ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 222 подписчиков, занимая 281 место в категории Маркетинг и PR и 906 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 222 подписчиков.

Согласно последним данным от 27 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -380, а за последние 24 часа — -14, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 4.34%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 1 574 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 28 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 222
Подписчики
-1424 часа
-787 дней
-38030 день
Архив постов
Tak perlu naikkan friends sampai 5,000 orang untuk dapat follower. Hanya pergi ke Setting, kemudian klik Public Post. Kemudian klik Who Can Follow Me. Publickan. Nanti butang follow akan keluar. Kita sendiri tak dapat tengok, kena tengok di wall orang lain. Ha gituh. Khairul Hakimin Muhammad, Ada 2,000 lebih je friends. Follower 260k okeh! Kalau nak copy-paste, pastikan kredit ke channel ini https://t.me/ContentKHM

1 hari lagi gais. Harga asal RM299. Namun KHM akan buka akses RM99 kepada 1,000 orang sahaja. Ada 8 bab nak naikkan follower
1 hari lagi gais. Harga asal RM299. Namun KHM akan buka akses RM99 kepada 1,000 orang sahaja. Ada 8 bab nak naikkan follower sampai 100,000 orang! Ada case study, ada QNA, lengkap belaka! Ikutkan harga kelas ini ialah RM2,499. Namun secara online melalui Youtube ini diberi RM299 sahaja. Esok, hanya RM99 buat 1,000 akses pertama! Sama-sama kita nantikan 10.00 pagi esok. Bismillah.

Bagaimana nak hadapi setiap hari dengan positif? Aha, ini antara teknik bagus untuk kalian buat sendiri. Ia akan beri kalian aura, tenaga serta banyaknya cas-cas baik kepada diri kalian sendiri. 1. Keluar rumah, nampak jiran, kita pun angkat tangan. Dia tak balas malah terus ja berjalan laju. Tenang, tarik nafas dan masuk kereta pergi kerja. Tengok jam, kasi 2 minit fikir, lepas ja 2 minit, terus lupakan. 2. Dalam perjalanan, nampak pula orang buang sampah dari dalam kereta ke luar. Arghhhh. Tengok jam! Kasi 2 minit untuk marah! Lepas 2 minit, lupakan! 3. Sampai tempat kerja, susahnya nak cari parking. Alhamdulillah dapat juga walau jauhnya menapak. Tengok jam, kasi 2 minit untuk penat, lepas itu lupakan! *** Perasan tak yang setiap hari, apabila kita nak positif, Allah akan beri kita ujian berjumpa dengan hal negatif. Jujurnya semua itu untuk kita hadap sama ada dengan hemah atau sebaliknya. Kalau kita dapat lalui dengan positif segala: - fikiran. - kemarahan. - kepenatan. Maka kita akan dapat positif juga. Apa yang saya tulis di atas ialah hasil dari saya dengar dari kuliah maghrib itu hari. Kata ustaz ini, isterinya selalu negatif. Pagi-pagi marah anak, petang nak masak pun sering hangin sana, keluntang sini. Dan beliau akhirnya berjaya sembang dan isteri beliau akhirnya mengubah diri kepada orang yang sangat positif sekarang. Hanya tetapkan berapa minit untuk fikir, berapa minit untuk marah dan berapa minit untuk penat. Semua itu kita boleh kawal. Apabila semua itu ok, maka kita sendiri akan: - lebih ceria. - lebih terbuka. - lebih hormat diri sendiri. Dan itu akan menyebabkan kita kurang penat. Kita dapat tenaga, dan paling best ialah Allah hadiahkan kita dengan rezeki yang mencurah-curah. Kadang-kadang kita tak sedar, #rezeki susah nak masuk hanya kerana banyak benar benda negatif dalam badan. Ada satu kajian (kata ustaz tersebut) kalau kita boleh fikir, marah dan penat selama lebih 15 minit dengan benda yang kita tak boleh kawal, maka badan kita akan penat lebih 2 jam. Dan itu menyebabkan kita jadi perlahan, jadi tak ok sana tak ok sini. Jadi, pilihlah untuk positif! Kita yang kawal diri kita okey! Sekarang baru saya faham kenapa ramainya #jutawan selalu jadi positif dan kerap fikir hal besar sahaja. Yang kecil-kecil, dia jentik sahaja kurang 30 saat dia dah lupakan! Hebat kan? Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Mari jadi positif!

