ru
Feedback
Khairul Hakimin Muhammad

Khairul Hakimin Muhammad

Открыть в Telegram

Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Khairul Hakimin Muhammad

Канал Khairul Hakimin Muhammad (@contentkhm) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 36 355 подписчиков, занимая 285 место в категории Маркетинг и PR и 911 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 36 355 подписчиков.

Согласно последним данным от 17 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -383, а за последние 24 часа — -20, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 7.97%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает N/A% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 898 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 0 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Bina content, tips menulis, membina personal branding di media sosial, kisah kejayaan, dan kemanusiaan. Lanjut perkhidmatan dan produk; Whatsapp: 0122117994

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 18 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Маркетинг и PR.

36 355
Подписчики
-2024 часа
-997 дней
-38330 день
Архив постов
"Tuan, saya masih tak pandai live." "Tuan, saya malu." "Tuan, saya takut dengan kamera." "Tuan, bantu saya tuan." Gais, saya tak boleh bantu kalian. Kalian kena bantu diri sendiri. Ia tak perlu sempurna pun. Ia hanya perlu bermula. Dari situ titik belajar pun akan bermula. Hari 1: Live tak ada orang. Baiki. Hari 2: Live ada keluarga sahaja. Enjoy. Mereka nak ketawa, mereka nak kata apa, enjoy! Hadap sahaja. Hari 3: Live dah mula ada yang jenguk-jenguk, layan mereka, sebut nama mereka. Betul, kita akan tergagap-gagap lagi, okey! Tak apa. Hari 4: dah mula study dulu nak buat apa, nak cakap apa semuanya dah buat persediaan. Hari 5 dan seterusnya akan mula dapat rentak. Gais! Kalian hanya perlu bermula sahaja. Dari situ kalian akan belajar. Orang akan cakap macam-macam hal. Tegur sana baiki sini, lantak sahaja! Yang penting kalian berusaha nak lakukan sesuatu. Sama juga nak buat benda lain. Kalau tak bermula, kalian akan duk feel ketakutan itu. Duk cakap sana duk sembang sini. Syukurlah FB ini tak ada boleh keluar tangan nak lempang kita. Kalau tak, dah lama cikgu-cikgu lempang ja muka kita. Sebab tak habis kasi alasan, nak bermula pun tidak. Ha! Mula sahaja hari ini! Tak perlu tunggu esok! Nak buat, buat. Tak nak buat, memang akan banyak alasan. Nak berubah, ubah! Yang tak nak berubah sahaja sembang kencang sini tak boleh sana boleh. Dia ingat kita ini senang boleh kena tipu dengan mulut dia. Yihhhhh. Gais! Bangkit! Bangun! Buat sahaja! Ingat ini, Orang rajin, cari jalan. Orang malas, banyak alasan! Bangkit! Bismillah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat!

Tips nak jadi orang ada follower ramai seperti kami ini mudah sahaja kawan-kawan, nah: 1. Block terus manusia negatif. 2. Bersyukur jika dikecam, dihentam dan dibuli walau kita tak ada buat salah. Biasanya manusia negatif akan cari pasal, cari salah dan cari kelemahan serta buat fitnah bukan-bukan. 3. Dikecam tanda Allah mahu kita baiki dan repair kehidupan kita. Mungkin terlalu sibuk, mungkin terlalu begitu begini, suruh rehat dan sebagainya. Positif sahaja. 4. Sentap 2 minit dan jalan terus. Kita manusia biasa, ok sahaja sentap-sentap, tak perlu malu. Saya mengaku saya juga ada sentapnya, namun 2 minit adalah maksima, selepas itu bangkit dan berlari laju bina empayar. Ingat, kena cekal, kena kental. Saya jenis manusia yang suka stress. Apabila saya stress, saya akan pindahkan stress tersebut kepada karya yang hebat. Insya-Allah! 5. Terus buat baik, jika manusia begini minta bantuan, kita bantu. Buktikan kita tak sama seperti mereka yang suka dendam, suka marah dan suka benci. Ingat, kita sentiasa bahagia. Orang lain tak mahu bahagia lihat kita, kita tak boleh buat apa. Orang yang hatinya busuk, sentiasa nak tengok kehancuran kita adalah manusia yang tak ada big why, hidup mereka penuh dengan kejahatan dan dendam. Dan mereka ini selalu sakit hati dengan kejayaan kita sedangkan kita tak pernah sakiti hati dia. Biasanya mereka ini ada dengki, hasadnya besar, bencinya meluap. Orang begini, kita hadap dengan hemah. Di media sosial, kita block sahaja. Tak ada keperluan untuk dia tengok kita. Jika terserempak, beri salam, hulur salam. Itu semua boleh jadi penghapus dosa, dia tak mahu sambut, itu hal dia. Kita dah usaha. Dia tak mahu happy, bukan lagi hal kita. Memang dirinya dah penuh dengan toksik, apa lagi kita boleh bantu. Kita pilih nak happy, kita nak bahagia. Kita yang putuskan kehidupan begitu. Syukur kita diuji kan? Kalau tak diuji, lagi bahaya, boleh jadi kita tersasar jauh. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukur Alhamdulillah!

