cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Tips Kewangan & Hartanah Azizul

Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.

Больше
Рекламные сообщения
90 629Подписчики
-2124 часа
-1027 дней
-43430 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

BAYARAN ZAKAT KWSP YANG DIKELUARKAN Perbezaan bayaran zakat KWSP dan zakat ganjaran pencen. Satu perkongsian ilmu. Bagi duit KWSP terdapat dua cara pembayaran zakat. 1. zakat KWSP pengeluaran sebelum umur 55 tahun atau sebelum boleh mengeluarkan keseluruhan wang KWSP di mana dikira sebagai pemilikan belum sempurna. Hanya wang KWSP yang dikeluarkan sahaja dikenakan zakat. Jumlah zakat ialah 2.5% daripada jumlah pengeluaran + jumlah wang simpanan lain Contoh nilai nisab = RM20 000 Jumlah simpanan dalam KWSP = RM400 000 (tidak perlu bayar zakat sebab tidak boleh dikeluarkan) Contoh Pengeluaran KWSP = RM15 000 (tak cukup nisab) Simpanan lain RM6 000 (tak cukup nisab tapi cukup haul) Jumlah zakat = 2.5% X RM21 000 = RM525 (15K+6K = 21K melebihi nisab 20K) dibayar tanpa menunggu cukup haul setahun bagi duit KWSP 2. zakat KWSP selepas umur 55 tahun atau telah boleh mengeluarkan kesemua wang simpanan KWSP di mana dikira sebagai pemilikan sempurna. Jumlah zakat ialah 2.5% daripada jumlah simpanan KWSP + jumlah wang simpanan lain yang cukup haul Contoh nilai nisab = RM20 000 Jumlah simpanan dalam KWSP = RM400 000 (wajib bayar zakat sebab telah boleh dikeluarkan) Contoh Simpanan lain RM6 000 (tak cukup nisab tapi cukup haul) Jumlah zakat = 2.5% X RM406 000 = RM10 150 dibayar serta merta tanpa cukup haul setahun bagi duit KWSP. Bagi ganjaran pencen pula bayaran zakat wajib dibayar sebanyak 2.5% daripada jumlah wang ganjaran yang melebihi nisab dan telah cukup haul iaitu selepas dimiliki selama setahun Contoh dapat ganjaran pencen sebanyak RM280 000 pada 3/5/24 Jumlah zakat = 2.5% jumlah simpanan pada 3/5/25 (selepas setahun) Jika selepas setahun ganjaran RM280 000 telah dibelanjakan sebanyak RM100 000, jumlah zakat = 2.5% daripada jumlah baki yang cukup haul setahun = 2.5% X RM180 000 = RM4500
Показать все...
👍 53 6
Rahsia orang Cina bina kekayaan. 1. Bantu adik-beradik. Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya. Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta. Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground. Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami. Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together. 2. Harta yang ada dikembangkan. Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan. Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun. Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga. Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata. WE LOVE PROPERTIES. HAHA.. Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu. 3. Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga. Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu. Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai. Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan. Even ada je dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada. 4. Save dulu baru spend Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank. Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend. Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala. Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD. So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB. 5. Tak suka berhutang Kami memang tak suka berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya. Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo.. Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate. Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin. Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah. Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu. Kredit Adam Kelvin Masih belum kaya lagi.
Показать все...
👍 121 22
Terdapat seorang petani yang menanam jagung berkualiti tinggi. Setiap tahun dia memenangi anugerah untuk tanaman jagung terbaik. Satu tahun seorang wartawan akhbar menemu bualnya dan mempelajari sesuatu yang menarik tentang cara dia mengembangkannya. Wartawan itu mendapati bahawa petani itu berkongsi benih jagungnya dengan jirannya. "Bagaimanakah anda mampu berkongsi benih jagung terbaik anda dengan jiran anda apabila mereka memasuki jagung bersaing dengan jagung anda setiap tahun?" wartawan itu bertanya. “Kenapa tuan,” kata petani itu, “Tidakkah tuan tahu? Angin mengambil debunga dari jagung yang masak dan memusingkannya dari ladang ke ladang. Jika jiran saya menanam jagung rendah, pendebungaan silang akan terus merendahkan kualiti jagung saya. Jika saya ingin menanam jagung yang baik, saya mesti membantu jiran saya menanam jagung yang baik.” Begitu juga dengan kehidupan kita... Mereka yang ingin hidup bermakna dan baik mesti membantu memperkayakan kehidupan orang lain, kerana nilai kehidupan diukur dengan kehidupan yang disentuhnya. Dan mereka yang memilih untuk bahagia mesti membantu orang lain mencari kebahagiaan, kerana kebajikan masing-masing terikat dengan kebajikan semua.
