ru
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

Открыть в Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

Больше
828
Подписчики
-124 часа
+37 дней
+430 день
Архив постов
TIP : 3 soalan untuk buatkan tabiat baharu kita MENONJOL

TIP : 3 soalan untuk buatkan tabiat baharu kita MENONJOL Jom dengar ; https://vt.tiktok.com/ZSMtHSoE5/ Selamat beramal & kongsikan kepada rakan yang lain. #kongsipositif #positivecircle21

Tip 4M bentuk tabiat baik dalam diri. https://vt.tiktok.com/ZSMGk8SbH/ #kongsipositif #positivecircle21

Bedah Buku: 4 peringkat dalam membentuk tabiat. Jom dengar sini dan kongsikan. https://vt.tiktok.com/ZSMpsCeaN/

SIRI POSITIF: Perubahan 1% "Menjadi 1% lebih baik pada setiap hari adalah sangat penting untuk membentuk siapa kita di jangka
SIRI POSITIF: Perubahan 1% "Menjadi 1% lebih baik pada setiap hari adalah sangat penting untuk membentuk siapa kita di jangka masa panjang..." Nampak macam perubahan kecil, tapi sebenarnya inilah rahsia kejayaan dalam banyak perkara. Bayangkan kalau setiap hari kita tingkatkan diri walaupun sikit—belajar satu perkara baru, ubah satu tabiat buruk, atau buat satu kebaikan tambahan. Dalam setahun, kita bukan sekadar lebih baik, tapi mungkin jauh berbeza daripada versi diri kita yang dulu. Orang selalu fikir perubahan kena besar dan drastik, tapi realitinya, perubahan kecil yang konsistenlah yang membawa kesan besar. Tak perlu tergesa-gesa nak jadi hebat dalam sehari, cukup dengan tanya diri sendiri setiap hari: “Hari ini, apa satu perkara kecil yang boleh buat aku jadi 1% lebih baik?” #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Tip naikkan jualan bagi mereka yang berniaga atau ingin mempromosikan sesuatu. Jom dengar sini : https://vt.tiktok.com/ZSMQSaKMR/ #positivecircle21 #kongsipositif

Bedah Buku : Buat keputusan berdasarkan "Association Bias". Apa ni? Jom dengar kat sini: https://vt.tiktok.com/ZSMmwWJto/ Dah
Bedah Buku : Buat keputusan berdasarkan "Association Bias". Apa ni? Jom dengar kat sini: https://vt.tiktok.com/ZSMmwWJto/ Dah dengar sila kongsi. #positivecircle21 #kongsipositif

Bedah Buku : "Outcome Bias" - penilaian keputusan berdasarkan kepada hasil, bukannya proses..." Jom ketahui kupasan lanjut di
Bedah Buku : "Outcome Bias" - penilaian keputusan berdasarkan kepada hasil, bukannya proses..." Jom ketahui kupasan lanjut di sini: https://vt.tiktok.com/ZSMUkEGqq/ Pernah berlaku dalam hidup anda bias ni? Jom kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Moga dapat bantu ramai orang untuk keputusan dengan lebih baik. #positivecircle21 #kongsipositif

SIRI POSITIF: Berhenti Sekejap, Tak Perlu Komen Semua Benda Dalam dunia hari ini, semuanya berlumba-lumba nak jadi yang pertama—pertama yang tahu, pertama yang kongsi, dan pertama yang komen. Berita viral muncul setiap saat, tetapi sejauh mana kita pasti dengan apa yang kita baca dan sebarkan? Kadang-kadang, kita terlalu teruja nak beri pendapat tentang sesuatu yang kita sendiri tak pasti atau langsung tak terlibat. Isu yang belum jelas, kita dah simpulkan. Perkara yang bukan urusan kita, kita sibuk berbalah. Hasilnya? Mental penat, emosi serabut, dan kita akhirnya terperangkap dalam dunia maya yang penuh toksik. Tak salah nak ambil tahu, tapi tapis dulu. Tak salah nak beri pandangan, tapi pastikan berasas. Dan tak semua perkara perlukan komen kita. Orang bijak tahu bila perlu bercakap, orang yang kurang bijak bercakap tentang semua perkara untuk nampak bijak. Jadi, sebelum tekan ‘share’ atau tinggalkan komen pedas, tanya diri: ✔️ Adakah ini benar? ✔️ Adakah ini bermanfaat? ✔️ Adakah ini perlu? Kalau tiga-tiga jawapan "tidak", lebih baik diam dan teruskan hidup. Tak rugi pun! "Saring sebelum sharing, fikir sebelum typing." #kongsipositif #positivecircle21

photo content

Siri Bedah Buku : "Twaddle Tendency". Pernah dengar term ni? Ia bermaksud keadaan di mana, "Sekiranya Tiada Perkara yang Hend
Siri Bedah Buku : "Twaddle Tendency". Pernah dengar term ni? Ia bermaksud keadaan di mana, "Sekiranya Tiada Perkara yang Hendak Diperkatakan, Lebih Baik diam sahaja..." Dengarkan kupasan lanjut di sini. https://vt.tiktok.com/ZSMSg61CU/ Faham sekarang apa itu "Twaddle Tendency"? Jom kongsikan kepada yang lain. Moga mengalir manfaat. #positivecircle21 #kongsipositif

