ru
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

Открыть в Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

Больше
827
Подписчики
-124 часа
Нет данных7 дней
+330 день
Архив постов
photo content

photo content

*EBOOK FREE - TIP 5S BIJAK URUS EMOSI* Sila isi maklumat anda di sini : https://forms.gle/vXj4rwW1av9LR9jK6 Sila semak email selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan. *HASBULLAH MUSTAFA* 013 996 3639

Bantulah selagi mampu. Kita tidak tahu bila hari kita perlu, siapa yang akan hadir membantu. Ikhlaskan diri bila membantu. Ja
Bantulah selagi mampu. Kita tidak tahu bila hari kita perlu, siapa yang akan hadir membantu. Ikhlaskan diri bila membantu. Jangan diharap ucapan terima kasih. Kelak diri sendiri akan bersedih, kerana manusia itu ramainya tidak pandai berterima kasih. Balasan Allah jua yang ditagih. #kongsipositif #positivecircle21

Untuk kekal relevan dalam perubahan iklim dunia sekarang ini, kita perlu membuat pengubahsuaian dan fleksibel kepada setiap perubahan. Jangan terus selesa ditakuk lama, lemas dalam zon selesa kita sendiri. Keluar! Cari atau cipta zon mencabar kita sendiri untuk terus berada dalam kebaikan. Dunia hari ini tidak menunggu kita sehingga bersedia untuk berubah. Kita terlebih dahulu perlu berubah. Perubahan itu tanda kita hidup. #kongsipositif #positivecircle21

Bagaimana memberi pujian? Tiga perkara yang perlu diberi perhatian apabila memuji; 1. Orang yang memuji Mestilah ikhlas memberi pujian. Tidak mempunyai niat tersembunyi, contohnya untuk membodek. 2. Orang yang dipuji Perlu diyakini bahawa orang yang menerima pujian tidak akan jatuh kepada riak apabila dipuji. Yakin dia boleh mengawal dirinya dengan pujian tersebut. 3. Bentuk pujian Pastikan apa yang dipuji itu adalah betul. Bukannya dibuat-buat atau direka. Ingat! Haram menipu. .... Apabila mendengar pujian, Rasulullah Saw ada mengajar kita untuk berdoa, “Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka kira.” (HR. Bukhari) #positivecircle21 #kongsipositif Dapatkan tip lain di sini: t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21 t.me/positivecircle21

photo content

Berkata seorang penyair: Wajib bagi manusia untuk segera bertaubat Tetapi meninggalkan dosa adalah lebih wajib Sabar dalam menghadapi ujian itu berat Tetapi kehilangan pahala jauh lebih berat Berubahnya zaman sangat pelik Tetapi kelalaian manusia jauh lebih pelik Setiap perkara yang akan datang itu dekat Tetapi sesungguhnya kematian itu lebih dekat. (Nasaihul Ibad) #nasaihulibad Sumber asal: FB Fazrul Ismail

*EBOOK FREE - TIP 5S BIJAK URUS EMOSI* Sila isi maklumat anda di sini : https://forms.gle/vXj4rwW1av9LR9jK6 Sila semak email
*EBOOK FREE - TIP 5S BIJAK URUS EMOSI* Sila isi maklumat anda di sini : https://forms.gle/vXj4rwW1av9LR9jK6 Sila semak email selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan. *HASBULLAH MUSTAFA* 013 996 3639

"Memaafkan orang, situasi, ataupun apa sahaja dalam masa kini adalah lebih penting berbanding memaafkan perkara yang sama yang berlaku pada masa silam. Sekiranya kamu memaafkan semua yang terkandung dalam setiap momen dan membenarkan momen itu berlaku sebagaimana ia ditakdirkan, maka tidak akan wujud pengumpulan kemarahan yang perlu dimaafkan pada masa kini..." #notaMODULSYOKNYAstres #kongsipositif #positivecircle21

"Orang hebat menulis masalah berat dengan bahasa sederhana. Orang yang ingin disebut hebat menulis masalah sederhana dengan b
"Orang hebat menulis masalah berat dengan bahasa sederhana. Orang yang ingin disebut hebat menulis masalah sederhana dengan bahasa yang berat." - Fauzil Adhim #kongsipositif #positivecircle

photo content

Moga Allah SWT permudahkan setiap urusan kita semua hari ini. Dikira sebagai amal kebaikan dan memberi manfaat kepada semua o
Moga Allah SWT permudahkan setiap urusan kita semua hari ini. Dikira sebagai amal kebaikan dan memberi manfaat kepada semua orang. #kongsipositif #positivecircle21

Setiap yang banyak itu bermula dengan yang sedikit. Lama-lama akan banyak juga akhirnya. Yang penting kita berani untuk bermula. Tahu apa yang nak dimulakan. InsyaAllah kita akan dapat jangkakan apa yang kita bakal perolehi. Mulakan sahaja. Apabila sudah bermula, dua kemungkinan akan berlaku. Gagal ataupun berjaya. Tapi tanpa permulaan. Hanya satu kemungkinan. Pasti Gagal! Apabila sudah bermula, pasti kita lebih bersemangat untuk menghabiskannya. Mulakan dengan bordoa, usaha, cari ilmu dan guru seterusnya kekalkan konsistensi kita. Sandarkan segala usaha kepada Allah Yang Maha Kuat untuk bantu kita. Di sana pasti akan datang pertolongan dalam pelbagai bentuk yang tidak disangka-sangka. وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. -Surah At-Talaq, Ayat 3 Jom, kita mulakan! #positivecircle21 #kongsipositif

