ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 370 подписчиков, занимая 285 место в категории Маркетинг и PR и 915 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 370 подписчиков.

Согласно последним данным от 16 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -373, а за последние 24 часа — -4, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 6.97%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 534 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 17 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 370
Подписчики
-424 часа
-927 дней
-37330 день
Архив постов
Cara nak bersihkan minda dan hati semasa bermain media sosial: 1. Tak perlu fikir kenapa dia kongsi itu ini, itu hal dia, tak suka, skroll. Masih tak suka, unfollow. Dah membenci, unfriend atau block. Semua fungsi itu ada. 2. Apabila dah bertindak, duduklah diam. Kita tak suka orang up posting benci sana sini, kita juga tak perlu buat. Kita tenang fokus content bermanfaat kita sahaja. 3. Jika kita suka satu-satu posting, pastikan kita tidak share dengan niat nak membantai orang lain. Sebagai contoh sedang bergaduh dengan adik beradik, kita pun share satu posting yang kita jumpa dengan caption sentap atau sengaja nak trigger adik beradik tersebut. Bayangkan ia berlaku kepada kita, kita suka tak? Tak suka kan? Jadi tenang. Sosial media bukan laman nak bertarik rambut sesama saudara atau jiran atau kawan rapat. 4. Share perkara yang kena dengan diri sendiri sahaja. Beri manfaat kepada diri dan anggap ia bagus untuk diri sendiri. 5. Jika orang yang kita follow tiba-tiba up posting yang tak kena dengan diri kita. Sangka baik, dia juga manusia sama seperti kita. Tidaklah dengan 1 posting kita tak suka, kita lupa dia pernah buat kita bahagia dengan 1,000 posting sebelum ini. Kawan-kawan, Nak bahagia, mula dengan diri sendiri okey. Sosial media adalah medan orang meluah ilmu, bina content dan mencari rakan. Jadi ia adalah padang pahala. Gunakan sebaiknya untuk dapat kebaikan. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Di Hari Malaysia yang mulia ini ayuh makan kambing perap Panglima haha. Orang Bangi, ha saya ada ready stok. Ofkoslah kan kit
Di Hari Malaysia yang mulia ini ayuh makan kambing perap Panglima haha. Orang Bangi, ha saya ada ready stok. Ofkoslah kan kita stokis Bangi. Ha siapa nak; berat 600gm Ada 2 sos okeh diberi percuma Harga RM35.90 Lekas order, next sampai minggu depan la ni ada dalam 100 pek kot. Cepattt Whatsapp sini ya http://www.wasap.my/60198801622/kambingperap

Jika kita sering merungut, itu penyebab kita sentiasa rasa tak cukup. Merungut kena masak pagi-pagi, masa nak mengaji tiada, sedangkan jika kita bersyukur dapat masak, Allah akan beri ruang untuk kita buat perkara baik lagi dan lagi. Merungut kena kerja awal pagi hingga kena bangun awal, sedangkan jika kita bersyukur ada pekerjaan, bangun seawal mana pun akan buat kita cergas dan sihat. Merungut jadi suri rumah semua benda nak kena buat, suami balik terbaring sana-sini sedangkan jika kita bersyukur ada suami rajin kerja bawa dan kongsi pendapatan, semua kepenatan kita itu pastinya akan ada ruang untuk berbuat perkara lain. Ada orang, 24 jam yang dia ada, cukup dan terjaga. Ada orang, sering kata tak cukup 24 jam. Ada orang boleh handle 10 syarikat dalam 1 masa. Ada orang 1 syarikat pun tak boleh nak kawal. Ada orang boleh siapkan 20 kerja dalam sehari, ada orang nak minta siapkan sehelai surat pun tak siap-siap. Ada orang, tidurnya lambat, namun tetap boleh bangun awal pagi dan sentiasa segar buat kerja itu buat kerja ini. Ada orang, tidur awal pun susah nak bangun awal. Merungut sana sini, bangun pagi pun bermalas sana bermalas sini. Semuanya atas kita bersyukur atau merungut. Kita bersyukur, Allah beri lagi, Allah mudahkan lagi, Allah sayangi lagi. Kita merungut, kita akan dapat sempit, rezeki kita sering lagi, hati sering sakit dan sentiasa cemburu sana cemburu sini. Surah Ibrahim Ayat-7 وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ Terjemahannya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, ❤️