Kita design apa yang kita nak buat dengan akaun socmed kita. 1. Jika kita dah letak dalam kepala kita nak privatekan semua hal, dan kita nak baca sahaja apa perkongsian orang lain. Maka itulah kita dapat. Tak perlu persoalkan kenapa orang lain berkongsi. 2. Jika kita dah letak dalam diri nak berkongsi kepada rakan-rakan di akaun kita, jadi jangan persoal kenapa orang lain nak share secara public. 3. Jika kita dah letak dalam kepala kita boleh kongsi apa sahaja di akaun kita secara public, jangan pertikai kenapa ada orang luar persoal apa yang kita buat. Kita bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan. Sosial media boleh jadi dunia tipu-tipu kita. Kita tabur makanan apa, kita simbah air apa, kita juga curah benih apa. Jadi jangan jangka benda yang baik sekiranya kita tabur sisa, kita simbah air najis dan kita curah benih yang dah rosak. Yang tumbuh itu adalah apa yang kita dah tanam. Kita design semua itu untuk dapat apa yang kita nak. Kita yang susun jenis cakap bagaimana. Kita yang letak bahasa kasar atau lembut. Kita yang atur style tulisan atau video apa kita nak sebar. Jadi berhenti persoal kenapa orang lain persoal. Kita yang jemput, maka kita yang kena hadap mereka yang hadir. Bayangkan kita tanam, kita tabur, kita simbah, kita siram, kita curah perkara baik, benih baik. Apa kita dapat gais? Kenikmatan buah-buahan dan sayuran segar kan? Ya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Salah sendiri belaka.

"Kau ni kena pandai marketing nihhh. Cubalah jual dekat pesbuk ke instagram ke tiktok ke." Yang baru berniaga mesti akan terkulat-kulat. Dapat ahli keluarga atau kawan yang sembang kencang tak berenti nasihat, mereka akan penat. Semua takat pandai cakap. Mereka nak beli sebalang dua? Jangan harap. Betul itu, semua nasihat dan pesanan adalah percuma. Produk pula nak kena beli. Jadi kasilah nasihat kepada usahawan yang baru nak bertapak ini berbagai pesanan sampai orang itu pun down. Saya teringat ada seseorang yang bisnesnya diviralkan dalam sebulan dua ini. Kami bersembang dengannya. Saya tanya apa plan marketing yang beliau ada, beliau jawab "tak ada bang Khairul. Saya fikir saya nak teruskan hidup je. Kereta semua dah tak boleh bayar, jadi saya buka je jual nasi lemak pagi-pagi. Isteri masak, buka meja, saya jual. Kilang dah masuk bulan ke 13 hanya bayar gaji 10% sahaja. So kena buat sesuatu, memang tak ada apa plan marketing ke apa bang. Tapi sejak kena viral, alhamdulillah setiap hari nasi habis. Ha baru kami nak belajar marketing haha." Ha see. Boleh kata semua usahawan ada struggle mereka yang tersendiri. Marketing adalah basic penting dalam dunia perniagaan. Boleh jadi ia dirancang. Boleh jadi ia tanpa dirancang. Namun 2-2 boleh pergi jauh. Selagi kualiti produk itu bagus, servicenya bagus, sedap, berkualiti dan sebagainya, ia akan membawa kepada siri pemasaran yang baik-baik juga. Benda baik, baik juga cara nak sampaikan. Baik juga cara nak jual dan sebagainya. Sebagai pelanggan, atau keluarga, atau kawan, atau saudara mara, tak perlu beri idea mereka kena buat apa untuk pasarkan produk. Cukuplah cakap "Khairul, kasi aku sebalang. Berapa RM? Aku bayar. Aku support kawan berniaga. Ini marketing aku boleh buat, aku beli, aku makan, kalau betul sedap, aku up di wall aku. Amacam?" Ini sudah cukup membantu. Sangat-sangat membantu. Inilah marketing. Dari seorang kawan atau seorang ahli keluarga, akan merebak ke seluruh negara. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Belajar marketing sampai ke London, tetap mouth to mouth marketing terpaling power.

