cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

🦋BM SPM 2020🦋

Больше
Индонезия52 355Язык не указанКатегория не указана
Рекламные посты
527
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

SPMU2013 (i) harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama (ii) seperti kacang lupakan kulit / seperti ulat lupakan daun (iii) hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa SPM 2013 (i) Tiada beban batu digalas (ii) dalam tangan (iii) Belakang parang jika diasah lagikan tajam. SPMU2014 (i) bagaimana acuan, begitulah kuihnya (ii) terang hati (iii) ringan tulang SPM 2014 (i) Seperti kerbau dicucuk hidung/ Pak turut/ Ikut telunjuk (ii) Pendayung sudah ditangan, perahu sudah di air. (iii) Durian runtuh/ Yang bulat dating bergolek, yang pipih datang melayang/ Tuah ayam Nampak di kaki, tuah ayam siapa yang tahu. SPMU2015 (i) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing / ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (ii) sesal dhulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya / sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan (iii) rumah sudah pahat berbunyi / rumah siap pahat berbunyi SPM 2015 (i) Seperti embun di hujung rumput / seperti abu di atas tunggul (ii) Bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata (iii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjunjg SPMU2016 (i) kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan (ii) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (iii) genggam bara api, biar sampai jadi abu SPM 2016 (i) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (ii) indah khabar daripada rupa (iii) alah bisa tegal biasa SPMU2017 (i) berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian (ii) berani kerana benar, takut kerana salah (iii) harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama SPM 2017 (i) bermuka dua/talam dua muka/ bermuka-muka (ii) murah hati (iii) ibarat telur sesangkal , pecah sebiji, pecah semua/seperti telur dua sebandung, pecah satu, pecah keduanya (iv) kerana nila setitik, rosak susu sebelanga/seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit SPMU 2018 (i) jauh perjalanan, luas pemandangan (ii) malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh hanyut perahu (iii) mandi peluh SPM 2018 (i) belut pulang ke lumpur / ikan pulang ke lubuk / sirih pulang ke gagang / berapa tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau juga / setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap ke bubungan juga / pinang pulang ke tampuk (ii) alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan / alang-alang berdakwat biar hitam / alang-alang berminyak biar licin / genggam bara api biar sampai jadi arang (iii) bagaimana acuan, begitulah kuihnya / bapa borek, anak rintik semuanya SPMU 2019 (i) seperti cendawan tumbuh selepas hujan (ii) ada gula ada semut (iii) masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.
Показать все...
25 Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. (m/s 114) Kalaulah kita hendakkan sesuatu kejayaan atau kesenangan, kita hendaklah sanggup menempuh kesusahan dan juga bekerja dengan cara yang bersungguh-sungguh. 26. Rajin dan usaha tangga kejayaan. (m/s 114) (SPM 2010) Kejayaan akan dicapai jika disertai dengan usaha dan kerajinan. 27. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. (m/s 115) (SPM 2012) Sikap berjimat-cermat akan membolehkan seseorang itu menjadi kaya-raya. 28. Bak cendawan tumbuh selepas hujan. (m/s 115) (SPMU 2019) Sesuatu perkara yang terlalu banyak pada satu-satu masa. 29. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (m/s 116) (SPM Ulangan 2007) (SPMU 2017) Bersusah payah terlebih dahulu supaya dapat mengecap kesenangan pada masa akan datang.. 30. Sediakan payung sebelum hujan. (m/s 189) Hendaklah bersiap sedia dan beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan. 31. Memerah otak. (m/s 115) Memikirkan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh. 32. Genggam bara api, biarlah sampai jadi arang. (m/s 215) (SPMU 2016) Melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. 33. Bagai aur dengan tebing. (m/s 115) (SPM 2010) Saling membantu antara satu sama lain. 34. Mencari jalan. (m/s 115) Mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 35. Biar mati anak, jangan mati adat. (m/s 179 & 265) Sikap menghormati dan sayangkan adat tradisi itu lebih daripada menghormati dan menyayangi anak sendiri. EDISI KEMAS KINI ANALISIS SENARAI PERIBAHASA BM SPM YANG PERNAH KELUAR DALAM SOALAN SEBENAR (SPM 2006) - (SPMU 2019) Kebanyakan soalan SPM sebenar dan SPM Ulangan menggunakan peribahasa yang ada dalam buku teks. Selain itu, banyak peribahasa yang diulang pakai dalam soalan SPM. Pandai-pandailah apabila membuat ulang kaji. SPM 2006 (i) bahasa jiwa bangsa / bahasa menunjukkan bangsa / hilang bahasa lenyaplah bangsa (ii) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (iii) mata pena lebih tajam daripada pedang SPMU 2007 (i) seperti ulat lupakan daun / seperti kacang lupakan kulitnya (ii) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni / berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (iii) berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian SPM 2007 (i) bahasa jiwa bangsa (ii) bagai dakwat dengan kertas (iii) seperti air dalam kolam SPMU 2008 (i) Durian runtuh/ Yang bulat dating bergolek, yang pipih datang melayang/ Tuah ayam Nampak di kaki, tuah ayam siapa yang tahu. (ii) berani kerana benar, takut kerana salah (iii) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna SPM 2008 (i) bagai menatang minyk yang penuh (ii) benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau (iii) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (SPMU) 2009 (i) tiada rotan, akar pun berguna (ii) menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri (iii) kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya SPM 2009 (i) masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak (ii) pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara (iii) jauh perjalanan luas pemandangan SPMU 2010 (i) bagai lebah menghimpun madu (ii) seperti si buta baru celik (iii) kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau SPM 2010 (i) aur dengan tebing (ii) usaha tangga kejayaan (iii) muafakat membawa berkat SPMU2011 (i) besar pasak daripada tiang (ii) cepat kaki ringan tangan (iii) pantang berundur sebelum berjuang SPM 2011 (i) bagai pinang dibelah dua / bagai cincin dengan permata (ii) bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi (iii) seperti belut pulang ke lumpur / seperti ikan pulang ke lubuk SPMU2012 (i) buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali (ii) jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau (iii) terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya SPM 2012 (i) membaca jambatan ilmu (ii) sehari selembar penang, lama-lama menjadi kain (iii) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Показать все...
ANALISIS PERIBAHASA 2004 - 2019 (100% DARIPADA BUKU TEKS TINGKATAN 4 & 5) Untuk membantu murid-murid dalam mengenal pasti peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, yang berikut disenaraikan peribahasa tersebut dengan muka suratnya sekali: 1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. (m/s 10) (SPM 2004) Dengan adanya kerjasama dalam masyarakat, keadaan masyarakat itu akan menjadi kuat dan sebarang pekerjaan dapat dilaksanakan dengan mudah. 2. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (m/s 10 & 166) (SPM 2004) Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama. 3. Darah daging. (m/s 10) Anak yang ada pertalian darah dengan ibu atau bapanya. Adat atau sesuatu kelaziman pada sesuatu kaum ataupun seseorang. 4. Seperti lembu dicucuk hidung. (m/s 166) (SPM 2014) Orang bodoh yang mengikut perintah sahaja. 5. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. (m/s 166) (SPM 2009) Generasi pelapis yang akan memikul tanggungjawab terhadap negara pada masa depan dan masing-masing mempunyai peranan yang sama penting. 6. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. (m/s 166) Seimbang dari segi kedudukan dan sama tarafnya. 7. Jika melentur buluh biarlah dari rebungnya. (m/s 174 & 176) Jika hendak mendidik anak hendaklah bermula sejak kecil lagi. 8. Tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. (m/s 174) Hajat atau harapan yang begitu besar. 9. Genggam bara api biar sampai jadi arang. (m/s 174) (SPMU 2016) Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan diusahakan sehingga berjaya. 10. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. (m/s 174) (SPM 2014) Sesuatu keputusan bergantung pada diri sendiri untuk melakukannya. 11. Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. (m/s 234) Sesuatu yang sentiasa dikenang atau diingati dan sukar untuk dilupakan. Di samping itu, peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu tingkatan 5 pula ialah: 12. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (m/s 3) (SPM 2016) Setiap keinginan tentu ada cara untuk mencapainya. 13. Lintah darat. (m/s 15) Peminjam wang yang mengenakan faedah yang tinggi pada peminjam. 14. Jauh perjalanan luas pengalaman. (m/s 80) (SPM 2009) (SPMU 2018) banyak berjalan luas pengalaman. (m/s 252) Semakin banyak pengalaman baru yang diperoleh jika kita pergi ke tempat orang. 15. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. (m/s 91 & 116) (SPM 2004) (SPM 2012) Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain. 16. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007) (SPMU 2015) Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama 17. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (m/s 15 & 98) Jika ada perpaduan, rakyat akan menjadi kuat, dan kalau berpecah belah, negara akan hancur. 18. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (m/s 98) (SPM 2008) Sikap bersatu padu yang mementingkan semangat tolong-menolong antara satu sama lain. 19. Seperti kacang lupakan kulit. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007) (SPMU 2013) Orang yang tidak tahu mengenang budi. 20. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. (m/s 98) (SPM Ulangan 2007) (SPMU 2017) Susah dan senang harus ditanggung bersama-sama. 21. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. (m/s 99) (SPM 2015) Perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu. 22. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. (m/s 99) (SPMU 2019) Walau di mana sekalipun kita berada, kita hendaklah mengikut cara hidup masyarakat di mana kita menetap kerana setiap masyarakat mempunyai adat resam serta cara hidup mereka yang tertentu. 23. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua. (m/s 99) (SPM 2017) Orang yang bermuafakat akan tetap setia antara satu dengan yang lain (jika seorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya. 24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. (m/s 114, 115, 116 & 216) (SPMU 2008) (SPM 2014) Seseorang itu perlu berusaha untuk memperoleh sesuatu.
