cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Nota Syarie by Fahmi Ramli

https://wa.me/60197372389 https://wa.me/60197372389 Assalamualaikum semua, ini adalah Channel Telegram Rasmi Fahmi Ramli & Co. Ada info dan perkongsian isu kekeluargaan Islam dan undang-undang Syarie. Anda ada soalan? Klik link whatsapp diatas. Ok 👍🏻😊

Больше
Рекламные посты
13 003
Подписчики
+524 часа
+4147 дней
+35230 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

3 tuntutan yang isteri masih boleh tuntut, walaupun cerai secara fasakh. Sebabnya video ini dikongsikan kerana ada bekas suami yang cuba kelirukan bekas isterinya bahawa tak boleh tuntut apa-apa kalau cerai fasakh.
Показать все...
01:39
Видео недоступноПоказать в Telegram
IMG_6354.MP48.65 MB
3 tuntutan yang isteri masih boleh tuntut, walaupun cerai secara fasakh. Sebabnya video ini dikongsikan kerana ada bekas suami yang cuba kelirukan bekas isterinya bahawa tak boleh tuntut apa-apa kalau cerai fasakh.
Показать все...
Prosedur pengesahan Nikah Bagi pasangan yang telah melangsungkan pernikahan di luar Negara, wajib untuk membuat Pengesahan Nikah di Malaysia bagi mengesahkan perkahwinan menurut syarak dan undang-undang disamping memperoleh Sijil Nikah yang sah. Tujuannya adalah bagi mengelakkan daripada hidup dalam perkahwinan yang belum tentu sah atau tidak, anak tidak boleh diletakkan bin atau binti kepada bapanya, dan lain-lain hal yang berkaitan. Justeru, beberapa perkara wajib perlu dilakukan oleh sesuatu pihak untuk mengesahkan hal tersebut. 1 Pastikan segala dokumentasi lengkap Setiap pernikahan yang berlangsung di luar negara, pasti akan ada Sijil Nikah dari negara tersebut dan Sijil Konsulat. Kedua-dua dokumen ini adalah dokumen terpenting untuk membuka kes Pengesahan Nikah. Perlu juga dilampirkan kepada Mahkamah apa-apa bukti lain seperti gambar & video nikah, salinan Passport atau Pass Sempadan. Bagi lelaki yang telah beristeri, wajib dilampirkan salinan sijil Nikah isteri sedia ada disamping sijil lahir anak-anak jika ada. Setiap dokumen ini adalah sangat diperlukan bagi satu kes pengesahan Nikah difailkan. 1 Serah diri ke Pejabat Agama Bagi sesetengah negeri untuk kes pengesahan nikah luar negara, Jabatan Agama Islam telah mewajibkan untuk pihak-pihak yang nikah tanpa kebenaran ini untuk jalani proses siasatan di Pejabat Agama terlebih dahulu. Ada negeri yang tidak peruntukkan, tapi ada negeri yang perlu lakukan sedemikian terlebih dahulu kerana mereka akan mengeluarkan satu Surat Kebenaran Memfailkan Kes di Mahkamah. 1 Menyediakan Saman/Permohonan untuk Daftar Kes Bagi yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mungkin mampu menyediakan secara sendiri. Namun, jika tidak mempunyai pengetahuan, sebaik-baiknya lantiklah Peguam Syarie untuk kendalikan kes ini di Mahkamah. Bagi pihak lelaki yang bujang atau duda berkahwin di luar negara tanpa kebenaran, kes pengesahan perlu difailkan di Mahkamah Rendah Syariah. Namun, di Kedah, Pengesahan Nikah untuk lelaki ‘Single’ adalah dijalankan di Pejabat Agama sahaja melainkan ada isu yang perlu dibawa ke Mahkamah. Bagi lelaki yang mempunyai isteri sedia ada, maka kes pengesahan ini perlu difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah sebagai kes Pengesahan Nikah Poligami. 