SIRI POSITIF: Permainan Bowling: Apa yang Kita Boleh Belajar? Bowling nampak macam sekadar baling bola, tapi kalau perhati betul-betul, ada banyak perkara yang boleh kita ambil sebagai pengajaran hidup. 🎯 Konsisten Itu Kunci Nak dapat strike berkali-kali? Konsisten adalah jawapannya. Tapi hakikatnya, konsisten itu susah! Dalam hidup pun sama, kejayaan bukan datang sekali dua usaha, tapi dari disiplin dan usaha berterusan. 🔄 Perubahan Kecil, Hasil Berbeza Dalam bowling, ubah sudut sikit, cara genggam sikit, pasti ada perubahan pada jatuhan pin. Sama juga dalam hidup, perubahan kecil pun boleh beri kesan besar. Yang penting, berani untuk berubah. 🎯 Target Itu Wajib Tanpa sasaran, bola kita boleh tersasar ke longkang. Hidup pun sama, kena ada matlamat yang jelas, baru usaha kita lebih fokus dan bermakna. 🛠️ Skill & Strategi, Gandingan Mantap Kalau ada skill tapi tak ada strategi, susah nak menang. Begitu juga kalau ada strategi tapi kurang skill, sukar untuk berjaya. Jadi, tingkatkan kemahiran dan atur langkah dengan bijak. 🔥 Jangan Give Up Bila Gutter Ball Kadang-kadang bola masuk longkang, tak kena satu pun. Tapi apa pemain bowling buat? Mereka terus main! Hidup pun sama, kalau gagal sekali, jangan berhenti. Betulkan langkah, cuba lagi. Jadi, kalau hari ini ada yang rasa down atau hilang semangat, ingatlah… kehidupan ini macam permainan bowling. Selagi masih ada giliran, masih ada peluang untuk perbaiki dan berjaya! 🎳💪 #kongsipositif #positivecircle21

photo content

#positivecircle21 #kongsipositif
#positivecircle21 #kongsipositif

SIRI POSITIF: "Hari Pertama Sekolah: Bantu Anak Rasa Gembira, Bukan Terpaksa!" Hari pertama sekolah bukan saja pengalaman baru untuk anak, tapi juga ujian emosi untuk ibu bapa. Ada anak yang excited, ada yang menangis macam nak kena tinggal selamanya. Jadi, macam mana nak bantu anak adaptasi dengan baik? 1. Tunjukkan Emosi Positif Anak-anak ‘scan’ emosi ibu bapa. Kalau kita risau dan overthinking, mereka pun rasa benda yang sama. Jadi, senyum, tunjuk yakin, dan beri kata-kata positif: “Seronoknya pergi sekolah! Nanti mama ayah tunggu cerita best dari kamu.” 2. Beri Pelukan & Ucap Kata Semangat Pelukan ibu bapa ada kuasa magic! Ia beri ketenangan dan rasa selamat. Tambah dengan kata-kata seperti: “Ibu tahu kamu boleh! Enjoy tau!” Supaya anak rasa dihargai, bukan dihantar ke ‘zon perang’! 3. Latih Berpisah Secara Beransur Jika anak susah berpisah, cuba latih beberapa hari sebelum sekolah bermula—mula bercakap- cakap dengan mereka tentang sekolah, tinggal di rumah saudara atau taska sekejap-sekejap. Ini bantu mereka faham konsep "Ibu ayah pergi, tapi pasti datang balik." 4. Jangan ‘Hilang’ Secara Tiba-Tiba Ada ibu bapa ‘lari’ masa anak leka. Ini buat mereka trauma. Sebaliknya, ucapkan selamat tinggal dengan tenang dan jelas: “Ibu ayah pergi kerja dulu, nanti petang kita jumpa!” Jangan risau kalau mereka menangis, cikgu dah terlatih handle situasi ni. 5. Elakkan Tekanan Akademik Awal Hari pertama bukan hari nak anak pandai baca buku teks. Fokus pada keseronokan belajar dan berkawan. Tekanan terlalu awal boleh buat mereka fobia sekolah. 6. Hargai Usaha, Bukan Hasil Bukan semua anak adaptasi dengan cepat. Ada yang ambil masa. Bila mereka balik, tanya soalan positif: “Apa benda paling best hari ni?” Bukan soalan berbentuk tekanan seperti “Kamu faham tak cikgu ajar apa?” Anak-anak bukan robot yang boleh terus ‘program’ untuk suka sekolah. Mereka perlukan sokongan emosi dan kepercayaan daripada kita. Jadi, bersabar, beri masa, dan nikmati perjalanan ini bersama. Semoga anak-anak kita membesar dengan penuh keyakinan dan mencapai keseronokan belajar! #kongsipositif #positivecircle21

photo content

POSITIVE CIRCLE - Статистика и аналитика Telegram-канала @positivecircle21