The Millionair Morning: 5.00 pagi: Bangun tidur, mandi, solat sunat. 5.30 pagi: mengaji hingga waktu subuh. 5.50 pagi (atau waktu subuh): Solat sunat sebelum subuh, solat subuh. Al-Ma'thurat dan bersedekah subuh. 6.30 pagi: Ratib Al-Atas. 7.00 pagi: Membaca 20 minit. 7.20 pagi: berjalan / bersenam 30 minit. 7.50 pagi: bersarapan dan terus ke tempat kerja. 8.20 pagi: solat sunat dhuha. 8.30 pagi: semak checklist semalam dan menulis kesyukuran semalam. 9.00 pagi: menulis checklist kerja harian / rutin harian. Kita tentukan kita nak pagi jutawan atau pagi biasa-biasa. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Kalau saya konsisten content gini di Tiktok, hangpa suka tak https://vt.tiktok.com/ZSLK6Xxo6/

Cuba baca posting ini gais. Ok ka. https://instagram.com/p/CxJZix0BvsE/

Disiplin waktu untuk berjaya, kita lakukan ini sama-sama. Letak dalam kepala ada 2 waktu yang kita kena sentiasa kuat berdisiplin. Tulis dalam diari siap-siap! Saya tulis 5 dan 10. 5 pagi hingga 10 pagi- Bangun, mandi, solat sunat, stretching, sedekah, senaman, sarapan, baca buku, mengaji, zikir, keluarga. 10 pagi hingga 5 petang - Planning, checklist, jumpa orang, kelas, baca buku, jumpa team, sosial media. 5 petang hingga 10 malam - mengaji, senaman, update checklist, idea, more planning, network, baca buku. 10 malam hingga 5 pagi - tidur. ** Ini hanya contoh sahaja. Kalian boleh pilih waktu yang kalian suka. Jadikan ia sebagai disiplin hidup. Susun siap-siap, hidup kalian akan mula berubah apabila masuk ke bulan ke-2. Boleh jadi akan bermula bibit nak jadi kaya raya, boleh jadi juga kalian sangat lapang menerima ujian, tenang dalam menghadap cabaran, ceria dan sentiasa positif. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Team 5 pagi, cuma kadang-kadang terlepas waktu tidur ke 12 malam. Its okey!

Gais. Abang adik kakak pakcik makcik dato tan sri semua. Saya buat personal coaching tentang content media sosial sahaja tau.
Gais. Abang adik kakak pakcik makcik dato tan sri semua. Saya buat personal coaching tentang content media sosial sahaja tau. Pasal urusan rumah tangga, bisnes, serta isu gaduh dengan jiran kucingnya berak depan rumah semua saya tak buat. Harga personal coaching RM2,999. Memang kita bedah habis-habisan akaun socmed kalian. Kita bina content, kita susun atur semua ikut apa yang kalian nak bangunkan. Hasilnya kalian akan ada follower. Akan ada sesuatu untuk dibuat. Nak bisnes atau nak cari pengaruh lebih mudah di media sosial. Maksud pengaruh itu ialah apabila ramai follower, senang nak berbisneslah ya. Kang faham ke lain pulekkk. Ha gitulah. Terpaksa selfie tepuk dahi apabila ada yang mesej nak personal coaching tentang bagaimana nak handle masalah rumah tangga. Aiyo amma nak kena tukar jadi Dr Love pulak gayanya. Hahaha. Khairul Hakimin Muhammad, Selfie pun hensem. Tibahhh. Personal coaching dan paid review, whatsapp ke 0122117994 ya