Kita tak suka orang kacau hidup kita, sama juga orang lain tak suka kita kacau hidup dia. Ha gituh pesanan pagi ini. Semoga b
Kita tak suka orang kacau hidup kita, sama juga orang lain tak suka kita kacau hidup dia. Ha gituh pesanan pagi ini. Semoga bermanfaat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jadi orang menang hari ini jom!

Seperkara super duper penting dalam menjadi usahawan ini ialah mendapatkan team yang tinggi tahap kejujurannya. Benar, masa kasi resume, interview dan waktu probation, semua itu tak nampak. Namun apabila ada ketelitian dalam dokumentasi kerja selepas beberapa bulan, akan mula terkeluar sikit demi sedikit pincangnya. Saya sekadar bercerita sahaja. Bukan berlaku di kilang kami. Contohnya: Harga balang RM1.00. Kita pun belilah 100,000 balang. Harga semuanya RM100,000 juga. Tup tup apabila buat audit bagai, kita dapatkan dokumen dari supplier, buat cross check dan sebagainya, rupanya harga balang ialah RM0.80 sen sahaja. Jadi ada ralat 0.20 sen sebalang. Kali dengan 100,000 balang = RM20,000 ralat atau kos yang boleh dikurangkan. Apabila kita bertanya kenapa RM1.00 rupanya team kita dan team supplier tersebut dah berpakat nak ambil komisen haram masing-masing. Masing-masing makan 0.10 sen sebalang. Dapatlah RM10,000 seorang. Ini kerja gila belakang tabir orang pandai menipu. Kawan-kawan, Hidup begini tak ada keberkatannya. Kerja dah dibayar gaji, dapat segala mak nenek benefit, ini pula yang dibuat kepada syarikat yang dia kerja. Mungkin bagi mereka ini tak salah. Mungkin dah terbiasa. Mungkin juga bagi mereka ada nas kata halal dan sebagainya. Namun di sudut syarikat yang sudah ada undang-undang mengharamkannya, maka kena ikut. Sungguh, carilah keberkatan gais. Benar bagus ambil peluang. Namun merugikan syarikat namun menguntungkan diri sendiri tetap salah. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Syukur semua jujur. Alhamdulillah.

Minta bantuan semua kawan-kawan di sini untuk klik share posting ini ya. Akhir-akhir ini posting kami membantu di Turkiye dan Syria direndahkan reachnya. Mohon ya kawan-kawan. Team Cinta Syria Malaysia dan NGO lain masih berada di sana menghantar bantuan. Ini postingnya https://www.facebook.com/1409650354/posts/pfbid0dxTcbV3SAX4YMxyLbwwvSoSzP8AVbS2oAHYuHDcv65ZaPZMTC1yNvbq5xFAZPRn8l/?mibextid=cr9u03 Tolong ya.

