ru
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

Открыть в Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

Больше
826
Подписчики
-224 часа
-27 дней
+230 день
Архив постов
photo content

PKP / PdPR Mengajar Kita : 1. STUDY Masa untuk sedar bahawa proses pendidikan dan pembelajaran anak-anak bermula dari rumah d
PKP / PdPR Mengajar Kita : 1. STUDY Masa untuk sedar bahawa proses pendidikan dan pembelajaran anak-anak bermula dari rumah dan menjadi tanggungjawab utama ibubapa 2. SOLAH Ruang untuk ajar dan perkemas aktiviti solat ahli keluarga apabila bapa tidak boleh berjamaah di surau atau masjid. 3. SPORTS Rancang aktiviti riadah bersama sebagai mengisi ruang waktu yang ada. Ini masa terbaik juga untuk membayar balik hutang masa sebelum ini. Jom. Masih sempat ambil peluang dan buat perubahan sekarang. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Cuba kenal pasti apakah yang menjadi penghalang kejayaan dan perubahan kepada kita selama ini? Senaraikan dan rancang apakah
Cuba kenal pasti apakah yang menjadi penghalang kejayaan dan perubahan kepada kita selama ini? Senaraikan dan rancang apakah vaksin terbaik meruntuhkan semua halangan yang ada. Beri suntikan (tindakan) segera sebelum ia terus mengancam dan merosakkan hidup kita. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

Dalam suasana sekarang penting untuk kita fokus kepada elemen penghargaan kendiri. Apabila kita sihat fizikal dan mental, kita mampu membantu orang lain dengan lebih berkesan. Ingat, sebelum fokus kepada orang, ambilah masa untuk beri perhatian kepada diri kita dahulu. Ini masanya untuk memberi "Self Care" kepada diri sendiri juga. Diri kita adalah dalam lokus kawalan diri kita sendiri. Tiada siapa yang mampu mengubahnya. Apabila kita terkawal, kita mampu membantu orang lain untuk lebih terkawal. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

photo content

#ebookfree-Tip 5S EBOK PERCUMA! Ebook TIP 5S BIJAK URUS EMOSI ini mungkin membantu anda atau sesiapa sahaja dalam menghadapi situasi genting sekarang. Kongsikanlah maklumat ini kepada rakan anda yang lain. Moga ianya memberi manfaat buat semua. - ebook ini akan diemelkan kepada anda dalam tempoh 24 jam selepas maklumat diisi. Isi maklumat anda di sini : bit.ly/FREE-TIP5SEMOSI #kongsipositif ... Dapatkan lebih banyak bahan positif di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

photo content

SELAMAT HARI BAPA Bapa berakhlak mulia , keluarga bahagia. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF
SELAMAT HARI BAPA Bapa berakhlak mulia , keluarga bahagia. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

#kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me
#kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

photo content

Semua orang mampu berangan. Ia percuma sahaja. Namun, tidak semua sanggup menukarknnya menjadi kenyataan. Puncanya satu, iaitu tindakan. Ia memerlukan komitmen untuk mereka meninggalkan semua zon selesa yang melekakan dan masuk ke zon mencabar. Mencari peluang baru yang lebih baik dengan baki potensi yang ada. Di mana lebih banyak kebaikan dapat disumbangkan. Percayalah, semua ini tidak mampu dicapai selagi adanya perasaan cukup selesa. Seolah-olah dunia ini selama-lamanya tidak kan pernah berubah lagi... Ayuh bangkit! Cari zon mencabar kita. #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

photo content

4 faktor yang harus dipertimbangkan oleh pelajar lepasan SPM untuk sambung pengajian : 1. PENCAPAIAN Keputusan sudah pun keluar. Jadi penting untuk semak, keputusan yang diperlolehi dengan syarat kelayakan bagi program yang ingin dimohon. Sekarang UPU telah bantu pelajar padankan keputusan dan program yang calon layak selapas data dikemaskini. Jangan ambil risiko memohon program yang tidak layak. 2. PERSONALITI Pelajar boleh rujuk kaunselor sekolah masing-masing untuk mengambil ujian personaliti dan kerjaya. Ujian ini penting untuk memadankan personaliti dan program yang bakal dimohon. Sesuai bagi pelajar yang masih keliru tentang personaliti diri dan program yang ingin dipelajari. 3. MINAT Jika sudah ada kecenderungan minat, itu yang terbaik. Jika tiada, tidak mengapa. Minat boleh dipupuk kemudian. Yang penting, kita jenis yang mudah belajar benda baru atau jelas apa target selepat tamat pengajian. Minat sahaja tanpa pencapaian (keputusan SPM) yang cukup tidak ke mana-mana juga. Nak tahu minat, cuba kenalpasti apa yang kita suka buat, suka baca, suka lihat dan suka bicarakan. 4. NILAI Setiap pekerjaan atau bidang ada nilai tersendiri. Contohnya, bidang kejuruteraan. Sedikit lasak, kerja-kerja bengkel amali, kerja luar dan berkait dengan peralatan. Jadi cuba semak, adakah kita sesuai dan selesa dengan nilai-nilai tersebut. ... Empat komponen ini sebagai panduan asas. Jika pelajar mempunyai kriteria lain yang hendak dipertimbangakan, silakan. Saya biasa jumpa pelajar diawal semester untuk bertukar program atau berhenti kerana silap buat keputusan. Semua ini berpunca juga kerana maklumat tak cukup, ikut kawan, isi sambil lewa dan ambil mudah kerana pilihan pertama dah dirasakan layak serta akan dapat. Akhirnya kecewa kali kedua. #kongsipositif #positivecircle21 Hasbullah Mustafa Kaunselor Politeknik Merlimau Info lebih banyak di sini : T.me/positivecircle21