photo content

Alhamdulillah hari ini 39 orang daftar. Saya bersyukur sangat-sangat. Happy sangat kawan-kawan semua support. Alhamdulillah a
Alhamdulillah hari ini 39 orang daftar. Saya bersyukur sangat-sangat. Happy sangat kawan-kawan semua support. Alhamdulillah alhamdulillah. Nak join mudah sahaja, caranya ialah: 1. Kalian beli minima 1 botol di sini https://ezy.la/khaifakids, Kemudian akan terima emel untuk daftar affiliate. 2. Daftar affiliate. Selepas daftar, akan terima 1 lagi emel, dalam emel tersebut ada link untuk sertai group. Klik join ya. Terima kasih semua! Kita sama-sama bantu anak-anak ya! Lebih cergas, lebih fokus dan lebih ingat apa mereka belajar! Bismillah.

Apabila dah fokus dengan pembangunan content di media sosial, kita akan: 1. Exited nak buat posting. 2. Buat posting. 3. Tak ada reaction. Tak ada reach sampai like kurang, tiada share dan tiada komen. 4. Sedih dan mula rasa media sosial tak sesuai, nak buat offline jelah. 5. Tukar niche. Faham rupanya content di socmed bukan tentang sales 100%. Ia mesti dibina dengan "kolam" dahulu. Ada kolam, adalah ikan. 6. Buat posting tersusun mengikut topik yang dipilih. Perlahan-lahan ada yang suka. Dari 1 orang kepada 10 orang. Tup tup ada yang share, naik lagi ke 100 orang. 7. Dah mula dapat rentak. Dah tahu topik yang disukai audien. Buat lagi. Buat benda betul dan ulang benda betul tersebut. 8. Orang mula kenal. Lalu tebar jala. 9. Kolam dah ada ikan. Barulah sedap memancing dan menjala. Kalau kita nak memancing di jalan raya, mana ada ikan. Nak menjala di pejabat, mana ada air. Rupa-rupanya kena bina kolam dulu. 10. Dah faham, buat. Itulah yang influencer lain buat. Contohnya: Ume Cikin buat resipi, cakap laju-laju, cerita kisah travel. Semua itu untuk bina kolamnya. Lalu kolam dah tersedia, dia jual acar ikan masin. Khairul Aming pun buat resipi, cerita kisah kejayaannya. Kolamnya dah berjuta ikan, dia tebar jala dengan sambal nyet. Dr Samhan, tunjuk-tunjuk hal perubatan dan kesihatan dalam videonya. Berjuta orang follow. Sekarang buka sebanyak-banyak cawangan klinik dan jual produk lelaki. Itulah kolam! Ha nak bina kolam sendiri dan jadi influencer? Meh whatsapp saya okeh, saya bantu dalam. personal coaching. Whatsapp sini: http://www.wasap.my/60122117994