Adik-adik, zaman hari ini apabila sukar nak dapat kerja, kalian pun masuk ke mana-mana tempat tanpa guna sijil-sijil yang kalian ada. Ada ijazah, kerja photostate. Ada diploma, kerja cleaning. Ada sijil, kerja hantar barang. Apabila kalian dah masuk kerja, ada 2 sikap yang biasa terjadi. 1. Ok dan nak tambah pengalaman, mindset sangat kuat. Yakin Allah akan beri lebih banyak apabila rajin, tak berkira dan sentiasa sangka baik dengan Allah. Kerja akan jadi mudah. Walau dah belajar tiga-empat tahun, masuk di lapangan kerja yang tak guna sijil yang ada tetap beri banyak kesenangan. Gaji ada, kehidupan juga boleh diteruskan seperi biasa. Yang begini, kesyukurannya tinggi. Ramai suka dan sentiasa mendapat doa yang baik-baik. 2. Dah masuk kerja, apabila bulan ke-2 dan ke-3 mula resah. Rasa tak wajar dapat gaji kecil. Terus lupa semasa temuduga dah dinyatakan yang mereka akan kerja begitu begini. Mereka setuju kerana nak kerja demi kelangsungan hidup. Kesetujuan dua belah pihak dilupakan begitu sahaja. Janji nak gaji tinggi tak peduli dah, mesti nak dapat juga. Mulalah agenda memusuhi leader. Anggap leader sebagai orang tak berpelajaran. Rasa diri berilmu dan mulalah memperlekehkan orang lain. Terus tinggi ego dan mula tak boleh terima teguran. Yang begini, akan mula dibenci, mula buat management nak keluarkan sesegera mungkin dan akan dapat doa yang tak best dari ramai orang. Sepanjang saya duduk dalam dunia HR dan kini ada perusahaan sendiri, 2 perkara ini sering terjadi. Dua-dua saya ambil sebagai pelajaran. Yang pertama biasanya sudah jadi seseorang sekarang. Orang ini memang sekadar nak ambil pengalaman sahaja dan kini banyak ilmu ada di kiri kanan hidupnya. Dia letak diri dia sebagai "orang bekerja" seperti orang lain. Walau ada ijazah bagai, dia tenang sahaja menghormati orang lain. Yang ke-2, hidupnya tak aman. Sentiasa resah. Sentiasa ada sahaja benda tak baik keluar dari mulut dan hati. Menyalahkan syarikat, memburukkan management, mula membawa perikatan nak ajak ramai-ramai berhenti dan menganggap apabila mereka keluar, syarikat akan lumpuh. Kawan-kawan, Itu beza mindset separuh jalan dengan mindset jalan terus. Pengusaha sayangkan kalian apabila kalian juga sayangkan syarikat. Kalau dah sebelah tangan sahaja bertepuk, maka kalian keluar boleh jadi sebuah kesyukuran besar buat pengusaha. Berhentilah jadi pembenci, ia akan buat kalian sendiri dibenci. Ia sifir mudah, orang pemurah, Allah murahkan lagi rezeki, orang baik budi diri, Allah tinggikan hormat kepada dia dan orang yang banyak hasad dengki, Allah campakkan kebencian orang lain terhadapnya. Kita pilih nak jadi yang mana. Hati kita membentuk wajah kita, perangai kita. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pilih yang pertama ya adik-adik.

🔥🔥🔥🔥🔥 Orang Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Insya-Allah Saya ke sana minggu depan, jika nak saya atau team saya datang shoot paid review di premis kalian, Whatsapp saya di sini ya. Harga RM1,599/posting. Klik www.wasap.my/60122117994 🔥🔥🔥🔥🔥

Saya selalu pegang perkara ini: 1. Jika tak faham, tanya. 2. Jika nak penjelasan, tanya. 3. Jika mahu pandangan, tanya. 4. Jika mahu pertolongan, tanya. 5. Jika mahu nasihat, tanya. Jika kita tak mulakan bertanya, adik beradik ke, anak beranak ke, kawan baik ke sesiapa ke, takkan tahu masalah kita. Tak usah duk cakap "takkanlah dia tak tahu kita tengah susah?" Hei, manusia lain semuanya penuh dengan masalah mereka sendiri. Kalau kita tak buka mulut, kita takkan tahu, mereka juga takkan tahu. Itu! Kita takkan boleh baca fikiran orang. Kita takkan boleh baca apa dia susah atau sedang senang. Kita takkan. Jadi, mulakanlah bertanya. Jadi sahabat yang baik. Jadi saudara yang baik. Tanya sahaja jika dia sedang susah. Atau jika kita sedang susah, tanya sahaja jika kita mahu dibantu. Saling kena bergerak belaka supaya saling tidak menyalahkan sesiapa. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Sayang semua.