1 Denda/Hukuman Selepas pernikahan tersebut telah disahkan, pihak-pihak dalam tempoh tertentu akan mendapat satu Saman Kes Jenayah Syariah bagi kesalahan Nikah Tanpa Kebenaran dan Poligami Tanpa Kebenaran. Pasangan perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang dikeluarkan Saman tersebut dan bersedia untuk membayar denda yang akan dijatuhkan oleh Mahkamah atas dakwaan daripada pihak Pendakwa Syarie. 1 Daftar Sijil Nikah Selepas semua perkara telah diselesaikan, barulah pasangan akan mendapat Sijil Nikah daripada Jabatan Agama Islam Negeri. Kena daftar terlebih dahulu di Pejabat Agama yang Mahkamah perintahkan. Bawa bersama Perintah Pengesahan Nikah daripada Mahkamah bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain. Kesimpulan Demikianlah prosedur ringkas yang perlu dilalui oleh setiap pasangan yang bernikah di luar negara tanpa kebenaran. Nasihat saya, daftar segera, jangan tunggu lama-lama. Nanti susah dikemudian hari.
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Alhamdulillah, a lovely win for today. Dapat mudahkan uruskan perceraian isteri secara baik tanpa dijangka, kerana targetnya kes ini mungkin panjang atas sebab tiada persetujuan suami. Kadangkala, perceraian ini harus berlaku kerana syiqaq yang sangat berat berlaku dalam rumahtangga. Kalau suami isteri sudah tiada komunikasi yang baik, dihimpit dengan hutang yang terpaksa ditanggung oleh isteri, penuh dengan rasa amarah serta benci, LEBIH BAIK berpisah daripada terus bergelar suami isteri. Semoga lembaran baru buat klien lebih cerah di masa akan datang. Fahmi Ramli 28/5/2024
Показать все...
03:58
Видео недоступноПоказать в Telegram
3 Sebab kenapa seorang isteri yang berkahwin di Siam dengan pasangannya WAJIB buat pengesahan Nikah segera. Kalau lambat daftar, yang naya adalah isteri itu sendiri. Laki bukan jadi apa sangat nak dibandingkan dengan wanita tu. Fahmi Ramli Anda ada pertanyaan? Boleh tanya disini wasap.my/60197372389/NakSahNikah wasap.my/60197372389/NakSahNikah wasap.my/60197372389/NakSahNikah
Показать все...
IMG_6308.MOV20.82 MB
Antara kerisauan para isteri untuk failkan Fasakh: 1) Kalau suami enggan hadir mahkamah macam mana? 2) Tak tahu suami tinggal alamat mana terkini? 3) Suami hadir tapi taknak lafazkan talak? 4) Serahan saman kepada suami tak berjaya? Jangan risau, semua kerisauan di atas ada jawapannya: ✅ Jika suami enggan hadir ke mahkamah, kes masih boleh dibicarakan sebelah pihak. ✅ Jika tak tahu di mana keberadaan suami, boleh guna alamat terakhir suami dalam saman sudah memadai. ✅ Jika suami hadir tapi taknak lafazkan cerai, hakim yang akan fasakh kan perkahwinan tak perlu lafaz talak dari suami pun. ✅ Jika serahan saman tak berjaya (kediri), boleh mohon serah saman secara gantian dan kes tetap akan diteruskan untuk dibicarakan. Lega tak dengar jawapan-jawapan ni? So jangan risau ya, terus fokus untuk failkan kes fasakh, kekal fokus untuk selesaikan kes fasakh puan-puan ya. Semoga membantu yer! 😎 Fahmi Ramli Peguam Syarie
Показать все...
6 Nafkah yang wajib ditanggung oleh suami keatas isteri https://www.instagram.com/p/C7bZbfopVqE/?igsh=MXNlMGZwdHpjbWw4Zw==
Показать все...

00:17
Видео недоступноПоказать в Telegram
IMG_3230.MOV3.31 MB