Ada beberapa pesanan guru dan mentor saya yang saya duk guna hari-hari supaya kehidupan penulisan saya bertambah baik. Walau datang juga ujian, alhamdulillah, dapat tangani dengan sebanyak-banyaknya hemah. 1. Labur (invest) 1 jam sehari untuk baiki diri. Investment bermaksud - boleh jadi kena keluarkan duit. - boleh jadi kena kerah tenaga. - boleh jadi penat dan tak larat. Ia kerana pelaburan ini ada kaitan dengan buku, kelas, ilmu serta banyaknya pengetahuan yang baru. Ia mesti dilaburkan supaya kita tak berada di tempat yang sama. Jadi saya cuba mula membaca 1 jam sehari walau sibuk dengan kerja kilang waktu itu. Saya juga berusaha cari story di dalam tren, komuter, tempat awam, cuba resipi, beli buku, tidur 2-3 jam sehari hanya kerana pelaburan ini. Selepas 1 tahun setengah, ia memberi hasil. Alhamdulillah. Dan semua pelaburan ini dah jadi rutin harian. 2. Berusaha bantu orang setiap hari. Saya pernah ditanya oleh seorang mentor (Tan Sri S), selepas saya soal beliau murahnya rezeki beliau, saya minta apa doa yang beliau panjatkan setiap hari, Tan Sri S cakap, “berapa ramai awak tolong setiap hari? Hari ini ada? Kita sibuk minta merayu-rayu dari Allah suruh Allah tolong kita, namun adakah kita ada tolong orang setiap hari? Orang nak masuk lane, beri signal, kita beri, itu kita tolong dia. Orang buat posting media sosial, nak derma, anak sakit dan sebagainya, kita nampak, kita transfer RM2, itu kita tolong dia. Adik beradik susah, tak boleh itu tak boleh ini, kita minta nombor akaun dia, transfer RM50, itu kita tolong dia. Nampak pengemis, nampak tabung, letak RM1, itu kita tolong juga. Pergi masjid, surau, bawa duit kecil atau besar, masukkan dalam tabung, itu kita tolong. Semua itu kita tolong. Nampak sampah, ambil dan kutip, buang. Itu semua menolong. Sama juga jika balik kampung, ziarah sesiapa, konsep tolong ini kena guna hari-hari, emak-emak kita dah buat lama. Dia pergi rumah orang, orang sedia air, emak-emak akan kemas dan bawa semua cawan piring ke dapur. Itu mereka amalkan, dan itu yang memurahkan rezeki. Ikutkan, kita tak senang mana, namun membantu sedikit atau banyak akan melapangkan rasa, buat orang selesa dan banyak berdoa untuk kita.” 3. Lihat diri sendiri dalam berbincang atau mendengar. Jika semasa bercakap kita rasa (atau kita yakin) kita punya hujah yang betul, namun kita boleh kawal dan kita berundur, maka kita sudah menang dalam perbahasan tersebut. Ada ramai orang mahu melihat diri menang dalam bersembang. Namun tak ramai orang yang sanggup menerima kekalahan itu dan berusaha baiki diri. Dalam setiap hal yang dibincang, perlu ada tolak ansur dan kasih sayang. Jika yang itu betul, maka kita rai. Kita kita salah, maka kita berundur. Namun di pihak sana yakin mereka betul, kita juga rasa dan yakin kita betul, maka untuk kali itu jadilah orang yang berundur, itulah kemenangan yang sebenar. *** 3 benda ini tak ada dalam diri saya 10 tahun lepas. Sungguh. Saya tak reti banyak benda. Sebab itu saya sering kena marah, sering juga disuruh buat itu buat ini, saya ikut sahaja semua itu. Selepas buat 3 perkara di atas, Hati rasa lega, Saya tidak bersaing lagi dengan sesiapa, Saya usaha dan yakin Allah akan beri apa yang saya perlu dan mahu. Semua orang boleh guna 3 hal tersebut. Dalam dunia saya, saya pakai untuk kehidupan membangunkan #content saya. Dan alhamdulillah, hari-hari ada orang tanya, orang nak jumpa, orang beri job itu dan orang raikan yang ini. Semua itu Allah bantu. Alhamdulillah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat untuk diri dulu, baru orang lain.