Nak tahu apa sebab saya boleh jalan terus? Saya selalu ada mindset yang pelik dari orang lain. Kahkah. Antaranya ialah saya selalu tak ada rasa penting di mata orang lain. Saya letak saya penting untuk saya dan orang yang saya sayang. Namun di mata orang lain, saya lantakkan. Kalau kita duk fikir apa orang fikir kita ini penting atau tak, kita akan stress. Lebih lagi apabila kita ada masalah, kita mulalah fikir bukan-bukan. Antaranya ialah: - kenapa depa tak tengok aku. - aku ni tak penting ke dalam hidup depa. - dulu aku tolong depa sekarang mana depa. - aku dah tak ada erti ke dalam keluarga ni. - sedih betul dapat keluarga yang tak endah macam ni. - tak guna kawan ramai. Aku susah takda siapa bantu. Gais, ini tak betul. Kita kena smart bermain dengan emosi dan perasaan kita sendiri. Kita patut kawal dan pastikan ia tak kawal diri kita. Kalau kita dah mula jenis mudah menangis. Sedih sana sini, berhati-hatilah. Saya cakap sebab saya pernah lalui dan alhamdulillah saya berjaya atasi. Memang makan masa, namun berbaloi apabila jadi lebih kuat lebih hebat dan lebih baik dari tahun-tahun lepas. Caranya ialah letak diri penting untuk diri sendiri dan orang yang diri kita sayang. Namun di mata orang lain, please lantakkan. Tolonglah lantakkan apa orang nak fikir tentang kita. Depa nak sayang ke depa nak benci ke, lantakkan sahaja! Kita jalan terus perbaiki diri. Ingat, kata kuncinya ialah PERBAIKI DIRI SENDIRI bukan sibuk fikir nak ubah apa orang fikir terhadap diri kita. Itu TAKKAN MUNGKIN kita berjaya. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Jalan terus gaisss!

Ramadan lagi 39 hari ya kawan-kawan. Semoga kita semua sampai ke sana. Untuk yang dah mula nak dapatkan kurma, boleh terus ke
Ramadan lagi 39 hari ya kawan-kawan. Semoga kita semua sampai ke sana. Untuk yang dah mula nak dapatkan kurma, boleh terus ke sini ya https://theroyaldates.net/shop/000004 Tahun ini kami ada 3 jenis iaitu Ajwa Aliyah, Mariami dan Safawi. Dapatkan tau.

Gais, perkataan "success" ini ada musuh tau. Besar-besar syaiton dia punya kejahatan. Antaranya ialah: 1. Suka drama. - kerja banyak, namun sebab tak suka orang itu orang ini, kerja tak siap. - banyak bercakap dari mendengar. - banyak sangat sisi tak puas hati itu tak suka ini. 2. Tak peduli masa dan waktu. - tak kisah bangun pagi jam berapa. - tak kisah waktu solat. - tak kisah nak bergegas siapkan kerja. - tak kisah nak utamakan perkara penting. - suka bertangguh. - suka lambat-lambatkan sesuatu waima hal berkemas, mandi dan sebagainya. 3. Berubah / perubahan. - tak mahu bangun dari kedudukan sekarang - tak mahu repair kesilapan diri. - tak mahu berada dalam mood belajar - tak suka belajar, rasa diri terpaling pandai - suka tengok orang lain salah. Diri sendirik hauk 4. Tak peduli halal haram. - asal untung, on. - jenis tak kisah semua benda jalan je. 5. Tak suka keluarga. - ada sahaja benda tak kena tentang ibu bapa, adik beradik dan sebagainya. - semua diri dia terpaling hebat sampai merendahkan orang lain. - suka sindir dan perli keluarga sendiri. 6. Disiplin. - tak jaga langsung hal-hal diri sendiri. - disiplin kepada keluarga. - disiplin kepada tempat kerja. - disiplin di jalan raya, tempat umum dan sebagainya. Semua berkait ok! 7. Tinggi diri. - ego tak bertempat. Serba serbi nak tunjuk diri paling terbaik. - lupa Allah yang beri semua rezeki walau dia punya usaha sangat power. - sentiasa rasa diri hebat dan tak ada yang lebih hebat. Kawan-kawan, Ada banyak lagi. Namun ini 7 yang besar-besar gais. Kita kasi pukul semua musuh ketat success ini dengan merendah diri, rasa nak belajar dan sentiasa hidup ada agama. Allah akan beri belaka! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Bismillah.

Penghantaran kurma dah bermula ya kawan-kawan. Tahun ini kami ada: Kurma Ajwa Aliyah Kurma Mariami Dan Kurma Safawi. Pack ada
Penghantaran kurma dah bermula ya kawan-kawan. Tahun ini kami ada: Kurma Ajwa Aliyah Kurma Mariami Dan Kurma Safawi. Pack ada dari 250gm sampai 5kg. Semua dibawa oleh The Royal Dates di bawah Uncle Hashim. Beli di sini ya: https://theroyaldates.net/shop/000004 https://theroyaldates.net/shop/000004 https://theroyaldates.net/shop/000004

