POSITIVE CIRCLE
Открыть в Telegram
Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF
Больше829
Подписчики
+124 часа
+17 дней
+530 день
Архив постов
Berani untuk jadi berbeza dengan versi kita. Selagi mana tidak menyalahi Syariatullah dan Sunnatullah.
Kita dilahirkan dengan potensi yang berbeda. Bukan untuk bersaing tetapi saling melengkapi. Memenuhi apa yang diimpi. Dunia dan Syurgawi.
#positivecircle21
#covits69
#kongsipositif
Kajian oleh Jacintha Henry dan Nordin bin Mamat tentang Keberkesanan Penggunaan Kad Imbasan dalam Meningkatkan Kemahiran Awal Bacaan Kanak-Kanak 4 Tahun mendapati bahawa :
"Pembelajaran menggunakan kad imbasan semasa melakukan aktiviti praktikal amat membantu murid untuk memahami dengan lebih baik.
Malah ia juga merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan dan patut diamalkan oleh semua pendidik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Ini kerana teknik ini melibatkan pengalaman seseorang murid dalam melakukan aktiviti secara individu...."
#covits69
#positivecircle21
#kongsipositif
Jika tidak boleh menjadi dahan rimbun yang meneduhkan, janganlah menjadi dahan yang merintangi jalan.
Membantu atau membantu itu satu pilihan.
#positivecircle21
#kongsipositif
Sibukkan diri mencari aib mu, bukan aib orang lain.
Kita belum tahu kesudahan takdir kita bagaimana, maka janganlah disibukkan dengan mencari dan bercerita tentang aib orang lain.
Barangkali apa yang kita sibukkan tentang orang lain hari ni, mungkin suatu hari nanti kita akan mengulanginya kelak. Mohon dijauhkan.
Untungnya, Allah masih menutup aib kita. Maka jangan kita sendiri yang jadi penyebab terbukanya aib diri.
Ujian orang lain, ujian buat kita juga untuk menahan diri daripada bertindakbalas.
Muslim yang baik itu akan meninggalkan perkara yang sia-sia.
#kongsipositif
#positivecircle21