Beberapa nasihat yang saya ambil sebagai kekuatan hidup hari ini: 1. Masalah adalah sementara, maka lalui dengan kekuatan akal, kesungguhan ilmu serta kekuatan jiwa. 2. Tak boleh berhenti mencari ilmu walau kita ini dianggap sebagai sepandai-pandai manusia. Orang bijak adalah orang yang tak berhenti belajar. 3. Sentiasa kelilingi diri dan pagari diri dengan pemenang. Jika sekitar kita ada 5 pemenang, kita adalah yang ke-6. Jika ada 7, kita adalah yang ke-8. 4. Bersaing dengan diri sendiri sahaja. Tak perlu melihat kejayaan orang lain untuk dibandingkan dengan diri sendiri. Lihat diri sendiri siapa kita 10 tahun lalu, 5 tahun lalu, setahun lalu. 5. Sentiasa ada matlamat yang jelas mengapa perlu kaya dan berjaya. Big why adalah penentu lajunya kejayaan dan sentiasa mendapat rahmat Allah. 6. Berundur dari bertempur adalah kekuatan. Biarkan orang mahu berbalas, berbahas serta berpaling kepada ketenangan. Kita pilih diam dan berbuat. Membuang tenaga kepada jerit dan benci adalah kegagalan. Simpan tenaga untuk buat perkara baik dan melawanlah dengan berbagai kejayaan di dalam diam. 7. Orang ikut leader, orang contohi leader, orang idolakan leader. Bukannya ikut arahan, contohi arahan serta idolakan arahan. Leader yang bagus adalah yang beri A, namun semua team boleh fikir hingga Z dan tahu limit mana yang wajar dibuat. 8. Sentiasa menguasai dan memiliki kekuatan dalam proses. Bukannya sentiasa nak cari kesempurnaan. Trust the proses. Alami sendiri keindahan dalam kesusahan tersebut. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Semoga bermanfaat. ❤️

Content Sales di media sosial yang bagus ialah yang selesaikan masalah orang dalam beberapa saat. - jual produk bayi, gunakan ayat selesaikan masalah ibu bapa handle bayi. - jual makanan, gunakan ayat selesaikan masalah orang lapar. - jual insuran, gunakan ayat selesaikan masalah orang sakit, kematian keluarga dan tuntutan kewangan. - jual hartanah, gunakan ayat selesaikan masalah orang belum ada rumah. - jual baju, gunakan ayat selesaikan masalah orang tak ada pilihan pakaian. - jual tudung, gunakan selesaikan masalah orang tak tahu bagaimana nak match dengan baju. Ayat "selesaikan masalah" ini sudah ada di dalam produk kalian. Tinggal kalian nak tulis dan susun sahaja. Step pertama, kalian perlu senaraikan apa masalah orang (berkaitan dengan produk kita). Contoh kedai makan: - orang lapar nak sarapan. - orang lapar nak makan tengah hari. - ada orang sekadar nak makan kuih. - ada orang nak nasi berlauk. - ada yang nak pedas-pedas. - ada yang nak lauk tradisional. - ada yang suka berkuah. Listkan seberapa banyak masalah orang. Hakikatnya masalah besar mereka ialah hanya lapar. Dari perkataan lapar itu, Step ke-2, kita senaraikan apa kehendak mereka. Dari situ, kita boleh buat ribuan posting sales Contoh ayat waktu pagi: Pagi ini di Restoran Khairul ada nasi lemak, nasi dagang dan nasi minyak. Kami buka 7.00 pagi okeh. Lekas mana nak order whatsapp (link whatsapp) terus sini kami asingkan siap-siap. Kedai kami di (lokasi) ini. Parking banyak jangan risau. Meja pun banyakkkkk. Datang okeh (letak gambar nasi lemak, nasi dagang dan nasi minyak) Esoknya pula letak gambar roti canai, lusa, gambar sambal-sambal tumis. Bersusun sahaja semua. Sama juga dengan tengah hari dan malam. Susun satu demi satu bukan terus letak semua benda dalam 1 posting. Semua ini akan saya ajar dalam personal coaching secara detail. Sertai saya di sini ya, whatsapp sahaja! http://www.wasap.my/60122117994

