INSKEN Official Channel
Открыть в Telegram
Channel ini ditubuhkan bagi tujuan pemakluman dan komunikasi program latihan dan bimbingan keusahawanan INSKEN
Больше2 655
Подписчики
Нет данных24 часа
-17 дней
-1330 дней
Архив постов
*PERHATIAN UNTUK USAHAWAN YANG BERADA DI MELAKA!*
Maghi lerrr singgah ke Sesi BizClinic di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, pada 18 dan 19 Jun ni. Sesi ini akan diadakan dua hari, jadinya tak adalah berebut-rebut nanti. Bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, bolehlah set masa siap-siap nak datang pukul berapa.
Sesi BizClinic ini akan dikendalikan oleh BisKaunselor INSKEN. Untuk pengetahuan anda konsultasi ini adalah percuma.
Jom ler ghamai-ghamai dapatkan konsultasi daripada duk ghumah tak tahu nak buat apa hujung minggu ni!
Jangan lepaskan peluang ini dan segera mendaftar di www.rebrand.ly/BizClinic_Melaka
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawa
Kami kongsikan senarai program latihan asas industri pada bulan Jun, Julai dan Ogos 2022.
1. Industri : Pusat Tuisyen (Atas Talian)
Tarikh : 15-17 Julai 2022
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2022_Tuisyen01
2. Industri : Dobi
Tarikh : 15-17 Julai 2022
Tempat : Nilai, Negeri Sembilan
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2022_Dobi
3. Industri : Perkhidmatan Penginapan
Tarikh : 29-31 Julai 2022
Tempat : Perak
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2022_Penginapan
4. Industri : Foodtruck
Tarikh : 05-07 Ogos 2022
Tempat : Putrajaya
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2022_Foodtruck
5. Industri : Sukan & Aktiviti Lasak
Tarikh : 12-14 Ogos 2022
Tempat : Perak
Pendaftaran: www.rebrand.ly/INBT2022_Extreme
Daftar Segera !
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
DOBI
Definisi Dobi adalah 'menghantar pakaian utk dibasuh dan digosok oleh tukang dobi'. Sehingga kini, masih ramai yang menjadikan khidmat dobi sebagai keperluan asas kerana lebih memudahkan, tidak memenatkan, jimat masa dan ruang.
Bagaimana pula cara untuk memulakan perniagaan dobi ?
Nak kena mulakan apa dulu ?
Paling asas adalah pemilihan mesin, cara pemasaran, cara pengiklanan, paip, ventilasi dan pelbagai lagi aspek-aspek yang penting.
Buat yang bercadang untuk membuka perniagaan dobi atau usahawan yang baru nak bermula dalam perniagaan dobi. Mari sertai Program Latihan Asas Industri Dobi ini, pasti akan terjawab segala macam persoalan yang bermain di minda.
Jumpa anda di Nilai, Negeri Sembilan pada 15 hingga 17 Julai 2022 ini.
Daftar segera di pautan ini www.rebrand.ly/INBT2022_Dobi
#inskenofficial
#inskenprihati
#keluargausahawan
#staysafe
Berita baik! Program E-Board kini kembali dibuka untuk tahun 2022!
Dah tahun 2022 gais! Semua perniagaan harus bergerak secara atas talian. Pelanggan kita sekarang semuanya nak mudah. Semudah search sahaja, nak beli apa, semuanya di hujung jari. Tinggal tekan,pilih dan beli.
Bayangkan, pelanggan mencari produk korang, tetapi bila search tak keluar bisnes korang di platform online. Kan dah rugi tu?
Masih nak duduk diam?
Atau berkobar-kobar nak melebarkan sayap bisnes ke atas talian tapi tak pandai?
Jangan risau korang! INSKEN ada cara untuk membantu.
Melalui program E-Board ini, usahawan akan dibimbing selama 4 bulan sehingga mahir untuk membuat bisnes menggunakan platform media sosial.
Ada 8 pilihan platform yang ditawarkan iaitu Whatsapp for Business, Telegram, Shopee, Lazada, Youtube, TikTok, Instagram dan Facebook. Selama 4 bulan korang akan dibimbing secara menyeluruh dari level beginner, intermediate dan advance untuk menggunakan platform ini bagi meningkatkan jualan. Menarik kan?
Ini yang korang akan dapat kalau korang join E-Board:
• 2 hari kelas permulaan: Penerangan kepada 8 platform atas talian
• 2 hari kelas pertengahan: Fokus kepada 1 platform atas talian
• 6 kali sesi bimbingan “advance”bersama pakar bagi platform tersebut
• Pemantauan jualan selama 1 tahun
Semuanya ada dalam program E-Board ini, tak perlu cari di tempat lain. Jika korang berminat untuk memulakan perniagaan secara atas talian, tunggu apa lagi, jom daftar sekarang di www.rebrand.ly/E-Board_2201
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
KUASAI PLATFORM INSTAGRAM DALAM 3 BULAN
Buka IG korang nampak apa?
