cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

Больше
Рекламные посты
1 894
Подписчики
+424 часа
+417 дней
+30430 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Makin Tarbiah Makin Takut Dengan Allah Assalamualaikum wrh wbt Itu salah satu hadaf tarbiah dalam gerakan dakwah saban hari, apakah itu? Yang itu tu, ialah takut dengan Allahu ta’ala. Baru-baru ini dalam liqo kami, kami membaca hadits Riyadusholiheen bab 50 iaitu Takut pada Allah. Dalam liqo kami kali ini ada sedikit kelainan iaitu setelah membaca muqaddimah kami semua merenungkan firman Allah berkaitan ayat-ayat azab daripada Allah dan juga hukuman terhadap orang-orang yang melakukan maksiat. Ngeri! Cuba bayangkan betapa dasyat firman Allah tentang ayat ini: Allah Ta'ala berfirman:
"Pada hari seseorang manusia lari meninggalkan saudaranya, ibu dan ayahnya, juga isteri dan anak-anaknya. Setiap seseorang pada hari itu mempunyai urusan yang membuat diri sendiri sibuk - dari urusan orang lain." (Abasa: 34-37)
Adik-beradik lahir dari raheem ibu yang sama, dari kecik hidup senang susah bersama, bila besar berkongsi rezeki susah senang tetap bersama. Ibu & ayah yang kita sayangi, syurga berada di tapak kakinya, sayangnya seorang ibu pada kita! kita saja yang tahu! Isteri yang kita bayar mahar dan hantaran ribu riban, anak yang kita tarbiah dari kecil sampai remaja dan dewasa, mengharapkan mereka jadi soleh wa musleh di dunia dan setelah kita mati mereka akan mendoakan untuk kita. Namun Allah memberitahu kita bahawa di padang Mahsyar nanti, kita akan lari dari mereka semua ini lantaran bukan kesalahan kita dengan Allah semata-mata tapi juga kesalahan kita dengan mereka juga akan dituntut.  Waw! macam tu ke?? Sedihkan! Tapi itulah benda yang kita semua akan lalui sama ada suka atau paksa! Dalam liqo itu membuat kami sedih dengan amal-amal fardhy kami, amal dakwi kami dan amal harokah kami yang seberat kulit bawang. Yang lagi memilukan lagi hati kami, ada soalan ditanya sesama kami, tahu apa soalan tu?? “Bila last kami semua menangis kerana takut pada Allah?” ada yang jawap last year, ada yang jawab tidak pasti dan ada yang jawab jarang-jarang. Allahu Akbar! Liqo akan-akan datang nanti insyAllah akan discuss tentang hadits di bawah ini: Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu - kerana amat menakutkan. Beliau s.a.w. bersabda:
"Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang dapat saya mengetahuinya, niscayalah engkau semua akan tertawa sedikit saja dan akan menangis banyak-banyak." Para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu menutupi masing-masing wajahnya sambil terdengar suara isaknya. (Muttafaq 'alaih)
Wahai Robbul ‘alam, kami banyak gelak dari menangis….ampunkan kami yang Allah!😔 Abu Muhammad Jurutera Bina’ 16 Zulkaedah 1444H
Показать все...
👍 12 8😭 5🥰 1
00:10
Видео недоступноПоказать в Telegram
Ramai-ramai JOM! Bacaan Yasin & Doa Salamat untuk SPM B06 Walau apapun keputusannya, kebergantungan kita tetap padaNya. Info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa insya Allah. https://t.me/spmleaversmalaysia