*EBOOK FREE - TIP 5S BIJAK URUS EMOSI* Sila isi maklumat anda di sini : https://forms.gle/vXj4rwW1av9LR9jK6 Sila semak email selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan. *HASBULLAH MUSTAFA* 013 996 3639

photo content

photo content

Antara punca masalah menimpa seseorang adalah akibat daripada wujudnya pemikiran yang tidak rasional dalam diri seseorang. Setiap orang memiliki tendensi untuk berfikir secara irasional yang mana ianya diperolehi melalui interaksi dengan persekitaran sosial. Kesan daripada pemikiran tidak rasional ini akan membentuk satu sistem kepercayaan yang salah. Walau bagaimanapun, manusia juga memiliki kemampuan untuk belajar kembali dan berfikir secara rasional. Membetulkan kembali pemikiran yang tidak rasional kepada rasional. Salah satu caranya ialah mencabar kembali pemikiran yang dikenalpasti sebagai tidak rasional itu tadi. Mencabar dengan hujah-hujah yang munasabah, fakta-fakta (dalil-dalil) dan maklumat yang tepat. Terdapat 4 tema bentuk-bentuk pemikiran yang tidak rasional: 1. Tuntutan atau ekspektasi yang tidak realiti dan tepat terhadap kejadian atau individu yang dapat dikenal dengan kata-kata seperti MESTI/SEPATUTNYA/SEBAIKNYA dan LEBIH BAIK. Contoh skrip, “Saya mesti bahagia sekarang jika dulu saya buat keputusan untuk berkahwin dengannya…” 2. Melebih-lebihkan atau membesar-besarkan kesan daripada sesuatu kejadian yang lalu dari suatu situasi hingga kepada tahap yang ekstrem sehingga kejadian yang tidak menguntungkan menjadi kejadian yang sangat menyakitkan, dahsyat, sangat teruk dan sangat ngeri. Contoh skrip, “Saya rasa, saya tidak ada peluang lagi untuk berjaya mencapai cita-cita saya selepas gagal dalam peperiksaan tempoh hari…” 3. Tidak dapat menerima sesuatu peristiwa yang terjadi atau dialami. Fikiran tidak dapat menerima ini akan diikuti oleh desakan agar sesuatu itu semestinya berlaku atau tidak berlaku. Contoh skrip, “Semua ini tak kan berlaku, jika saya tak paksa dia untuk ikut bersama saya ke sini hari ni…” 4. Penilaian kendiri atau orang lain. Seseorang individu itu cuba untuk menilai diri sendiri atau menjatuhkan hukuman seseorang atau dirinya dari sudut trait, perlakuan dan tindakan mengikut nilai tara yang diingini. Dengan membuat penilaian diri dengan orang lain, sesorang mudah rasa rendah diri, murung, terlalu mempertahankan diri dan boleh menyebabkan terlalu risau tentang sesuatu. Contoh skrip, “Selepas kematian ibu bapa saya, saya rasa saya tak mampu untuk menghabiskan pengajian saya di sini lagi. Saya tidak ada sesiapa lagi yang boleh menyokong saya seperti mereka…” Wujudkah pemikiran-pemikiran sebegini di dalam kehidupan kita sekarang ini? Cuba kenalpasti. Apakah kesanya dan bagaimanakah kehidupan anda sekarang? Jika ada, cubalah untuk mencabar pemikiran-pemikiran tersebut dengan mencari maklumat yang tepat tentang perkara tersebut. Dapatkan bantuan dan pandangan daripada seseorang yang lebih arif. Dan seterusnya tanyakan kepada diri sendiri tentang setiap pemikiran yang tidak rasional itu apakah matlamat akhir atau kesudahan yang kita ingin capai dalam hidup ini. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan tip lain di sini : t.me/positivecircle21

photo content

Sunnah Rasulullah SAW yang biasa ditinggalkan oleh orang awam: 1. Berwuduk sebelum tidur - Malaikat akan beristighfar kepada mereka yang berwuduk ketika tidur. 2. Membaca ayat Qursi sebelum tidur - termasuk membaca 3 Qul dan menyapu keseluruh tubuh (jauhi gangguan jin) 3. Membaca 2 ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada waktu malam / sebelum tidur (amananrasul...) - perlindung diri 4. Membaca surah al-Kafirun sebelum tidur - keselamatan daripada syirik 5. Memulakan tidur di rusuk sebelah kanan. Tangan kanan di bawah pipi kanan. 6. Membaca tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali sebelum tidur 7. Membaca surah Isra', azzummar, al mulk dan assajadah sebelum tidur 8. Mengipas tempat tidur sebelum berbaring sambil mengucap bismillah. 9. Menyapu muka selepas membaca doa bangun daripada tidur 10. Membasuh tangan 3 kali sebelum berwuduk 11. Bangun daripada tidur kemudian memasukkan 3 kali air ke dalam hidung 12. Bersiwak / menggosok gigi selepas bangun dan untuk berwuduk 14. Dalam rakaat ke 3 selepas al Fatihah membaca surah al Imran (Rabbana la tuzikkulubanna...) 15. Tidak bersandar ketika makan 16. Menjilat jari selepas makan. Mengambil keberkatan daripada makanan. 17. Makan dengan 3 jari sekiranya boleh. Bagi makanan yang sesuai contoh kuih. 18. Mengerjakan 4 solat sunnat sebelum dan selepas zohor 19. Membaca 100 ayat quran setiap malam. Pahala seperti qiamullail 20. Senyum kepada kaum muslimin 21. Terus meninggalkan pekerjaan selepas mendengar azan. Solat berjamaah. 22. Membaca 100 kali zikir - Allahu umma firli watub alaiya innaka antatawwabur rahim - selepas solat dhuha Sumber: Kuliah Dr Rahman | 24 Okt 2021 | SHAK