRATITUDE JOURNAL
Kajian menunjukkan bahawa orang yang bersyukur adalah lebih gembira berbanding orang yang sebaliknya.
Bersyukur mampu membantu memberi manfaat kepada kesihatan mental dan fizikal. Seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan seseorang.
Gratitude Journal / Jurnal Kesyukuran merupakan satu aktiviti yang sangat baik untuk dilaksanakan bagi membina pemikiran dan kehidupan yang positif.
Proses ini dapat membantu seseorang untuk lebih fokus kepada benda-benda positif yang ada di sekeliling atau kehidupan mereka.
Jom adakan Jurnal Kehidupan kita sekarang. Cuba lihat diri anda, apa yang boleh "Saya Syukuri" sekarang ini.
#kongsipositif
Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini :
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
t.me/POSITIVEcircle21
Raikan berbeza pandangan sebaiknya. Elakkan perdebatan yang tidak berkesudahan semata-mata kerana pendapat yang berbeza. Cubalah cari titik persamaan.
Kita membesar dengan pengalaman, pendidikan dan persekitaran yang berbeza. Raikan perbezaan tersebut.
Selagi ia tidak bertentangan dengan syariat dan sunnatullah, maka cuba untuk berlapang dada.
Tidak rugi orang keluar daripada perdebatan semata-mata mempertahankan pendapat yang boleh jadi betul dan boleh jadi salah.
Sedarlah, kita punya matlamat yang sama. Ingin ke Syurga. Selagi mana jalanya benar, maka terimalah. Jika benar tersasar, tegurlah dengan hikmah.
Ikutlah panduan yang sudah jelas. Al Quran dan As sunnah. Nescaya tidak akan sesat selamanya.
#kongsipositif
t.me/POSITIVEcircle21