Показать все...
4👍 1
DARI MANA DATANG REZEKIMU? Dalam dunia yang penuh dengan segala macam kejutan, persoalan tentang rezeki adalah satu perkara yang menjadi kerisauan manusia kebanyakan. Rezeki ni kita bolehlah masukkan dalam kategori 'future' dan tabiatnya adalah 'unpredictable'. Namun, untuk kekal tenang menanggapi rezeki, kita perlu berbalik semula kepada 'source code' untuk semua perkara dalam dunia ini, iaitu al-Quran itu sendiri. Menerusi beberapa tempat dalam al-Quran, Allah memperihalkan tentang rezeki ini. Antara yang famous adalah dalam surah ibrahim ayat ke 7, di mana Allah menjanjikan rezeki (nikmat) andai kita bersyukur.
لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ "Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu.." (Ibrahim: 7)
Kemudian, dalam surah Nuh ayat ke 10-11, Allah menjamin rezeki (hujan) yang akan datang mencurah-curah bagi orang yang memohon keampunan. MashaAllah.
فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا _"Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu" (Nuh: 10-11)
Next, ayat yang sangat digemari oleh orang bujang yang nak kahwin, di mana Allah akan membuka pintu rezeki bagi pasangan yang berkahwin.
وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآئِكُمۡۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui" (An-Nur: 32)
Seterusnya dalam ayat ke 2 dan ke 3 surah At Talaq, ayat di mana Allah menceritakan nasib para wanita yang ditalak. Dihujung-hujung ayat, Allah mendatangkan penegasan bahawa Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka hanya dengan kita bertawakal! Subhanallah. Selain itu, dalam surah an Najm, ayat ke 39, Allah swt menyatakan bahawa manusia hanya akan mendapat sesuai dengan apa yang diusahakannya. Rata-rata dalam kalangan kita yang memahami rezeki dari sudut ini. Kena berusaha.
وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; (An Najm: 39)
Perhatikan. Situasi, proses, dan wasilahnya mungkin berbeza. Ada disebabkan syukur, ada yang melalui istighfar, ada yang diberi sebab tawakal. Ada yang melalui usaha. Namun disebalik kepelbagaian wasilah dan perantara ini, sumbernya tetap sama. Yakni Allah yang menjadi pemberi rezeki kepada hamba-hambaNya. Kesemua pemberian dan nikmat itu berasal daripada Allah, Tuhan yang maha memiliki segalanya. Refleksi buat kita. Kadang-kadang kita ni terlajak 'self-confident'. Bila diberi rezeki dapat result exam 'flying color', itu disebabkan usaha kita semata. Bila diberi rezeki dapat kahwin awal, kita rasa itu berlaku disebabkan kita hensem. Bila business menjadi atau dapat naik gaji disebabkan KPI on target, mulalah nak rasa yang kepala otak kita yang brilliant dan function. Dalam tanpa kita sedar, kita 'hilangkan' peranan Allah dalam paparan sketsa kehidupan tadi. Kesannya, hubungan dengan Allah mula menjauh, dan kita seakan-akan 'disconnect' dari langit. Maka, penuhi hak Tuhanmu. Jangan khuatir tentang rezekimu. Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah Inginkan perkongsian tazkirah harian? Follow channel whatsapp Tarbiah Daily
Показать все...
Tarbiah Daily | WhatsApp Channel