Показать все...
assalamualaikum semuaa! sebelum lena , mari kita imbas semula isi penting komsas secara singkat🙈🥰 📌erti hidup bererti - kehidupan orang tua yang tidak dijenguk - kasih sayang utuh buat anaknya - ketabahan hidup seorang diri 📌sejadah rindu - keinsafan atas dosa lalu - keikhlasan dalam berdoa - kegigihan memohon keampunan 📌kudup perang - kewibawaan dan ketokohan pemimpin - mencari kebenaran siapa pahlawan sebenar 📌gurindam 12 - pelihara anggota diri dan berbudi pekerti - kepentingan menjaga ( ) - rasional ,bijaksana 📌sang gembala kuda - kekuasaan penjaga kuda -penganiayaan tenaga haiwan - ketegasan pemimpin take note yang ini adalah quick revision sahaja , yang lain boleh letak 'perasa' nanti . apapun, selamat maju jaya rakan-rakan !
Показать все...
UNGKAPAN MENARIK 1.Darsawarsa ini, marcapada ini, mutakhir ini - dewasa ini 2.Mayapada, manjapada - dunia 3.Arus globalisasi - zaman global 4.Arus modenisasi/arus permodenan, dunia tanpa sempadan - zaman moden 5. Kontemporari - masa kini 6.Tuntasnya, sebagai intiha, konklusinya, akhir kalam/kata, deduksinya - kesimpulannya 7.Ironinya, impak - kesannya 8.Kekangan, kemelut, halangan - masalah 9.Rentetan itu, lantaran itu - sehubungan itu 10. Dirangkaikan - dihubungkan 11. Menjurus - menyebabkan 12. Menyoroti - membicarakan 13. Kendatipun begitu - walaupun begitu 14. Sementelahan pula, lebih-lebih lagi - tambahan pula 15. Memanifestasikan, memperlihatkan, melahirkan - menunjukkan 16.Ghalibnya, lazimnya - biasanya 17.Tamsilan, uswah, teladan - contoh 18. Maslahat - faedah 19. Rencaman, heterogen, variasi - pelbagai 20.Belajar dari pengalaman - heuristik 21. Holistik - bersepadu 22. Disemarakkan - digiatkan 23.Dijana - dijalankan 24.Didorong, dimangkinkan - dipengaruhi 25. Memperkasa - meningkatkan 26. Diuar-uarkan, dihebahkan - diberitahu 27.Sinergi, kolaborasi, komitmen - kerjasama 28. Toleransi - tolak ansur 29. Obses, taksub - terikut-ikut 30. Wadah, wahana - alat 31. Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan - memorabilia 32. Glokal, lokal - tempatan 33. Kebejatan moral - keruntuhan moral 34. Ukhrawi, rohani - dalaman 35. Ukhuwah, pertalian - hubungan 36.Nescaya, pasti, yakin - sudah tentu 37. Enteng - ambil mudah 38. Menerjah, mengejutkan - mengganggu 39. Diimplimentasikan, diterapkan - digunakan 40. Nirmala, dinihari - pagi yang hening 41. Izhar - jelas 42. Delinkuen - tidak ikut peraturan 43. Komentar - rencana 44. Polemik - sering dibincangkan 45. Secara anologi, berperingkat-peringkat - berturutan 46. Penuh iltizam - penuh semangat 47. Inovasi, pembaharuan - kemajuan 48. Mangkin yang efektif, indikasi/indikator - faktor penyebab 49. Pragmatis - praktikal 50. Mengorak - memulakan 51. Seantero - seluruh 52. Perencah - faktor 53. Keakraban - erat dan rapat 54. Belenggu - konkongan 