#Posting Side. 1. Menambahkan keyakinan orang kepada kita. 2. Tanda kita wujud. 3. Titik kepercayaan tinggi audien kepada kita. 4. Buat orang tahu kita ada sisi lain, sisi manusiawi yang biasa sahaja. 5. Menyebabkan orang react kepada posting dengan klik like atau komen atau ke dua-duanya sekali. Maka engagement akan meninggi. * Ramai orang terlalu fokus membina #content mengikut topik yang dipilih sehingga lupa nak bangunkan kepercayaan audien kepada diri sendiri. Maka kalian perlu: * Selfie 1-3 kali seminggu. * Buat posting lawak / humor. * Sentiasa ambil tahu hal ehwal semasa dan ulas ringkas-ringkas sahaja seperti scene #DoneIntoScene * kemaskini apa yang kalian buat sekarang. Jika kalian buat ini, selang seli dengan posting #crowd dan #RM, maka kalian akan dipercayai. Follower naik, jualan juga meningkat. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad. Content Master Kesayangan Negara. Nak tips lagi, terus ke sini https://t.me/ContentKHM

Matlamat ada kaitan dengan habit. Kita boleh fokus nak capai matlamat, namun kena perhati apa yang kita buat untuk ke situ. Contoh, kita nak ada duit simpanan RM10,000 pada hujung tahun ini. Jadi apa habit kita untuk capai simpanan itu. RM10,000/365 hari = perlu simpan RM27.40 sehari. Konsisten simpan sebanyak itu setiap hari, kita akan ada RM10,000 pada 1hb Januari 2022. Fokus kepada habit itu dan matlamat akan capai. Kebanyakan orang ada banyak matlamat, nak buat itu nak buat ini, namun dia tak ada habit untuk dia capai matlamat itu. Di situ akan bermula titik kegagalan dia. Orang berjaya, mindset dia pun adalah mindset berjaya. Dia ada pattern dia dalam melakukan sesuatu. Dia rancang, dia kira, dia ambil logik dan dia letak bagaimana nak terapkan sampai benda itu berhasil. Allah suka orang yang berusaha dan takkan sia-siakan usaha tersebut. Orang berjaya: - dia tahu dia kena duduk setiap pagi tengok checklist. - dia tahu dia kena siapkan kerja tanpa bertangguh. - dia tahu dia kena konsisten. - dia tahu dia kena buat apa yang dia rancang. - dia tak peduli orang cakap apa, yang penting dia berhasil. Ini habit orang berjaya. Jika kita nak sama seperti mereka yang dah berjaya, kita kena ada habit yang power-power untuk capai matlamat kita. Tengok diri sendiri apa habit kalian. Repair perlahan-lahan okeh! Ada lagi 11 bulan nak kejar azam dan matlamat tahun ini. Bismillah! Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Buat kasi jadi.

Percakapan kita kena ada cadar ilmu, Perbuatan kita, kena ada sarung akal, Permikiran kita, kena ada baju jiwa. Semua wajib ada 1 lapis alas. Apabila keluar sahaja dari mulut, hati orang tak sakit, hati kita tak perit. Apabila bergerak sahaja tangan kaki, tahu jadi baik, tahu jadi molek. Apabila terfikir atau terbayang sahaja sesuatu, ia adalah hal yang cantik dan unik-unik. Kawan-kawan, Cadar, sarung baju dan alas ini kalau orang kaya, boleh beli mahal-mahal. Orang biasa, asal ada. Janji ada. Tidak togel sampai nampak kotor dan jijik rupa. Biar bertutup biar disembunyi. Supaya kita senang dikemudian hari. Yang kita letak kepala, ada sarungnya. Yang kita letak badan, ada cadarnya. Yang kita rehat minda, ada bajunya dan semua hal yang kita kumpulkan itu ada alasnya. Jika semua itu kita buang, bayanglah bagaimana kita bercakap, bagaimana kita berfikir dan bagaimana kita berbuat. Boleh jadi kita sedang malukan diri sendiri Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Pesanan untuk diri sendiri.