Untuk menjual, #content yang bagus biasanya mempunyai kekuatan luar biasa perkataannya. Biasanya, apabila orang baca, orang akan beli terus. Ia adalah 5 perkara ini: 1. Gunakan panggilan yang sesuai. - awak, kamu, you, you all, anda, kalian. Bergantung kepada stail penulisan masing-masing. 2. Tambah sesuatu perkara dengan beri ia secara percuma. Perkataan percuma itu biasanya memberi nilai yang besar kepada audien. 3. Perkataan “kerana” sangat besar impaknya. Beritahu audien kenapa mereka perlu dapatkan produk / perkhidmatan kalian. 4. Perkataan “tidak rugi, kurang risiko, mudah, cepat, bagus,” akan beri audien rasa selesa. Beritahu audien yang produk / perkhidmatan kalian sangat rendah risikonya. (Namun tolonglah tidak gunakan pada tempat yang betul, mesti masih patuh syariah ya). 5. Beri arahan / perintah seperti “cepat! Lekas! Tinggal dua sahaja! Dapatkan sekarang!” Ini akan meningkatkan urgency dan audien akan membeli dengan segera. Begitulah. Selamat mencuba! Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi? Kekal terus di Channel ini yaaa https://t.me/ContentKHM

Buku apa yang bagus dibaca untuk bangunkan content di media sosial? 1. Novel - untuk kita belajar bagaimana nak visualkan emosi. Maksud visualkan emosi itu ialah apabila orang baca, orang boleh nampak gambarannya. Contoh ayat emosi tanpa visual: “Best gila dapat sarapan dekat sini.” Ayat emosi dengan visual: “Best gila dapat sarapan dekat sini, parking luas, meja bersih, pilihan banyak ya amat, ada nasi lemak, ada mihun goreng, roti canai pun ada!” 2. Buku yang ada kaitan dengan topik tulisan kita di media sosial. Contohnya kita nak tulis tentang dunia berkebun, maka carilah buku tentang ilmu bercucuk tanam, ilmu tentang pokok dan sebagainya. 3. Buku kisah orang berjaya. Ini akan mencantikkan lenggok kita menulis. 3 jenis buku ini, wajib! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, mari ke Channel saya ini ya! https://t.me/ContentKHM

🙏🙏🙏🙏🙏🙏

Sesiapa yang nak copy-paste, saya berharap sangat kalian dapat KREDITKAN KE CHANNEL saya ini. Tak best pula kalian main ambil dan sanggup buang link channel saya dan letak nama kalian pula. Huhuhu. Please gais. Cara nak respek ilmu adalah dengan menghormati ilmu itu sendiri. 🙏