Soalan: Disiplin apa yang diperlukan dalam aktiviti menulis atau membangunkan #content di media sosial? Jawapan: Ada beberapa benda yang #wajib dibuat, sekiranya tak buat, baik fokus benda lain yang serasi dengan kalian. Ia adalah: 1. Membaca sekurang-kurangnya 1 buku sebulan. - ia akan tambah perkataan dalam kepala - memberi latihan kepada otak dan menambah cerdas. - buat minda sentiasa aktif dan sering berfikir. - menambah rasa yakin dan banyak menghormati perkara baru. 2. Set disiplin berapa banyak perkataan yang perlu ditulis setiap hari. - contohnya dah set 100 patah perkataan. Jadi kena cuba, saya guna Ms Word di laptop. Senang nak jejak berapa patah. - tulis apa sahaja, janji 100 patah perkataan. - saban tahun, naikkan ikut kemampuan diri. Kalian akan lihat sendiri ianya bertambah dengan baik. Disiplin ini mesti dibuat setiap hari. 3. Buang dan susun Aps yang tak berguna di dalam telefon. - contoh: game dan shopping. Perkara ini akan buat kalian tersasar dari disiplin menulis. - bagi media sosial lain, maksimum melihat / menggunakan Facebook / Insta / Twitter ialah 20 minit setiap kali mahu tengok. Selepas itu membaca / menulis atau buat kerja lain. 4. Rancang untuk travel. - wajib untuk keluar dari rumah dan pergi mengembara. Tak kisah dalam atau luar negara. Dekat atau jauh, semua ok sahaja. Janji keluar. - travel akan beri kita menghargai apa yang kita ada dan bersyukur melihat dunia luar. - travel adalah aktiviti yang buang duit, duit akan hangus, namun yang dapat adalah pengalaman dan keseronokan belajar tentang dunia luar. 5. Pergi kelas setiap tahun. - dapat ilmu dan refresh cara baru. - pergi kelas kena guna duit, duit itulah jadi pelaburan hangus untuk kita dapat networking yang best, berjumpa dengan ramai orang dan belajar teknik yang membahagiakan aktiviti kita dalam membuat duit. 6. Berhenti rasa pandai. Tak boleh rasa hebat. Kena sentiasa merendah diri dan selalu rasa nak repair mana yang boleh. Ini disiplin besar yang perlu ada dalam diri sesiapapun. - jika kena tegur, ambil dan simpan dalam dada. - jika nak menegur, ambil itu tegur diri dulu sebelum tegur orang lain. 7. Yakin dengan Allah. Disiplin yang ini ada dalam solat, ada dalam selawat ada dalam bab menghormati emak ayah, adik beradik dan keluarga. Ia kena jadi disiplin bab membantu, bab menolong serta bab support kepada mereka. - jadikan setiap kali dapat panggilan meminta tolong, bantu tanpa alasan. - tak boleh persoal kenapa kena bantu. - Allah takkan sediakan kalian ujian begini jika bukan untuk maju. * Dalam apa sahaja yang kita buat, kena campur disiplin kerja dengan disiplin hidup. 2 benda ini kena dikahwinkan supaya perjalanan kita dalam nak buat apa pun, Allah bantu. Sekiranya sibuknya nak berjaya, bangunkan disiplin diri namun membuang disiplin kebaikan dan kemurahan hati kepada keluarga, kalian akan tetap jumpa jalan buntu. Ingat ini, Tidak ada pertolongan dari Allah, tiada juga kejayaan, tiada ujian dan tiada harapan nak buka banyaknya pintu rezeki yang terbentang luas tersebut. Mula hari ini, tak boleh tangguh lagi okey! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Ambil personal coaching jom! Saya bantu kalian bina content dan jadi influencer bagus! Klik sini http://www.wasap.my/60122117994

1. Nak buka gerai kopi jalanan bersama kami, klik sini http://www.wasap.my/60134938704/SayaNakBeliPakej 2. Nak beli Ommi Thermal Blender dan join team KHM, klik sini https://ommi.my/khm 3. Nak dapatkan vitamin c dan produk minda anak-anak Hi-Q, klik sini: https://untuksihat.onpay.my/order/form/khaifa 4. Nak personal coaching buat content dan jadi influencer ada beratus ribu follower, klik sini: http://www.wasap.my/60122117994 5. Nak beli ebook, klik sini: https://bykhm.onpay.my/order/form/eb_ksg