First sekali, OOTD!
Lepastu gambar orang pergi holiday, view semua cantik-cantik.
Tak kurang juga yang upload deco-deco rumah.
Semua Instaworthy katanya!
Tapi tak akan lah itu je function IG?
Orang yang meniaga pun nak guna IG ni nak promote bisnes masing-masing.
Laaa.. siapa cakap tak boleh!
Create IG Business Account, kat situ macam-macam ada seperti iklan, analytics dan paling best kita boleh check terus siapa yang tengok akaun dan posting kita.
Seriouslah IG ada fungsi tu? Ye serious gais!
Tapi kalau korang nak belajar lebih mendalam lagi cara untuk membuat pemasaran menggunakan platform IG, jom sertai program E-Board anjuran INSKEN. Kami akan membantu anda untuk belajar keseluruhan mengenai platform Instagram dari level asas, pertengahan hingga advance.
Kita akan bantu anda merancang posting dengan menggunakan content calendar, hasilkan poster yang mmenarik untuk posting, buat IG ads untuk reach pelanggan, analisa data iklan dan banyak lagi!
Kuasai platform IG ini dalam masa 3 bulan sahaja. Jom kita sama-sama berusaha untuk mencapai sasaran program ini iaitu meningkatkan jualan melalui platform Instagram. Menarik bukan? Tunggu apa lagi, jom daftar segera melalui link di bawah:
E-Board 2022
www.rebrand.ly/E-Board_2201
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
KUASAI PLATFORM FACEBOOK DALAM 3 BULAN
Gais!! Setiap hari kita mesti scroll Facebook kan?
Tengok gambar kawan-kawan, gambar keluarga dan ada juga yang berkongsi status di wall FB. Seronok betul bila main FB sampai tak teringat masa berjalan.
Scroll, scroll juga, tapi korang tahu tak yang FB ni boleh digunakan untuk mempromosikan produk atau servis kita.
Ada yang jawab tahu, ada yang cakap tak tahu.
Ada juga yang tahu, tapi masih tak tahu macam mana nak buat.
Kalau tak tahu, jom kita dedahkan caranya supaya korang dapat kuasai teknik pemasaran menggunakan FB.
Caranya dengan menyertai Program E-Board agar kami dapat membantu anda untuk belajar secara keseluruhan mengenai platform Facebook dari level asas, pertengahan sehingga advance!
Selain itu, korang juga akan diajar seperti set customer avatar untuk target pelanggan, cara susun content FB dengan betul, bina copywriting, menyusun layout gambar, analisa data iklan dan banyak lagi!
Kuasai platform FB ini dalam masa 3 bulan sahaja. Jom kita sama-sama berusaha untuk mencapai sasaran program ini iaitu meningkatkan jualan melalui platform Facebook. Menarik bukan? Tunggu apa lagi, jom daftar segera melalui link di bawah:
E-Board 2022
www.rebrand.ly/E-Board_2201
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
Berita baik! Program E-Board kini kembali dibuka untuk tahun 2022!
Dah tahun 2022 gais! Semua perniagaan harus bergerak secara atas talian. Pelanggan kita sekarang semuanya nak mudah. Semudah search sahaja, nak beli apa, semuanya di hujung jari. Tinggal tekan,pilih dan beli.
Bayangkan, pelanggan mencari produk korang, tetapi bila search tak keluar bisnes korang di platform online. Kan dah rugi tu?
Masih nak duduk diam?
Atau berkobar-kobar nak melebarkan sayap bisnes ke atas talian tapi tak pandai?
Jangan risau korang! INSKEN ada cara untuk membantu.
Melalui program E-Board ini, usahawan akan dibimbing selama 4 bulan sehingga mahir untuk membuat bisnes menggunakan platform media sosial.
Ada 8 pilihan platform yang ditawarkan iaitu Whatsapp for Business, Telegram, Shopee, Lazada, Youtube, TikTok, Instagram dan Facebook. Selama 4 bulan korang akan dibimbing secara menyeluruh dari level beginner, intermediate dan advance untuk menggunakan platform ini bagi meningkatkan jualan. Menarik kan?
Ini yang korang akan dapat kalau korang join E-Board:
• 2 hari kelas permulaan: Penerangan kepada 8 platform atas talian
• 2 hari kelas pertengahan: Fokus kepada 1 platform atas talian
• 6 kali sesi bimbingan “advance”bersama pakar bagi platform tersebut
• Pemantauan jualan selama 1 tahun
Semuanya ada dalam program E-Board ini, tak perlu cari di tempat lain. Jika korang berminat untuk memulakan perniagaan secara atas talian, tunggu apa lagi, jom daftar sekarang di www.rebrand.ly/E-Board_2201
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
Khas untuk usahawan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor !!
Pendaftaran bagi Program Bimbingan Keuntungan Menu kini dibuka
Adakah anda usahawan dalam bidang F&B? Ada kedai makan, restoran atau beroperasi di rumah?