55.Berkaliber, berwibawa, berkarisma berkebolehan - hebat 56.Mercu - menempa 57. Dominan - utama 58. Rohaniah, insani - nilai kemanusiaan 59.Metropolitan - bandar raya 60. Khusyuk - sepenuh tumpuan 61.Nafsi, egoistik - pentingkan diri 62. Tidak bertanggungjawab - evasif 63. Pentingkan keseronokkan - hedonisme 64. Signifikan - bermakna/penting 65.Ruwet - kalut/kusut/sulit 66. Ideal, utopia - terlalu sempurna 67. Sesuatu yang menjadi contoh/diteladani - entiti mithali 68.Pengetahuan tentang pengertian yang dianggap ilmu yang tinggi - filsafat, falsafah 69. Tarbiah - pendidikan 70. Anjakan paradigma - perubahan yang baik 71. Sifat mengutamakan orang lain/tidak pentingkan diri - altruisme 72. Takuk lama - tahap lama 73. Tersohor - terkenal 74. Gusur, heret - tarik 75. Sofistikated - bersifat kompleks 76. Pidana - kejahatan 77.Aspirasi, cita-cita - idola 78. Pengetahuan yang cetak - dangkal 79. Swadaya - kekuatan sendiri 80. Peraturan yang longgar - luwes 81. Pasrah, redha - berserah 82. Alpa - lupa/cuai/leka 83. Berhempas pulas - bekerja keras 84.Mampu mengekalkan prestasi yang baik - mampan 85.Mapan - mantap 86. Terhunus - telah sedia tercabut 87. Prestij, reputasi - tahap 88.Petualang - penghalang 89. Menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan - efisien 90. Meledakkan, mencetuskan - membangkitkan 91. Mantan - bekas 92. Pembangunan manusia - modal insane 93. Darah setampuk pinang - tiada pengalaman 94. Serampang dua mata - 1 dasar 2 objektif 95. Alasan yang menjadikan sesuatu itu wajar dilakukan - justifikasi 96. Khazanah - harta/aset 97. Mengundang, menggamit - membawa kepada 98.Kemudahan - prasarana 99.Kondusif - selesa 100.Gramatis, puitis - indah 101.Tentatif - atur cara 102.Kompetitif, Konkuren/konkurensi - bersaing 103.Tidak boleh dipertikaikan lagi - konklusif 104.Prakarsa, inisiatif, daya usaha - ikhtiar 105.Atawa - atau 106.Tidak mengakui kewujudan tuhan - ateisme 107.Darma - kewajiban 108.Kesetiaan kepada negara secara melampau - cauvinisme 109.Ambil berat, ambil peduli - cakna 110.Melestarikan - mengekalkan 111.Produktif - berupaya 
Показать все...
SOALANNOVEL-1
Показать все...
KESALAHAN EJAAN YANG SERING KITA DAPAT LIHAT DALAM PENULISAN DIBERIKAN DALAM HANTARAN INI 1. pokok Melaka❌ pokok melaka✅ 2. demam Denggi❌ demam denggi✅ 3. nyamuk Aedes❌ nyamuk aedes✅ 4. bawang Cina❌ bawang cina✅ 5. ayam Belanda❌ ayam belanda✅ 6. durian Belanda❌ durian belanda✅ 7. nanas Sarawak❌ nanas serawak✅ 8. batik kelantan❌ batik Kelantan✅ 9. pisang Rastali❌ pisang rastali✅ 10. nasi Arab❌ nasi arab✅ Yang Amat Berhormat Y.A.B❌ YAB✅ Yang Amat Mulia Y.A.M❌ YAM✅ Yang Amat Arif Y.A.A❌ YAA✅ Yang Berbahagia Y.BHG❌ Y.Bhg❌ YBhg✅ Yang Berhormat Y.B❌ YB✅ Yang Mulia Y.M❌ YM✅ Sumber:Kamus Dewan Edisi Keempat Disediakan oleh Cikgu Theeban
Показать все...
novel pantai kasih dan bimasakti 🥰
Показать все...