Ini 5 kesilapan dalam menulis #Content yang kita buat. Biasanya benda ini menyebabkan orang tak teruskan membaca apa yang kita tulis. 1. Meletakkan tajuk. Biasanya heading yang tidak catchy atau yang “direct” akan menyebabkan orang jump to conclusion. Lebih selamat, tak perlu letak. Terus sahaja ke poin pertama di perenggan pertama. 2. Tidak buat perenggan. Jika tulisan kalian tidak ada perenggan langsung, ia akan menyebabkan kesukaran orang membaca. Walau cerita best, susah, sukar, orang menyampah dan akan skroll ke posting lain. 3. Tidak mengeja dengan betul. Banyak sangat singkatan, kesilapan ejaan dan menggunakan bahasa yang kalian sahaja faham akan menyebabkan orang lari dari wall kalian. 4. Banyak beri pendapat dari menulis fakta. Di media sosial, pendapat kita tak penting. Yang penting ialah perkara benar, kisah yang betul dan ada fakta. 5. Banyak membebel. Nak tahu merepek atau tak, tengok ada tak perkataan berulang dalam 1 perenggan. Contoh: Saya berjalan kaki menuju ke kedai Kak Limah. Kemudian berjalan ke sekolah, lalu saya nampak Makcik Rubi, saya menegurnya. Sudah bersembang saya berjalan lagi menuju ke rumah. 3 kali perkataan berjalan. Boleh sahaja ditukar ke: Saya berjalan kaki menuju ke kedai Kak Limah nak hantar kuih. Dah selesai, saya melangkah pula ke sekolah. Elok nampak Kak Rubi, bertanya khabar sekejap dan selesai sahaja semua, saya berlalu pulang ke rumah. Beza kan? *** Ini antara 5 dari banyaknya kesilapan yang kita buat di media sosial. Tulis panjang-panjang orang tak baca, merungut kenapa tulisan orang lain sedap dan sebagainya. Jujurnya, nak menulis atau nak banyak perkataan dalam kepala, ada 2 sahaja tekniknya. Pertama, banyakkan membaca. Jadikan rutin setiap pagi membuka 10-20 helai buku. Apa sahaja yang kalian suka, janji buat. Ke-2, keluarlah dari rumah. Minda terbuka dengan banyaknya melihat dan mendengar. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Boleh sahaja nak copy-paste, namun janganlah sampai tak beri kredit kepada Channel saya ini ya, kreditnya ke sini: https://t.me/ContentKHM

10 Tabiat kecil ini akan ubah diri anda kepada lebih baik dalam tempoh setahun. Ia adalah: 1. Jam berapa anda bangun setiap pagi. 2. Bagaimana anda habiskan masa pagi tersebut. 3. Bagaimana anda bersyukur pagi tersebut. 4. Bagaimana anda bercakap kepada diri sendiri pada pagi tersebut. 5. Apa yang anda baca setiap hari. 6. Siapa yang anda jumpa dan bercakap setiap hari. 7. Siapa yang anda berikan tenaga setiap hari. 8. Siapa yang ada akses kepada emosi dan hal peribadi anda setiap hari. 9. Apa yang anda lihat dan dengar pada hari itu. 10. Doa apa yang anda panjatkan pada hari tersebut selepas anda bersedekah dan memberi hadiah. Kalian pilih. Semua ini ada baik atau buruk. Jika pilihannya negatif, maka setahun ini negatiflah hidup kalian. Jika positif, entah-entah dalam setahun ini kalian sudah jadi jutawan, dermawan, hartawan dan seorang yang budiman. Kita yang kawal diri kita. Bukan orang lain. Jadi, mari berubah sama-sama. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jom. Ohya. Boleh sahaja nak copy-paste, namun janganlah sampai tak beri kredit kepada Channel saya ini ya, kreditnya ke sini: https://t.me/ContentKHM

Apabila ada perayaan atau perkara bermusim, kita ikut rentak itu. Boleh sahaja buat ucapan: “Selamat Tahun Baru Hijrah, saya doakan semoga kita semua sentiasa perbaharui diri, tanam diri suka belajar dan terus menerus jadi manusia yang ingin buat kebaikan.” Ucapan bukan content, namun ia sangat bagus dalam memberi erti silaturrahim sesama kita di media sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Boleh sahaja nak copy-paste, namun janganlah sampai tak beri kredit kepada Channel saya ini ya, kreditnya ke sini: https://t.me/ContentKHM

Salam Maal Hijrah Kawan-Kawan.
Salam Maal Hijrah Kawan-Kawan.