Berita baik buat semua usahawan dalam sektor F&B, INSKEN kini membuka pendaftaran bagi program Bimbingan Keuntungan Menu untuk membimbing para usahawan bagi menambahbaik menu yang sedia ada berdasarkan kos, harga jualan dan sasaran jualan kepada para pelanggan melalui sesi bimbingan intensif secara one to one bersama pakar industri.
Dalam tempoh 3 bulan, usahawan akan dibimbing untuk menambahbaik menu dan meningkatkan hasil jualan melalui bimbingan secara one to one oleh pakar industri secara fizikal. Usahawan juga akan diberikan latihan khusus pendigitalan perniagaan, dibimbing untuk merekod transaksi jualan harian secara digital serta menambahkan saluran penjualan melalui platform atas talian.
Apa yang Tuan Puan akan dapat sepanjang 3 bulan ini:
1. Kelas asas keuntungan menu selama 2 hari 1 malam secara fizikal
2. Bengkel lanjutan Keuntungan Menu selama 2 hari 1 malam secara fizikal
3. Latihan Khusus Teknikal Perniagaan – Latihan Smartphone Photography dan Latihan Platform Penghantaran Makanan (2 latihan) secara fizikal
4. Sesi bimbingan sebanyak 3 kali secara fizikal bersama pakar industri
5. Pemantauan jualan selama setahun
INSKEN membuka pendaftaran bagi Program Keuntungan Menu bagi negeri-negeri berikut:
1. Program Keuntungan Menu, Lembah Klang :
www.rebrand.ly/MEProgramme2202
2. Program Keuntungan Menu, Pulau Pinang :
www.rebrand.ly/MEProgramme2203
3. Program Keuntungan Menu, Johor :
www.rebrand.ly/MEProgramme2204
Program akan dilangsungkan secara fizikal di negeri-negeri yang disenaraikan. Bagi usahawan di negeri yang berdekatan juga boleh join. Jom daftar sekarang untuk membantu perniagaan anda!!
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
Khas untuk usahawan Pulau Pinang dan Johor!
Adakah anda pemilik produk dalam kategori minuman, snek, produk sejuk beku, pes dan sambal serta biskut, pastri & kek?
Ini berita baik buat anda!
INSKEN kini membuka pendaftaran Program Bimbingan Pembangunan Produk untuk anda menambahbaik produk sedia ada, mempelbagaikan dan menambah SKU/produk serta meningkatkan hasil jualan.
Usahawan akan diberikan bimbingan intensif one-to-one secara fizikal oleh pakar industri yang berpengalaman luas dalam pembangunan produk sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 bulan serta 2 kali latihan khusus pendigitalan perniagaan.
INSKEN membuka pendaftaran Program Bimbingan Pembangunan Produk bagi negeri-negeri berikut:
1. Program Bimbingan Pembangunan Produk – Pulau Pinang
www.rebrand.ly/APDP_2203
2. Program Bimbingan Pembangunan Produk – Johor
www.rebrand.ly/APDP_2204
Program akan diadakan secara fizikal di negeri-negeri yang disenaraikan. Kami juga mengalu-alukan usahawan di negeri yang berdekatan untuk menyertai program ini. Jom daftar sekarang untuk mantapkan perniagaan anda!!
#inskenofficial
#staysafe
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#bangsausahawan
LATIHAN ASAS BARBERSHOP
Job potong rambut family ni dah jadi macam permanent job gua. Tak rambut bapak, abang, adik, anak saudara. Pusing-pusing memang dia orang ni customer tetap gua yang tak berbayar. Nak tak nak gua la jadi mangsa potong rambut dia orang. Kalau tak potong, masing-masing tak nak pergi barbershop sebab katanya aku potong cun-cun je.
Lepastu masuk pulak watak mak gua dalam cerita ni. Dah dia pula bising-bising suruh gua start bisnes potong rambut. Starting dari potong rambut family gua tu la, dia nampak bakat gua. Dia kata boleh pergi jauh.
Gua senyap je lagi. Cakap ya pun tak, cakap tidak pun tak. Mak kot, tak kan gua nak melawan.
Lagi best, tengah syok-syok gua mengeteh, dia siap WhatsApp gua satu graphic pasal program LatihanAsas Barbershop anjuran INSKEN. Bukan main dia lagi teror godek-godek social media sampai jumpa program ni. Dia suruh gua join program ni sebab dia kata program ni akan ajar macam mana nak buat bisnes barbershop ni.
Nampaknya mak gua betul-betul nampak bakat gua ni. Tak kan lah nak menghampakan harapan orang tua kita. Lagi pun gua pun memang minat potong rambut ni sebenarnya cuma selama ni tak tau cara nak mula.
Ini sah-sah dah nampak jalannya, gua terus daftar program ini yang akan diadakan pada 1-3 July 2022 ini secara fizikal.
InsyaAllah berkat doa mak gua, mesti boleh berjaya.
Korang nak join gak? Daftar di www.rebrand.ly/INBT2022_Barbershop01