Показать все...
153👍 43
#TabungGaji BANK TAK SUKA 1. Bank tidak suka kita menyimpan, mereka perlu bayar dividen pada kita. 2. Bank lebih suka kita MEMINJAM, kita yang bayar pada mereka. 3. Simpanan kita mungkin beberapa ribu, tetapi kita meminjam berpuloh ribu dan MEMBAYAR beratus ribu. Hanya gegadis yang suka kita simpan hati mereka, "wak, boleh tak saya simpan hati awak sebelah hati saya?" mereka mesti lari sembunyi bawah meja :-p #JanganPerasanBankSukaDuitKita
Показать все...
👍 55😁 19 11🥰 2
Achik terpaling banker sila jangan beri maklumat mengelirukan 1. Islamic Financing tiada riba. 2. Para ulama dan pakar kewangan Islam telah buat yang terbaik, dengan Islamic Financing telah beri ruang dan peluang orang Islam memiliki hartanah. 3. Rasanya konsep Islamic Financing yang achik-achik ni nak adalah bayar ikut suka tanpa ada profit rate, dan sampai satu masa bank kena halalkan sebab achik-achik kata Islam galakkan sedekah. 4. Kalau rumah harga rm300k, dia nak jumlah kena bayar pun rm300k, siap bagi diskaun 50% atau bagi free baru Islamic? 5. Islamic Financing dengan keuntungan bank yang tinggi dan bayaran balik yang tinggi adalah prinsip bank. Bank bukan badan welfare. Bank sentiasa nak untung. 6. Semua benda bayar secara cash memang bagus. Nak hidup bersederhana tanpa hutang pun baik. Go for it. Atau jadilah super kaya, buka bank yang rakyat boleh pinjam 300k dan bayar balik 300k. 7. Melabelkan agamawan yang terlibat dengan perbankan Islam bersubahat dengan dosa riba sehingga menimbulkan fitnah itu sesuatu yang tidak baik dan melampau. 8. Yelah, perempuan mana pernah rasa dia salah. Tapi kalau achik-achik tidak punya ilmu muamalat yang mendalam jangan mudah menuduh. Berat di akhirat nak jumpa sorang-sorang. 9. Produk Islamic Financing ada kelemahan dan ada ruang boleh dibaiki.
Показать все...
👍 159 44🔥 5
#TabungHutang PELIHARALAH 'SINGA' 1. Berhutang itu ibarat memelihara seekor singa. Jika kita pintar dan berilmu, kita boleh jana pendapatan dengan singa itu. 2. Kita boleh kutip duit tiap kali orang datang melihat, kita boleh buat dandan bulu singa dan masuk TV3. 3. Kita boleh jual tudung gaya singa dan boleh buat acara sentuh hidung singa atau bergambar dengannya.ehm.. Kita jana pendapatan dengan singa kita. 4. Kita juga boleh dapat kecederaan jika gagal kawal singa tersebut. 5. Lebih malang jika kita tiada ilmu, kita boleh berada dalam perut singa dalam sekelip mata. 6. Orang kaya menjana pendapatan dengan hutang mereka. 7. Wang mereka disimpan untuk ke Pulau Andaman bersama keluarga atau bercuti luar negara 8. Mereka jana kekayaan dengan ilmu hutang yang mereka ada. Ingat orang beli rumah banyak dengan tunai mereka? Tidak jawapannya. 9.Mereka bina hutang untuk jana kekayaan mereka. Tetapi hati hati, jangan sampai tercedera atau anda sedar dah dalam perut singa. Gegadis tak suka lelaki garang seperti singa, sebab mereka susah nak bermanja. #JanaHutangSecaraSihatDanBijak
Показать все...