photo content

"Saya rasa jantung saya nak meletup dah ni. Saya tak tahan dah..." Biasa dengar ada yang mengadu macam ni? Mungkin disebabkan terlalu berat dan terlalu lama menanggung sesuatu isu. Ini boleh menimbulkan suasana "BURNOUT" Ia boleh meletus ibarat satu gunung berapi. Meletus disebabkan satu cetusan sahaja barangkali. Inilah kesan stres yang terkumpul. Jom amalkan TIP 3 P ini untuk redakan emosi: 1. PATIENCE Beri masa untuk bertenang. Jangan bertindak ketika sedang beremosi tinggi. Cuba cari titik rasional kita. Amalkan bernafas dalam-dalam. Keluar sekejap daripada situasi yang buatkan kita tegang. 2. PROVIDES Berikan masa yang secukupnya kepada diri. Jangan terburu-buru kerana ini sifat syaitan. Jika ia perlukan keputusan segera juga, cepat-cepat cari bantuan untuk dapatkan pandangan. Cari orang yang lebih rasional daripada kita. 3. PERSPECTIVES Setelah kita dapat memproses apa yang berlaku, maka cubalah melihat isu itu dari sisi yang berbeza. Di sini pemikiran rasional akan mengambil tempat. Segala pertimbangan mudah untuk dibuat berdasarkan maklumat-maklumat yang kita ada. Cubalah! #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

photo content

Ilmu dan tindakan perlu bergerak seiring. Jika tiada salah satu, maka akan rosak. Menjadi satu tuntutan besar untuk sesorang
Ilmu dan tindakan perlu bergerak seiring. Jika tiada salah satu, maka akan rosak. Menjadi satu tuntutan besar untuk sesorang memenuhi keduanya. Moga kita direzekikan untuk sentiasa berkehendak kepada ilmu kemudian dalam masa sama beramal dengan apa yang dipelajari. InsyaAllah. #kongsipositif #positivecircle21

Setiap mereka yang mengaku beriman pasti akan menghadapi ujian. Kadarnya mengikut ukuran iman. Harapnya, semoga keputusannya
Setiap mereka yang mengaku beriman pasti akan menghadapi ujian. Kadarnya mengikut ukuran iman. Harapnya, semoga keputusannya nanti adalah khabar yang menggembirakan. Khabar yang paling gembira itu pastinya ganjaran Syurga. Yang kita sangat dambakan. Yang sangat-sangat kita impikan. Syaratnya... Hadapilah semuanya di sini dengan penuh keimanan. Yakin! Kita ini, Allah tidak pernah lupakan. Sabar... Dan dengan penuh pengharapan. DIA dekat, sentiasa memberi rahmat. Pohonlah kepadaNYA. Nescaya akan diperkenankanNYA. Terus.... Dan... Terus... Moga kita semua kuat. Kerana kita ada Allah Yang Maha Kuat! #kongsipositif #positivecircle21 Dapatkan banyak lagi TIPS POSITIF di sini : t.me/POSITIVEcircle21 t.me/POSITIVEcircle21

JOM MASUK POLI! Buat adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM, tahniah saya ucapkan. Anda telah mencipta sejarah tersendiri. SPM dalam suasana penuh mencabar. Tiada siapa dapat menjangkakannya. Apapun keputusannya, percayalah ini semua permulaan untuk anda merancang masa depan yang lebih panjang. Terutama dalam kerjaya anda selepas ini. Sekarang masa untuk merancang ke mana halatuju selepas ini dengan keputusan yang anda perolehi. Perkara yang lepas sudah menjadi sejarah, masa depan sedang menunggu perancangan hari ini untuk dilukiskan. Jom saya kongsikan satu peluang besar adik-adik bagi meneruskan pengajian selepas ini. Iaitu menyambung pengajian DIPLOMA ataupun PRA-DIPLOMA di Politeknik Malaysia. Satu pilihan yang tidak boleh anda ketepikan. Sebagai contoh, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menawarkan sebanyak 17 program yang terdiri daripada 5 Jabatan Utama dan 2 Jabatan Sokongan. Pelbagai program menarik untuk ada pilih. Sama ada bidang kejuruteraan mahupun pengurusan. Di sini saya kongsikan pautan dan talian yang anda boleh dapatkan maklumat dan sebarang pertanyaan. Dapatkan maklumat tepat sebelum anda membuat sebarang keputusan. Kesilapan lepas pengajaran besar untuk kejayaan masa depan anda. Sila layari pautan: http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp untuk maklumat terkini mengenai pengambilan ke Politeknik bagi kemasukan Sesi 1 / 2021 atau hubungi talian 60 11-5694 4427 untuk sebarang pertanyaan. "Selangkah ke PMM Anda Keluar Dengan Senyuman" #kongsipositif #positivecircle21 Hasbullah Mustafa Kaunselor PMM

photo content