Tarbiah Daily WhatsApp Channel. Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! 546 followers

9👍 1
Ucapan Walimah Sempena musim cuti perayaan ini ramai plak Muslimin & Muslimat, sahabat tarbiah kita memilih untuk melangkah ke tangga seterusnya membina baitul muslim. Tarbiah Daily mengucapkan: بارك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير Semoga bait yang dibina menjadi contoh dan kubu buat fikrah & akidah islam. Sedikit pesanan al-Quran هُنَّ لِبَاسࣱ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسࣱ لَّهُنَّۗ Mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka. [Surat Al-Baqarah 187] Perumpamaan al-Quran ini sangat indah. Sebagaimana pakaian berfungsi memelihara kehormatan dan aurat, melindungi kulit dari cuaca yang tidak baik dan ancaman serta memberikan rasa aman, begitulah suami-isteri. Masing-masing menutup aurat & kehormatan pasangan, melindungi pasangan & menghadirkan rasa nyaman 😉. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Показать все...
Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

👍 14
Terngiang-ngiang kata-kata guru tarbiah kami, “awak semua ada logam”. Kata-kata ini merupakan gist dari hadis Rasulullah saw, “Manusia itu seperti logam..” kemudian baginda melanjutkan, “Terpilih mereka semasa jahiliah, terpilih mereka semasa islam, sekiranya mereka faham”. Penting dekat sini untuk faham. Kerana faham yang akan menentukan halatuju ke mana logam atau potensi kita disalurkan. Dahulu sebelum dipeluk kefahaman dari tarbiah, kita tak rasa kita ada logam. Tetapi selepas diberi kefahaman, selepas melalui ujian kehidupan, selepas apa yang berlaku dalam kehidupan kita sebenarnyasedar; kita ada banyak LOGAM! Lebih menginsafkan lagi, setelah 7 bulan perang di Gaza, ternyata kita dapat melihat praktikal kepada hadis ini di depan mata. Mereka betul-betul all out dalam mengasah logam mereka dan berikan untuk perjuangan islam yang mereka faham. Syaratnya, “sekiranya mereka faham” Jika tidak faham islam, maka ia akan faham sesuatu selain islam; jahiliah. Maka seorang itu akan gunakan logamnya untuk selain islam. Mungkin untuk memenuhi keinginan peribadi semata-mata. Mungkin untuk mencari wang semata-mata. Mungkin untuk ikut trend semata-mata atau “just follow the flow” semata-mata. Tiada halatuju berpandukan kefahaman yang jelas. Sedangkan apabila logam-logam kurniaan Allah pada kita ini disia-siakan, ia suatu kemunduran untuk islam. Kefahaman islam telah mengalih logam para sahabat daripada disumbangkan kepada jahiliah kemudian disumbangkan kepada islam. Bagaimana pula dengan kita? Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Показать все...
Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

👍 10
Фото недоступноПоказать в Telegram
08:02
Видео недоступноПоказать в Telegram
"Ini bukan peperangan ini adalah genosid" Ayuh sebarkan ke seluruh rakyat Malaysia video yang sangat mustahak ini. Kredit kepada Khairul Aming dan Sofyank!
Показать все...
👍 10
08:02
Видео недоступноПоказать в Telegram
"Ini bukan peperangan, ini adalah genosid" Ayuh sebarkan ke seluruh rakyat Malaysia video yang sangat mustahak ini. Credit kepada Khairul Aming & Sofyank!
Показать все...
👍 2
KITA ADALAH PENDAKWAH, BUKAN PENGHUKUM Semasa menamatkan bacaan surah al-Maidah, kami duduk termenung di hadapan ayat ini, khitab (bicara) Allah yang ditujukan pada para Rasul di hari kiamat: ۞يَوۡمَ يَجۡمَعُ ٱللَّهُ ٱلرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَآ أُجِبۡتُمۡۖ قَالُواْ لَا عِلۡمَ لَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّٰمُ ٱلۡغُيُوبِ (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib" -Sura Al-Ma'idah, Ayah 109 Sungguh luar biasa jawapan para Rasul bagi soalan diajukan. Kenapa? Bukankah para Rasul ada yang didustai secara terang bersuluh, dikhianati oleh kaum mereka? Dicederai? Dilukai jasad dan emosi? Bahkan ada para utusan yang dibunuh oleh kaum mereka? Memang ada. Lantas, kenapa ketika ditanya oleh Allah berhubung penerimaan kaum mereka terhadap mereka,  para Rasul tidak memanfaatkan kesempatan ini untuk membuat aduan panjang lebar, melepaskan geram dan amarah, melontarkan keluhan kepada Allah? Ibn Kathir menaqalkan beberapa pandangan berhubung perkara ini: 1) Kerana ngerinya suasana hari kiamat sehingga akal fikiran mereka yang ditanya kebingungan,  langsung dijawab, "kami tidak nempunyai pengetahuan tentang hal itu.." 2) Jawapan ini membawa maksud, "..tiada pengetahuan bagi kami bila dibandingkan dengan pengetahuan-Mu yang meliputi segala sesuatu, sekalipun kami menjawab dan mengetahui siapa yang memenuhi seruan kami. Tetapi di antara mereka terdapat orang-orang yang kami hanya dapat mengetahui lahiriahnya saja, sedangkan mengenai batiniahnya tiada pengetahuan bagi kami. Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu lagi Mahaperiksa terhadap segala sesuatu.." Ibnu Jarir telah memilih pandangan kedua ini. Ini menunjukkan adab para Rasul di hadapan Allah. Ia juga menunjukkan mereka tidak "berani" memberikan penilaian secara lahiriah terhadap kaum mereka pada hari kiamat berkenaan. Kesimpulannya, jawapan para Rasul ini mengajar kita untuk tidak cepat mengeluh, membuat penilaian separuh masak dan membuat penghukuman kepada sasaran dakwah kita yang belum menerima dakwah ini. Kemungkinan penolakan semalam bukan berdasarkan asas-asas yang kukuh. Mungkin ia tidak mahu sertai kerana masa dan suasananya kurang sesuai. Mungkin ia ada masalah peribadi yang memburunya sehingga tiada ruang untuk memikirkan tentang dakwah. Oleh itu, para daei harus terus tegar melayani umat,  mengajak mereka lagi dan lagi sehingga masa yang memutuskan sama ada akhirnya mereka merespon atau kita pergi dahulu bersama-sama ajakan dan usaha-usaha itu. Tarbiah Daily Tiada Hari Tanpa Tarbiah https://t.me/tarbiahdaily
Показать все...
Tarbiah Daily