Soalan: Saya baru nak belajar menulis. Buku apa yang saya patut baca? Jawapan: Buku yang kita suka, kita minat, kita pilih topiknya dan ia menambah ilmu kita. Contoh mudah, topik yang kita pilih ialah cerita motivasi, inspirasi dan memberi semangat, maka baca banyak-banyak buku tentang kejayaan orang lain seperti Anak Seorang Drebar - Tan Sri Shamsuddin. Terbang Tinggi - Tan Sri Tony Fernandes. Doktor Umum - Tun Dr Mahathir. Kemudian perbanyakkan membaca novel. Pilih yang kita selesa, saya sendiri suka membaca sastera dan novel dari Indonesia. Antara karya (nama penulis) yang saya suka ialah (sekadar sebut beberapa nama): Buya Hamka, Andrea Hirata, Wiwid Prasetyo, Okky Madasari, Tere Liye. Hampir kesemua menulis tentang kisah masyarakat, cinta dalam bermasyarakat, perjuangan dan manusiawi. Kemudian baca juga buku bersifat “how to”. Contohnya teknik menulis, gaya menulis, teknikaliti dan susun atur semuanya kena ada dalam dada. Lalu disiplinlah. Pilih tempat yang kalian nak membaca. Selesakan diri. Meja saya, anak saya juga guna untuk bermain macam-macam, dan saya suka biarkan ia begitu sahaja, ia menaikkan motivasi nak membaca. Waktu saya membaca sekitar lepas bangun tidur saya disiplinkan membaca minimum 20 muka surat. Kemudian membaca apabila lapang. Cari dan usaha membaca. Membaca = menambah perkataan dalam kepala. Dan itu yang akan membuat mudahnya menulis waima nak menulis #content di media sosial. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, Nak tips lagi, terus ke sini ya https://t.me/ContentKHM

Orang kata: - usahawan banyak duit. - banyak masa, dapat bersama keluarga. - ada peluang ke mana-mana. - bebas hutang. - circle best. - boleh bayar zakat banyak. - boleh sedekah banyak. - boleh pilih kereta apa nak pakai. - boleh pilih rumah mana nak beli. - boleh bantu keluarga. Usahawan sendiri kata: - ya banyak duit, namun kami tak berhenti invest. Jadi kadang-kadang duitnya habis. - ini scam paling besar. Kami tak pernah ada masa. Kebiasaan usahawanlah selalu gaduh suami isteri kerana time cuti pun si suami buka laptop siapkan kerja sana sini atau jawab call sana sini. - betul, namun tak pernah feel best berjalan. Kerja kerja kerja. - mana ada bebas hutang. Lagi banyak hutang apabila expand the company. - tak semua circle best. Kita akan jumpa lebih ramai penipu, penyangak yang real punya. - sedekah, zakat banyak itu betul. Tambah lagi 1, tax juga sangat tinggi ya. Hahaha. - pilih kereta? Tak semestinya. Ramai usahawan hanya fikir tentang selesa sahaja. - pilih rumah? Pun sama, keutamaan adalah keselesaan. * Jujurnya, bekerja makan gaji atau menjadi usahawan adalah sama apabila kalian benar-benar usahakannya. Jika kerja keras, nak naik pangkat, nak kejar kerjaya, maka kalian boleh bebas hutang, boleh sedekah bebanyak dan beri zakat. Juga boleh beli kereta idaman dan rumah kesukaan. Juga boleh. Namun jika kalian pilih untuk berselesa, sudah cukup dengan apa yang ada, pun tak salah. Diri kalian yang nak hadap hutang baru, diri kalian juga nak hadap kerja yang semakin menimbun. Semua betul belaka. Usahawan memerlukan kakitangan. Kakitangan pula memerlukan usahawan untuk peluang pekerjaan. Semua saling memerlukan. Sebab itu Allah memang jadikan ada orang dia memang suka bisnes, otaknya memang otak bisnes, ada orang tidak. Dia memang nak kerja dan suka bekerja. Semua orang betul. Janji halal, alhamdulillah dah boleh dapat tiket masuk syurga. Itu paling mustahak. Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad, 💪

Sehingga malam ini sudah lebih 5,000 kematian dicatatkan di Turki dan Syria akibat gempa bumi kelmarin. Sama mendoakan semoga
Sehingga malam ini sudah lebih 5,000 kematian dicatatkan di Turki dan Syria akibat gempa bumi kelmarin. Sama mendoakan semoga urusan keluarga, penduduk dan penyelamat dipermudahkan. Jika ingin menyumbang kepada dana bantuan kecemasan ini, terus ke sini ya: https://sumbangan.cintasyriamalaysia.com/donations/bk2023/?fbclid=PAAaYGBh8UDdKlMra5UroYNzS2DBjRGK205a0RPLWLiVnpGRjaU2xLhusbb4M

Khairul Hakimin Muhammad - Статистика и аналитика Telegram-канала @contentkhm