👍 65 11
#TabungRaya BAJET DUIT RAYA KITA BERAPA? . 1. Buat satu bajet keseluruhan nak balik beraya ini berapa yang kita akan belanja. Bajet ini termasuk duit tol, minyak, duit mak, duit raya dan pastikan duit ini adalah duit simpanan kita bukan pinjaman peribadi punya. . 2. Senaraikan kategori duit raya ini kita akan berikan pada siapa, keluarga terdekat, anak saudara, rombongan kanak kanak yang datang ziarah dan siapa sahajA yang layak sewaktu kita berjumpa. . 3. Keluarga terdekat biasanya angaran duit raya antara RM50, RM20, RM15, RM10 sahaja bergantung kepada berapa ramai anak buah kita. Bagi ibubapa sebaiknya lebih dari jumlah sumbangan bulanan yang sedia kita berikan. . 4. Bagi kanak kanak dari saudara jauh, saya kira memadai memberi sumbangan sekitar RM5 ke RM10 bergantung jumlah berapa ramai anak buah ini. Jika nak kurang lagi pun tak mengapa. Ianya bukan satu dosa. . 5. Rombongan kanak kanak yang datang meriah kerumah ibubapa kita, sumbangkan sekitar RM1 ke RM2 sahaja sudah memadai agar mengembirakan hati mereka sahaja. Raikan mereka dengan jemput minum setidaknya jika tidak mahu makan sekalipun. Maklumlah mereka sedang bermain dengan masa!. kejar berapa rumah yang ada . 6. Asingkan duit ikut sampul dan warna, ini memudahkan kita memberi sumbangan nanti. Utamakan golongan yang layak terima berbanding untuk kelihatan bergaya sampul bewarna. . 7. Ikhlas, ikhlas, ikhlas. Jangan beri sumbangan duit raya sebab takut orang kata kita papa. Ingat lepas raya kita semua masih bernyawa. Jika kita tidak mampu beri duit raya, jangan ikut orang untuk memberi walau kereta kita paling berjenama Honda misalnya! . 8. Sebelum sebok nak bagi duit raya ini utamakan golongan ini jika kita ingin jadi suami yang seksi dan kacak bergaya. Ini susunan kewajipan kita. a. Isteri kita b. Anak kita c. Bapa kita d. Ibu kita. . 9. Duit raya bukan satu kewajipan tetapi menjadi budaya yang baik. Cuma pastikan sebelum sebok memberi wang raya kepada anak orang . Pastikan semua anak kita telah ada tabung pendidikan untuk masa depan. . Dengan memberi RM100 setiap kali raya kepada anak anak selama 18 tahun dengan kadar 8%, kita telah mengunakan RM4000 dana pendidikan anak kita. Dengan sumbangan RM200 setahun selama 18 tahun dengan kadar yang sama, kita telah belanjakan RM8017! . Letak keutamaan kepada tempatnya baru kita menjadi mulia kawan. . Azizul Azli Ahmad #Sampaikan buat semua agar mereka faham
Показать все...
👍 117 18🥰 3
👍 18
#TabungHutang DUNIA SEDANG DILIPAT? 1. Tanpa kita sedar, kita bukan bekerja untuk majikan kita lagi. 2. Bank ciptakan produk produk hutang agar kita lama 'bekerja' buat mereka dan kekal setia. Mereka adalah majikan baru kita. 3. Bank tak hasilkan rumah, bank hanya jual rumah pemaju dan kita beli dengan berhutang. 4. Setiap tahun bank kekal untung, tetapi kakitangan bank tetap ada yang diberhentikan atau diberikan pilihan berhenti. 5. Bank mula memperkenalkan dan memperkasakan perbankan online. Tanpa bantuan manusia atau bantuan kakitanganya, kita akan mula membayar hutang secara bijaksana. 6. Hutang hutang ini dalam tempoh yang lama, ada yang 30-35 dan 40 tahun pun ada. 7. Kita akan setia membayar hutang ini selama tempoh kita kekal kerja atau sama usia kerja kita. 8. Dengan teknologi AI dan sistem online, bank semakin tidak perlukan manusia (kakitangan sebenarnya). Kita yang kerja gomen atau swasta yang bekerja buat bank menjadi kaya raya sebenarnya. 9. Cukup bulan dapat gaji, kita akan setia membayar hutang hutang ini. Jika lewat, ada kadar penalti menanti untuk dikena. 10. Kita tidak pernah bekerja dengan bank, tanpa kita sedar kita menjadi sebahagian dari keuntungan bank dan setia menjana keuntungan buat mereka. Kawan kawan, Tulisan ini tentang hutang. Tanpa kita sedar, majikan kita adalah bank. Kita kerja hanya untuk bayar hutang bank. Bank tak perlu risau, jika kita gagal bayar. Apa sahaja boleh jadi hak mereka. Jangan berlebihan menjana hutang. Fahami bahawa jika kita beli sebuah rumah dengan harga RM600k, bagi tempoh 20 tahun kita biasanya kita membayar RM1.2 juta sahaja. Jika 30 tahun, nilainya menjadi 3 kali ganda. Dunia sedang dilipat, kita semua adalah mangsa jika kita tidak memahami lipatannya. Bank mula menjadi majikan kepada semua. Azizul Azli Ahmad Catatan Malam 1 Syawal di Makkah
Показать все...
93👍 53🥰 1