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah

9👍 4😭 1
Jika anda tidak puas mengutip permata tarbawi di Tabiah Daily (TD), sila berkunjung ke laman-laman berikut mengikut selera dan keperluan anda. Ini kerana para kolumnis TD bersedia memberikan anda sesuatu yang bermakna dalam bentuk yang berbeza-beza: 1) Jika anda memerlukan bekalan memahami fiqh dakwah, maka sila ikuti Ihya' Fiqh Dakwah. Ia merupakan laman yang mengolah kefahaman dakwah dalam lenggok bahasa yang santai dan segar. https://t.me/ihyafiqhdakwah 2) Jika anda seorang guru yang mencari inspirasi bagaimana meninggalkan kesan iman pada anak didik anda, sila ke laman Tcer Ani. Beliau akan berkongsi sesuatu dengan anda. https://t.me/nota_tce 3) Jika anda inginkan perkongsian yang mendalam bersulamkan pengalaman di lapangan amal anda boleh menjenguk ke laman ini https://t.me/izaqiilalakum 4) Jika anda ingin membaca kisah kehidupan yang pelbagai dan bagaimana melihat aktiviti seharian dengan lensa yang lebih bermakna, sila ikuti Ust Dr. Talhah di sini https://t.me/usttalhahajmain 5) Jika anda ingin mendapatkan perkongsian dan material terkini berhubung bahaya serangan pemikiran atau ghazwu fikri (GF) anda tidak salah alamat untuk memilih ke sini https://t.me/seranganpemikiran Insya Allah, kami akan kemaskini rangkaian channel kolumnis Tarbiah Daily.
Показать все...
Ihya' Fiqh Dakwah

Menghidupkan dan mengolahkan semula mesej-mesej dakwi dari Sheikh Ahmad Ar-Rasyid dan ulama' dakwah yang lain dengan gaya tersendiri. Supaya para du'at tidak tenggelam dengan kakunya buku serta tidak mengambil ibrah dan amalkan secara juz'ie.

👍 9 2