Bermain dengan pembangunan content media sosial, perkara paling asas ialah memilih topik. Tak ada topik, takkan ada posting setiap hari. Ada topik, bercambahlah posting dan sangat senang nak fokus. Lihat mereka ini: 1. Dr Mazliana Mazlan, topik kesihatan anak-anak. 2. Puan Suzy Honey, topik kesihatan wanita. 3. Tuan Arif Sukri, topik diet dan kecergasan. 4. Tuan Azri Walter, topik kekuatan lelaki dan perniagaan. 5. Dr Ahmad Samhan, topik kesihatan lelaki dan kesihatan umum. 6. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, topik kesihatan umum, makanan dan kisah seram. 7. Tuan Kamarul Afiq As-Subanji, topik gadget. 8. Tuan Azuan Abdullah, topik bertani dan berkebun. 9. Cikgu Zahiruddin Juatin, topik keagamaan dan template mudah buat anak-anak. 10. Tuan Mohd Shahfazreen, diet, kecergasan dan travel. Semua mereka ada topik bagus dan senang untuk difokus. Sebab itu mereka sentiasa ada perkara untuk dimuat naik. Jika kita tiada, masih boleh untuk bina topik sendiri. Tak perlu ikut orang, topik mesti serasi dengan diri sendiri barulah mudah untuk dibangunkan. Nak bina topik dan buat 1,000 posting setahun seperti mereka ini? Jom sertai personal coaching bersama saya, mereka ini sudah khatam belajar content, sebab itu semakin terbang tinggi. Whatsapp saya di sini ya http://www.wasap.my/60122117994

Kalau orang tanya saya bila saya menulis? Saya jawab: 1. Hari-hari tanpa rehat. Disiplin saya ialah 3,000 patah perkataan sehari. 2. Saya mula bangun tidur dengan membaca sebanyaknya. Kemudian saya akan terus menulis. 3. Banyak manuskrip sudah siap dan bersedia sahaja mana-mana penerbit nak. Kahkah. Namun saya fikir tahun ini saya sendiri terbitkan naskhah tulisan saya. Kau tunggu. 4. Sebelum tidur saya berusaha membaca juga. Kemudian menulis. . 5. Apa yang saya tulis? Ini: - ebook. Ada 26 dah siap. Kau tunggu. - buku, manuskrip ready ada 9. - posting di FB, saya bina bank content terus. Ada lebih 200 posting belum up. Saya memang merancang posting. 80% posting di wall saya adalah yang saya rancang bila nak up. 20% sahaja spontan. Nak tahu pasal bank content ni hang pi beli ebook aku. - lirik lagu. Setakat ini saya hanya pernah hantar kat Noh Salleh ja. Hahaha. Adalah dalam 20-25 lirik dalam simpanan. Ha itulah yang dapat 3,000 patah perkataan sehari. Saya memang menulis di word. Ada folder siap untuk ebook, buku, lirik, posting FB semua. Agak tersusun wakaka. Ha harap hangpa yang bertanya dapatlah sesuatu dari hal ini. Sangat rumit kan? Saya belajar dari Buya Hamka. Saya suka dengar Youtube pengajian beliau. Banyak benar pelajarannya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Tak semudah itu untuk jadi seperti sekarang. Semoga 1,000 tahun lagi buku dan tulisan itu masih bermanfaat. Nak belajar, jom personal coaching dengan saya, whatsapp sini http://www.wasap.my/60122117994

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Link Vitamin C dan Hi-Q kini dibuka. Boleh terus buat pembelian di sini ya: https://untu
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Link Vitamin C dan Hi-Q kini dibuka. Boleh terus buat pembelian di sini ya: https://untuksihat.onpay.my/order/form/khaifa Sebarkan juga ya kawan-kawan!

1 jam sahaja lagi ya kawan-kawan. Link buka jam 10.00 pagi. Ada 1 Vitamin C 1 lagi produk minda, HI-Q. Stok ada 2,000 set sahaja. Dapatkannya tauu