Sama-sama kita beristighfar atas banyaknya dosa yang kita lakukan. Malam ini sudah masuk tahun baru. Semoga yang lepas-lepas kita belajar, yang akan datang kita baiki dan terus maju!

photo content

Kita semua nak positif,Positif nak berjaya. Positif nak dapat syurga. Positif belajar nak kaya. Positif nak maju dalam bisnes
Kita semua nak positif,Positif nak berjaya. Positif nak dapat syurga. Positif belajar nak kaya. Positif nak maju dalam bisnes. Positif nak kerja baik-baik. Positif dalam rumah. Positif dengan keluarga dengan semua. Positif dengan rakan, kawan, sahabat. Ebook ini ada lebih 50 kisah, tips, petua untuk terus positif. Hanya RM49 untuk lebih 105 muka surat. Dapatkannya di sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/eb_positif

Posting waktu pagi ini jika boleh dapatkanlah share. Biar orang share posting kita supaya follower kita bertambah setiap hari. Posting yang mudah orang share ialah yang beri impak positif kepada orang tersebut. 1. Apabila dia baca posting kita, dia faham. 2. Apabila dia baca posting kita, dia akan buat terus. 3. Apabila dia baca posting kita, dia beli. Jadi bina posting yang beri impak kepada audien. Jika tergantung, jika buat orang tak faham, atau kita sendiri ja faham, maka takkan dapat orang share. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, https://t.me/ContentKHM

Buku-Buku tulisan saya yang masih ada stok. Klik sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/bukukhm
Buku-Buku tulisan saya yang masih ada stok. Klik sini ya https://bykhm.onpay.my/order/form/bukukhm

Jika nak murah rezeki hari esok, sebelum tidur, angkat tangan dan baca doa ini. Ianya mujarab benar bab membuka pintu rezeki esok hari. رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin. *** Ingat kawan, mencintai ibu bapa adalah perbuatan yang disayangi Allah. Cubalah hari-hari, lihatlah bagaimana Allah dengan bergayanya mencurah-curah rezeki kepada kalian dalam banyaknya bentuk. Selepas itu, banyaklah bersyukur! Ada rezeki, jumpa esok ya! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️❤️❤️

Assalamualaikum! Pagi semua! Rutin saya biasanya: 4-5am - Bangun, mandi semua-semualah. Kemudian saya membaca dalam 1 jam. Dan baru saya sambung menulis. Menulis terbahagi kepada beberapa bahagian: - untuk diri sendiri (wall FB) - untuk klien (VVIP yang saya jaga Page / SocMed depa)z - buku / ebook. Saya disiplinkan diri untuk tulis sekurang-kurangnya 3,000 patah perkataan sehari. Guna word ja. Campur-campur semua kalau dah dapat alhamdulillah. Kalau belum saya kena siapkan dalam hari itu juga. Sekarang bolehlah sehari dalam 7,000 -10,000 patah perkataan saya tulis. Alhamdulillah. Ia bergantung kepada berapa banyak kita membaca. Membaca = memasukkan perkataan dalam kepala. Lagi banyak membaca, lagi senang menulis. Nanti saya share buku apa saya baca hokeh! Semoga pagi kalian terus memberi makna! Khairul Hakimin Muhammad, https://t.me/ContentKHM

Elakkan menulis hal negatif pada waktu pagi. Pagi adalah waktu tenaga, waktu positif, waktu orang mahu ceria meria. Kalau hadap kesesakan, diam. Kalau pergi beli nasi lemak, sekali tak ada sambal, diam. Kalau sampai tempat kerja tak ada parking, diam. Jangan up. Kekalkan positiviti pada waktu pagi. Kalau tak, orang akan mula berundur, orang rasa rimas, orang menyampah dan cakap “menda kecil gitu pun dah nak merungut, bosanlah follow orang gini.” Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Silakan Copy Paste tulisan ini dan beri kepada ejen, kawan, saudara mara kita yang berniaga. Nak tips lagi, terus ke sini okeh: https://t.me/ContentKHM

Kawan saya datang sekitar jam 11.00 pagi. Kami bersembang beriya-iya tentang rumah yang beliau bina itu. Kenapalah buat rumah
Kawan saya datang sekitar jam 11.00 pagi. Kami bersembang beriya-iya tentang rumah yang beliau bina itu. Kenapalah buat rumah jagaan orang tua... (Baca selanjutnya di https://khairulhakimin.com/itu-sahaja-jasa-terakhir-kita/ )

Khairul Hakimin Muhammad - Статистика и аналитика Telegram-канала @contentkhm